Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, February 5, 2012

blogger Waadat masuk PAS

Senyap-senyap Demang memerhati pertelingkahan beberapa blogger yang mendakwa sebagai prokerajaan.

Hendak menyampuk, Demang amat sedar bahawa Demang hanyalah blogger kenit di tengah-tengah samudera maya. Apatah lagi blogger yang sedang bertelagah merupakan blogger-blogger hebat yang mempunyai pengunjung ratusan ribu sehari!

Namun sebagai salah seorang individu yang agak awal menggunakan blog sebagai medan perjuangan, Demang rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.

Demang mula menulis di internet sejak 1999, yakni sezaman dengan Anuar Reform. Namun ketika itu Demang menulis mengenai pendidikan manakala Anuar menulis berkenaan politik. Lebih tepat lagi, politik kiri yang menentang kerajaan.

Barangkali ramai yang masih  ingat Mahafiraun dan Mahazalim. Kini webmaster tersebut dikatakan sudah berkalih arah dan dikenali sebagai Anuar Reform.

Gomo, Parpukari, GAP, dan beberapa blogger lagi Demang kenali sekitar 2008 tatkala kerajaan BN sedang teruk dibelasah blogger pembangkang. 

Ketika itu, jika pokok kelapa tumbang atau penoreh getah disengat tebuan pun orang akan kata “ini semua salah UMNO!”

Berposak-posaklah kami menepis dan mengelak semua tuduhan dan serangan secara sendiri-sendiri. Padahal kebanyakan daripada kami bukannya ada apa-apa pun dalam UMNO. Demang sendiri bukan ahli UMNO bahkan pernah mendaftar sebagai ahli PAS pada 1999 sebagai protes terhadap penyingkiran Anwar Ibrahim.

Manakala orang UMNO pula masih terpinga-pinga dengan keputusan PRU-12 yang di luar jangkaan. Ada yang saling tuduh menuduh, ada yang menyalahkan orang lain, dan ramai yang berlagak seperti tidak ada kena mengena dengan musibah 2008 itu.

Semuanya menyelamatkan diri sendiri dengan menghalakan kesalahan pada Pak Lah.

Banyak kali juga Demang terpaksa bertegang leher dengan ketua-ketua UMNO cawangan atau bahagian yang tidak sedar bahawa merudumnya keputusan PRU adalah juga disebabkan mereka sendiri.

Benarkah UMNO punca pengundi berpaling arah?

Mungkin ada benarnya namun perlu kita faham juga bahawa penurunan undi yang begitu ketara bukan hanya disebabkan UMNO semata-mata. Ada banyak faktor lain. Apatah lagi setelah dibuat analisis, ternyata faktor pengundi bukan Melayu amat memainkan peranan dalam menentukan keputusan.

Bahkan bukti-bukti statistik menunjukkan terdapat penolakan terancang di seluruh negara terhadap BN!

Puncanya, UMNO dikatakan terlalu berkuasa dalam BN dan terlalu mementingkan syiar Islam serta survival Melayu. Justeru pemimpin bukan Melayu terutama DAP mengeksploitasinya dengan meniup api kebencian pada pengundi bukan Melayu sehingga mereka sepakat menolak BN.

Selain itu hasrat untuk meniru Singapura samada melalui penggabungan semula dengan republik tersebut mahupun melalui plan peralihan kuasa berasaskan teori ‘Chinese Belt’ berjaya memikat pengundi muda cina untuk menolak MCA dan Gerakan yang bersekutu dengan UMNO.

Apapun, kepimpinan tertinggi UMNO akur dengan isyarat rakyat dan cepat bertindak biarpun kenyataannya UMNO  tidak bersalah dalam semua hal. UMNO terpaksa menebalkan muka seakan mengaku bahawa merekalah yang bersalah dan bersedia melakukan perubahan besar.

Padahal MCA, Gerakan, dan MIC lah yang sepatutnya turut dipertanggungjawab kerana peralihan undi lebih banyak melibatkan kaum Cina dan India.

Tak apa lah.

Reformasi pertama dilakukan dengan merombak secara total kepimpinan kerajaan. Akibatnya Abdullah Ahmad Badawi terpaksa meletak jawatan walaupun tidak ada satu pun kesalahan yang didakwa dapat dibuktikan. Kebanyakannya hanyalah persepsi disulami fitnah rambang.

