Akhirnya teka teki pilihanraya negeri Sarawak terjawab dengan pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebentar tadi.
Pengumuman rasmi pembubaran Dewan Undanga Negeri akan dibuat pada hari Isnin nanti.
Sudah tentu keputusan tersebut memberi kelebihan pada BN selaku kerajaan yang memerintah biarpun puak pembangkang mendakwa sudah bersedia.
Demang rasa dakwaan pembangkang bahawa mereka telah bersedia itu bermaksud bersedia untuk menerima kekalahan buat kesekian kalinya.
Andaian Demang tersebut berdasarkan perkembangan mutakhir yang menyaksikan pelbagai pergolakan dan kemelut dalaman parti pembangkan di samping masalah peribadi pemimpin atasan mereka.
Ini dibuktikan dengan tindakan keluar parti yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.