Indahnya waktu malam di Singapura. Siapa yang membuka Singapura?
Siapa peduli lagi dengan soalan itu? Yang penting Singapura sudah lama maju. Peduli apa tentang siapa yang memerintah sekarang? Ada sesiapa di Singapura yang peduli soalan tadi?
Kuala Lumpur pada waktu malam tidak kurang indahnya. Tanyakan pada siapa sahaja, siapa yang membuka KL? Pasti ramai yang menjawab Yap Ah Loy. Selebihnya meengaku tidak tahu. Sepuluh tahun lagi tidak siapa yang peduli lagi.
Putrajaya juga tidak kurang indahnya dalam cahaya neon malam. Siapa yang mengilhamkannya? Siapa arkitek dan juruteranya?
Bagi pembangkang, mengadakan pemilihan secara serentak adalah strategi kerajaan untuk membahagi-dua jentera pilihanraya mereka. Maklumlah, dalam keadaan pembangkang yang semakin lemah, tindakan tersebut menjadikan mereka lebih lemah.
Demang rasa pendapat tersebut sukar disangkal namun itulah kelebihan pihak yang sedang memegang kuasa.
Cuba bayangkan bagaimana jika kuasa sudah tidak lagi di tangan orang Islam?
Ingatlah, orang yang memegang kuasa boleh berbuat apa sahaja dan demokrasi hanyalah ciptaan manusia yang boleh disesuaikan menurut keperluan si pemegang kuasa.
Ingatlah, Singapura itu asalnya milik kita.
soalan yg POWER... aku mcm insaf ja dgn soalan2 tu.... Ni yg buat aku lagi kuat pertahan perlembagan MALAYSIA..
ReplyDeleteSingapura milik orang Melayu...sebab tu mereka tak mahu ingat ingat lagi, kalau boleh lupa terus..
ReplyDelete