Ertinya sudah DUA orang Perdana Menteri Malaysia terpaksa meletak jawatan kerana Anwar Ibrahim. Berseronoklah wahai pembangkang. Jangan sampai menang sorak kampung tergadai!

Tanggungjawab mengetuai kerajaan BN digalas oleh Najib Tun Razak. Memanglah tidak ada siapa yang tidak suka dilantik menjadi PM namun situasi ketika itu Najib mengambil alih kerajaan yang hampir tumbang. Kerajaan yang sedang nazak dan hampir tiada harapan untuk dipulihkan.

Hinggakan ketika itu ramai orang UMNO yang tak mengaku UMNO kerana malu!

Dalam serba kekurangan itu blogger prokerajaan yang tak berapa ramai ketika itu menubuhkan Blogger Pembela Negara atau BPN. Panglima Perang Cyber (blog Penembak Tepat) memainkan peranan aktif dan berjaya mengumpulkan hampir 100 blogger bebas yang menyokong kerajaan. Panglima diangkat sebagai YDP atas jasanya yang besar itu. 

Demang pula dilantik sebagai TYDP sebagaimana kata orang tiada rotan akar pun berguna. Kami bersidang dan berbincang hampir setiap malam melalui YM dan Chatrol.

Prinsip BPN ialah kerajaan yang sedang memerintah perlu dipertahankan dan pemimpin kerajaan yang memerintah adalah pemimpin negara. Sebarang usaha untuk mengubah kerajaan mestilah melalui proses pilihanraya.

BPN tidak sahaja menyokong pihak eksekutif (PM dan kabinetnya) malah turut mempertahankan pihak legislatif (perundangan/parlimen) dan sistem kehakiman negara.

Sokongan tersebut sebenarnya berpaksi pada plan pembinaan negara iaitu Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.

Kami berperang siang dan malam di medan cyber menggunakan duit poket sendiri. Bahkan bahan-bahan dan maklumat pun terpaksa dicari sendiri.

Menyebut tentang duit sendiri, sampai sekarang SATU SEN pun Demang tak perolehi dari mana-mana pihak. Demang menguruskan blog ini dengan menjual produk sendiri secara online. Akibatnya, penyokong parti pembangkang sudah tentu tidak mahu membeli produk Demang melainkan mereka tidak perasan.

Selain menulis di medan cyber, Demang melalak pada setiap kesempatan meminta UMNO berbuat sesuatu bagi membantu blogger yang sedang berjuang. Semua pihak perlu turun padang samada membina blog sendiri mahupun sekadar menyatakan sokongan dalam ruangan komen bagi menampakkan betapa masih ramai yang menyokong kerajaan.

Begitulah juga yang dilakukan sahabat blogger lain seperti AbangTuah, Braveheart, TaipingMali, BumiYang, Pisau, dan lain-lain (maaf, tak dapat disenaraikan semuanya di sini). Di samping membalas serangan pihak lawan kami juga menjerit meminta bantuan pemimpin dan pihak yang berkepentingan dalam UMNO.

Akhirnya (kalaupun bukan hasilnya) pihak UMNO menubuhkan satu unit yang dipanggil UMB. Sampai sekarang Demang tidak pernah terlibat atau dilibatkan dalam unit tersebut. Maklumlah, blogger kenit macam Demang ibarat melukut di tepi gantang sahaja. Ada tidak menambah, tiada tidak mengurang.

Penubuhan UMB pada peringkat awal tidak banyak mengubah keadaan kerana strategi yang kurang tepat dan tidak merujuk pada situasi sebenar. Walaupun berlaku penambahan blog prokerajaan secara mendadak namun oleh kerana tidak diurus orang yang ‘ahli’ maka majoriti blog baru tersebut tersadai dan akhirnya mati begitu sahaja.

Hal tersebut menjadi modal baru blogger pembangkang untuk mengejek dan memperolok-olokkan usaha UMNO.

Pada pendapat Demang, penubuhan UMB yang mengenepikan blogger ‘otai’ adalah bibit awal perasaan tidak puas hati para blogger prokerajaan.

