Thursday, February 16, 2012

bongkar: Anwar akan dihapuskan setelah misi selesai

Nampaknya para pendokong PKR sudah membuka topeng masing-masing. Mereka bukan lagi sekadar menyokong Anwar. Bukan setakat untuk menjatuhkan kerajaan BN dan tidak juga semata-mata untuk jawatan dan harta.


Jika hanya untuk itu semua sudah tentu mereka tidak perlu bersusah payah menongkah arus. Mereka boleh ikut langkah Ezam dan Zulkifli Nordin yang kembali ke arus perdana untuk berjuang dari dalam.

Agenda kumpulan tersebut jauh lebih besar daripada yang kita jangka. Mereka memperjuangkan kebebasan yang tiada batasnya apatah lagi yang dirujuk sebagai kekangan agama.

Ya. Kebebasan.

Lihat video peguam wanita PKR yang membantah ekstradiksi kolumnis Arab yang menghina Islam dan amati perkataan apakah yang sering diulang-ulang? KEBEBASAN! 

Justeru kita lihat kebanyakan pendokong kumpulan ini adalah manusia yang kita tidak pasti jati dirinya.
Manusia yang aneh dan janggal. 

Lihat sahaja Raja Petra, Hishamudin Rais, Thian Chua, dan Ambiga. Siapakah mereka dalam masyarakat perdana? Mereka adalah gelandangan tak bertuan yang membangsat tanpa tujuan. Mereka memperjuangkan kebebasan sehingga haiwan pun merasa pelik dan syaitan pun terpegun.

Kumpulan tersebut cerdik dalam bidang mereka. Cekap menempatkan diri dalam situasi yang mampu merugikan lawan.

Lihat bagaimana RPK membuka rahsia Anwar dan membuat laporan terhadap penyelewengan kerajaan Selangor setelah merobohkan kerajaan asal.

Musuh mereka bukanlah mana-mana manusia. Musuh mereka adalah sistem dan organisasi sedia ada. Itulah sebabnya mereka membenci agama kerana agama berisi peraturan dan arahan yang mengekang kebebasan manusia.

Dalam kelompok mereka tidak ada pengenalan bangsa bahkan juga jantina. Sebarang bentuk klasifikasi adalah menjadi kebencian mereka.

Itu sebabnya PKR menolak perkauman kerana setiap kaum terbendung dalam budaya.

Manusia sepatutnya bebas sebebas-bebasnya.

Mereka bukan komunis dan tidak juga sosialis. Mereka pemuja material tetapi membenci kapitalis kerana kapitalisme masih lagi berupa sebuah sistem.

Jika kita ingin mencari persatuan mereka, kita akan hampa. Manusia seperti mereka tidak mungkin ada persatuan atau pertubuhan. Bahkan kita amat ragu samada mereka masih mempunyai tuhan.

Manusia seperti mereka berada di mana-mana. Mereka memperjuangkan kebebasan dalam semua perkara. Mereka adalah parasit yang berada dalam sesuatu pertubuhan bagi menghancurkan pertubuhan itu.
Sementara itu selagi mampu mereka akan menjadikan pertubuhan yang mereka tumpang itu sebagai platform bagi melancar serangan terhadap persatuan lain.

Sebagai contoh dalam perkara seks. Mereka berpendapat jika seks adalah fitrah manusia maka ia perlu dinikmati tanpa sebarang peraturan atau hukum. Bagi mereka hubungan seks melalui perkahwinan adalah tradisi yang tidak semestinya dipatuhi. Ia bukan sahaja membosankan bahkan seringkali merugikan satu pihak. Biasanya wanita.

Bagi mereka hubungan seks berlainan jantina hanyalah satu peniruan dan penerusan pada tradisi lapuk. Lihat kenyataan Anwar di India sedikit masa lalu.

Wanita tidak harus selama-lamanya menjadi isteri yang wajib setia hanya pada seorang lelaki. Itulah sebabnya kita dapati kebanyakan daripada penganut fahaman ini giat memperjuangkan hak wanita. Lihat kes terbaru seorang kolumnis di Arab Saudi yang meletakkan Rasulullah setaraf dirinya.

Kelebihan perjuangan mereka ialah saranan mereka dengan mudah menarik peminat dan pengkagum. Manusia yang cenderung pada seni sering terjebak dalam fahaman ini selain golongan muda. Mereka gemarkan kelainan yang tidak terikat dengan tradisi lama.

Salah satu sifat karyawan ialah menghasilkan yang baru dan mengagumi penemuan baru. Maka jangan hairan apabila pendokong kumpulan ini terdiri daripada artis, penggiat seni, pelukis, penulis, bahkan sasterawan.

Setelah kita faham ideologi mereka maka kita akan sedar siapa musuh mereka. Lihat kembali perenggan awal tadi. Ya. Musuh mereka ialah apa sahaja sistem dan siapa sahaja yang mempertahankan sistem.

Justeru peperangan yang berlaku sekarang ialah antara pembina dengan pemusnah.

Pembina sistem di satu pihak dan pemusnah sistem di pihak yang lagi satu.


Siapa pembina sistem?

Bagi orang Islam, Muhammad SAW adalah manusia pertama yang membina semula sistem selepas era jahiliyah. Masyarakat sebelum kerasulan baginda berada dalam sistem yang sedang rosak teruk. Ketika itu wanita setaraf abdi dan pelacur manakala anak perempuan tidak dikasihani selayaknya seorang manusia.

Itulah yang dipanggil zaman jahiliyah.

