Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, December 31, 2009

UMNO vs PAS sama saja, no...


Hari ini 31/12/2009. Sebagai penutup (agaknya) kategori berita besar tahun 2009 ialah kerajaan Kelantan dikehendaki membayar 800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan.

Sepatah komen seorang teman: ”nampaknya sama sahaja samada BN atau PAS.”

Jika Bung Mokhtar (UMNO) ’melarikan diri’ untuk berbulan madu ke Eropah bersama isteri barunya, Dr Rosli (PAS) berjaya melarikan diri bersama isteri barunya daripada kepungan keluarga mertua.

Bezanya Bung Mokhtar pergi dengan ceria manakala Dr Rosli... wallahu’alam.

Tentulah tidak salah beristeri lebih daripada satu asalkan mengikut prosedur sepatutnya. Bahkan bagi seorang pemimpin besar, beristeri lebih daripada satu adalah budaya (kalaupun bukan fitrah) manusia sejak ribuan tahun.

Justeru Demang hairan apabila ada yang memandang sinis perihal sultan mempunyai isteri selain permaisuri.

Demang bukan nak berbicara soal poligami, cuma nak ingatkan bahawa jika kita belum berada di tempat itu, jangan berlagak angkuh mengatakan kita tidak akan melakukannya. Dan jangan menempelak orang lain sebagai ’jahat nafsu’.

Esok, fajar 2010 ’kan menyinsing. Semoga pertambahan usia turut manambahkan kematangan kita dalam berfikir.

Mari kita berfikir dalam paradigma 1 Malaysia.

Kepada semua pengunjung tetap, pengunjung sekali sekala, mahupun tetamu baru Waadat, Demang ucapkan selamat menyambut tahun 2010.

foto hiasan:
memerang15 jpg
harunyahya.com

Wednesday, December 30, 2009

Menguasai ICT, dikuasai pemilik ICT


Hari ini, anda boleh menaip satu perkataan di dalam engin carian internet dan segera dipaparkan dengan jutaan maklumat.

Hari ini juga anda boleh menaip lokasi pada alat GPS anda dan mesin tersebut akan memandu anda sampai ke destinasi yang dikehendaki.

Kunci utama kecanggihan ini ialah ILMU dan MAKLUMAT.

Bukan Bill Gates seorang yang mengetahui bahawa ilmu pengetahuan dan maklumat itu penting. Bahkan beliau sendiripun diberitahu oleh orang lain. Bezanya, Bill Gates bersikap positif dan bertindak proaktif.

Ummat Islam pula sudah dimaklumkan Rasulullah sebaik Baginda menerima wahyu pertama iaitu Iqra' - 'bacalah'. Maka, bacalah.

Seruan di atas mungkin tidak sesuai Demang tujukan kepada anda memandangkan anda memang gemar membaca. Jika tidak, masakan anda membaca tulisan ini.

Kita berkongsi pendapat.

Membaca adalah proses memasukkan maklumat ke dalam minda dan dicerna sebagai satu pemikiran. Hasilnya dijelmakan dalam bentuk tindakan.

Dalam filem Laksamana Doremi, Menteri Pasola berjaya dibunuh setelah laksamana doremi mendapat maklumat bahawa menteri tersebut akan mati apabila tapak kakinya dicucuk bambu runcing.

Maka diungkapkan satu kenyataan bahawa sesiapa yang menguasai maklumat maka mereka berupaya menguasai orang lain.

Jika demikian, tidakkah negara yang memegang maklumat juga mampu menguasai negara lain? Lihatlah, negara mana yang memegang kunci bank maklumat dunia?

Di mana pula kedudukan kita hari ini, khususnya ummat Islam. Begitu juga warga negara Malaysia yang bukan Islam. Adakah kita masih mahu terus-terusan betelingkah dan berbahas soal siapa yang Islam siapa yang kurang Islam atau siapa yang terkeluar daripada Islam dengan sejemput ilmu yang kita miliki? Ikhlaskah kita menghukum tanpa dipengaruhi emosi dan persepsi sendiri?

Saat ini setiap pergerakan kita dipantau rapat melalui pelbagai teknologi canggih. Lihat sahaja GPS yang mampu mengekori ke mana sahaja kita pergi. Di atas sana satelit-satelit bertugas 24 jam sehari dan setiap detik menghimpun maklumat serta menyalurkannya kepada tuan-tuan mereka.

Kita? Masih sibuk bercakaran sesama sendiri dan terpesona dengan janji demokrasi, liberalisasi, globalisasi dan sebagainya.

Foto:
satellite track...ti jpg
spaceplace.jpl.nasa.gov

Lari Lari Lari



Dalam kes kereta yang menjunam lalu menimpa orang awam di Kelantan baru-baru ini, lelaki yang menolak kereta itu telah melarikan diri.

Dalam rompakan melibatkan 500 ribu semalam, penjenayah tersebut juga melarikan diri namun cepat dicekup semula.

Semalam Dr Rosli, Ketua Penerangan PAS yang diarahkan berpisah dengan isteri keduanya berjaya melarikan diri daripada kepungan keluarga mertuanya itu.

Peristiwa 'lari' tersebut juga mengingatkan kita kepada Anwar yang lari ke kedutaan asing apabila kes liwatnya terbongkar.

Nampaknya PR semakin kelam kabut. Sehingga kini Raja Petra si pemfitnah yang melarikan diri masih belum dapat dikesan.

Demang sedar bahawa adakalanya kita perlu lari. Contohnya apabila dikejar anjing atau penjenayah. Namun dalam kes-kes di atas, melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah.

Berdepanlah dengan kenyataan dan menghadaplah pada pengadilan jika kita mengaku insan bernegara, bertamadun, dan beragama.

Tambahan:
Yang terbaru ialah timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Azmi Ismail kini ditahan polis kerana dipercayai terlibat 'melarikan dadah'.

Namun dia tidak sempat lari. Dia ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang boleh membawa kepada penahanan maksimum 60 hari.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superitendan Md Azmi Othman yang dihubungi Awani hari ini.

Azmi yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengekalan Chepa ditahan pada 23 Dis lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Baru.

Polis turut menyita sebuah kereta Mercedes milik Azmi.

Dalam pada itu, Ketua AMK Kelantan Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang penahanan Azmi.


Foto:
fredmiranda.com

Tuesday, December 29, 2009

PR semakin kelam kabut UMNO semakin merapati rakyat


(foto yang Demang ambil ketika melintasi jambatan berhampiran masjid Kampung Hulu, iaitu masjid pertama dibina 200 tahun selepas empayar Melaka runtuh. Jika datang ke Melaka, jangan lepaskan peluang menaiki bot tersebut menyusuri sungai Melaka) : koleksi foto peribadi.

Malam ini Demang menemani isteri ke majlis makan malam bersama Ketua Menteri Melaka.

Kami bukan jemputan khas sebaliknya turut bersama kami ialah guru-guru dan AJK PIBG dalam DUN Bukit Baru, kawasan YAB Ali Rostam.

Beberapa hari lalu Tok Ali mengumumkan bahawa PBT yang gagal hadir majlis gotong royong bersama rakyat akan dipecat.

Bulan lepas Demang berkesempatan membersihkan kawasan kubur di kampung kami. Turut hadir ialah YB Mat Sirat yang memberitahu Demang beliau perlu hadir 3 program gotong royong pagi minggu itu.

Dua minggu sebelum itu Demang terlibat dalam program perkhemahan belia dan Ketua Menteri turut bermalam di dalam khemah bersama peserta. Demang sempat mengambil gambar beliau mencuci bekas makanan sendiri!

Bagi orang Melaka, kehadiran Ketua Menteri di majlis perkahwinan adalah perkara biasa. Ali Rostam mampu mengunjungi 10-20 majlis kenduri sehari!

Nampaknya Demang sudah bertukar persepsi terhadap AMT UMNO yang pernah menimbulkan kontraversi suatu ketika dulu.

Dalam majlis malam ini yang majoritinya orang Melayu, persembahan pelajar sekolah meliputi pelbagai kaum.

Ternyata KM Melaka yang Demang kurang gemar dulu dengan cepat menyambut seruan PM: ' Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".

Bercakap soal 'pencapaian' ternyata mitos orang Melaka bahawa KM Melaka terbaik ialah Rahim Tamby Chik sudah berakhir. Kemajuan dan pembangunan yang dilaksanakan sepanjang 10 tahun pentadbiran beliau bukan sahaja boleh dilihat malah dirasai oleh segenap lapisan rakyat.

Jika tidak percaya, jemputlah datang ke Melaka dan jangan lupa menikmati suasana malam di negeri yang pernah menjadi pusat pemerintahan empayar Melaka ini.

Mahkamah sahkan sekali lagi kes liwat Munawar


Masih ingat pada Dr Munawar Ahmad Anees bekas penulis ucapan Anwar Ibrahim?

Demang ucapkan terima kasih kepada Munawar kerana permohonan beliau di mahkamah baru-baru ini mengingatkan semula rakyat Malaysia terhadap kes tersebut.

"Adalah jelas bahawa apa yang dinyatakan oleh mahkamah ini dalam perenggan 20 hingga 26 ada kaitan dengan sesuatu yang dihujah semua pihak..." demikian sebahagian daripada penghakiman setebal 15 mukasurat yang dibacakan Hakim Raus.

Ertinya, mahkamah sekali lagi mengesahkan Anwar meliwat Munawar! Adakah terdapat maksud lain selain daripada itu?

Bagi anak muda yang berumur 18-25 tahun yang kuat menyokong Anwar sekarang mungkin tidak begitu faham kes ini kerana ketika perbicaraan kes liwat Anwar-Munawar, mereka baru berusia 7-15 tahun! Dan ketika kejadian liwat itu berlaku ada antara mereka yang masih bayi.

Untuk makluman, Munawar menjalani hukuman penjara 6 bulan pada 1998 selepas mengaku bersalah di mahkamah seksyen kerana membenarkan Anwar meliwatnya di rumah Anwar di Jalan Setia Murni di Bukit Damansara pada Mac 1993.

Cuba perhatikan perkataan 'MENGAKU BERSALAH' di atas dan bukannya 'DIDAPATI BERSALAH'.

Anwar pula terlepas atas sebab teknikal!

Monday, December 28, 2009

isu Tun: Jerat bingkas, siapa yang terbabas?


Umpanan penulis tak dikenali Barry Wain dalam bukunya Mahathir Mohamad in Terbulent Times disambut Tun Mahathir secara positif dengan meminta kerajaan menubuhkan badan khas bagi membuat siasatan secara menyeluruh.

Salehudin Ayub, Naib Presiden Pas pula menyokong dengan menggesa kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya tersebut.

Demang turut teruja dengan perkembangan ini dan berharap laporan penuh mesti dihebahkan secara menyeluruh dalam bahasa Melayu. Sebaiknya melalui semua media termasuk internet.

Laporan tersebut sudah tentu akan menjadi jilid yang amat mega memandangkan ia berisi maklumat 22 tahun pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Demang juga nak lihat secara telus apakah yang dilakukan Tun dengan dana 100 bilion yang didakwa itu?

Rakyat perlu diberitahu kenapa dibina jambatan Pulau Pinang, Putrajaya, KLIA, litar F1? Apa kesannya pada pemacuan ekonomi negara? Rakyat juga perlu tahu kenapa ditubuhkan GLC dan kenapa ia perlu diselamatkan apabila menghadapi masalah? Apa perlunya GLC bagi keseimbangan ekonomi negara?

Jangan lupa untuk memberitahu rakyat kenapa Amanah Saham Nasional dilancarkan dan kaitannya dengan pengambialihan Sime Darby & Guthrie daripada Britain. Apa kesannya pada ekonomi, maruah negara dan, pegangan ekuiti Melayu?

Sebenarnya banyak lagi yang perlu dimasukkan. Demang tidak sabar untuk meneliti laporan tersebut nanti.

Alhamdulillah. Insya-Allah pendedahan tersebut akan dapat membuka mata rakyat terhadap jasa Tun Dr Mahathir selama 22 tahun. Barangkali sebelum ini ia tidak didokumenkan secara teratur. Dengan penubuhan suruhanjaya tersebut, Demang percaya rakyat akan menilai sendiri apa yang telah Tun Dr Mahathir lakukan.

Terima kasih kepada Barry Wain yang membuka cadangan dan Salehuddin Ayub yang menyokong.

Rakyat pula akan mengundi dengan adil.

Kita akan lihat siapa sebenarnya yang terjerat!

Foto:
mahathir jpg: jkt.detiknews.com

Sunday, December 27, 2009

Agenda Besar Yahudi



Foto di sebelah bukan mangsa bas dua tingkat di Jelapang Perak tetapi mangsa kekejaman Yahudi! Semoga negara kita terselamat!!!

