Saturday, March 19, 2011

Khalid akui perbelanjaan tidak berhemah di Selangor

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semakan audit Yayasan Selangor banyak menumpu hal-hal berkaitan pengurusan perbelanjaan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang pada 15 November 2010 lalu.
Katanya, hasil audit dalaman bertarikh 14 Disember 2010 mendapati terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa.
“Terdapat juga tindakan yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Yayasan Selangor,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini

Demang ambil kenyataan tersebut daripada Harakahdaily. Apapun alasan yang dikemukakan bagi menutup perkara tersebut tidak sepatutnya diwajarkan hingga ia dianggap halal.
Yang nyata, rakyat boleh menilai sendiri bahawa 'bercakap' dan 'membuat' adalah dua perkara berbeza.
Dalam PKR memaang ramai yang pandai bercakap.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.