Wednesday, March 23, 2011

Berapa kerusi PAS di Sarawak?




KUALA LUMPUR, 22 Mac:Pengagihan kerusi bagi PAS, PKR dan DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak telah selesai dan Pakatan Rakyat bersedia bekerja sebagai satu pasukan di negeri itu.

Pakat berbagi kerusi

“Satu untuk engkau, satu untuk aku. Dua untuk engkau, dua untuk aku. Tiga untuk engkau, lima belas untuk aku. Kepalahotakengkau untuk engkau, kepalahotakengkau untuk aku...”

Menurut berita di atas yang Demang kutip daripada Harakahdaily, komplot pembangkang sudah selesai membahagi-bahagi ‘kerusi pelamin angan mereka yang bakal musnah’ di Sarawak.

Demang tidak pasti kaedah pembahagian puak haram itu namun rasanya tak jauh beza dengan cara pembahagian penyamun dalam filem P. Ramlee tadi.

Lawak, lawak jugak tetapi sememangnya sejak merdeka hingga PRU yang lepas PAS TIDAK PERNAH meletakkan calon lebih separuh daripada jumlah yang sepatutnya bagi melayakkan PAS menubuhkan kerajaan.

Yang sedihnya, setiap kali pilihanraya PAS akan memberitahu rakyat bahawa mereka akan menubuhkan kerajaan IIslam jika rakyat mengundi mereka.

Macamana nak tubuh kerajaan kalau bertanding pun tak cukup?


No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.