Tuesday, January 11, 2011
apa salah interlok?
Minggu lepas Demang menulis mengenai ibu seorang murid berbangsa India yang tidak mampu membayar yuran persekolahan sebanyak RM33 sahaja.
Berapakah nilai RM33 di tahun 2011? Harga 3 kotak rokok sahaja!
Semalam, ketika sedang berhenti di sebuah persimpangan berlampu isyarat Demang terpandang seorang lelaki mabuk melepaskan hajatnya di tepi jalan tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang.
Jika Demang tidak menyebut apakah keturunan lelaki itu, sudah pasti ramai yang meneka bahawa lelaki itu berbangsa India. Demang tak akan sebut bangsanya di sini. Biarlah pembaca meneka sendiri dan marilah kita hadap realiti.
Sejak dulu lagi Demang mengharapkan pemimpin India memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi dan sosial kaum mereka serta mengurangkan 'politiking' yang semakin menolak kaum mereka ke belakang.
Namun, bukan itu yang terjadi. Sebaliknya para pemimpin politik sibuk mencari objek lain untuk dipersalahkan. Satu demi satu isu dimainkan padahal tidakpun menguntungkan masyarakat India.
Apa untungnya membela penjenayah yang mati di dalam tahanan polis?
kali ini, novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain dijadikan isu dengan tuduhan menghina kaum Melayu dan India. Novel yang menjadi teks rasmi pelajar SPM itu dipaksa untuk digantikan dengan yang lain.
Demang pernah membaca novel tersebut namun sudah agak lama. Sudah tidak begitu ingat jalan ceritanya dan bercampur baur dengan novel-novel lain yang mempunyai kisah hampir sama.
Namun yang Demang memang ingat ialah tidak ada apa-apa yang menyinggung perasaan Demang dalam novel yang dikatakan menghina orang Melayu dan India itu.
Sebenarnya, dalam persembahan novel memanglah ada unsur provokasi dan perkara-perkara yang mengocak emosi pembaca. Hal tersebut disengajakan bagi meninggalkan kesan yang mendalam bagi membantu keberkesanan peleraian pada akhir sesebuah novel.
Bagi yang belum membaca novel tersebut bolehlah meendapatkannya di kedai atau perpustakaan. Sementara itu, sinopsisnya boleh dilihat di sini.
Manakala kenyataan penulisnya serta badan tertentu dalam isu ini boleh dibaca di sini.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.