Tuesday, February 7, 2012

Cheguman masuk PAS bahagian kedua

Rencana ini mengandungi dua bahagian. Sila lihat bahagian pertama


Siapa pernah melihat musang berbulu ayam? Demang bukan sahaja tidak pernah lihat malah tidak pernah percaya kehadirannya di alam nyata ini..


Allah Taala jadikan jasad musang dan ayam amat jauh berbeza antara satu sama lain. musang berkaki empat, berbulu halus, berekor panjang, tidak berparuh, dan dari spesis mamalia manakala ayam berkaki dua, berbulu pelepah, tiada ekor, mulut berparuh, dan dari spesis burung yang bertelur.

Pakaikan-lah pakaian apa pun. Musang tak ‘kan menyerupai ayam malah terdapat musang yang mengeluarkan bau yang kuat seperti musang pandan dan musang jebat. Dari jauh pun kita boleh kenal yang mana ayam yang mana musang. 

Dongeng musang berbulu ayam hanya mengakibatkan ayam-ayam keliru dan saling mencurigai antara satu sama lain.


Demang percaya kita bukan ayam dan tidak akan sebodoh ayam yang semakin besar semakin banyak duit yang perlu dikeluarkan dan semakin dekat tarikh untuk disembelih.

Yang mungkin ada ialah ‘sokong membawa rebah’. Yang ini berkaitan strategi. Yang perlu kita lakukan ialah sentiasa periksa kalau-kalau ada 'kayu sokong' yang kurang sesuai. Macam petani yang menanam timun atau kacang panjang.

Apabila Demang menyampuk isu Anuar Reform maka inilah yang demang maksudkan. Itu Sebabnya Demang kata Anuar mungkin berniat baik tetapi Demang kurang setuju dengan strategi itu.

Bagi Demang fasa mereformasi UMNO sudah berlalu. kita sudah masuk fasa ke-3. Proses reform atau ‘rebrand’ hanya teknikal. Ia perlu diselesaikan dalam masa yang pendek. Lagi singkat masa yang diambil lagi bagus. Kita ambil contoh reform atau ‘rebrand’ Bank lslam. Berapa lama ia berlaku?

Sekarang adalah masa untuk mengisi wajah baru UMNO.


Dalam Sebuah pasukan bola sepak kita hantar 11 orang ke tengah gelanggang. Adakah hanya 11 orang itu sahaja yang terlibat?
Bagaimana nak menang kalau hanya itu pasukan kita?

Justeru kita ada pihak pengurusan dan pentadbiran, barisan jurulatih, penyedia makanan dan minuman, bahkan kita juga perlukan pasukan penyokong yang menonjol. Semua ada peranan masing-masing.

Di tengah padang pula kita letakkan pemain pada pelbagai posisi. Tidak Semua pemain perlu menyerang dan kita juga tidak boleh selamanya hanya bertahan.

Dalam barisan serangan kita ada top striker yang selalunya lebih popular. Demang lihat kita sudah ada blogger begitu yang tak perlu Demang sebut satu persatu sebab takut ada nama yang tertinggal seperti dalam artikal kelmarin.

siapa di belakang F1? ya! mereka ada team yang mantap!

Sebenarnya pasukan kita sudah cukup lengkap. Bahkan kita ada ramai penyokong tanpa blog atau facebook tetapi aktif di ruang komen. Tanpa mereka siapalah blogger?

Kumpulan tersebut perlu lebih ramai lagi sebab BN ada hampir 140 kawasan parlimen berbanding PKR yang cuma ada tak sampai 30 kerusi. (PAS yang nampak gah cuma ada 23 kerusi!) Malulah kalau kita tak mampu menguasai ruang cyber sedangkan kita jauh lebih ramai daripada pembangkang.

Kenapa masih ragu-ragu padahal pada masa ini BN ada hampir 140 WAKIL RAKYAT. Wakil rakyat BN menguasai hampir 2/3 daripada ahli parlimen.


Jadi, parti mana sebenarnya yang mewakili rakyat?