Jahiliyah bukan bermakna manusia tinggal di dalam gua batu atau di atas pokok bahkan mereka sudah membina bangunan-bangunan besar serta infrastruktur yang lengkap dengan pengairan.

Jahiliyah juga bukan bermaksud bodoh dalam bidang ilmu kerana manusia di zaman itu amat handal dalam kesusasteraan.

Jika Jahiliyah itu bermaksud tiada agama dan tiada tuhan maka itu juga silap. Masyarakat Arab jahiliyah mempunyai agama dan masih ada yang beriman dengan Allah. Ahli kitab.

Mereka dikatakan jahiliyah (lawan bertamadun) kerana mereka tidak lagi berpegang pada sistem yang sempurna. Keluk permintaan dan penawaran mereka berpaksi pada nafsu.

Rasululullah diutus bagi menyusun semula masyarakat dan membaiki sistem sosial yang sudah punah. Anak perempuan dibunuh dan wanita sekadar objek pemuas nafsu lelaki.

Meskipun tradisi perkahwinan masih diteruskan namun institusi kekeluargaan sudah longgar. Lelaki boleh berkahwin sehingga berpuluh perempuan dalam satu masa.

Islam menegaskan bahawa institusi keluarga terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri. Jika dua orang isteri masih normal malah tiga masih boleh diterima. Mempunyai empat isteri sudah dikira maksimum manakala lebih daripada itu sudah menjadi haram.

Apabila peraturan tersebut diwartakan para sahabat serta merta menceraikan isteri-isteri mereka sehingga tinggal empat sahaja. Maka bebaslah wanita-wanita janda itu membina kehidupan baru yang lebih teratur.


Namun terdapat pengecualian pada Rasululullah. Hal ini kerana Muhammad sebagaimana budaya lelaki Arab lainnya juga memiliki ramai isteri. Jika ada sahabat yang memiliki 15 orang isteri Muhammad dikatakan mengahwini 10 orang wanita.

Apabila peraturan poligami diperintahkan, Rasululullah tidak boleh membebaskan isteri-isterinya. Hal ini kerana Rasulullah dianggap bapa kepada ummat Islam manakala isteri-isteri baginda adalah ummul mukminin.

Tidak ada muslimin yang sanggup mengahwini ibu atau yang dianggap ibu sendiri. Jika Rasulullah menceraikan isteri-isteri baginda maka itu dianggap zalim kerana janda baginda tidak boleh berkahwin sedangkan ada kalangan mereka yang masih muda.

Demang selitkan isu poligami kerana terdapat musuh Islam yang cuba menggugat hati orang Islam dari sudut itu.


Sistem yang diasaskan Rasulullah SAW diteruskan sahabat baginda yang kemudiannya terkenal sebagai khulafa' Rasyidin. Kemudian disambung dengan bani Umaiyah dan disusuli pula bani Abbasyiah. 

Sistem tersebut bersambung pula dengan kerajaan Andalusia sebelum disambut kesultanan Melaka.

Orientalis barat tidak dapat memadam atau menafikan rekod yang membuktikan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam, pusat pentadbiran,  pusat perdagangan,  dan pusat ilmu pengetahuan.


Mereka cuba menghebahkan bahawa Melaka bukan sebahagian daripada sistem kekhalifahan Islam. Maka itu mereka membesar-besarkan kesilapan sultan-sultan Melaka terutamanya Sultan Mahmud.

Pencatat sejarah dunia mengakui Melaka adalah pemegang nadi perdagangan Eropah sehingga digelar Venice Timur. Melaka mampu melumpuhkan kegiatan ekonomi seluruh dunia dengan hanya menutup pintu Selat Melaka.

Fakta tersebut dengan jelas membuktikan bahawa empayar Islam tidak berakhir di Andalusia sebaliknya berpindah ke Melaka. 


Atas faktor itulah tentera salib meneruskan misi ke Melaka sekitar 1511.

Kota Melaka dirampas pada 1511 namun kekhalifahan Islam tidak tumbang. Hakikatnya kesultanan Islam tidak pernah bubar cuma bertukar dinasti. 


Hal ini samalah seperti bani Umaiyah kepada bani Abbasiyah, Fatimiyah, dan Othmaniah.

Sesungguhnya misi Portugal gagal. Belanda juga gagal menguasai keseluruhan empayar Islam Melaka. British cuba menukar strategi namun perang dunia ke-2 membantutkan usaha mereka.

Seterusnya British menggunakan muslihat melalui rancangan Malayan Union bagi memusnahkan sistem pemerintahan khalifah Islam.


Allah Taala memelihara kita.




Bersambung:

Usaha memulihkan empayar Islam
Bagaimana BERSIH dijadikan alat golongan pejuang kebebasan?
Peranan kita.

Insya-ALLAH akan dibongkar satu persatu.

1 comment:

  1. Salam Cheguman,

    Sebenarnya pihak pihak Ultra ini terikut-ikut rentak barat tentang 'kebebasan hak'. Mereka lupa sebagai umat Islam kita ada had dan batasan batasan Agama yang mesti kita patuhi walau dalam apa pun yang perlu dan patut kita perjuangkan.

    Terbaru mereka kecam kerajaan kerana menghantar warga Saudi yang menghina Rasulullah saw dan dikehendaki Kerajaan Saudi. Ustaz saya kita eloklah kerajaan buat begini kerana jika tidak ramai pula orang kita yang akan terikut-ikut!

    Kata Ustaz lagi 3 jenis kesalahan yang tetap mesti dihukum walau bertaubat:

    a. Menghina Allah swt.
    b. Menghina Rasulullah saw.
    c. Menghina Al-Qur'an.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.