Apabila Demang menulis dalam posting beberapa hari lalu bahawa kedapatan satu keadaan iaitu pertembungan politik antara golongan peniaga dengan pengguna (rakyat) di Sarawak, Demang sebenarnya tidak serius dengan pandangan tersebut bahkan tidak berniat untuk mempertahankannya.
Sesiapa pun tahu bahawa tidak pernah timbul sengketa antara peniaga dengan pengguna di negara ini.
Namun kenapa terlihat secara ketara betapa di kawasan bandar pihak pembangkang mendapat sokongan yang amat besar manakala rakyat bawahan di luar bandar cenderong menyokong BN?
Adakah ia gambaran bahawa orang luar bandar kurang cerdik?
‘Kategori peniaga’ yang Demang ketengahkan sebenarnya hanya satu usaha untuk tidak melibatkan isu lain yang lebih besar tetapi merupakan isu sebenar. (Najib menggunakan istilah ‘bandar dan luar bandar’ ketika mengulas keputusan pilihanraya Sarawak).
Ya, golongan peniaga dimonopoli KAUM cina. Ungkapan ‘kaum’ itu lah yang cuba Demang hindari. Jadi Demang kiaskan pada ungkapan ‘golongan peniaga’.
Namun semua orang tahu bahawa sokongan kaum cina terhadap DAP/pembangkang (termasuk di Sarawak) tidak ada kena mengena dengan ekonomi dan perniagaan. Tujuan sebenar mereka adalah bagi menjayakan agenda besar menguasai politik Malaysia.
Demang terlihat kelibat Lee Kuan Yew di situ.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.
Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.
Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.
Terima kasih.