Barangkali pihak penganjur UMB beranggapan biarkan blogger otai terus berjuang dan bina blogger baru sebagai askar tambahan.

Secara teorinya, boleh lah begitu namun dalam praktis, bukan itu sebenarnya yang kami mahu. Kami bukan sahaja dambakan pembantu bahkan kami juga mahu dibantu. Ternyata pembangkang amat terkehadapan dalam hal ini. Rahsia betapa blogger mereka menerima dana yang banyak terbongkar apabila berlaku kemelut dalaman yang membawa pada penyingkiran Kickdefella daripada PAS.

Kenapa jijik menyebut soal dana dalam perjuangan? Adakah senjata perang tidak perlu dibeli?  Ataukah kami dibenarkan mengambil sahaja senjata perang kami di mana-mana kedai komputer secara percuma?

Sebut sahaja, apa tugas dalam membina negara yang tidak perlu dibayar? Tentera, polis, guru, kerani... semuanya ada peruntukan masing-masing. Tidakkah UMNO mempunyai wang untuk itu? Jika tiada, amat wajar lah UMNO dibuabarkan dan diganti parti lain yang lebih bersistematik.

Kenapa UMNO takut menyediakan dana yang sesuai untuk blogger? Padahal UMNO boleh pula menyediakan dana untuk sekretariatnya termasuk dana untuk penerangan dan kempen!

Jangan jadi hipokrit dengan mengenepikan persoalan wang dan jangan jadi bodoh seolah tidak tahu menggunakan wang!

Demang catat semula perjalanan blogger di atas bagi mengesan apakah yang menyebabkan berlakunya pergeseran dan tuduh menuduh antara blogger. Sebelum ini telah timbul pertelingkahan yang agak sengit antara kumpulan Gomo, Parpu, dan GAP (di satu pihak) menentang Tun Faisal selaku peneraju UMB.

Kali ini pihak yang sama (diketuai Papa Gomo) juga dan bersengketa dengan Anuar Reform pula. Isunya, kumpulan PapaGomo menuduh Anuar Reform adalah musang berbulu ayam yang berpura-pura menyertai UMNO bagi tujuan memecah belah.

Jika itu tujuannya, maka Demang rasa usaha Anuar sudah mula mendatangkan hasil.

Jika kita semak kronologi bermula 2008 hingga kini, kita dapati ada 3 fasa iaitu:
Fasa pertama, persepsi bahawa UMNO sangat teruk.
Fasa kedua, transformasi dan pemulihan oleh Najib.
Fasa ketiga, perubahan berlaku dan persepsi kembali pulih.

Jika tahap pertama berlaku mulai 2008-2009, tahap kedua 2009-2010 maka sekarang kita berada pada tahap ketiga iaitu 2011-12 walaupun belum sepenuhnya.

Justeru apa perlunya UMNO direformasikan lagi? Demang bersetuju dengan seorang blogger (lupa nama blognya) bahawa tindakan mereformasi UMNO hanyalah satu tindakan mengesahkan bahawa UMNO memang TERUK! Padahal sudah dirungkai tadi bahawa itu semua hanya persepsi semata-mata dan usaha mengubahnya sudah dan sedang dilaksanakan Najib.

Jika kita menerima bahawa politik amat rapat dengan persepsi maka perlu dielak sebarang tindakan yang boleh memberi persepsi buruk secara tersurat mahupun tersirat.

Anuar Reform mungkin berniat baik dan menggunakan strategi bagi menarik semula kepercayaan audien untuk kembali menyokong UMNO. Anuar mungkin ingin memberitahu audien bahawa UMNO memang teruk suatu ketika dulu namun kini ia sedang berubah.

Namun dari sudut pandangan lain ia tidak membantu memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO malah akan sentiasa meninggalkan persoalan bahawa UMNO perlu dipulihkan kerana ia sebuah parti yang masih sakit. Perlukah kita memilih parti yang masih sakit?

Dalam masa yang sama pembangkang mengulang-ulang ayat betapa UMNO sudah tidak boleh dirawat lagi. Hanya ada satu jalan iaitu humban sahaja UMNO ke dalam longkang!

