Tuesday, April 19, 2011

beban cukai berganda di bawah PAS Kedah

"PUTRAJAYA 18 April – Tindakan kerajaan negeri Pas Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri amat dikesali kerana universiti itu kini terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri itu juga gagal menyediakan bekalan air mencukupi sehingga memaksa pihak pengurusan UUM membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan bagi kos lori mengangkut air ke universiti tersebut."

Berikut adalah kenyataan MB Kedah yang menafikan dakwaan tersebut:


"ALOR SETAR 18 April - Kerajaan Pas Kedah menafikan cukai tanah kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaikkan sehingga mencecah lebih RM1 juta setahun.

Sebaliknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, jumlah tersebut perlu dibayar oleh UUM mengikut perjanjian pada 2006 kerana tempoh rebat cukai tanah bagi tempoh 2006 hingga 2008 telah tamat.

"UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan kerajaan negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun.

3 comments:

  1. Inilah pemimpin 'buat kerja cara Isle' yg dibangga2kan oleh puak penganut setan di Malaysia ni. Yang akan dpt susah para mahasiswa/wi di UUM kelak, terpaksa menanggung beban yg dilakukan oleh kepimpinan negeri.

    Tp biarkan jugak perkara tu terjadi, mahasiswa/wi UUM ramai juga yg suke dgn corak kepimpinan 'buat kerja cara Isle' MB Azizan tu. Jadi mereka sokong hamPAS, mereka pun patut sanggup tanggung beban tu bersama. Padan dek muka mahasiswa/wi UUM!!!!!

    ReplyDelete
  2. PASAI APA NAK MARAH PAS KITA YANG GATAI PI SOKONG, JANGAN DOK MARAH TAK KETAHUAN SEKALI NI KITA PAKAT PANGKAH PULAK NU BARU SHOK NU.

    ReplyDelete
  3. latak kau lah orang kedah...adaker MB bagi alasan tamat tempuh rebet cukai...Abih dia duduk kat kerusi MB tu buat apa? Exco2 buat ape? Kalau dah tamat tempoh..usahakanla utuk sambung balik. Ini utuk penddikan anak bangsa la...bukan cukai tanah utk supermaket, the mall....Ini tidak.......Kalau MB aku macam nie..Konfirm sepenggal jer.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.