Apapun, Demang ucapkan takziah pada semua ahli keluarga mangsa tragedi bas express dua tingkat dekat Jelapang malam tadi. Ia suatu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Demang harap pihak berkuasa bertindak lebih tegas terhadap semua bas expres yang gagal mematuhi halaju di lebuhraya. Semua pengguna lebuhraya tahu betapa biadapnya para pemandu bas expres meredah lebuhraya tanpa memperdulikan keselamatan orang lain.

Al-Fatihah...

Dunia cyber agak lengang sepanjang cuti 3 hari ini. Ramai yang balik kampung atau bercuti bersama keluarga. Sepanjang bulan Disember ini Demang lebih kerap membuat ‘posting’ menggunakan pengkalan E90 Demang daripada pelbagai lokasi di seluruh negara. Cuti yang penuh dengan pelbagai program luar; rasmi, separuh rasmi, dan bersama keluarga.

Malam ini trafik kembali sesak. Demang jangkakan esok pagi para pelayar akan berpusu-pusu memasuki internet semula bagi mengimbas isu yang terlepas.

Sebaik Demang membuka email tadi, terpacul sebuah email yang juga merupakan perbincangan antara beberapa ahli AIDC. Demang terlepas beberapa email awal tetapi terasa ingin berkongsi sebahagian daripada perkara yang mereka bincangkan.

Mari kita ikuti tulisan mereka:

.......................................

Selepas berakhirnya perang dingin dan ideologi komunis runtuh, amerika telah melihat Islam dan china sebagai satu kuasa yang harus diperhatikan.

Pada barat jika negara islam bersatu adalah jelas kuasa dominan Amerika dan barat boleh terancam.

Begitu juga dengan kebangkitan china yang mempunyai populasi terbesar didunia boleh menyebabkan peranan amereka terpinggir.

Antara persama negara2 islam dan China ini ialah kebanyakkan tidak mengambil ideologi Demokrasi Amerika sebagai prinsip pemerintahan. China masih mengamalkan sistem satu parti dengan ekonomi terbuka.Manakala banyak negara islam masih mengekalkan kuasa raja.

Lantaran itu pihak amerika mengambil cara yang paling cermat untuk menyusup masuk ke negara-negara ini melalui kerja2 demokrasi, maka ditubuhkan pelbagai jenis pusat demokrasi diseluruh dunia dengan objektif ia akan dapat membantu kumpulan alternatif didalam negara sasaran.

Antara modus operandi yang amerika cuba lakukan ialah dengan mendekati kumpulan etnik minoroti dan kumpulan agama bagi memberi galakan kumpulan ini menyuarakan ketidakpuashatian kepada kerajaan memerintah.. Di china amerika mendekati kumpulan pemisah tibet dan etnik Uighur di Xinjiang.

Manakala di negara 2 islam seperti Iran, musuh kepada Ayatullah Khameine akan diberi bantuan dan sokongan. Begitu juga dinegara2 islam lain yang mempunyai potensi kepada dasar luar Amerika seperti Pakistan, Malaysia Nigeria dan beberapa negara lain.

Amerika akan mengunakan demokrasi dan kebebasan bagi menekan kerajaan yang memerintah supaya tunduk kepada kehendak Amerika. Sekiranya sesebuah negara itu enggan tunduk kepada polisi Amerika, negara islam ini akan dihalang mengadakan akses dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa, bantuan kewangan dan yang paling teruk digelar sebagai negara yang menyokong pengganas.

Di sini kita dapat melihat peranan dan kedudukkan Anwar, apabila dia beria-ia ingin melaksanakan Demokrasi dan kebebasan, sekali imbas lagaknya seperti suara dari rumah putih Amerika.

Sesungguhnya Konsep Demokrasi dan kebebasan yang dilaungkan oleh Anwar dan ingin dilaksanakan di Malaysia sebenarnya bercanggah dengan konsep demokrasi Raja Berpelembagaan yang menjadi nadi dan jantung kepada negara kita.


........................................

Setuju dengan pendapat Faizal. (respon daripada seseorang)

Secara umumnya polisi Amerika Syarikat terhadap dunia Islam terdapat empat peringkat.

1. Frasa pertama memperalatkan kelompok Islam untuk memerangi ideologi komunis (dari 1970-an hingga 1980-an)- Presiden Carter/Reagen

2. Frasa kedua memerangi dunia Islam atas ancaman demokrasi [baca : minyak] (dari 1990-an - 2000)- Presiden Bush Senior

3. Frasa ketiga memerangi dunia Islam atas ancaman terorisme(selepas peristiwa 9/11 2001 hingga 2007)-Presiden Bush Junior

4. Frasa keempat 'berbaik dengan dunia Islam' dengan tawaran demokrasi dan pluralisme agama - Presiden Barack Obama

Menariknya Anwar Ibrahim bermain dengan polisi Amerika itu dari zaman ABIM dan IIIT, pernah menjadi tali barut Bush Junior di Washinton DC dan sekarang ini sedang bermain-main dengan lagu demokrasi dan pluralisme.

Sekiranya polisi luar Amerika Syarikat ke atas dunia Islam berubah lagi pada masa depan, kemungkinan besar Anwar akan mengubah citra perjuangannya selari dengan polisi baru US itu.

Lebih menarik lagi, semua polisi luar Amerika ini dibina oleh satu badan yang dikuasai Yahudi, CFR (Council on Foreign Relations) di mana Anwar salah seorang yang berada di situ.

--- In anwaribrahimdotcom@ yahoogroups. com, "FaizalH" wrote:


................................................

Sebenarnya banyak lagi respon ’netters’ dalam isu tersebut namun Demang tidak ingin menyalin kesemuanya di sini.

Salah satu perkara yang Demang terkesan ialah tentang fakta-fakta yang menunjukkan terdapat usaha terancang bagi menolak institusi kesultanan yang menjadi asas empayar Islam sebelum ini – sesuatu yang ingin dimusnahkan oleh Amerika Syarikat sejak sekian lama! Institusi kesultanan adalah tembok besar yang menghalang agenda perdana Yahudi!

Insya-Allah Demang akan ulas nanti.


Foto:
sara jpg intellnet.org

Anwar bersumpah depan Yusuf Al-Qardawi?


Rupa-rupanya bukan Demang sahaja yang merasa aneh dengan kenyataan Zulkifli Nordin (Parlimen Kulim) yang mengheret Tokoh Maal Hijrah tersebut dalam isu liwat Anwar Ibrahim. Antara blog yang bingkas memperbetulkan fakta ialah Panglima Perang Cyber, Gomo, dan GAP. Malah team AIDC yang menyimpan sebahagian besar rekod Anwar turut menyatakan bantahan dengan membongkar kepincangan kenyataan Zulkifli tersebut.

Malah mereka menyiarkan semola rakaman video ucapan Yusuf Al-Qardawi bagi membuktikan kenyataan Zulkifli bercanggah dengan isi kandungan ucapan tersebut.

Bagi Demang, tidak ada yang menarik dalam kenyataan ulama besar tersebut tentang Anwar. Beliau cuma memaklumkan bahawa beliau mengenali Anwar ketika Anwar menjadi presiden ABIM 25 tahun lalu.

Sila perhatikan bahawa kenyataan tersebut langsung tidak menyebut atau menggambarkan bahawa beliau mengenali Anwar secara peribadi, luar dan dalam.

Jika demikian, menggunakan kenyataan Yusuf Al-Qardawi bagi menafikan isu liwat dan salah laku seks Anwar adalah tidak wajar sama sekali.

Jika anda memang mengikuti ceramah-ceramah Anwar sejak beliau dipecat, beliau sering menyebut betapa ulama besar tersebut menyebelahi beliau dan ini membuktikan beliau tidak bersalah.

Jikapun benar dakwaan tersebut, bagaimana Yusuf Al-Qardawi tahu yang Anwar tidak bersalah? Ataukah Anwar sudah bersumpah di depan Yusuf Al-Qardawi bahawa beliau tidak pernah meliwat atau melakukan hubungan seks haram?

Demang terfikir lagi, adakah Zulkifli tersilap kerana mengungkit semula isu ini atau ada usaha terbaru bagi menyingkirkan Anwar yang semakin hampir ke pintu mahkamah?

Saturday, December 26, 2009

Yusuf Al-Qaradawi bawa isu qazaf Anwar ke peringkat dunia


Demikian tajuk Sinar Harian Jumaat, 25 Disember 2009. Perkara itu dinyatakan Zulkifli Nordin, Parlimen Kulim.

Demang setuju jika itu yang disarankan Islam. Dalam pada itu Demang ingin bertanya, kenapa apabila DS Najib dituduh terlibat dengan wanita Mongolia hal yang sama tidak dilaksanakan?

Kenapa perlu ada kes berpilih?

Berbalik pada isu Anwar, antara orang yang memulakan cerita Anwar Al****ri ialah Naib Presiden PAS sendiri iaitu Mat Sabu. Siapa tak kenal Mat Sabu? Namun ramai yang tidak tahu bahawa Mat Sabu adalah rakan karib Anwar sebelum masing-masing aktif dalam parti yang bertentangan. (baca bermusuhan).

Cerita-cerita mengenai Anwar bertiup kencang dan sampai secara terus kepada PM ketika itu (Tun Dr Mahathir). malah Tun turut menerima aduan melalui surat rasmi daripada adik Azmin Ali sendiri iaitu Ummi Afilda Ali. Untuk makluman, pengacara Azwan Ali juga merupakan adik beradik kepada Azmin.

Tidak cukup dengan itu sebuah buku khusus menyenaraikan salah laku Anwar dikeluarkan oleh Khalid Jefry dan ia tersebar secara meluas.

Demang melihat, atas sebab itu lah maka Tian Chua dan Raja Petra cuba mencipta isu baru yang lebih hebat daripada kes Anwar dengan mengambil kesempatan atas kes Attantuya-Razak Baginda. Mereka berharap isu tersebut dapat menimbulkan satu kesimpulan baru bahawa jika Anwar teruk, Najib pun teruk juga!

Yang jelas, Tian Chua sudah mengaku bahawa gambar Najib bersama Attantuya dan Razak Bagin sedang makan di sebuah majlis hanyalah imaginasinya sahaja dan dibikin sendiri. Sebagai balasan, gambar Attantuya sedang makan dengan Anwar dan Tian Chua disebarkan pula di internet secara meluas.

Sejak dulu Demang cuak dengan Zulkifli Nordin. Kenyataan beliau banyak mengundang kecelekaan pada PKR terutama Anwar. Kenyataan di atas tadi membawa konotasi bahawa kes Anwar ada asas untuk di’qazaf manakala kes Najib tidak ada asas.

Foto Saiful melafazkan sumpah di masjid: daripada blog saiful

Thursday, December 24, 2009

Naib Presiden DAP dan Kontrak Sosial

lihat gambar ini baik-baik. Cam?

Adakah anda pernah dengar nama Tunku Abdul Aziz Ibrahim? (sila bezakan antara ’tunku’, ‘tungku’, dan ’tunggul’. Jika kurang jelas, rujuk Kamus Dewan).

Mari baca kenyataan tungku ini yang Demang kutip daripada http://dappg.org/1935/btn_20091213a/#more-1935:

” Konsep Ketuanan Melayu dan kontrak sosial adalah merupakan satu helah politik parti pemerintah untuk kekal berkuasa.”

Demang tak perlu pertikai kenyataan di atas kerana beliau adalah naib presiden DAP. Jadi sudah tentulah tungku ni akan berkata apa-apa sahaja agar dikekalkan oleh pengundinya dalam pemilihan parti akan datang. Takkan lah naib presiden DAP nak pertahankan perjuangan UMNO.

Kata tungku itu lagi;

“Jika adapun apa yang dipanggil kontrak sosial, ia tidak ada kena mengena dengan hak istimewa Melayu, tetapi ia merupakan rangka untuk melindungi rakyat.”

Ha, kenyataan kedua ini Demang agak terkejut. Demang tidak tahupun bahawa ada pemimpin DAP yang terlibat sebagai tenaga penggerak BTN. Hal ini kerana kenyataan tersebut ‘sama sebijik’ macam yang sering dinyatakan oleh tenaga penggerak BTN bahawa kontrak sosial bukan hanya untuk orang Melayu sebaliknya untuk semua penduduk Tanah Melayu yang bersetuju menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bagi yang tidak bersetuju, bolehlah angkat kaki ke mana-mana negara!

Benarkah kontrak sosial itu ada? Terpulanglah anda nak percaya atau tidak tetapi Demang nak tanya: adakah anda fikir Perlembagaan Persekutuan 1957 itu jatuh dari langit? Menafikan kontrak sosial samalah dengan mengatakan bahawa perlembagaan negara kita dibina tanpa sebarang asas atau tidak mengambil kira manusia-manusia yang hidup ketika itu.