Kita cuba terbalikkan strategi reformasi ini begini; Apa kata jika Anuar menyertai PKR dan Demang menyertai PAS semula. Kemudian kita lancarkan satu blog baru bagi tujuan mereformasi kedua-dua parti tersebut yang telah tersesat jauh.

Setiap hari kita akan kemukakan fakta-fakta kelemahan PAS dan PKR yang perlu diubah.

Agak-agaknya, adakah tindakan tersebut boleh membantu parti yang kita sokong itu?

Bersambung...

41 comments:

Anonymous said...

Satu kupasan yang kritis. Tahniah waadat. Tak sabar nak baca bahagian seterusnya....

Pengundi Baharu said...

Menarik.

Otak geliga said...

ulasan yg JELAS & TEPAT....tahniah kepada blogger waadat.

Gelombang Wangsa Maju said...

SALAM WAADAT ... ANDA MEMANG 'OTAI' YANG CUKUP MASAK DENGAN SEPAK TERAJANG POLITIK.

DARI AWAL LAGI, SEMEMANGNYA GWM TIDAK PERNAH NAMPAK SIGNIFIKAN UMNO REFORM MELAINKAN MENDEDAHKAN UMNO SEBAGAI PESAKIT PALING KRONIK!

Anonymous said...

Tengah best best baca, bersambung pulak....

PAPA GOMO said...

mantap... terbuka dan satu artikel yang mantap... Gua akan mengikuti sambungan keduan... emmm otai lama dari yang ada macam aku dan parpu kari....

apa pun cikgu still maintain....

teruskan bro perjuangan ni.

Anonymous said...

asalamu'alaikum,

satu kepuasan dan padat. tahniah bro' - u sure r among the BEST (PapaGomo, Parpukari, GAP and gang).

GREAT people talk about ideas
AVERAGE people talk about things
SMALL people talk about other people.

akan mengikuti sambunganya.

teruskan

PAPA GOMO said...

3 kali aku baca artikel ni..... orang lama je tahu apa itu perjuangan.......

oyabun said...

Salam Otai Waadat...!!!

Inilah yang dikatakan apabila 'Otai mula bersuara'..sangat kritis dan padat maksudnya..kalau UMNO dan para pemimpinnya tak buka lagi minda mereka, tak tahulah..!!! Sesekali dengarlah keluhan dan jerit perit para blogger-blogger jalanan yang tanpa kenal penat lelah berjuang dengan keadaan yang amat daif demi mempertahankan kerajaan yang memerintah sekarang...menantikan episod kedua...teruskan perjuangan Otai Waadat..!!!

Salam perjuangan..kita berada dipihak yang benar..insyaAllah..!!!

House PK said...

Terbaik bro! Kena sebarkan artikel ini lagi bro, dan aku akan menati bahagian kedua, PAPAGOMO dan aku masih disini bro...teruskan perjuangan

Anuar Reform adalah barah yang akan merosakkan UMNO. Nyahkan dia.....aku suka waadat bila u suruh dia masuk PKR balik, memang itu patut dia buat untuk reformkan PKR yang dah tersesat jauh tu...

Unspinners said...

Well done Mat. Kenapa Bloghouse dilupakan ?

ISAC said...

Kabel mungkin X kuat Chegu...

Memang dah jadi adat di dunia tak semua perngorbanan akan dihargai apa lagi diingati....

Siapa tak kenal Dato' Sri Maharajalela, Sipitung, Dato' Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut... Tapi siapa kenal pengikut2 setia yang gugur bersama-sama mereka???

Berapa ramai "hero tidak didendang" ini samada dilupakan atau tidak mendapat pengiktirafan yang sewajarnya....

Sudah jadi adat di dunia juga, "lain orang yang menanam orang lain pula yang menuai hasilnya"...

Anonymous said...

Salam cheguman,kupasan yg cukup mnyentuh hati.kamu semua Mmg Terbaik!teruskan perjuangan.mulia sunggh hati kamu semua.saya doakan semoga segala kebaikkan anda semua blogger d balas oleh Allah.

Anonymous said...

Teringat irama 60an, lagenda nyanyian J Sham, teemannn keta~a~a~a~wa senang didapat teman mena~a~a~a~a~ngis sukar dicari, namun terus perjuangan.
Artikal the best, i likes to follow continue...