Justeru pembangkang tidak layak dan tiada hak samasekali menggelar parti mereka sebagai Pakatan Rakyat! 

Secara peribadi demang kagum dengan tulisan dan pemikiran Tun Faisal dan Anuar mohd Nor. Demang belum pernah bersemuka dengan Tun Faisal tetapi pernah bersama Anuar berjuang di Merlimau semasa PRK.

Selain itu blogger sederhana seperti Nobisha Husin Lempoyang dan Azlishukri mempunyai pendekatan mereka sendiri dan ada ramai peminat.

Demang sedar ramai yarg bimbang dengan tindakan Demang menulis secara terbuka begini. Seolah mendedahkan rahsia strategi dan pekung sendiri. Sebenarnya tidak ada apa yang nak dirahsiakan. Teori strategi adalah milik semua pihak. Yang menentukan kemenangan ialah pihak yang berani melaksanakan strategi tersebut.

Ada masanya kita jangan terlalu beremosi. Pelawak yang baik tidak perlu ketawa di atas pentas sebaliknya audien lah yang tidak kering gusi melihat aksinya.

kita juga perlu realistik. Apa salahhya jika benar Tun Faisal bergaji RM20k? Apa yang sakit hati sangat jika benar Gomo pernah dibayar RM4Ok? Kenapa dengki kalaupun Anuar ditawarkan sekian-sekian faedah setelah menyertai UMNO? Yang penting, buktikan tulisan mereka itu DUSTA, bukan pertikaikan gaji mereka?

Nik Aziz tak dapat gaji ke? Haji Hadi tak ambil ke gaji dia?


(Blogger pembangkang jangan cuba manipulasi contoh di atas. Jika Demang jumpa, Demang akan paksa blogger berkenaan bayar betul-betul angka tersebut!)

Kenapa kita tak pertikai orang yang kaya raya hanya dengan bermain bola? Apa penting sangatkah bola sepak berbanding politik?

Itu sebabnya apabila cerita cincin Rosmah berharga RM20k dan Najib menginap di hotel berharga RM20k satu malam, Demang kata kita perlu berbangga bukannya mencerca.

Hello. Tak bangga ke orang Islam lebih kaya daripada orang lain? Najib bukan merompak. Beliau bekerja siang malam untuk negara. Sepatutnya kita bayar lebih lagi daripada itu sesuai dengan pengorbanan beliau laki bini. Atau orang PAS anggap isteri hanya untuk pemuas nafsu sahaja dan tak perlu memenuhi keinginan dan cita rasa wanita yang memang tinggi?

Masjid Cordoba: kerana dengki sesama Islam, Andalusia terlepas ke tangan kafir


Jika kemewahan dianggap menjijikkan, jangan sebut lagi sejarah kegemilangan kerajaan Islam Andalusia dan kegemilangan Kesultanan Islam Melaka dengan seni bina yang menawan.


Tidak pernah dengarkah kisah cucu-cucu Rasulullah yang berpakaian mewah sehiigga ditegur seorang fakir Yahudi? Apa jawapan mereka? Atau kita pun setaraf dengan Yahudi tersebut?

Demang fikir  yang perlu kita reform ialah persepsi segelintir rakyat yang teracun dek propaganda serta hasutan pembangkang.

Tadi Demang buat analogi pasukan bola sepak. Apakata kita betul-betul ikut stail pengurusan bola sepak. Profesional.
Jangan takut dergen ejekan pembangkang. Selama ini pun mereka tuduh blogger prokerajaan macam-macam. Ingat tak tuduhan blogger BPN dibayar RM2k sebulan suatu ketika dulu?

Sebenarnya Demang amat berharap tuduhan itu benar.

Demang rasa dah cukuplah apa yang Demang nak luahkan dalam artikal yang agak panjang ini (dua bahagian). 

Apapun Demang ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca catatan ini. Juga kepada yang sempat meninggalkan  komen yang antaranya lebih bernas daripada artikal ini. Sebahagiannya Demang ambil idea tersebut dan persembahkan semula di atas tadi menggunakan gaya bahasa Demang sendiri.