Jika anda masih menafikan tentang kontrak sosial, terpulanglah. Namun tolong hormati perkara-perkara yang tercatat dalam perlembagaan negara kita. Kalau tidak pernah baca perlembagaan, belilah di mana-mana kedai buku pada harga RM10 sahaja!

Hmm... Demang mula syak yang Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebenarnya ’orang kita’ yang disusupkan ke dalam DAP. Rasanya begitu. Jika telahan Demang itu tidak benar, maka beliau bukanlah ’tunku’ tetapi sekadar ’tungku’ ataupun ’tunggul’.

Berikut adalah komen yang Demang tinggalkan dalam blog tersebut:

”Saya setuju bahawa kontrak sosial bukan semata-mata untuk orang Melayu sebaliknya bagi menjaga kepentingan semua orang yang bersetuju menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu (sebelum disebut Malaysia).

Semangat dan initipati kontrak sosial tersebut dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3 (Islam dan kedudukan agama lain), Perkara 14 (kewarganegaraan sebagai keistimewaan yang diberi kepada bukan Melayu), Perkara 152 (kelanjutan bahasa Melayu sebagai lingua franca sejak kesultanan Melaka), Perkara 153 (tanggungjawab YDAgong menjaga hak orang Melayu/bumiputra dan keistimewaan orang bukan Melayu. Lihat (1) pada ayat: ... dan kepentingan sah kaum-kaum lain...

Saya juga melihat bahawa Tunku Abdul Aziz sependapat dengan BTN dalam hal ini iaitu kontrak sosial bukan hanya untuk orang Melayu sebaliknya memberi keistimewaan kepada kaum yang tidak berakar umbi di sini. Saya sudah banyak kali menulis hal-hal begini dalam blog saya (http://waadat.blogspot.com) maka tidak perlulah saya ulang lagi di sini.

Berkenaan komen tentang Satu Malaysia, saya lihat ianya hanyalah satu lontaran umum tanpa memperdulikan garis panduan yang telah dikeluarkan pejabat DS Najib sebelum ini. Namun saya faham, bagi mengambil hati pembangkang, baik Tunku Abdul, Noraini, mahupun Yeoh sudah cuba untuk menjadi pembentang yang baik. Semoga elaun ceramah mereka dapat dibayar tepat sebagaimana dijanjikan.”

foto hiasan:
TungkuCandiroto jpg: tungku.or.id

Wednesday, December 23, 2009

BERITA PENTING kepada semua blogger BPN dan prokerajaan


Blog prokerajaan diserang hacker! TOLONG SEBARKAN!!!

Demang menerima aduan bahawa lebih 200 blog prokerajaan telah diserang hacker. Lebih malang lagi serangan dilakukan melalui tapak blog ’Kumbang’ http://analisisringan.blogspot.com iaitu salah seorang blogger BPN yang amat aktif mendedahkan rahsia pembangkang, terutama Anwar Ibrahim.

Untuk makluman, Kumbang juga merupakan orang kuat AIDC yang mensasarkan pada gerakan membongkar fakta-fakta pemimpin utama PR itu.

Demang memang mengenali agak rapat blogger Kumbang dan yakin beliau tak mungkin akan menyerang blog sahabat sendiri. Lagipun beliau tidak mempunyai kemahiran melakukan serangan sedemikian.

Secara logik pun, tak mungkin sipenjenayah sebodoh itu membuka topeng di depan lebih 200 mangsa!

Nampaknya sipenjenayah menggunakan strategi serampang dua mata; merosakkan blog lawan dan memfitnah blogger lain bagi menimbulkan perpecahan dan tuduh menuduh!

Memang dasar pengkhianat negara, kerjanya memecahbelahkan ummat!!!


foto:
hacker jpg shopbetreiber-blog.de

Pohon ceri pohon ketapang




Kedua-dua pohon sama rendang dan sesuai ditanam di halaman rumah dengan syarat anda mempunyai kawasan yang sesuai. Bagi yang tinggal di taman perumahan, mungkin tidak begitu relevan. Manakala jika anda tinggal di apartment atau rumah pangsa, maka urungkan sahaja impian anda tersebut.

Jika syarat pertama tadi sudah dipenuhi maka bolehlah anda memilih samada hendak menanam pohon ceri atau pohon ketapang. Daun ceri kecil-kecil tetapi beranting banyak manakala daun ketapang bersaiz besar namun jarang-jarang.

Kata orang tua-tua jika hendak berteduh carilah pohon yang rendang. Justeru tidak salah memilih ceri ataupun ketapang. Cuma, jika berteduh di bawah pohon ceri, buahnya boleh dimakan. Dapat juga menjamu burung yang bertandang.

Untuk lebih selesa, boleh pasangkan buaian pada dahannya sebagaimana Demang saat sedang menulis ini. Alangkah enaknya berbuai dihembus bayu lembut Teluk Kemang.

Indahnya negaraku. Pentadbirannya pun teratur sudah lebih lima dekad membina pengalaman. Alhamdulillah, syukur pada Tuhan.

Janganlah burung terbang dipipiskan lada. Setakat mendengar guruh di langit kenapa air di tempayan nak dicurahkan? Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Salam daripada Demang untuk seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday, December 22, 2009

konvensyen PR: ketelusan vs keselamatan

For your safety please keep the window closed at all time

Demang percaya, semua orang yang boleh membaca dalam BI faham tanda amaran tersebut. Namun adakah pemahaman setiap orang sama?

Apa yang anda faham?

Tatkala membaca tanda amaran itu ketika membawa keluarga bersantai di Tiara Beach Resort PD, Demang sempat berfikir: kenapakah tingkap tersebut dibuat jika ia tidak boleh dibuka? Bukankah lebih baik disimenkan terus? Jika hendakkan cahaya, gunakan cermin lut sinar yang tidak boleh ditanggalkan. Bukankah itu lebih selamat?

Demang percaya barangkali ramai yang menjawab dalam hati: "ia dibuat agar boleh dibuka oleh orang tertentu. Contohnya pihak penyelenggara bilik atau bangunan tersebut. Ia juga boleh menjadi saluran kecemasan jika diserbu pihak majlis agama Islam dalam kes tertentu.

Begitu juga halnya negara. Bukan semua boleh disingkap dan didedahkan kepada umum. Terdapat perkara-perkara tertentu yang hanya diketahui pihak tertentu sahaja.

Ya. Betul! Ia melibatkan soal keselamatan sebagaimana tingkap di tempat percutian tadi. Anda juga boleh segera kaitkan dengan ISA dan OSA.

Maka apabila konvensyen PR baru-baru ini menyatakan 'Demokrasi telus dan tulen' dalam resolusi mereka (perkara 1), janganlah kita mudah tergoda bahawa satu perubahan besar sedang berlaku. Jikapun dilaksanakan, ia bukanlah sesuatu yang benar-benar menguntungkan rakyat bahkan akan membahayakan negara!

Demang yakin dan percaya, jika pemimpin pembangkang masih boleh berfikir waras, mereka tidak akan melaksanakan keempat-empat perkara yang diputuskan dalam konvensyen tersebut sebagaimana yang rakyat faham. Maksud Demang mereka hanya akan laksanakan setakat yang mereka berkenan sahaja.

Akhirnya, rakyat akan mendapati PR bukan sahaja akan mengulangi perkara yang telah dilakukan oleh BN malah tidak mustahil akan menjadi lebih buruk lagi.

Itu sebabnya Demang kata: kekalkan sahaja yang lama sambil kita baiki mana yang patut.

Ingat, runtuhnya Melaka bukan kerana rasuah tetapi kerana gagal menangani isu tersebut dengan berhemah.

Kenapa dibunuh habis Tun Mutahir sekeluarga?

Konvensyen PR: Malaysia Negara Sosialis

Konvensyen PR
1) Demokrasi telus dan tulen
2) Memacu ekonomi berprestasi tinggi mampan dan adil
3) Keadilan sosial dan pembangunan insan
4) Hubungan persekutuan dan dasar luar negara

Demang ambil catatan di atas daripada blog MSO. Sebagaimana Sayuti, Demang juga bersetuju perkara di atas merupakan sesuatu yang elok untuk negara.

Namun apa yang menarik dan unik dalam hasil konvensyen tersebut?

Demang tidak nampak sesuatu yang berbeza sehingga kita terpaksa membuang kerajaan sedia ada. Keempat-empat perkara tersebut adalah yang telah, sedang, dan akan kerajaan BN lakukan.

Cuma Demang sedih, jika dengan DAP, PAS boleh bekerjasama, kenapa pelawaan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan ditolak sebelum berbincang? Jika UMNO berdosa, bagaimana dengan DAP dan PKR? Apa asas keIslaman mereka?

Seorang sahabat blogger menghantar sms pada Demang bahawa PR kelihatan sedang bergerak ke arah sosialis. Bagi Demang, ia suatu perkara yang sedang diperhatikan rakyat sekarang, terutama cendikiawan Melayu. Fakta-fakta yang ada amat menyokong pendapat sahabat Demang itu.

Penyerapan parti sosialis ke dalam PKR dan sokongan DAP serta PKR dalam isu Chin Peng membuktikan PR adalah penaja sosialis baru. Kerajaan Rakyat yang dicanangkan PR adalah intipati pada sebuah republik sosialis. Demang percaya ramai yang sudah melihat video keluaran pembangkang tentang idea penubuhan negara sosialis dalam youtube yang kemuncaknya pada 1948.

Malah konvensyen PR tadi jelas langsung tidak menyentuh soal negara Islam dan institusi kesultanan (khalifah).

Kenapa PAS bersetuju?
Sudah tentu PAS tidak bersetuju. Namun muslihat politik menghalalkan tindakan. Sebagaimana yang pernah Demang tulis, PAS tidak pernah yakin untuk memenangi pilihanraya umum secara sendirian. Itulah sebabnya PAS tidak pernah meletakkan calon lebih daripada separuh (1/2) kawasan parlimen yang dipertandingkan, termasuk dalam PRU12.

Untuk makluman, syarat bagi menubuhkan kerajaan ialah memenangi 1/2 manakala untuk membolehkan pindaan perlembagaan ialah 2/3 daripada jumlah kerusi.

Hal ini paling penting kerana setiap kali berkempen menjelang PRU PAS sentiasa memberitahu kepada pengundi Islam bahawa mereka ingin menubuhkan negara Islam dengan meminda perlembagaan.

Sekarang PAS tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Mereka hanya mahu berada di pihak yang menang walaupun PAS akan menjadi kumpulan minoriti dalam kerajaan baru itu nanti.

PAS fikir, mereka lah yang akan menguasai kerajaan PR. Anda yakin?

PKR (baca Anwar) pula, tidak ada pilihan lain. Menumbangkan UMNO adalah satu-satunya cara bagi melepaskan diri daripada pendakwaan kes liwatnya. Buat masa ini Anwar hanyamampu melewat-lewatkan perbicaraan.

Apa sahaja syarat DAP akan diterima asalkan DAP sanggup menyokongnya menumpaskan UMNO.

DAP? Mereka akan bersekongkol dengan siapa sahaja asalkan hasrat menjatuhkan BN tercapai. BN bermakna UMNO kerana itulah parti yang menunjangi BN. Apabila UMNO tumbang (walaupun di luar PRU), DAP adalah komponan terbesar dalam pakatan pembangkang. Kalaupun mereka terpaksa melantik Anwar atau Haji Hadi menjadi PM, sistem demokrasi tulen yang mereka putuskan dalam konvensyen ini akan memastikan suara mereka akan dipatuhi.

Dalam sistem demokrasi, majoriti merujuk bilangan kerusi di parlimen, bukan bilangan penduduk dalam negara.

Jika masih ada yang gembira dengan usaha pembangkang menafikan undian budget 2010 minggu lepas, fikir-fikirkan lah semula pendirian anda. Bayangkan jika usaha pembangkang tersebut berhasil.

Itupun jika anda memang faham tentang realiti politik dan tidak sekadar ikut-ikutan.

Apabila terlalu banyak '? ? ?'

Demang terima SMS berikut minggu lepas:

"Askum,saya pengiran haji awg julainie dan untie saya sangat berminat utk jadi rakaniaga produk sdr bagi pasaran kami di negeri sarawak dan juga brunei.brapakah harga yang boleh ditawarkan utk pengambilan 500 botol minyak morhabshi dan 500 biji kapsul super.emailkan kpd saya senarai harga ke aawgjulainie@yahoo.com/fareastgrp@gmail.com atau faxkan ke 082311216.tqvm,regards"

Demangpun membalas SMS tersebut namun tiada balasan. (Demang hantar sekali lagi SMS yang sama, masih tiada balasan. Hantar email pula maklumat yang sama. Pun tiada balasan. Betul ke ni? -persoalan pertama)

Namun Demang tetap mengarahkan bahagian pengeluaran dan penghantaran bersedia bagi membuat pengiriman.

