Thursday, March 17, 2011

Mahfuz hasut demo saman ekor


Parti Anti Sultan (PAS) meneruskan usaha menghasut rakyat membenci kerajaan apabila cuba menangguk di air keruh dalam apa sahaja isu.
Terbaru, Mahfuz Omar mengajak sesiapa yang menerima ‘saman ekor’ menemuinya dan kemudian menyebarkan risalah kepada orang ramai.
Bagi Demang, ‘saman ekor’ bukan masalahnya. Malah cara Mahfuz itu pun bukan langkah penyelesaian. Ia sekadar mencari publisiti murahan dengan cara menghasut rakyat yang sedang tidak berpuas hati akibat disaman.
Kita ada banyak cara lain untuk menyalurkan pendapat atau rasa tidak puas hati tanpa perlu bermusuh dengan kerajaan yang dipilih rakyat melalui pilihanraya.
Semua undang-undang negara kita diputuskan di parlimen, di Dewan Rakyat. Di situlah tempat rakyat menyalurkan masalah mereka. Di situ lah berkumpulnya semua wakil rakyat.
Jadi, apa perlunya berjumpa Mahfuz dan kemudian keluar ke tol berdemonstrasi?
Adakah orang Islam tak reti bermuzakarah dengan cara yang baik?
Nampaknya PAS memang suka digelar ekstremis.



Sumber berita:
Harakah

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.