Tuesday, May 24, 2011

Kata Dulang Paku Serpih II

Kalau nak melihat sikap sebenar manusia, lihat lah semasa di jalanraya.

Itu sebabnya Demang cukup gemar menulis tentang pengalaman di jalan raya. Contohnya pagi tadi. Ketika berhenti di lampu isyarat, seperti biasa Demang membuka ‘tablet’ yang Demang letakkan di riba. Sempatlah Demang membalas SMS, menyemak email, dan sempat juga menjeling beberapa tajuk berita dalam akhbar online.

Itulah kelebihan berada di zaman cyber. 20 tahun dulu, tak terlintas langsung untuk berurusan secara maya di dalam kereta. Dengan kemudahan canggih sekarang, sambil memandu pun masih sempat membalas SMS.

Itupun belum cukup hebat sebab ramai juga rakyat Malaysia yang mahir berSMS sambil menunggang motorsikal!

Demang ulang, MENUNGGANG, bukan membonceng.

Ketika sedang ralit membaca berita, sebuah motorsikal tiba-tiba menyelit dan hampir melanggar kereta di hadapan Demang. Macam biasa, terlajak jugak la hati Demang menyumpah budak motor itu.

Namun tiba-tiba Demang teringat bahawa ‘kata dulang paku serpih’. Kalau pemuda itu menunggang sehingga boleh membahayakan orang lain, apa bezanya dengan Demang yang membuka ‘tablet’ sambil memandu? Walaupun dalam keadaan perlahan (jalan jem) namun masih mampu mengundang bahaya.

Oleh kerana anda sedang membaca blog politik, maka Demang nak catatkan sedikit di sini; begitulah juga sikap orang politik. Baik UMNO, PAS, PKR, mahupun DAP. PKR dan DAP tu Demang tak nak ulas sebab parti tu memang parti tangkap muat.

 Kalau tak mampu buat, jangan cakap lebih-lebih. Itu munafik namanya.  

Tambah-tambah PAS yang bercakap tentang Islam tetapi berpakat dengan DAP.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.