Sebelum ini Demang tak kesah, orderlah 1000 botolpun, satu senpun Demang tidak minta deposit. Namun setelah beberapa kali mengalami masalah pembeli senyap dan bayaran lenyap, maka kali ini Demang meminta sedikit wang pendahuluan. Maksud Demang bagi pembelian borong. Untuk pembelian runcit Demang masih beri kelonggaran kepada pelanggan untuk membayar selepas produk tiba.

Terbaru (dua bulan lepas), 300 botol yang dihantar ke Kulim terus senyap sunyi hingga kini. SMS terakhir yang Demang hantar dua minggu lepas sepi tak berbalas. Bertepuk sebelah tanganlah Demang!

Beberapa hari kemudian, pada suatu malam Demang dapat panggilan daripada 'pengiran' tersebut. Nampaknya mereka serius. Ketika sedang rancak berbincang, talian terputus. Demang cuba hubungi, tak dapat. Tak apalah. Demang tak jadikan itu satu persoalan.

Kemudian tengahari tadi seseorang yang mengaku PA kepada pengiran tersebut menghantar sms menggunakan nombor HP yang sama. (PA dan bos berkongsi HP? - persoalan kedua).

"Askum,saya puan wati bakri drp fareast group companies dan pa kpd pengiran hj awg julainie ts dtk hj awg musthapa diarah supaya pihak tuan dpt sahkan semula ac no dan jumlah utk pembyran produk.kjp lagi saya ke bank utk masukan duit tersebut setelah untie tuan hj drp ttkan wang.tk diatas kerjasama dan perhatian tuan."

Tidak lama kemudian, Demang menerima pula SMS berikut:

"En azman,cl saya skrg.kredit saya dah abis dan saya kat bank skrg.tk"

Hati Demang tertanya-tanya, takkan lah syarikat besar pakai HP prepaid, kot? Untuk makluman, nombor HP inilah yang digunakan oleh 'pengiran' sejak awal termasuk menelefon Demang pada waktu malam. Kini PA beliau membawa HP ini ke mana-mana. Apa hubungan mereka sebenarnya? Ini boleh dijadikan persoalan ketiga!

Oleh kerana PM kita mengatakan 'Rakyat Didahulukan' maka Demangpun menelefon lah dengan semangat 1 Malaysia 'Pelanggan Didahulukan'.

'Puan Wati' tersebut memberitahu bahawa 'Auntie' sudah tersilap memasukkan 3750 dalam nilai Dollar Brunei sedangkan deposit yang Demang minta ialah dalam Ringgit Malaysia. Masalahnya ialah mereka terlebih bayar, yakni apabila ditukar kepada RM sudah menjadi RM8 ribu lebih! "Kaya lah Demang!"

Sebenarnya Demang memang tidak mampu memahami masalah tersebut, sekadar mengiyakan sahaja dalam telefon. Kalau banyak bertanya nanti, melambung pulak bil Celcom Demang!

Nampaknya sudah empat, lima dan enam persoalan dalam kepala Demang.

Menurut mereka, bagi menebus kesilapan tersebut Demang diminta memasukkan RM478.17 ke dalam akaun beliau. (SMS yang Demang terima bertulis: Cimb ac 11015014047521 wati binti bakri.rm478.17.tk)

Demang juga diminta menelefon 'pengiran' bagi mendapatkan keterangan lanjut. Menurut 'pengiran' tersebut beliau berada di luar kawasan dan tidak dapat memberikan RM478.17 tersebut kepada PA nya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Itulah sebabnya mereka terpaksa 'meminjam' wang Demang. Setelah urusan selesai wang Demang itu akan dikembalikan.

Oleh kerana banyak tanda soal sejak awal urus niaga ini, maka Demang jadi curiga. Samalah macam Demang curiga pada Anwar yang acap kali berdolak dalik, terutama dalam isu Saiful.

Demang segera menghubungi emak menakan Demang, akauntan CIMB. Beliau menasihatkan Demang untuk tidak meneruskan urusniaga tersebut.

Maka Demangpun mengambil keputusan berdiam diri dan tidak lama kemudian SMS berikut tiba:

"Askum,Saya dah lama tung gu kat bank dan kenapa tidak dimaklumkan kpd saya tuan tak dpt bank in kan kpd saya jadi saya tak tunggu kat bank lama.adakah perlu saya batalkan urusniaga nie?tk"

Terus terang, Demang rasa simpati dengan SMS tersebut. Sama seperti simpati Demang pada Anwar ketika mula beliau dipecat dulu. Namun persoalan baru pula muncul. Adakah urusan bank tersebut tidak boleh ditangguhkan esok? Demang tidak memaksa mereka membayar hari ini. Minggu depan pun boleh. Takkan lah dek kerana tidak dapat mendahulukan RM478.17 itu maka semua urusniaga dibatalkan terus?

Makin besar persoalan dalam benak Demang.

Akhirnya Demang ambil keputusan, biarlah Demang terlepas 'kontrak besar' yang belum tentu daripada Demang rugi tak tentu pasal.

Ada dua mesej daripada cerita benar tadi:
Pertama, dalam urus niaga, berhati-hatilah kerana keuntungan yang dijanjikan mungkin hanya umpan bagi mendapatkan wang anda semata-mata.

Kedua, dalam politik, berhati-hatilah kerana perubahan yang dijanjikan mungkin hanya umpan bagi meraih kuasa semata-mata.

Sunday, December 20, 2009

Najib abai Pekan?


Demang terima sepucuk email daripada seseorang bertajuk:

Edisi Pahang: Amat Memalukan, Orang Kampung Sudah Menjadi Perdana Menteri Malaysia Tetapi Rakyat Pekan Masih Derita Masalah Bekalan Air !!

Demang setuju bahawa penduduk Ganchong di Pekan Pahang perlu dibela. Memang sewajarnya mereka menikmati kemudahan asas setaraf dengan rakyat di kawasan lain. Begitu juga penduduk Pekan keseluruhannya, malah rakyat Pahang juga.

Namun adalah tidak wajar menyebut 'dua orang PM berasal daripada Pahang' dalam isu ini memandangkan jasa Tun Razak yang tak terhingga terhadap rakyat termiskin terutama melalui FELDA. Ketika Tun Razak menjadi PM, masalah air adalah masalah hampir semua kawasan memandangkan tika itu kita baru sahaja merdeka.

DS Najib pula baru beberapa bulan menjadi PM. Memanglah beliau sudah lama menjadi Ahli Parlimen Pekan, namun parlimen Pekan juga mempunyai beberapa ADUN yang sepatutnya lebih rapat dengan rakyat apabila orang kampung mereka menjadi menteri penuh, TPM, dan kini PM Malaysia.

Bagi Demang pemimpin UMNO (bukan sahaja di Pekan) perlu lebih proaktif. Jangan semuanya nak diharapkan DS Najib. Beliau sudah menjadi pemimpin semua rakyat Malaysia maka hal-hal di Pekan perlu diambil perhatian oleh orang lain pula.

Sistem politik negara kita agak unik. PM mestilah seorang wakil rakyat (Parlimen) agar dilihat mempunyai sokongan rakyat bawahan. Namun sistem begini ada kelemahannya. Nampaknya kita memerlukan ’superman’ untuk menjawat jawatan PM agar dapat berada di semua tempat dalam satu masa.

Bagi Demang, ’surat daripada rakyat’ tersebut bukan ditujukan kepada DS Najib sebaliknya sebagai sindiran terhadap pemimpin masyarakat setempat termasuk kakitangan kerajaan dan swasta yang terlibat. Bukankah setiap daripada mereka sudah diberi tugas dan tanggung jawab? Takkan lah DS Najib tidak suka orang kampungnya senang?

Sipengirim email tersebut menyangka beliau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kreadebiliti DS Najib sedangkan sebenarnya sekadar mendedahkan kejahilannya sendiri dalam pentadbiran.

Saturday, December 19, 2009

Anwar Bapa Perkauman Sempit


Pagi tadi Demang memuatkan artikal yang menyentuh tentang eksploitasi BTN oleh Anwar Ibrahim ketika menjadi TPM dulu. Sebaik membuka email, Demang terpandang sepucuk email yang baru dihantar oleh sahabat daripada team AIDC. Ah, kebetulan pula, kata hati Demang.

Artikel menarik untuk bacaan semua..

Oleh NTanwar, AIDCclub


Menonton video lama Anwar di BTN [klik di sini] dan membandingkan dengan tindakannya hari ini tentunya menarik. Selain terdapat kontradiksi yang amat besar, tentunya akan menyerlahkan lagi wajah Anwar yang digambarkan sebagai seekor binatang 'The Chameleon' oleh majalah The Economist baru-baru ini.

Hari ini, Anwar mahu dikenali sebagai 'pejuang multi-culture' tanpa sempadan agama dan budaya, tetapi berasaskan prinsip demokrasi, hak asasi dan kebebasan beragama. Lantas badan yang memperjuangkan hak keagamaan dituduhnya 'ortodok', manakala badan yang memperjuangkan hak kaum dituduhnya sebagai 'racist'.

Tetapi 16 tahun dahulu Anwar lah yang berusaha menonjolkan dirinya sebagai 'pejuang Melayu' dengan memakai kosmetik Melayu-Islam dan mengembar-gemburkan dirinya sebagai bekas Presiden PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) dan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

Maka BTN diperkudakan Anwar sebagai mengilap imejnya sebagai 'pejuang Melayu', manakala ABIM dimanipulasikan untuk menonjolkan imejnya sebagai 'pejuang Islam'. Serta IKD (Institut Kajian Dasar) yang dipimpin oleh sahabat baiknya, Kamaruddin Jaafar (bekas Setiausaha Agung ABIM) dieksploitasi sepenuhnya untuk menaikkan imej Anwar sebagai 'pejuang Melayu-Islam' .

Dr Siddiq Fadhil, bekas Presiden ABIM dan ketika itu menjadi panel IKD diberi kolum khas di Berita Harian untuk menulis sokongan secara halus kepada Anwar dengan menonjolkan penulisan bercorak Melayu-Islam yang dinamakan 'Melayu Baru'.

Pendek kata, Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memperkudakan semua instrumen semaksima mungkin untuk menyokong popularitinya, sama ada BTN, IKD, ABIM dan PKPIM.

Bukan setakat itu, institusi pengajian tinggi khususnya UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan badan pemikir Islam Antarabangsa dari Amerika Syarikat, bernama IIIT (International Institute of Islamic Thought) juga diperalatkan untuk kepentingan dirinya.

Semuanya digabungkan oleh Anwar menjadi satu pasukan, missionari berkempen untuk membantu memperkukuhkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Anwar suka pasang orang

Dari dulu hingga sekarang, sifat Anwar tidak pernah berubah, dia mahu memiliki segala-galanya untuk kepentingan dirinya. Lagaknya mengalahkan PM, bersikap diktator, mahu segala-galanya di bawah kawalannya. Sifat Anwar suka 'memasang orang-orangnya' di pelbagai posisi. Malah semua media massa dan elektronik dikawalnya seketat-ketatnya dengan hanya menyiarkan berita-beritanya muka depan yang berbentuk positif.

Sikap 'memasang orang' dan 'mengatur soalan-soalan yang dirancang' terbukti daripada video ini.

Individu yang bertanya adalah Mustafa Kamil Ayub bertanyakan soalan untuk mengangkat imej Anwar sebagai 'Pejuang Melayu' dengan menjadi pembela hak keistimewaan orang Melayu serta mempertahankan DEB. Adakah soalan ini dirancang ? Mungkin. Sebab sifat Anwar suka merancang soalan-soalan yang sepatutnya ditanya kepada dirinya, termasuk di kalangan para wartawan.

Video ini dirakam tahun 1993, dalam Kursus Perdana BTN di Langkawi. Kursus Perdana adalah kursus yang dihadiri oleh pemegang-pemegang jawatan tinggi dalam agensi kerajaan atau swasta, apatah lagi kursus itu dihadiri sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Tahun 1993, Anwar baru sahaja memegang kuasa sebagai TPM, ekoran kemenangannya sebagai Timbalan Presiden UMNO melawan Ghafar Baba. Walaupun sebelum itu, Anwar pernah berjanji tidak akan melanggar jawatan Timbalan Presiden, kerana menghormati 'orang yang lebih tua', Ghaffar Baba (ketika itu menjadi TPM), tetapi Anwar mungkin janji pada saat akhir, dan mencalonkan dirinya sebagai Timbalan Presiden UMNO hingga Ghafar terpaksa menyerah kalah.