Terima kasih juga kepada Gomo, Panglima, dan RBF yang menghubungi Demang untuk memberi sokongan. Demang respek Gomo yang berkata: “kalau engkau nak hentam aku dalam bahagian kedua nanti, aku terima dengan terbuka.”


Juga kepada Unspinner yang Demang terlupa kelmarin serta Isac Bumiyang yang 'memberi jalan' kepada Demang. Maaf, kalau nak sebut semua nama blogger seperjuangan, pheh... 


Rencana berkembar ini Demang anggap sudah tamat. Namun usaha memperjuangkan nasib blogger dan menyatukan semula para blogger baru bermula.


Selepas ini (tak tahu lah berapa tahun lagi), Demang tidak mahu dengar lagi Gomo dan GAP merungut pasal ramai blogger mengadu pada mereka sebab tak ada duit serta Panglima mengeluh telefon kena potong lagi.


Bagi Demang, jika ada peruntukan untuk 100 blogger, biarlah Demang termasuk dalam senarai yang ke 101. Bukan Demang sombong tetapi alhamdulillah, produk yang Demang iklankan di blog ini mampu menampung serba sedikit perbelanjaan Demang.


Ketika Demang menaip ini, sahabat-sahabat blogger prokerajaan masih meng’update’ blog masing-masing tak putus-putus. Ertinya, walaupun mereka mengeluh dan merungut namun PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN samada dibayar atau percuma.


PAS perlu reform PKR wajib bubar!


Assalamualaikum.

18 comments:

  1. 1st. Artikel yang sangat2 menarik untuk PEMIMPIN2 UMNO renungkan dan membuat tindakan yang perlu. Kebajikan blogger proKerajaan perlu dibela.

    ReplyDelete
  2. aku sokong je jika ada dana/peruntukan khas utk blogger2 yg mmg dah tunjukkan kerja terbaik & istiqamah mereka selama ini.....pemimpin UMNO x perlu malu/takut utk hulur bantuan pd blogger yg pro-kerajaan....tahniah pd blogger waadat kerana menyampaikan idea yg org pandang PELIK ttp PENTING & amat BERMAKNA kpd para blogger

    ermmmmm.....siapa dlm UMNO yg nak bersuara???......Tun Faisal boleh ka???

    ReplyDelete
  3. Terbaik artikel ini. Gua blogger baru. Tetapi dalam soal perjuangan baru atau lama ianya tetap dipanggil perjuangan.

    Gua menulis apa yang gua rasa patut tulis. Menulis bukan kerna nama tetapi kerna hati dan keikhlasan dalam perjuangan. Gua tidak sehebat blogger yang lain, tetapi paling tidak bila gua menulis rasa seolah gua juga sedang berbakti pada negara walaupun hanya 10 ke 20 orang visit gua punya blog.

    Apapun gua amat terharu dengan artikel saudara ini. Semoga ianya dapat jadi panduan kepada pemain utama bola sepak PRU13. Tahniah bro..

    Gua pernah tengok anda dan juga pernah berbual dengan anda walaupun tidak lama. Hehehehe.

    Salam perjuangan..

    ReplyDelete
  4. Assalam sdra Demang.
    Terbaik,dan lidah kelu untuk mengatur ayat terbaik untuk mengangkat artikel ini ditempat sepatutnya.

    Harapan APA semua bloggers yang merasa diri mereka berjuang dalam saf yang sama menghayati maksud yang tersirat dan kembali kedalam saf yang sebelum ini agak longgar.

    Terima kasih sdra.

    ReplyDelete
  5. Najib bertungkus-lumus untuk rakyat?

    Najib bertungkus-lumus untuk diri sendiri dan keluarga. Seandainya UMNO jatuh maka Najib dan keluarga tidak akan dapat merasai kemewahan yang dirasai sekarang.

    Kepada orang miskin yang pernah melawt Putrajaya, anda tidak sesekali dapat menjejakkan kaki anda di sini. Sebab anda adalah orang yang hina di sisi pemimpin UMNO.