Byukan blogger, tapi fahami luahan hati...

Anonymous said...

Syabas satu kupasan yang penuh intipati,,,teruskan pejuangan mu hingga ketitisan terakhir.semoga allah menilai akan hasil pegorbanan mu ini.salute.

Melayu Pasir Gudang said...

Orang yang berjuang tak sedar bahawa dia sedang berjuang, tapi bila dia terperasan bahawa dia sedang berjuang maka segala imbuhan akan di tuntut, macam pasukan bola sepak negara zaman 70an dengan pasukan bola sepak era 2000. semua sanggup jual asalkan dapat pulus.....cikgu tahniah atas perjuangan yang sejati.

Anonymous said...

perenggan 15 tu... ada kesalahan bahasa. mementingkan syiar Islam?

Anonymous said...

Setuju lagi pun selama ini tak dibuat analisis, kajian dan dapatan yang terperinci tentang pemimpin dan parti pembangkang. Kebanyakan yang berlaku adalah isu-isu picisan yang hanya sekejap sahaja bertahan.....hamba setuju boleh joint ke kita kumpul team penulis....

Anonymous said...

TAHNIAH WAADAT SATU PERJUANGAN YG IKHLAS DEMI UGAMA , BANGSA DAN NEGARA..SEMUGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN MU DAN ALLAH SEBAIK- BAIK PEMBERI BALASAAN...maria kamaruddin.

Anonymous said...

maksud saya ..TAHNIAH DEMANG kerana perjuangan yg menyentuh hati lagi ikhlas..semuga ALLAH MEMBALAS JASA MU DUNIA DAN AKHIRAT..maria kamaruddin.

Anonymous said...

Isu Anuar, Papagomo: Seru blogger Wadaat untuk selesaikan cara baik
http://tunfaisal.blogspot.com/2012/02/isu-anuar-papagomo-seru-blogger-wadaat.html

Macam yang saya sebutkan sebelum ini, "isu pengkhianat dan musuh dalam selimut memang suatu isu yang berat. Dalam semua gerak kerja pilihan raya, termasuk gerak gempur dan memasang bendera dan poster pun kita kena berhati-hati, apa lagi dalam dunia perang siber yang penuh muslihat dan `kawan makan kawan'. Cuma macam yang saya pernah sebut, kita tidak mungkin tahu semua perkara dan semua perancangan. Ada perkara yang kita tidak perlu tahu pun. Apa yang penting, kita semua perlu fokus dengan tugas dan peranan kita dalam gerak kerja menghadapi PRU13 dan bekerja sebagai satu pasukan. Setiap sumbangan walaupun sekecil mana, tetap penting untuk UMNO dan BN."

Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana baik Papagomo, mahupun Anuar Mohd Nor, kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam PRU13. Ambillah pengajaran dari firman Allah swt dalam Surah al-Hujurat. ayat 9-10, yang bermaksud: "Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang- orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"

Seperti yang pernah saya sebutkan di dalam blog ini, bermubahalah adalah salah satu cara untuk membersihkan nama kedua-dua pihak dari sebarang fitnah. Mungkin majlis bermubahalah ini dapat dilaksanakan secara tertutup di hadapan rakan-rakan blogger pro-BN supaya masalah ini dapat diselesaikan tanpa berbangkit lagi di masa hadapan. Mungkin Ustaz Fathul Bari dan beberapa orang pemimpin kanan UMNO boleh menjadi saksi kepada majlis ini. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk UMNO dan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.


Kemukakan bukti
http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1414&Itemid=58#JOSC_TOP

04hb FEB 2012 – Tidak menjadi hasrat untuk berbalah dengan hanya kata-kata yang dilemparkan. Tuduhan amat mudah. Percakapan amat mudah. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perbalahan dan memohon untuk semua yang hadir pada forum www.umno-reform2.com baik yang menyokong mahupun yang tidak untuk tidak memanjangkan komen yang tidak budiman. Saya BERTERIMA KASIH kepada mereka yang telah menghantar SMS – EMAIL dan laman blog yang menunjukkan sokongan kepada nilai penulisan dan arah tuju politik serta idealisme yang mahu saya bawa. Saya telah menyarankan kepada pihak terbabit untuk mengemukakan bukti, hadir untuk sama-sama menonton dan menyiarkan video yang dikatakan melibatkan saya serta sama-sama untuk mendengar penjelasan dan akhirnya untuk mengambil sumpah untuk mencari kebenaran. Saya juga bersedia – untuk disiasat – oleh mana-mana pihak dan keterbukaan saya hanya untuk memastikan kebenaran terselongkar agak kita sama-sama dapat meneruskan usaha untuk memastikan BN/UMNO terus menjadi wadah politik. Anuar Mohd Nor