Sebagai TPM, Anwar bertanggungjawab menjaga BTN. Sebagai TPM yang baru memperolehi kuasa, Anwar memperalatkan BTN untuk memperkukuhkan kedudukan serta sokongan di kalangan pemegang-pemegang jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan dan swasta.

Kesempatan seperti ini diambil sepenuhnya oleh Anwar dengan menjadi penceramah utama dan menjawab soalan-soalan yang mempopularkan dirinya dalam Kursus Perdana BTN di Langkawi itu.

Mustafa Kamil Ayub, sememangnya sudah dikenali sebagai penyokong totok Anwar. Ketika itu Mustafa Kamil adalah Ketua Jabatan Latihan dan Kepimpinan Pelajar, bahagian Hal Ehwal Pelajar di UIA. Kemasukan Mustafa Kamil di bahagian Hal Ehwal Pelajar UIA juga diplan oleh Anwar (dengan kuasanya sebagai Presiden UIA), untuk memperkukuhkan pengaruh ABIM dan PKPIM di UIA berdasarkan rekod Mustafa Kamil sebagai Presiden PKPIM dan aktivis ABIM, sejak dari UKM lagi.

Dengan kepakaran Mustafa Kamil sebagai bekas aktivis PKPIM, ABIM dan IIFSO (klik di sini) yang sejalur dengan latar belakang Anwar, maka dia diharapkan dapat merekrut lebih ramai lagi kader-kader baru di kalangan pelajar yang sama fikrah dengan Anwar.

Selain itu, Mustafa Kamil juga dilantik sebagai sahabat BTN dengan menjadi penceramah dan fasilitator BTN, yang menjelajah ke seluruh negara untuk memperkukuhkan kader-kader Anwar.

Salah seorang yang pernah direkrut adalah Rosli Abdullah, bekas aktivis PKPIM yang diterap masuk ke dalam BTN setelah tamat belajar. Hasil daripada kroni PKPIM/ABIM, Rosli dilantik menjadi Pengarah BTN Terengganu.

Apabila Anwar dipecat daripada UMNO, Mustafa Kamil Ayub dan Rosli Abdullah ikut jejak langkah Anwar. Mustafa Kamil sertai Keadilan, manakala Rosli Abdullah sertai PAS dengan menjadi Pengarah UBI (Unit Bimbingan Ummah) semasa PAS memerintah Terengganu.

Anwar kata bukan Melayu pendatang ?

Soalan Mustafa Kamil disambut oleh Anwar dengan penuh ghairah. Sesuatu yang mengejutkan, Anwar menggelar kaum Cina dan India sebagai 'pendatang', sedangkan hari ini Anwar mendakwa orang bukan Melayu bukan pendatang, malah Anwar menuduh pula kaum Melayu sebagai pendatang sama seperti Cina dan India. Dakwa Anwar hari ini, kaum Melayu bukan kaum asal di tanah air ini, kaum asal adalah penduduk orang asli. Itu hujah dipegang Anwar sekarang ini.

Tetapi 16 tahun dahulu, ketika Anwar berada dalam kerajaan, Melayu adalah penduduk asal, manakala bukan Melayu adalah 'pendatang'. Malah ditemplaknya kaum pendatang itu agar jangan mengungkit persoalan hak keistimewaan orang Melayu kerana sudah termaktub dalam 'perjanjian keramat' (termaktub dalam perlembagaan) yang mewartakan kedudukan Bahasa Melayu, Agama Islam dan Hak Keistimewaan Orang-orang Melayu.

Lebih menarik lagi, walaupun Anwar mendakwa dirinya sebagai 'pejuang Bahasa Melayu', tetapi dalam kursus itu, Anwar begitu berbangga menggunakan bahasa rojak, (Bahasa Melayu campur Bahasa Inggeris), walaupun pesertanya adalah Melayu.

Dr Mahathir yang pernah menyampaikan ceramah dan menjawab sesi soal jawab dalam kursus perdana BTN, menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan tidak pernah menggunakan bahasa rojak seperti Anwar.

Itulah sikap Anwar, terlalu banyak mahu menjadi 'pejuang'; Pejuang Bahasa, agama, kaum akhirnya semuanya menjadi rojak! Bukan setakat rojak, tetapi boleh berubah-ubah dan tidak konsisten, akhirnya semuanya hancur lebur!

Lebih menarik lagi, ketika Anwar mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan DEB, dia membuat perbandingan dengan Amerika Syarikat. Semuanya mesti merujuk kepada Amerika Syarikat, hinggakan kaum Melayu di Malaysia juga mahu disinonimkan dengan bangsa Barat di Amerika Syarikat.

Kenapa Anwar bakar pejabat BTN Bellamy dan pejabat IIIT di UIA ?

Satu peristiwa paling menarik dan masih menjadi misteri sampai ke hari ini, ketika Anwar dipecat daripada UMNO, dua tempat yang dikaitkan sebagai pusat operasi Anwar terbakar secara tiba-tiba. Satu perancangan atau kebetulan ? Kenapa kedua-duanya 'dibakar' serentak ?

Satu daripadanya adalah ibu pejabat BTN di Bellamy, Kuala Lumpur. Keduanya ibu pejabat IIIT (Malaysia) di UIA, Petaling Jaya. Kebakaran itu mengakibatkan semua dokumen-dokumen penting berkaitan dengan operasi BTN dan IIIT musnah.

Kenapa berlaku perancangan membakar kedua-dua pusat operasi Anwar, ketika Anwar kehilangan kuasa? Ada sesuatu mahu dilindungi?


Sedikit catatan Demang:
Apabila Demang membaca perenggan terakhir tentang kebakaran di Jalan Bellamy maka serta merta Demang teringat beberapa orang kuat Anwar dalam BTN yang cuba merampas kuasa dan terus menguasai BTN walaupun waktu itu Anwar sudah dipecat. Akhirnya mereka terpaksa menyingkir dan sebahagiannya terus bersama Anwar manakala sebahagian lagi terus menyepi atau kembali menyokong kerajaan.

Rupa-rupanya dalam suasana kalut itu mereka sempat 'bertindak'.

Foto hiasan:
khianat jpg
nniki.persianblog.ir

Anwar peneraju fahaman perkauman?


Apabila para blogger pembela negara menyiarkan video Anwar dan Khalid menyampaikan ceramah perkauman di pentas BTN suatu ketika dulu, maka pemimpin pembangkang berdalih bahawa perkara itu sudah lama berlalu dan kedua-dua tokoh lidah bercabang itu sudah insaf.

Eloklah jika mereka berdua sudah insaf. Namun betulkah BTN masih meneruskan perjuangan peribadi pemimpin PKR itu setelah kedua-duanya disingkirkan daripada BTN?

Baru-baru ini Demang diberi peluang lagi untuk terlibat dalam program BTN dan merasai sendiri modul kursus yang digunakan. Para peserta terdiri dari pelbagai kaum dan agama termasuk Melayu, Cina, dan India.

Para peserta diberi ceramah tentang perlembagaan dan sejarah negara. Nilai murni rakyat Malaysia serta semangat cintakan negara diberi penekanan utama. Semuanya merujuk pada Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan Persekutuan 1957).

Demang lihat sendiri bagaimana para peserta begitu teruja dengan maklumat yang mereka terima dan berikrar untuk mengutamakan perpaduan tanpa mengira kaum atau agama. Kenapa mereka teruja? Sebab sebelum ini mereka tidak pernah didedahkan dengan perlembagaan negara sendiri dan sedar betapa pentingnya mempertahankan negara bersama-sama.

Beberapa orang peserta secara spontan mengaku bahawa sebelum ini mereka tidak begitu peduli tentang perlunya kaum Melayu/bumiputra, Cina, dan India bersatu padu dan bekerjasama bagi membina negara. Kini mereka insaf bahawa seluruh rakyat perlu bersatu dan tidak terlalu bermain politik.

Kenyataan paling menarik Demang perolehi ialah boleh dikatakan semua peserta melahirkan rasa meluat dengan ahli politik yang tak habis-habis menimbulkan provokasi dan polemik sehingga rakyat menjadi keliru dan usaha pembangunan negara terjejas.

Demang tak nak beritahu anda siapakah ahli politik yang mereka meluat itu tetapi Demang percaya itulah jawapan yang pasti terhadap persoalan, kenapa pembangkang amat marah pada BTN?

Sebenarnya setelah Anwar tersingkir, BTN menarik nafas lega dan kini mneruskan perjuangannya tanpa dikongkong oleh peneraju perkauman sempit itu lagi.

Perlu diingat bahawa Anwar bukan pelopor BTN sebaliknya hanya muncul sebentar di persada politik dan sempat menggunakan kuasanya bagi mengeksploitasi BTN.

Jangan bimbang kerana kini bukan sahaja Anwar malah juak-juak Anwar pun sudah tiada dalam BTN.

Friday, December 18, 2009

Harussani bukan mufti Islam - Harakah 20 Dec


Kata Ketua Penerangan PAS Pusat iaitu Idris Ahmad, Harussani Zakaria bukan mufti Islam. Antara alasan beliau ialah mufti Perak itu gagal mengeluarkan fatwa samada elaun yang dimakan dua YB yang bertanding atas tiket Keadilan tetapi kemudiannya menyertai BN itu halal atau haram?

Demikianlah mudahnya orang PAS buat hukum jika perkara itu merugikan mereka.

Demang nak tanya:
Bagaimana dengan pengumuman '30 YB BN akan menyertai PR' yang didakwa akan berlaku pada 16 September 2008? Bagaimana jika komplot tersebut berjaya? Halal, haram, atau halam elaun mereka?

Bagaimana dengan komplot di parlimen kelmarin yang cuba menjatuhkan BN melalui tindakan tidak meluluskan badget 2010 melalui taktik kotor atas kelemahan YB yang ponteng? Tidakkah tindakan itu mengkhianati kehendak MAJORITI rakyat yang memilih BN dalam PRU12? Halal, haram, atau halam elaun kerajaan baru itu?

Sesungguhnya PAS hanyalah sebuah parti politik seperti UMNO, MCA, PKR, DAP dan lain-lain. Bezanya, PAS menggunakan Islam sebagai strategi meraih simpati orang Melayu.

Sebagai parti politik, mereka akan menggunakan apa sahaja cara bagi mencapai maksud tanpa memperdulikan soal semangat demokrasi, etika mahupun hukum. Malah mereka juga mengingkari roh persaudaraan Islam yang diikrar melalui Dua Kalimah Shahadah.

Jika sesuatu perkara dilakukan pihak lawan, maka itu adalah haram manakala jika dilakukan oleh puak sendiri dihalalkan atau didiamkan begitu sahaja.

Begitukah perjuangan Islam yang sebenar? Demang cabar 'ustaz' Idris Ahmad jawab soalan Demang tadi?

foto hiasan:
http://neutraldaily.blogspot.com/

Wednesday, December 16, 2009

Budget 2010 Anwar main kotor

Nampaknya Anwar memang banyak muslihat. Licik, kata orang. Semalam Anwar menggunakan 'lubang halus' dalam sistem parlimen bagi mengkhianati pilihan majoriti rakyat Malaysia.

Tidak bolehkah Anwar menunggu PRU13 untuk melaksanakan cita-citanya secara 'anak jantan'? Apa Anwar takutkan? Saiful? Berani kerana benar, bro.

Dalam PRU 12, meskipun merosot sedikit (lihat kerusi parlimen), BN masih menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Adakah Anwar cuba menyanggah kenyataan itu? Kenapa dalam soal ini Anwar tidak berpegang pada prinsip dan semangat demokrasi yang dilaung-laungnya?

Nampaknya Anwar tak habis-habis ingin menggunakan pintu belakang bagi memuaskan nafsu politiknya. Rakyat belum lupa isu 16 September apabila Anwar cuba membeli ramai ahli parlimen BN bagi membolehkan beliau menjadi PM!

Dalam kes semalam, budget 2010 sudah dibentang pada rakyat dan sedia untuk dilaksanakan. Namun secara teknikalnya perlu diluluskan pada bacaan terakhir di parlimen. Itulah sebabnya ramai wakil rakyat yang alpa sebab keadaan begini tidak pernah berlaku.

Dalam hal ini Demang juga marah pada wakil rakyat BN yang tidak hadir itu. Sepatutnya mereka membatalkan atau menangguhkan semua program lain. Walaupun program-program tersebut berkaitan rakyat, namun menghadiri sidang parlimen adalah tanggung jawab terhadap rakyat yang tak kurang penting.