    Tengok dalam video je lah

    http://www.youtube.com/watch?v=etyxEB6ZFDQ

    ReplyDelete
  6. Mungkin betul Najib bertungkus lumus utk keluarga dia tapi kebaikannya melimpah pada negara. Anon 11:52 bertungkus lumus untuk siapa? utk keluarga atau utk negara? atau setakat perut sendiri aje?

    ReplyDelete
  7. Demang...
    Tahniah, berani menyuarakan sesuatu yg benar dan amt perlu diketahui oleh sgenap pemimpin.. Waima DS Najib perlu sedar hal ini.
    Selamat berjuang... rakan2 blogger.
    Tapi juga amat penting serang n komen blog puak2 PR..
    Harus juga diingat, profesionalisme dlm menulis harus ada... TQVM

    ReplyDelete
  8. Cheguman adalah blogger yang jahat. Membela "Pemimpin" yang akan merosakkan generasi akan datang.

    Blogger prokerajaan(UMNO/BN) akan meminta wang sebagai upah kerana mereka tahu UMNO adalah parti yang bangsat. Mereka adalah orang yang mengambil kesempatan. Selagi mana UMNO berkuasa selagi itulah mereka akan dapat duit yang banyak selama berblogging.


    Tiada guna UMNO perlu direform(plastic surgery). UMNO patut dikuburkan sekali lagi.
    Perjuangan UMNO untuk memartabatkan bangsa Melayu telah terkubur pada tahun 1987 akibat rakus kuasa pemimpin UMNO.

    UMNO dihidupkan semula oleh seorang MAMAK dan digunakan parti UMNO hanya untuk mencari kemewahan hidupnya semata-semata. Salah guna kuasa disambung oleh "pemimpin" seterusnya.

    Slogan 1 Malaysia hanyalah pemanis kata. Sedangkan tiada dipraktik pun isi kandungannya.

    -----------------------------------

    UMNO parti HARAM. UMNO diharamkan pada tahun 1987

    UMNO parti HARAM, Itu sebab UMNO tak perjuangkan Islam

    UMNO parti HARAM. Patutlah UMNO tak iktiraf ulama

    UMNO parti HARAM, Sebab itu orang UMNO suka buat perkara HARAM.

    UMNO parti HARAM, Suka bela tokey ARAK, JUDI, DISKO, PELACURAN.

    UMNO parti HARAM, Sesiapa jadi ahli UMNO mesti buat perkara HARAM

    UMNO parti HARAM, ARAK, PELACUR jadi santapan harian.

    UMNO parti HARAM, Pemimpin UMNO suka buat TAHI(Kejahatan)

    UMNO parti HARAM, Ustaz ustazah UMNO dijadikan TISU JAMBAN untuk tutup TAHI-TAHI pemimpin UMNO (Supaya kejahatan nampak baik)

    UMNO parti HARAM, Ahli UMNO dijadikan TONG TAHI(Penyokong & Pembela kejahatan)

    UMNO parti HARAM, Sokong UMNO sama seperti sokong SYAITAN.

    UMNO Parti Najis = Najib(Kepala Tahi)

    http://www.youtube.com/watch?v=sUMkCAXDQlM (Pemimpin UMNO Berfatwa)

    http://www.youtube.com/watch?v=s4ea0c6HYOw (Syiar Islam yang dibawa UMNO)

    http://www.youtube.com/watch?v=Cm-0SRrv-1g (Kuasa Ulama UMNO)

    http://www.malaysiakini.com/news/184841 (Jasa Pemimpin UMNO)

    http://www.youtube.com/watch?v=t6cOBJ6JwfY (K*****o dan UMNO)

    http://www.youtube.com/watch?v=b0QvT-OZRno (Perjuangan UMNO)

    http://en.wikipedia.org/wiki/Genting_Group#Resort_and_casino_properties

    http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31330:senarai-tokoh-umno-yang-memiliki-saham-syarikat-judi

    ReplyDelete
  9. woi Anon...12.54 lu tertelan garfu ke...semak la...lu...