Anonymous said...

para bloger berjuang di alam maya,
pemimpin berjuang di alam nyata..visi dan misi di lapangan
sama utk mereform diri dan mentransformasi pemikiran rakyat!!!

Anonymous said...

Cilanat.. Hampir diserang sakit jantung.. Lahanat punya gomo... Bikin saspens..

NSK said...

Salam Cikgu...
Sy baru baca blog cikgu mlalui blog papa gomo. Beginilah rentak org dewasa,biar memimpin yg lebih muda.
Senario yg blaku dsini amat kritikal sebenarnya.. Bukan sekadar mengundang persepsi negatif pembaca, malah mjd bahan utama puak PR. Sejujurnya hal ini ada hbg kaitnya dgn nama & wang... semcm yg cikgu sebut, UMNO perlu ambil berat soal ini.. Bagilah peruntukan utk kwn2 nie berperang.
Sebagai pembaca & penyokong tegar kerajaan, sy mhn pertelingkahan antara blogger wajar diselesaikan tanpa perlu dihebohkan pun.
Tlglah berubah.... kalu tidak para blogger nie akan dilihat sbgaimana pemimpin2 UMNO & BN yg tak mau berubah pendekatan. Yg terus tamak dengan KUASA yg ada. Malah bangga dgn ranking dan nama yg dah dicipta...
Apa bezanya kalu pertelagahan spti terus2an blaku.... Kita nak selamatkan kerajaan, jadi biarlah ada adab, etika dan profesionalismenya dalam menulis..
TQVM Cikgu.

budak kampung online said...

Salam. Korang pandai berjuang dan tak pandai bodek. Sebab tu disisihkan oleh pak menteri. Kalau pandai bodek dan pandai buat buntut menteri itu panas dan tak keruan, dah tentu korang dapat habuan RM250 juta. Paling koman pun dapat kereta sebijik untuk tutup mulut. Happy blogging. Say no to umno. More power.. more rasuah... more orang susah...

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam bro.
Terbaik.Harap bro dapat memainkan peranan dalam usaha penyatuan kita semua.Artikel ini telah saya panjangkan di blog saya.

Anonymous said...

Terhanjat Boboi! Syukur.Cheguman masih disebelah sini.Alhamdulillah.

UMNO atau PR said...

sembang bab perjuangan memang sedap dan indah saja. kitalah pejuang murni ingin mempertahankan bangsa dan agama.

tapi sistem UMNO sudah menampakkan kepincangannya. walaupun ia boleh menjamin kekuasaan melayu tapi ia juga menjamin ruang untuk pemimpin mengaut keuntungan.

atas nama kepentingan Melayu, dia mengaut keuntungan. yang di pihak pembangkang pula, dek kerana ternampak kepincangan sistem ini, dia melihat sistem sebagai jijik dan perlu dihapuskan.

jadi, apa yang perlu kita pilih?

Anonymous said...

Gua berjuangn dalam ruang komen...perjuangan gua orang lagi tak nampak...macam habuk lalu sahaja...tapi dengan komen gua..sedikit dapat menangkis serangan menggila pehak sebelah.

Rapatkan saf...teruskan perjuangan...matlamat kita BN akan menang besar pru 13. Insyaallah.

Anonymous said...

Terbaek..welldone bro akan follow blog chegu sm mcm sy follow blog papagomo n parpukari,tqvm bro

Anonymous said...

kona punya kona...semua pasal dana! kah kah kah...ikelas sunggoh perjuabngan korang ni kan...hahahah...mula2 takde dana pun bleh berjuang, lepas tu tak menahan tgk sekufu len dapat fund mula tak bleh tahan..choyyyyy...

