Thursday, February 16, 2012

Alhamdulillah



Apa kata pagi ini kita bersarapan berat sikit? Sambil tu kita baca artikal yang agak berat. Pasal ekonomi.

Berita Harian pagi ini melaporkan ekonomi negara berkembang 5.1%.

Apa itu 5.1? Lantak dia-lah. Demang pun bukan reti sangat.

Perkembangan tersebut dianggap baik dalam keadaan Eropah disalut kebimbangan akibat kemelut hutang.

Kita mampu bertahan atas faktor permintaan dalam negara yang dijangka terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh kegiatan sektor swasta yang berterusan serta perbelanjaan sektor awam.

Perenggan terakhir di atas bukan Demang kata tetapi analisis pakar ekonomi.

Alhamdulillah. Mari kita sedut kesegaran udara pagi ini sambil mengucap alhamdulillah.

Kita masih di bumi Malaysia yang aman. Maka syukurilah ia dengan melipatgandakan usaha serta tidak terlalu mengejar kesempurnaan yang bersifat fatamorgana.





http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ekonomikembang5_1peratus/Article

posted from Bloggeroid

1 comment:

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.