Tuesday, September 14, 2010

dalang kes sosilawati



"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi (kelmarin). “

Itu kata-kata Mahfuz Omar kelmarin. Hari ini polis sudah pun mendedahkan peguam tersebut yang merupakan salah seorang peguam Hindraf dan dikatakan ahli DAP seumur hidup. Maka diamlah Mahfuz sambil menyembunyikan tangan ke belakang.

Begitulah cara pembangkang bermain politik.

Fitnah? Tuduh? Tohmah? Semua itu tidak perlu dihukumkan. Semuanya dihalalkan demi mencapai matlamat politik! Siapa yang mengajar?

Apa kesan tohmahan dan tuduhan liar tersebut? Lihat semula kata-kata Mahfuz Omar yang anaknya terlibat dengan dadah itu. Lihat bagaimana mahfuz menyebut kes altantuya dengan mengaitkannya dengan ahli politik berprofil tinggi. Secara sengaja Mahfuz membiarkan khalayak menyangka orang yang dimaksudkan ialah Najib padahal yang sebenarnya ialah Razak Baginda.

Begitulah caranya pembangkang bermain politik.


(Foto di atas sekadar hiasan diambil daripada blog Bumiyang bagi mengaitkan bagaimana pembangkang Melayu mengamalkan double standard apabila berdepan dengan sesuatu isu).

3 comments:

  1. org tidak berpelajaran,tu lah padah nye...ikut suka je..kesan nye tak tahu..

    ReplyDelete
  2. salam waadat,

    PAS kalau tak ambil untung berita sensasi ni, memang rugi.. tatkala PKR dan DAP senyap, masa inilah mereka memainkan peranan sebagai tukang fitnah seperti yang dinyatakan kickdefella sebelum ini..

    ReplyDelete
  3. Salam Cheguman,

    PAS, Mahfuz mengharapkan FITNAH untuk undi. Mereka menang pilihanraya pun kerana jual fitnah. Pada saya PAS amat sinonim dengan FITNAH/MENGHASUT dan segala yang keji.

    APA yang PAS dah buat untuk orang Melayu, Islam dan Malaysia? Yang paling jelas hanya menghancurkan ukwah sesama Melayu dan Islam.

    Sekarang ni lagi teruk, bodek DAP. Can you IMAGINE PAS so desperate and stood at the lowest point as this?

    Muslimat mengiringi jenazah Hindu penjenayah yang kebetulan ajal di balai Polis. Janggal sekali. Setakat jumpa famili kugan dan ucap takziah sudahlah, memadailah. Hulurkan sumbangan tanda simpati. Ini yang beria ia sangat dalam panas buta nak tunjuk konon dia mati dianiya.

    Sekarang, saudara seagama sendiri mati dibunuh kejam, dibakar dengan tahi lembu, dibuah abu dalam sungai. Mana mereka Muslimat PAS ini??

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.