Sebenarnya, dalam keadaan normal wakil rakyat pembangkang lah yang lebih ramai ponteng. Itulah sebabnya Nazri Aziz segera menghidu sesuatu yang buruk apabila melihat ramai pemimpin pembangkang yang menunggu di parlimen semalam. Padahal sebelum ini batang hidung merekapun tak nampak apabila nak dilakukan pengundian!

Anwar memang licik!

Tuesday, December 15, 2009

Rokok Daun di Teluk Intan

Sudah lama benar tidak ke Teluk Intan. "Telok Ensen" kata arwah Tokwan Demang. Maka melilaulah Demang mencari hospital kerana menemani adik Demang memenuhi temujanji dengan doktor. Puas bertanya sana sini dan terlupa yang E90 Demang mempunyai kemudahan GPS!

Sambil menunggu giliran, Demang yang merupakan penagih rokok tegar mula mencari 'port' untuk melepas gian. Akhirnya bertemulah Demang dengan sekelompok insan yang sealiran.

Maka Demangpun mengeluarkan 'celepa' lantas menggulung rokok daun kegemaran. Itulah rokok Demang sejak beberapa bulan ini. Demang perhatikan perokok-perokok yang Demang jangka dari golongan buruh dan pekerja rendah tersebut agak hairan melihat Demang menghisap rokok daun!

Malah salah seorang daripada mereka tidak dapat menahan diri daripada menyuarakan kehairanannya itu.

Bagi Demang, kita tidak perlu ikut orang sangat. Demang tahu ramai perokok yang sanggup berhabis duit membeli rokok berjenama mahal. Padahal, rokok adalah bergantung pada kebiasaan masing-masing. Bila kita biasakan, ia akan jadi biasa.

Buat apa habiskan RM8-10 sehari untuk rokok? Sebulan? Padahal nak beri anak RM10 untuk beli buku pun merungut panjang sampai cikgupun dikritik hebat!

Lagipun rokok daun kurang asap dan menggunakan tembakau tulin, tidak seperti rokok biasa yang mengandungi pelbagai bahan kimia.

Di sebalik bahaya rokok, aktiviti merokok sebenarnya mampu menjadi alat sosial. Biasanya apabila Demang menggulung rokok tidak kira di kampung, di warung atau di hotel sesama rakan, akan ada antara mereka yang turut menumpang sama walaupun tidak biasa merokok.

Semasa Demang di USM Pulau Pinang, profesor pun menghisap rokok daun. Salah seorang daripadanya ialah Prof Samad yang Demang lihat masih aktif berlakon dalam drama TV.

Suatu ketika dulu rokok menjadi umpan untuk mendekati golongan pekerja dan rakyat marhaen. Strategi ini digunakan dengan berkesan oleh aktivis sosialis bagi mendekati golongan buruh.

Demang bukan nak menggalakkan orang merokok tetapi jika nak merokok juga, baiklah gunakan rokok daun atau kertas. Orang kampung Demang di Sabak Bernam menggulung tembakau menggunakan kertas dan diracik cengkih.

Berbalik kisah di hospital tadi, sambil menghisap rokok Demang mengambil kesempatan bertanya mereka hal politik di Perak. Nampaknya mereka meletakkan harapan terhadap MB Zamri bagi memajukan Perak. Nampaknya mereka sedar tentang pelbagai usaha yang dibuat Zamri sejak menerajui kerajaan negeri.

Mereka juga tahu tentang usaha Zamri ke luar negara mencari pelaburan baru.

Lebih penting lagi, mereka tahu bahawa Nizar hanyalah boneka!

Monday, December 14, 2009

SPIES doktrin anak Selangor

Masih ingat tentang Pak Usop BTN. Oleh kerana masih ada lagi sikit-sikit isu BTN maka Demangpun menghubungi beliau bagi mendapat sedikit pandangan.

Menurut Pak Usup sepatutnya perkara tersebut sudah selesai sebagaimana kenyataan DS Najib.

Sebenarnya ramai yang cuba mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan politik dan sebagainya. Yang sedihnya, ramai kalangan mereka tidak pernah hadirpun ke kursus BTN.

Demang melihat kenyataan Tun Mahathir tidak ada salahnya sebab BTN memang menjalankan tugas bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pesertanya.

Nazri Aziz pula cuba 'play save' kononnya mahu merubah modul sedia ada. Padahal tidak ada apapun yang perlu diubah memandangkan sebahagian besar modul hanya memberi kefahaman kepada peserta tentang perlembagaan negara. Takkanlah bincang maksud dan semangat perlembagaan pun dianggap salah?

Malah BTN lah yang berusaha di depan dan belakang tabir menggerakkan perpaduan tanpa mengira fahaman politik dan kaum!

Mengenai Ahmad Maslan pula, menurut Pak Usup beliau adalah orang yang bekerja keras memasukkan konsep 1 malaysia ke dalam program BTN sekarang. Jadi memang wajarlah beliau kelihatan bercanggah dengan Nazri. Dengan kata lain, Nazri minta konsep 1 Malaysia tersebut dimasukkan dalam program BTN padahal Ahmad Maslan sudah melaksanakan.

Demang rasa Nazri Aziz perlu turun sendiri ke BTN dan lihat sendiri program tersebut. Setakat baca laporan sahaja tidak memadai. Seperkara lagi, Nazri janganlah terlampau ingin memuaskan hati orang lain sehingga hati anak buah sendiri terguris.

Demang percaya hati kecil Nazri juga mengakui bahawa isu BTN hanya permainan politik pembangkang dan usaha mereka menukarnya dengan program SPIES yang sedang rancak dilaksanakan di Selangor.

Kepada ibu bapa di Selangor, awas, SPIES sedang mendoktrin anak anda dalam diam!

Saturday, December 12, 2009

DAP ungkit PR sokong

Nampaknya para pemimpin pembangkang mula bercanggah pendapat mengenai tindakan ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang mempersoalkan kerajaan pusat membina 611 masjid (748.26 juta dalam tempoh 8 tahun). Pembinaan tersebut adalah melalui peruntukan khas PM.

Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli menyalahkan pihak media yang memutarbelit kenyataan Nga. Alasan Dr Hatta ialah ajaran agama selain Islam perlu digerakkan lebih agresif bagi membendung gejala sosial. Demang tidak mahu komen tentang itu tetapi kenapa perlu mengungkit perbelanjaan untuk agama Islam yang menjadi agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan?

Nampaknya Dr Hatta sudah hilang sensitiviti keIslamannya. Apa beza hilang dengan tak ada?

Hello Dr Hatta; You faham tak? Kenapa bila orang Melayu ungkit pasal migrasi bukan Melayu, diorang tak suka? Sekarang, diorang ungkit pasal hak Melayu, you kata tak apa?

Pendirian Dr Hatta itu bercanggah dengan Timbalan Dewan Ulama PAS Terengganu yang menganggap kenyataan pemimpin DAP tersebut sebagai tidak wajar.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pula menasihatkan pemimpin pembangkang agar tidak lagi membangkitkan isu agama kerana boleh menggugat perpaduan pembangkang.

Nampaknya PAS lebih risaukan perpaduan pembangkang berbanding perpaduan Islam.

Friday, December 11, 2009

DAP ungkit masjid, PAS diam

Nampaknya isu BTN masih belum habis dipolitikkan oleh kaum pembangkang. Demang katakan 'kaum' sebab belum tergamak nak guna istilah 'penganut pembangkang' atau 'ummat pembangkang' untuk mereka! Padahal jika dilihat tindak tanduk dan pegangan kaum pembangkang, mereka seolah menganut agama baru yang sama.

Nak kata Islam, adakah Islam menolak perpaduan dan membenarkan doa agar saudara seagama musnah? Islam apa yang sanggup mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah?

Kaum pembangkang dari suku DAP pula tanpa segan silu mengungkit HAK penduduk asal yang turunannya berakar umbi sejak ratusan tahun di nusantara.

Agama apa yang mengajar begitu? TIADA! Melainkan agama yang dibikin oleh mereka sendiri!

Demang tidak mengungkit tetapi lihatlah dua isu berikut. Siapa yang mulakan?

Isu 1
Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming persoal kerajaan bina 611 masjid (748.26 juta 8 tahun), melalui peruntukan khas PM.

Isu 2
Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran persoal ketuanan Melayu.

Demang tak nak berhujah banyak-banyak kali ini namun kaum pembangkang dari suku PAS boleh lihat sendiri betapa UMNO sudah memainkan peranan dengan baik apabila PM menggunakan peruntukan khas beliau bagi membina 611 buah masjid sebagaimana yang dibantah pemimpin kaum pembangkang daripada suku DAP itu tadi.

Tohmahan PAS kepada UMNO selama ini 'disangkal' saudara DAP mereka sendiri!

Thursday, December 10, 2009

Pak Usup BTN

Sambil melihat para belia berkayak, Demang berbual dengan salah seorang jurulatih program belia tersebut. Para peserta menggelarnya Pak Usup. Jadi Demang pun begitu juga meskipun jarak usia kami tidaklah jauh bezanya.

Daripada perbualan kami tahulah Demang bahawa selain dengan belia, Pak Usup juga terlibat sebagai jurulatih BTN. Maka Demang mengambil kesempatan mengorek pengalamannya bersama BTN.

Menurut Pak Usup beliau mempunyai 3 pilihan setelah bersara dengan tentera:
1) menyertai PAS.
Semasa dalam tentera beliau sering dipujuk untuk menyokong PAS oleh segelintir pegawai KAGAT yang menyokong PAS dalam diam.

2) menyertai jemaah tabligh
Terdapat ramai rakan termasuk abangnya terlibat aktif dalam tablig.

3) menyertai BTN setelah diperkenalkan oleh seorang rakan.

Sebagai jurulatih Pak Usup mengendalikan riadah, disiplin dan ibadah peserta. Beliau biasa menemui peserta yang cuma solat beberapa kali dalam setahun sebelum menyertai kursus BTN.

Selain itu memang ramai peserta yang mengakui tidak pernah solat subuh berjemaah dan semasa berkursuslah mereka mendapat pengalaman tersebut.

Beliau sering berdepan dengan peserta yang sekian lama hanyut dengan lumba haram, bersosial secara melampau dan tidak tahu langsung tentang masa depan mengaku mendapat kesedaran baru setelah mengikuti kursus BTN.

Bagi Pak Usup BTN adalah satu wadah untuk berdakwah.

Sebentar tadi Demang melihat Nik Aziz mengumumkan akan menghalang kakitangan kerajaan negerinya menyertai kursus BTN dengan alasan tidak islamik.

Apa ni Pok Nik? Pemimpin DAP kata BTN bersifat perkauman, sedangkan demo nak suruh guna modul Islam pulak? Pok Nik tak tahukah bahawa peserta kursus BTN terdiri daripada pelbagai kaum? Tidakkah nanti orang bukan Islam akan membantah?

Nak Islamik macamana lagi? Menurut Pak Usup tadi, dalam kursus BTN peserta diwajibkan solat berjemaah, mengikuti kuliah Maghrib dan Subuh serta mematuhi adab sebagai muslimin. Peserta lelaki dan perempuan diawasi sepanjang masa agar menjaga batas perhubungan dan tidak bersentuhan antara yang bukan muhrim.

Kebetulan Demang sekarang di Selangor. Kebetulan juga baru sebentar tadi anak buah Demang baru pulang setelah mengikuti kursus anjuran SPIES. Hasil perbualan Demang dengan anak buah Demang yang dalam tingkatan empat itu, serta melihat pada tentatif program mereka, Demang lihat tak jauh berbeza dengan program BTN.

Maka kenapa program BTN nak diharamkan?

Tuesday, December 8, 2009

Restauran bunian di lebuhraya

Jika anda dari Alor Gajah dan ingin ke Muar sekarang, pilihan terbaik ialah melalui lebuh AMJ yang dapat memendekkan perjalanan hampir separuh berbanding dahulu.

Namun ia tidak semestinya menjimatkan masa anda memandangkan terdapat banyak simpang dan lampu trafik di sepanjang jalan tersebut terutama dari Alor Gajah ke Bandar Melaka. Sementara dari Duyong ke Muar perjalanan lebih lancar kerana tidak banyak simpang berlampu isyarat.

Namun anda perlu berhati-hati dengan simpang-simpang yang banyak serta kemungkinan lembu melintas jalan. Maksud Demang, lembu yang diternak penduduk di situ, bukannya pemandu yang berakal lembu walaupun bilangannya hampir sama banyak!

Ketika mula dibuka beberapa tahun dahulu, heboh dikatakan terdapat sebuah restauran yang dibuka pada waktu malam sahaja di situ. Namun hanya sebilangan kecil pengguna sahaja yang pernah melihat dan singgah di situ. Pun, apabila cuba dikunjungi semula bukan sahaja ia tidak dibuka malah tapak bangunannya pun tidak ditemui!