C L J said...

SAMBUNGLAH LAGI DAN LAGI SAHABAT KU DAN SAHABAT SAHABAT KU YANG LAIN YANG IKUT MERASAKAN KEPENTINGANNYA. NAMUN SATU SOALAN HAMBA NAK TANYA IALAH AUDIEN KITAN MELIPUTI SEMUA PERINGKAT ATAS, TENGAH DAN BAWAH ? MELIBATKAN PENGIKUT, PENYOKONG DAN PEMIMPIN YANG MENYEDARI KEDUDUKAN MEREKA JUGA BERUBAH UBAH MENGIKUT KEADAAN DAN SITUASI?

ADAKAH SARANAN KITA ITU SAMPAI KESASARAN YANG KITA HAJATKAN ATAU MENABUR PADA PERMUKAAN BUMI YANG DEKAT DENGAN AKARRAMBUTNYA. MAMPUKAN SARANAN SARANAN KITA ITU MEROBAH STRUKTUR AKAR DAN OSMOSIS HARIAN SEHINGGA DIRASAKAN OLEH BANIR DAN BATANG DAHAN ?

YANG NAK KITA FIKIRKAN KINI IALAH PERUBAHAN ITU. NAMPAKNYA KITA KENA PELBAGAIKAN CARA, PENDEKATAN DAN BAHAN SERTA RAMUAN. PELBAGAIKAN SKUAD DAN PLATOON MENGIKUT KEPERLUAN DAN KEPAKARAN. MAKSUDNYA PASTI KENA ADA PIRAMID DAN JUNJUNGAN DARI TAPAK YANG LEBAR ITU SAMPAI KE PUNCAK YANG TUNGGAL.

PERKARA INI DULU KENA DIFAHAMI OLEH PEHAK PIHAK YANG PATUT FAHAM. PIHAK YANG NANTINYA MENDAPAT HABUAN DARI KEJAYAANNYA / UNTUNGNYA SEHARUSNYA DILETAK PALING BERTANGGONG JAWAB. NAMUN ADAKAH MEREKA ITU TERFIKIR BEGITU.

MAKA BARANGKALI SIAPA YANG BERFIKIR BEGITU KENALAH MELONTARKAN PANDANGAN ATAU CADANGAN YANG SUDAH DIPERHALUSI SECARA MATA KE MATA. KAWAN KAWAN YANG MEMANG SEDIA ADA LINGKUNGAN SENDIRI MUNGKINLAH LAYAK UNTUK DUDUK DAN BERBINCANG SUPAYA CADANGAN ITU MENJADI LEBIH KEMAS DAN MENYELURUH.

ASAL SAHAJA KITA TIDAK LUPA BAHAWA PERUBAHAN YANG NAK KITA SARANKAN ITU ADALAH MENGENAI MINDA, FIKIRAN, PERASAAN DAN HAJAT HATI MANUSIA. IA TENTUNYA BUKAN SEMUDAH MENGGABUNG ANGKA ANGKA DAN MENDAPAT JAWAPANNYA.

IA KENA MELALUI PROSES SIDIQ, AMANAH, TABLIGH DAN FATONAH.

WALLAHUAKLLAM.

Jeffry said...

BERJUANG SECARA KONSISTEN KPD MEREKA YG ADA BYK MASA..RAMAI GAK BLOGGER YG BERKERJA MKN GAJI PUN X KURANG HEBATNYE..1 TUJUAN 1 MATLAMAT..1 MESIA >:]

Anonymous said...

teruk btol org pakatan. aku beli je kat kedai org pas. tau sgt org pas sbb gantung gambar nik aziz. takde masalah. ni menunjukkan org umno ni terbuka. dia sokong je bisnes org islam. tp kalau org umno bisnes confirm dia beli kedai org dap.

Anonymous said...

As'salam... tuan wadat
1. Terharu baca sejarah perjuangan tuan dan rakan-rakan sejak 1999.

2. Waadat joint PAS lantaran kes nuar, aku pula joint KeAdilAn (Masa itu).

3. Sebagai pembaca tetap ruang blogg prokerajaan, aku juga hairan kenapa UMNO masih gagal menguruskan (sistematik) para bloggers yang sentiasa menyokong dan mempertahankan mereka.

