Monday, May 23, 2011

Anwar boleh bantu Harakah nak kena saman

BERNAMA melaporkan Aminah berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan memberi tempoh seminggu kepada Harakah dan mereka yang terlibat membuat kenyataan itu untuk memohon maaf mulai hari ini.


"Tujuan saya membuat laporan ini kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Norhayati di Galeri Pejuang Cheruk Tok Kun,Bukit Mertajam,dia memfitnah dan menyatakan saya diumpan kebendaan oleh Umno dan menuduh saya bersama dengan golongan yang zalim,menyeleweng serta rasuah”, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani.

Lepas ni kelam kabutlah PAS untuk mengutip derma bagi membayar saman tersebut.


Sebenarnya PAS ada cara lain selain kutip derma. PAS boleh minta bantuan Anwar Ibrahim.


Demang tak kata Anwar banyak duit. Anwar cuma perlu saman Ummi Hafilda Ali yang membuat pelbagai dakwaan yang teruk-teruk terhadapnya.


Demang rasa, melalui Ummi Hafilda saja pun Anwar boleh dapat 2-3 juta. Itu belum lagi saman Eskay!



2 comments:

  1. dah menjadi dasar perjuangan PAS iaitu menfitnah walaupun tidak benar jd penulis dalam haramkah tu kena cium kaki kak min nak masuk syurga sbb but fitnah melulu tanpa bukti.Saman jer kak min

    ReplyDelete
  2. sedih....mcm2 berlaku pada umat Melayu kita hari ni... fitnah, caci maki dah menjadi mainan ahli2 politik mereka...

    berubahlah sebelum terlambat....

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.