Wednesday, January 12, 2011

mengeksploitasi solat hajat


“Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

“Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara,” tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Demang setuju bahawa kita tidak akan mampu melakukan apa-apa tanpa keizinan Allah Taala. Justeru solat hajat adalah cara terbaik.

Berbalik pada isu Selangor, apakah yang hendak diperjuangkan?

Lihat baik-baik foto di atas, siapakah yang memerintah Selangor sekarang? Memang ketuanya Khalid, namun bagaimana dengan exconya?

Isu di Selangor hampir sama dengan Perak suatu ketika dulu iaitu yang berkuasa ialah DAP dan bukan Melayu.

Itulah sebabnya Sultan Selangor mengharapkan perlantikan Khusrin dapat menyelamatkan Selangor daripada dirosakkan tangan-tangan pemain politik.

Maka PKR-DAP Selangor cepat-cepat mengusulkan pindaan perlembagaan bagi menghalang campur tangan sultan.

Tidak cukup dengan itu, PAS mengajak pengikutnya melakukan solaat hajat.

Solat hajat untuk apa? Tahukah orang ramai termasuk artis yang hadir solat hajat itu tentang realiti di Selangor?

Kenapa tak dibuat solat hajat untuk tunjukkan kebenaran kes Anwar-Saiful?

PAS tak habis-habis mengeksploitasi Islam demi meraih simpati ummat Islam.

Demang percaya, jika Anwar Ibrahim masih di dalam UMNO pasti solat hajat akan dibuat untuk kes liwatnya.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.