Garisan tegak mana yang mana lebih panjang?
Naik atau turun?
Berikut adalah kenyataan calon PAS di PRK DUN Merlimau sehari sebelum pengundian yang disiarkan media rasmi PAS iaitu Harakahdaily.
“JASIN, 5 Mac: Menjelang hari pengundian esok, calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah membuat rayuan terakhir agar pengundi-pengundi memilih beliau agar dapat membawa suara mereka ke Dun Melaka.”
“Yuhaizad berkata, beliau optimis pengundi-pengundi akan membuat perubahan di Dun berkenaan.”
"Setelah tujuh hari berjumpa dengan seluruh pengundi Dun Merlimau ini harapan saya begitu tinggi hasil reaksi yang diberikan oleh seluruh pengundi.”
"Kita begitu yakin pengundi-pengundi Dun Merlimau ini memberi satu kejutan untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan berlangsung esok.
Tanyalah kepada sesiapapun tentang fahaman mereka, mati hidup balik pun seseorang itu tetap akan berpegang-teguh pada kefahamannya tidak kira dalam soal agama mahupun politik. Begitu juga keyakinan terhadap sesuatu yang dilihat dan alami.
Justeru kita dapat lihat dalam sejarah manusia, mereka sanggup membunuh atau dibunuh demi mempertahankan keyakinan.
Bagi Yuhaizad iaitu calon PAS dalam PRK DUN Merlimau. Beliau bukan sahaja amat yakin dan percaya pada perjuangan PAS malah begitu tinggi keyakinannya bahawa majoriti penduduk Merlimau akan memberi sokongan.
Namun tidak semua perkara yang kita yakin itu benar. Malah tidak semua yang terlihat pada mata kita itu ‘yang sebenarnya’. Ilusi dan fatamorgana adalah dua perkara yang sering merantai manusia. Dalam keadaan lain ia juga disebut persepsi yang kemudiannya bertukar menjadi ideology.
Justeru bukan sedikit manusia yang membawa keyakinan terhadap sesuatu fahaman sehingga ke dalam kubur. Manakala ramai juga yang kita lihat tiba-tiba bertukar kefahaman semasa masih hidup.
Berbalik pada keyakinan Yuhaizad sebelum pilihanraya, akhirnya ternyata keyakinan tersebut jauh menyimpang daripada kebenaran. Mungkin boleh kita katakan ia suatu ilusi atau fatamorgana semata-mata.
Jika demikian kenyataannya, Demang fikir eloklah Yuhaizad dan sekalian orang yang simpati pada PAS berhenti, menoleh, dan bermenung sejenak perjuangan PAS sejak dulu hingga kini.
Mana tahu, keyakinan yang disimpan selama ini rupa-rupanya bukanlah suatu kebenaran.
Wallahu’alam.
Salam Bro.
ReplyDeleteMemang benar "Keyakinan Tidak Semestinya Kebenaran"
Ibrahim Libya dan mangsa Memali terbunuh kerana Keyakin Palsu.
Mat Amin AlMaunah ke tali gantung juga kerana Keyakinann Palsu.
Pemuja Nuar Berahim juga memuja ikon berdasarkan "Keyakinan Palsu"
Seluruh pemimpin Gerombolan Pakatan Pembangkang dan sebahagian kecil pemimpin UMNO terperangkap dalam "Keyakinan Palsu" 16 September ke Putrajaya.
Syabas Brother..dengan kupasan dalam entri ini. Teruskan.
Terima kasih Penditakainsingkat kerana memberikan contoh2 tersebut.
ReplyDeleteENTRI KAU AKU BAGI A+
ReplyDeleteBERMUTU
terima kasih.
ReplyDelete