Maka kecohlah orang ramai dengan berita 'restauran bunian!'

Wallahu'alam, entah iya entahkan tidak cerita tersebut. Namun hari ini jika anda melaluinya memang terdapat gerai makanan dan buahan antara Duyong dengan Merlimau. Maka janganlah pula anda cuak untuk singgah. Insya-Allah, peniaganya adalah manusia tulen!

Demang bawakan kesah restauran bunian setelah melihat terdapat banyak perniagaan yang dulunya berdiri tegak, kini sudah tiada lagi padahal mereka bukannya orang bunian. Di mana silapnya? Pengusaha atau pelanggan? Ataukah kerajaan?

Bagi pelanggan, sudah tentu mereka inginkan perkhidmatan terbaik. Manakala pengusaha pasti akan memaksimumkan keuntungan. Kita ketepikan dulu faktor kerajaan melainkan anda memang ingin selalu menyalahkan kerajaan!

Tidak ada sesiapa yang ingin memberikan anda sesuatu tanpa sebab. Maka andalah yang perlu memberikan sesuatu yang didamba orang lain. Petua tersebut Demang tujukan pada semua, lebih-lebih lagi peniaga.

Pelanggan yang sedang dahaga pasti inginkan air bagi membunuh hausnya. Jika hanya anda seorang yang menjual air, maka itu tidak menjadi masalah. Namun bagaimana jika terdapat ramai pengusaha minuman di situ? Maka anda perlu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.

Tambahan perkhidmatan membawa kesan penambahan kos. Dalam perniagaan, semua kos akan dibayar oleh pelanggan. Itupun jika masih ada yang sudi singgah. Jika tidak, maka pengusaha tersebut akan bertukar menjadi orang bunian lantaran tidak dapat meneruskan operasi perniagaan.

Bagi Demang, antara peniaga dengan pelanggan perlu ada tolak ansur. Pelanggan yang terlalu berkira dan suka 'menawar' harga secara keterlaluan, akan menyebabkan peniaga gagal meneruskan perniagaan.

Benar, anda masih boleh ke premis perniagaan lain namun samakah kiblatnya dengan anda? Maksud Demang, akidah pengusahanya.

Peniaga juga perlu rasional dalam meletakkan harga setanding dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Sebenarnya, semua perniagaan adalah perkhidmatan walaupun ia berbentuk produk fizikal.

Wah, Demang sudah beralih ke bidang ekonomi pula? Sudah muak dengan politikkah?

Samada politik mahupun ekonomi, waimma apa sahaja bidang, ia tetap berkaitan kerana kesemua itu melibatkan permintaan dan penawaran. Itu sebabnya DS Najib mengemukakan slogan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.' itu adalah piagam pelanggan DS Najib sebagai CEO kerajaan yang memerintah. Itulah juga maksud Tun Mahathir ketika melancarkan konsep persyarikatan Malaysia.

Maka sebagai rakyat Malaysia, di samping kita meneriakkan hak, kita juga perlu sedar dan akur dengan kemampuan kerajaan. Jangan sampai meminta yang bukan-bukan kerana dibimbangi dalam kekalutan dan ketakutan kerajaan demi memenuhi keinginan rakyat yang tidak terbatas, negara terjerat dalam kemelut ekonomi yang berlarutan.

Apakata kita beralih kepada usaha meningkatkan produktiviti dan kualitinya pula?

Salam 1 Malaysia. Menjelang 2010 ini kita kurangkan berpolitik dan kita tekankan perpaduan.

Seorang sahabat

Menjadi sahabat dan menjadikan sahabat adalah dua perkara berbeza. Itu pendapat Demang.

Tipa (type) pertama;
Dua orang yang berkawan baik, menyusuri kehidupan sambil mengutip pengalaman suka duka bersama-sama akhirnya menjadi sahabat karib.

Tipa kedua;
Seseorang yang diperkenalkan kepada kita untuk dijadikan sahabat atas faktor mempunyai perjuangan yang sama. Istilah lain ialah 'sahabat seperjuangan'. Itulah yang Demang maksudkan dengan 'menjadikan sahabat'.

Seorang sahabat tidak akan sanggup melihat sahabatnya melakukan sesuatu yang akan memudaratkan diri sahabatnya itu.

Namun bagaimana jika teguran tersebut berkemungkinan akan memutuskan persahabatan mereka? Adakah teguran itu perlu dilakukan? Atau biarkan sahaja kedurjanaan berlaku demi kelangsungan persahabatan.

Kali ini Demang yang keliru.

Kisah yang ingin Demang bentangkan adalah berkenaan seorang sahabat dalam tipa yang kedua. Kesalahan yang dilakukan bukan lah dalam bentuk pengkhianatan kepada perjuangan sebaliknya kecurangan terhadap isteri. Biarpun Demang belum pasti, namun itulah yang diperlihatkan. Barangkali Demang silap lantaran barangkali isteri sahabat tersebut merestuinya.

Bagaimana jika anda di tempat Demang? Perlu ditanya dan ditegur, atau dibiarkan sahaja sahabat seperjuangan Demang itu?

Monday, December 7, 2009

Harakah pun tak percaya Anwar?


"Saudara masih menaruh harapan kepada Anwar?"

Demikian sebuah persoalan yang boleh didapati dalam buku Ahmad Lutfi Othman "Memo Buat Bakal PM", Penerbitan Pemuda, 1993. Ahmad Lufti sekarang adalah Ketua Pengarang Harakah

Jom kita baca sama-sama tulisan Ahmad Lufti Othman yang saya terima melalui sebuah email (AIDC)

Selepas sesi pembentangan kertas kerja Pertemuan Wartawan Nusantara II yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Melayu, 12 September 1992, seorang yang saya tidak kenali setelah mengetahui saya dari Harakah sewaktu minum teh, mengemukakan satu persoalan menarik: "Saudara yakin Anwar akan melaksanakan segala komitmennya terhadap perjuangan Islam jika dia berjaya jadi PM?"�

Saya tidak terus menjawab, cuma ketawa kecil. Sebelum dari itu, kami bercakap mengenai pertemuan wartawan Nusantara yang langsung tidak mendapat liputan media utama, yang dikatakan dikuasai oleh kumpulan Anwar, kecuali RTM, walaupun yang merasmikannya ialah Ghafar Baba dan yang menutupnya Menteri Luar, Abdullah Ahmad Badawi.

"Saudara masih menaruh harapan kepada Anwar?"saya mengusiknya. Nampaknya beliau senang dengan usaha itu walaupun saya menjawab pertanyaannya juga dengan pertanyaan.

Sebenarnya Anwar merancang kemasukannya dalam Umno dengan begitu licin. Anwar sertai Umno ketika dia sudah pastikan ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang boleh mempersoalkan "ijtihadnya" . Anwar sengaja mengarahkan Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin kanan ABIM yang lain sertai PAS sebelum itu bukan kerana dia rasakan waktu itu PAS satu jamaah Islam yang perlu didukung tetapi kerana dia mahu menjayakan cita-cita besarnya untuk masuk Umno ketika Dr Mahathir jadi Perdana Menteri" hujahnya.

"Takkan begitu sekali" sebenarnya saya ingin mendengar lebih lanjut keterangannya.

"Kalau Anwar yakin dengan perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam atau parti politik Islam, mengapa dia sendiri tidak menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil? PAS amat memerlukan tokoh sepertinya ketika itu, ketika PAS kalah teruk di Kelantan. Dan Anwar sendiri yang mengarahkan kemasukan Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ke dalam PAS. Ini tentu ada muslihatnya. Anwar memang merancang secara halus supaya bila tiba waktunya, ketika dia berhasrat menyertai Umno, ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang hebat yang berwibawa untuk menahannya.

"Cuba saudara bayangkan imej Anwar menyertai Umno dalam keadaan ABIM hebat menentangnya? Tetapi apa yang berlaku meskipun ABIM tidak merestuinya, ABIM seolah-olah tidak menghalangnya. Saya masih ingat, dalam ucapan dasar Presiden ABIM, Siddiq Fadil yang pertama selepas kemasukan Anwar ke dalam Umno, perkara itu tidak disentuh secara langsung. Itu satu kejayaan besar buat Anwar".Begitu bersemangat beliau cuba meyakinkan saya.

"Tapi bagi saya, imej perjuangan Anwar sebenarnya lebih buruk lagi," rakannya yang mulanya diam mula mencelah.

"Cuba bayangkan," tambahnya, "semasa Anwar bersama-sama pemimpin PAS mengatur strategi Pilihanraya Umum 1982, dia telah pun bersedia menyertai Umno secara aktif. Maksud saya, sebenarnya Anwar sendiri mengakuinya. Beliau cuma mengumumkan secara rasmi bahawa dia aktif berjuang melalui Umno pada Mac 1982. Maknanya apa ini? Bukankah seperti ular berkepala dua.�

"Begitu juga semasa Anwar mengetuai jawatankuasa khas yang membantah cadangan pindaan Akta Pertubuhan, yang mewakili 19 pertubuhan. Anwar sudah menjadi ahli Umno ketika itu tetapi berpura-pura bertindak sebagai jaguh memperjuangkan kebebasan dan keadilan," nampaknya marah benar beliau terhadap Anwar.

"Semuanya sudah berlalu. Saya rasa tidak ada manfaatnya kita bincang masalah itu," saya ingin melihat reaksinya.

"Itu pandangan saudara. Bagi saya, masih ramai orang PAS yang mengharapkan Anwar dapat berbuat sesuatu untuk kepentingan Islam dan tidak kurang yang beranggapan "˜Anwar orang kita dalam Umno". Saya risau PAS akan tertipu dengan igauannya itu".�

"Saudara ada bukti?"�

"Itu tidak penting dan kalau ada pun memang sukar hendak dibuktikan. Orang PAS tidak akan mengaku mereka masih mengharapkan Anwar tapi dalam hati mereka siapa tahu? Tengok sajalah isu kerugian Bank Negara hampir RM16,000 juta, mengapa PAS tidak manfaatkan isu itu dengan sebaik mungkin. Yang hendak saya timbulkan, Anwar memang sejak awal, sejak dilantik Presiden ABIM darah dagingnya disemangati Umno, bukannya PAS!"�

"Bukankah Anwar tidak sertai PAS" kerana katanya " pemimpin PAS tidak dapat meyakinkan dirinya dalam banyak isu dasar dan PAS tidak mempunyai program untuk melayakkan parti itu memimpin negara?" Saya sendiri tidak pasti apakah Anwar pernah mendakwa begitu, Cuma Anwar difahamkan pernah berkata demikian.


Seterusnya kita temui pula perenggan berikut:

Dalam buku Anwar Lawan Ghafar? Saya merakamkan laporan utama akhbar The Star, 30 Mac 1982, mengenai sebab Anwar menyertai Umno. Di sini saya salin semula tiga perenggan pertama laporan tersebut: Encik Anwar Ibrahim said today he had chosen to go into politics because of the changes wrought by the new Goverment leadership. He said his basic reason was this trust and confidence in Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad and the changes made since he became Prime Minister. "More importantly, we share the same beliefs and ideals..." These changes with which he agreed left him with no alternative but to give him, his party and his Government my full support, he said.

Akhbar itu juga memetik kenyataan Anwar yang menegaskan: I have not resigned my principles in entering politics through Umno. I didn't discuss any specific terms before joining...we discussed general principles. My views on the Societies Act and the ISA are still there. I have always had a good personal relationship with Datuk Seri Dr Mahathir. He has been open to harsh criticism from me even when it was crudely expressed. ABIM leaders have accepted my decision that I should become active in politics for the sake of national unity and continue my struggle for Islam.

Pembaca boleh menilai kenyataan ini.

Membincangkan hubungan dan kaitan Anwar dengan PAS, saya teringat ucapan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Mohamad Sabu, yang juga Ahli Parlimen Nilam Puri ketika beliau membahaskan Belanjawan 1993 pada 12 November 1992.

Antara lain Mohamad Sabu menegaskan: "Saya mengalu-alukan Belanjawan ini yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang dahulunya menjadi sahabat karib kami dalam Angkatan Belia Islam Malaysia. Walaupun kami daripada PAS mengharapkan sangat-sangat dahulunya beliau akan menyertai PAS sebab pada tahun 1978 ketika PAS kalah teruk di negeri Kelantan, beliau di antara orang yang bekerja kuat untuk PAS di Kelantan dengan semangat yang diberikan kepada kami, anak-anak muda sama ada di kampus ataupun baru lepas daripada kampus dengan alasan mengatakan bahawa satu-satunya parti Islam yang ada di Asia Tenggara adalah PAS. Itulah semangat Presiden ABIM tahun 1978 yang masih berkobar-kobar dalam jiwa kami anak-anak muda di waktu itu.

