Demang tidak hairan apabila Normala, calon PAS yang kecundang di Tenang bercakap itu dan ini selepas kekalahannya di merata tempat.
Maklumlah, sebagai orang yang kalah pasti mempunyai beribu alasan bagi menutup kelemahan diri dan partinya.
Demang tak peduli sangat apa yang bekas guru itu nak meracau. Cuma Demang rasa pihak berkenaan perlu ambil perhatian apabila isteri ‘cikgu MC 21’ itu mula menghasut para guru berpolitik dengan cara menumbangkan kerajaan yang sedang memerintah.
Normala perlu ingat bahawa kerajaan yang sedang memerintah sekarang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya yang sah!
Justeru, semua kakitangan awam termasuk guru tidak boleh sama sekali berkempen memburuk-burukkan kerajaan yang merupakan majikan mereka.
Normala lulus tak kursus induksi dan kursus SSM?
Sumber fakta:
Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.