    Demang ...gua tentera semut...takde blog... berjuang dengan cara sendiri dengan beri komen. Rasanya gua dah mula sejak 2008. Dari permulaan blog GAP baru buka dulu-dulu....sangat berbeza kini blogger BN tumbuh bercambah dan menguasai rangkaian. Dulu blogger Bn di perlekeh kini dah ada pengikut tersendiri.

    ReplyDelete
  10. salam, mantap bro tu yg pasti. dalam team bola mesti ada pasukan lain so begitu lah juga dengan kita ni. lain team tapi matlamat satu nak rebut kejuaraan. kejuaraannya bn menang pru 13.

    tapi kalau dalam team sendiri pun dok tabur pasir susah jugak.

    apa pun kawan,, parpu dan yg lain blogger jalanan ni akan pastikan anwar al juburi dikoyak rabakkan. kalau ada yg kempen ajak blogger jangan main isu anwar tu namanya ungkal.

    teruskan perjuangan bro. anything roger.

    ReplyDelete
  11. Salam understood bro. Blogger AYT... berjuang terus.. selagi.. masih ada yang yakin.

    ReplyDelete
  12. Salam demang dan semua pencinta keamanan,

    Lembut tapi menikam hingga ke tulang... hehe tahniah demang. Cantik sungguh susunan huruf demang, gue amat sanjung blogger macam demang nie... angkat jangan tak angkat,, hehe

    Gue baru saja masuk team pro gomen ni, sebelum nie gue orang berkecuali dan hanya lihat dari luar. Apabila puak jahaman tu berkawan DAP, gue tak boleh tahan lagi. Terus gue masuk giar tiga... berdesussss... hentam habis habisan tak toleh belakang lagi.

    Nampaknya tindakan gue memang berbaloi, kebenaran memihak kita. Rahsia Anwar terlondeh satu demi satu... pengikut dia juga ikut alami cirit birit.. tak tentu harah dah.. hahaha.

    Teruskan tulisan sebegini sebagai panduan berguna kepada team blogger terutama yang baru nak mula, untuk menyusun kata. Secara tidak lansung akan membantu meningkatkan serangan dari pelbagai arah sehingga blogger lawan terkedu dan hilang suara.

    Nampaknya ada yang telah tertelan garpu... hehe.

    Betul kata GOMO, team kita biarlah berperisa pelbagai dan peranan pula mengikut kebolehan masing2. Tak perlu serupa nanti bosan pula pembaca. Ye tak?

    Apa pun tamatkan karier manusia pemusnah umat Islam.... Anwar Bin Ibrahim )seorang munafik terhebat zaman ini). Islam Liberal harus dikuburkan dengan apa jua caranya bersama2 jasad tuannya, Anwar. Setuju?

    Teruskan perjuangan walau pun tak mendapat imbuhan kewangan. Itulah namanya pejuang tulen... gue sokong demang (angkat sekali lagi hehe)

    bravo!

    ReplyDelete
  13. Salam Cheguman,

    Ya, yang penting perjuangan perlu diteruskan!!!

    Biar lah kita seperti Jentayu, "Patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat dagu".

    ReplyDelete
  14. TokMisaiGondrong

    Kamu ni syok sendiri ka?

    ReplyDelete
  15. Blogger UMNO adalah PARASIT

    ReplyDelete
  16. syabas bro'

    terasa bangga juga kerana anda telah memberikan kredit utk semua, baik blogger, pembaca mau pun pemberi pendapat untuk anda meneruskan perjuangan. saya sokong perjuangan anda dan saya berharap perjuangan anda akan membuahkan hasil sapertimana yang dikehendakki.

    ReplyDelete
  17. Tahniah

    Teruskan perjuangan alif ba ta

    Sayangkan tanahair,bangsa & agama.

    ReplyDelete

Sesiapa sahaja boleh memberikan komen. Jika anda perlu menyembunyikan identiti anda, sila masukkan nama samaran yang konsisten agar memudahkan rujukan perbahasan.

Sikap berhemah dan bertanggung jawab anda amat dihargai.

Komen pro atau kontra amat dialu-alukan namun biarlah dibuat secara beradab.

Terima kasih.