4. Berharap sangat-sangat, akan ada tindakan pantas UMNO dalam menyelesaikan hal ini. Apa mereka tidak percaya impak penulisan blogg?

5. Kekuatan dan istiqmah tuan dan rakan-rakan pejuang maya sentiasa kami hargai.

Teruskan dan terima kasih.

RAKYAT JUGA PANDAI MEMERHATI

P/S:
Apa UMNO tak ada sumber? Lancarkan tabung, insya-Allah kami (pembaca) tidak lokek!

Anonymous said...

Saya terpegun dengan apa yang diterangkan oleh waadat dan ada kebenaran. Pari politik atau yang berkaitan dengan politik harus bersedia di kritik yang membina kerana ia akan memperbaiki apa-apa kelemahan yang sedia ada dengan kita, kerana kita adalah manusia. Diharap blogers yang prokerajaan yang sedia ada hendaklah bersatu semula bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih supaya usaha yang mereka lakukan untuk membantu kerajaan yang sedia ada tidak musnah dipertengahan jalan. Kepada UMNO bantu lah(beri lah peruntukan) pihak blogers ini kerana mereka juga memerlukan dana untuk keperluan mereka, hargailah pengorbanan mereka yang ikhlas itu dan harap PM membaca luahan ini. Berjuang demi Negara untuk mempertahankan perlembagaan yang sedia ada.

Anonymous said...

banyak bersabar..ingat org melayu kita yg ditekan kiri kanan ,atas bawah..lepas pru13 ,bn menang ,nak gaduh gaduh lah...istgfar byk2..ALLAH MAHA MENGETAHUI,SETIAP KEBAIKAN YG DITABUR AKAN DIBALAS OLEH ALLAH DIDUNAI DAN AKHIRAT..KADANG KADANG BALASAN DR ALLLAH LEBIH BESAR DR MANUSIA..HAMNYA ALLAH MENGETAHUINYA..

Anonymous said...

syabas bro'

penulisan yang sangat baik. Untuk rujukan : http://tunfaisal.blogspot.com/2012/02/isu-anuar-papagomo-seru-blogger-wadaat.html aku rasa tak payah dirayu kepada WADAT untuk menjadi org tengah. Jalan penyelesaianya sudah pun dibentangkan saperti : "Apa kata jika Anuar menyertai PKR ...................semula. Kemudian ..... lancarkan satu blog baru bagi tujuan mereformasi kedua-dua parti tersebut yang telah tersesat jauh"

Kalau dah keruh dihulu, pastinya akan keruh juga dimuara.

awaiting 4 ur continuation.

Madie said...

Salam cheguman.. Saya bersetuju dengan cadangan tuan. Saya juga merupakan salah seorang ahli terawal dalam penubuhan BPN pada tahun 2008. Namun, akibat kekangan masa dan tekanan kerjaya, saya tidak dapat menumpukan lebih kepada pertempuran maya. Lagi pula telah wujud lebih ramai cyber troopers proBN pada masa ini. Namun, jika wujud pergeseran dan sikap gunting dalam lipatan antara bloggers pro BN, saya pasti perkara ini akhirnya akan membawa kepada perpecahan blogger pro BN. Semoga Team BPN yang tertubuh akhir 2008 itu tidak menjadi usaha sia-sia...

AbgTuah said...

ASS'KUM TYDP BPN.

BIAR AGAK TERLAMBAT..TAPI RASANYA BELUM TERLEWAT UNTUK KAWAN MENINGGALKAN KOMEN.

SYABAS SAUDARA WADAT, SEMEMANG ARTIKEL YG MANTAP, PADAT DAN HEBAT..

KAWAN JUGA DAH BOOKMARK PAGE INI AGAR SENANG MENGULANG BACA KELAK.

YUP...KAWAN PUN DAH TERSEDAR DARI ULITAN MIMPI...

KAWAN TERSEDAR..YANG

PERJUANG PERLU DITERUSKAN..!!

CITY said...

apa pula nasib saya ni blogger copy and paste saja..semuga ALLAH menyelamatkan negara kita dari dikuasai oleh kominis dap..ABU=ASAL BUKAN ULTRAKIASU=DAP.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)