Wednesday, March 23, 2011

Anwar menang, tak perlu serah DNA

Mahkamah pagi tadi memutuskan Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat pembantunya agar tidak perlu menyerahkan sampel DNAnya.

Sebagai segaran, pakar perubatan yang memeriksa mangsa mendapati terdapat tinggalan air mani deorang lelaki di dalam dubur bekas pembantu peribadi pemimpin pembangkang itu.

Berikutan itu pihak pendakwa meminta tertuduh agar menyerahkan sampel DNAnya untuk dipadankan dengan air mani tersebut.

Namun tertuduh telah berusaha mendapatkan perintah mahkamah agar dia tidak perlu mematuhi permintaan pihak pendakwa.

Apapun, pihak mahkamah telah membenarkan pihak pendakwa menggunakan tiga barangan yang pernah digunakan oleh tertuduh iaitu tuala, botol air, dan berus gigi sebagai bahan bukti.

Harapan pihak pendakwa sekarang ialah untuk mendapatkan sampel DNA tertuduh daripada ketiga-tiga bahan bukti tersebut.

Demang: hairan sungguh... apa yang susah sangat nak bagi sampel DNA Bukannya perlu menjalani pembedahan atau ditoreh! Air ludah pun boleh, kalau tak silap Demang.

Nak kata Anwar takut polis tukar DNA tu, kenapa Anwar berani buat laporan polis dalam kes video seks terbaru, semalam?

2 comments:

  1. rambut seurat pom boleh

    ReplyDelete
  2. rasanya tidak perlu lepas nie anwar menjaja kes ni dimana cakap ni kerajaan yang tekan hakim atau apa2,DNA tak perlu kasi kata hakim tetapi sekiranya seorang yang bermaruah tinggi(tu pun kalau betul la) dengan sukarela anwar kasi sampel DNA bg mengatakan dia bukan sipeliwat itu,biar DNA itu membuktikan apa,kalau hakim pun anwar tak percaya tapi DNA tiada boleh dimanipulasikan pun

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.