Tuesday, September 14, 2010
sabotaj atau khianati bangsa sendiri
Demang tidak pasti bilakah istilah 'sabotaj' memasuki bahasa Melayu tetapi istilah 'khianat' memang sudah berkurun digunakan.
Adakah kedua-duanya berkongsi maksud yang sama? Jika tidak, apakah istilah Melayu untuk 'sabotaj'?
Jumaat lalu ummat Islam di Malaysia menyambut perayaan terbesar. Ia bukan perayaan biasa bahkan sebahagian daripada upacara keagamaan. Justeru seluruh dunia meraikannya.
Hari ini hari ke-5 daripada 30 hari di dalam bulan Syawal. Sudah menjadi kelaziman ummat Islam di Malaysia meraikannya selama sebulan.
Hari ini juga sesi persekolahan di Melaka sudah bermula setelah cuti pertenggahan semester dan disambung sehari lagi untuk hari raya.
-Betapa singkatnya pemikiran orang yang merancang cuti persekolahan!
Itu masih tidak mengapa dibandingkan dengan perkara yang nak Demang ungkitkan. Dalam kemeriahan hari raya terbesar ummat Islam ini, pihak kementerian menjadualkan peperiksaan penting UPSR!
Tak cukup dengan itu peperiksaan percubaan SPM juga turut dijalankan!
Apa pentingnya UPSR? Tak perlulah Demang huraikan di sini sebab orang gilapun tahu UPSR amat penting pada warga di sebuah negara yang masih berpegang pada tradisi peperiksaan. Tambahan pula cadangan memansuhkan sistem peperiksaan konvensional sudah dibantah baru-baru ini.
Apa pentingnya percubaan SPM? Walaupun dinamakan 'percubaan' namun keputusannya digunapakai bagi mendapat tempat bagi menyambung pelajaran. Bahkan, jika kertas sebenar SPM ada masalah, keputusan percubaanlah yang dirujuk.
Maka, tatkala anak-anak bukan Islam bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persiapan terakhir, anak cucu Demang meriah berhari raya ke sana ke ke sini!
Apabila keputusan keluar, sibuklah pihak berkenaan membuat post mortem itu ini.
Sejarah akan mencatatkan dua lagi kebodohan orang Melayu iaitu pertama, pelajar Melayu tak boleh jawab soalan peperiksaaan dan kedua, orang Melayu yang susun jadual peperiksaan tak peka dengan keadaan.
Demang nak tanya, adakah itu sabotaj atau khianat?
Demang tahu masih ramai pegawai di kementerian pelajaran yang menyokong pembangkang. Tidak mustahil mereka inilah yang sengaja melakukkan tindakan dan keputusan yang menyebabkan rakyat marah pada kerajaan.
TS Muhyidin patut sedar perkara ini.
foto hiasan:
VALİ: SABOTAJ İHTİMALİ ...
400 x 337 | 33KB haberkenti.com
1 comment:
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.
Jika dilakukan oleh orang luar/asing, itu sabotaj. Jika dilakukan orang sendiri, itulah pengkhianatan.
ReplyDelete