"Kemudian beliau sendiri mengepalai jentera daripada pelajar berkempen berhempas-pulas. Akhirnya, PAS tidak dapat diselamatkan memerintah negeri Kelantan, tinggal dua kerusi batu nesan. Sekali lagi kami anak-anak muda selepas PAS kalah teruk, balik ke Kuala Lumpur terus ambil borang menyertai PAS di atas saranan, pandangan dan arahan Presiden Angkatan Belia Islam di waktu itu. Setelah kami Datuk Asri Haji Muda tiba-tiba pada tahun 1982 beliau mengambil keputusan menyertai Umno.

"Lututku bergegar di waktu itu. Apakah selama ini arahan ataupun pandangan tahun 1978 itu hanyalah tiupan sementara kepada anak-anak mud yang ingin melihat Islam dan perlaksanaan Islam terserlah di Malaysia dengan menyertai PAS. Walaupun ada di antara kawan-kawan dalam ABIM mengalirkan air mata kerana beliau mengambil keputusan menyertai Umno tetapi dihati kecil mereka tetap mendoakan, al-Sheikh Anwar Ibrahim 'insan kamil lagi mutakamil'

Selamat belayar dan memimpin Umno pada satu hari nanti untuk memimpin umat Islam ke jalan yang pernah diucapkan semasa menjadi Presiden ABIM. Walaupun hati kecil luka di atas sikap beliau menyertai Umno tetapi hati kecil kami tetap berdoa semoga beliau berjaya.

"Harapan kami itu sekarang ini semakin berkecai. Setelah 1982 - 1992, sepuluh tahun menyertai Umno ucapan-ucapannya semasa memberangsangkan kami menyertai PAS dahulu semakin jauh bahkan dalam ucapan Belanjawan ini sanggup beliau mengutuk dengan mengatakan ulamak-ulamak kolot, berfikiran jumud, sedangkan beliau sendiri naik ke atas pentas melalui ulamak-ulamak jumud ini.

Apakah beliau berbangga sekarang setelah menjadi kawan Vincent Tan, kawan kepada Ananda Krishnan? Boleh naik kapal terbang yang disewa oleh Vincent Tan maka beliau telah menganggap kawan-kawannya dahulu jumud, kawan-kawannya dahulu berfikiran tidak waras dan sempit? Kalau inilah lagak beliau untuk masa hadapan maka harapan kami semakin tipis. Dan yang paling penting imej Islam yang ada cuba dibawa oleh beliau ke dalam Umno barangkali akan hancur berkecai apabila dilihat oleh orang-orang Umno sendiri.

Ini termasuk mereka yang berfikiran sekular dalam Umno, apabila melihat gelagat beliau, mereka mengatakan kami tidak sangka akhirnya ia berkawan rapat dengan taukeh-taukeh judi. Inilah Menteri Kewangan yang saya sayangi dahulunya dan sekarang telah menjadi sedemikian rupa."

Bagaimanapun pada 17 November, juga pada sidang Parlimen, Anwar menyifatkan dakwaan bahawa beliau menaiki kapal terbang Tan Sri Vincent Tan ke Johor sebagai berniat jahat.

Katanya: "Ini fitnah, penipu, pendusta "Beliau seterusnya menambah: "Saya pergi ke Desaru tetapi sebelum itu saya hadir di Desaru. Oleh kerana kesuntukan masa, PKENJ menyewa helikopter. Saya “wallahuaklam- tidak tahu yang sewa helikopter itu siapa sehingga saya naik. Sewa helikopter dibayar setengah oleh PKENJ setengahnya dibayar oleh Umno Johor. Tetapi apa yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat dari Nilam Puri? Vincent Tan yang bayar! Kalau bercakap di Laha' Yuewkah, dimanakah dia tipu begitu ada yang mengangguk, ada Yang Berhormat yang mengangguk ada ulamak macam ulamak Pengkalan Chepa angguk tiga kali walaupun sumber itu sumber fitnah."

Dalam ucapannya itu juga Anwar begitu hebat mengecam Haji Nik Abdullah Arshad (MP Pengkalan Chepa). Pak Nik Lah cuba bangkit untuk memberi penjelasan tetapi tidak diberi laluan oleh Anwar.

Antara lain Pak Nik Lah mencelah: "Dia (Anwar) kata saya melenting sedangkan dia yang melenting ...Dia kata ulamak jumud tidak apa, tetapi kita kata dia lebih kurang tak boleh..."�

Apabila Anwar menyelar sikap Pak Nik Lah dan menghubungkannya dengan sifat ulamak, Pak Nik Lah berkata-kata "Saya tidak mendakwa saya ini ulamak. Saya hanya menjawab kepada hujah beliau sahaja."

Anwar menjawab: "Kalau bukan ulama, maknanya pemimpin politik picik."

Untuk lebih menggambarkan sikap Anwar berhadapan dengan pemimpin PAS di Parlimen, saya salin semula hansard Parlimen pada 17 November 1992 itu, selepas Anwar mendakwa Pak Nik Lah sebagai pemimpin politik picik:

Haji Nik Abdullah Arshad: "Kalau boleh biar saya sambung, Tuan Yang Dipertua."

Timbalan Yang Dipertua (Haji Juhar Mahiruddin): "Yang Berhormat, dia tidak beri jalan lagi, sila duduk."

Haji Nik Abdullah Arshad: "Dia maki orang boleh. Bila saya cakap dia lari. Kenapa dia lari masa saya bercakap? Hansard dia tidak baca. Apakah Dewan ini untuk Menteri Kewangan ataupun untuk wakil rakyat?"

Datuk Seri Anwar Ibrahim: "Ulamak ini kena sabar."�

Haji Nik Abdullah Arshad: "Saya sudah sabar. Apa tidak duduk lagi, beri peluanglah. Maki orang boleh, saya hendak tanya tidak boleh, macam mana?"�

Datuk Seri Anwar Ibrahim: "Jumud ini maknanya..."�

Haji Nik Abdullah Arshad: "Saya mengaku dalam banyak perkara saya masih jahil. Tetapi kalau orang yang fikir dia sudah alim kemudian menyerang ini yang menjadi masalah kepada kita. Saya hendak menggunakan ruang dan kesempatan pada petang ini untuk menjawab tuduhan yang dibuat tetapi ini dia. Umpamanya helikopter yang diberi oleh Vincent Tan, saya jawab. Yang tuduh itu wakil parti Islam Nilam Puri. Bila saya tengok perangai, Tuhan sahaja yang mengetahui. Jadi ini yang saya sebut."�

(Tuan Yang Dipertua mempengerusikan mesyuarat).
Mohamad Sabu: (Bangun)

Episod selepas itu menyaksikan Anwar langsung tidak memberi ruang kepada Mohamad Sabu dan Pak Nik Lah untuk memberi penjelasan, di atas perkara yang berbangkit mengenai mereka. Akhirnya Mohamad Sabu mengambil keputusan keluar dari Dewan semasa Anwar sedang berucap, Anwar memberi reaksi spontan: "Yang Berhormat dari Nilam Puri kata saya takut hendak berbahas dengan dia. Tolong cermin dulu."�

Anwar sebelum itu menyelar Harakah sebanyak tiga kali. Katanya: "Saya tahu Harakah akan menyerang besar-besaran. ....Saya tahu pengarang-pengarang Harakah di belakang boleh dengar dan boleh tulis apa yang dia hendak maki-makilah, saya tidak peduli."

Anwar juga menyebut bahawa Pak Nik Lah pernah memberi gelaran buruk terhadapnya ketika mengetuai beberapa kementerian: "Kalau semasa saya Menteri Pertanian, kata dia Menteri Lembu dan Tikus. Masa saya Menteri Kebudayaan, ini Menteri Bola dan Tarian. Masa saya jadi Menteri Pendidikan, Menteri Tadika dan Kelas Dewasa. Sekarang Menteri Arak dan Judi."

Banyak pihak kecewa dengan sikap Anwar di Parlimen itu, apatah lagi Anwar hanya berdasarkan hansard bukannya mendengar sendiri. Jadi, hanya berdasarkan hansard bagaimana Anwar boleh menyifatkan ucapan pemimpin PAS "menggunakan kata-kata yang kesat, menghina, menunjukkan kebencian yang keterlaluan" sedangkan maksudnya tidak begitu.

Sewajarnya sebagai seorang yang bercita-cita besar menjadi Perdana Menteri, Anwar harus berjiwa besar berlapang dada menerima kritikan dan teguran serta menjawab persoalan yang ditimbulkan , bukannya dengan menyerang balas secara sembrono. Apa yang hendak ditakutkan jika Anwar yakin selama dia menerajui Kementerian Kewangan tiada penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukannya.

Lebih mengaibkan bila Anwar menyerang dan memaki hamun ulamak yang memerintah Kelantan. Anwar telah menunjuk jalan kepada pemimpin Umno lainnya untuk menghentam ulamak. Mereka lebih berani kerana Anwar telah merintis jalan ke arah itu. Dalam hubungan ini menarik juga diteliti pandangan pihak tertentu bahawa: "Anwar masih mentah, mudah mengelabah, kuat melatah, cepat naik angin dan kadang-kadang apabila terdesak hilang kewarasannya. "�

Sekiranya Anwar berjaya menawan Sri Perdana " apabila diteliti sikapnya di Parlimen" tidak dapat dipastikan apakah beliau akan menghulur persahabatan dengan PAS atau lebih hebat menyerang untuk memusnahkan PAS bagi melonjakkan dirinya sebagai pemimpin Umno nombor wahid, atau untuk membuktikan kepada kuasa-kuasa besar, khususnya Amerika bahawa dia bukanlah seorang yang 'fanatik' terhadap agamanya!

Nota : Rencana di atas ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman, dalam bukunya "Memo Buat Bakal PM", Penerbitan Pemuda, 1993. Ahmad Lufti sekarang adalah Ketua Pengarang Harakah


foto sekadar hiasan.

Sunday, December 6, 2009

DAP sabotaj Melayu Pulau Pinang

Sebagai anak jati Pulau Pinang dan menetap di pulau mutiara itu Demang melihat blogger Pisau memang wajar menerima sokongan bagi mengembalikan semula pemerintahan kepada BN. Tak kesahlah samada Gerakan atau MCA yang menjadi peneraju, tetapi jangan sekali-kali DAP. Seteruk-teruk Gerakan, mereka masih menghormati pandangan kerajaan pusat yang diketuai UMNO.

Orang Melayu Pulau Pinang sudah merasakan sendiri sekarang kesan kelekaan dan sikap tidak peduli mereka terhadap teraju kerajaan sebelum ini. Bagaimana dengan negeri lain?

Pemimpin UMNO, tolong hayati inspirasi PM. Jika rasa tidak mampu, tolong ke tepi dan beri laluan pada orang lain.

Kain cukin


Bulan ini semua penjawat awam samada yang setia menyokong kerajaan mahupun yang belot akan menerima wang ehsan sebagaimana yang dijanjikan ketua CEO Malaysia iaitu DS Najib.

Demang teringat kata-kata seorang ahli ekonomi, "wang bukan bertambah atau berkurangan sebaliknya hanya bertukar tangan."

Maka apabila penjawat awam mendapat imbuhan tambahan tersebut maka kerajaan sebenarnya terpaksa mengurangkan peruntukan untuk perkara lain pula. Salah satu contoh ialah rancangan menggantikan pesawat Nuri.

Pembatalan pembelian pesawat tersebut menunjukkan kewangan kita bukanlah berada dalam keadaan yang molek sangat. Justeru tidak perlulah kita persoalkan kenapa kerajaan tidak meluluskan sepenuhnya tuntutan CEUPACS. Sebenarnya kesatuan sekerja itupun maklum mengenainya cuma mereka sekadar menyampaikan hasrat disamping menunjukkan bahawa mereka sudah melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin kesatuan.

Demang teringat hujah Anwar ketika berdebat dengan Sabri Chik suatu ketika dulu. Anwar dengan selamba memberitahu rakyat bahawa beliau mampu menurunkan harga petrol ketika harga bahan api tersebut tinggi mencanak di pasaran dunia.

Bagaimana? Sudah tentulah dengan mengurangkan budget untuk perkara lain. Usul Anwar ialah menarik bantuan bagi menyelamatkan syarikat-syarikat GLC. Mudahnya formula tersebut! Hal ini bermakna syarikat Melayu/bumiputra tersebut akan muflis dan kesannya, berapa ratus ribu rakyat akan kehilangan pekerjaan?

Begitulah hebatnya graduan sastera tersebut merencanakan ekonomi untuk rakyat! Dalam pada itupun beliau kini dilantik sebagai penasihat ekonomi Selangor. Tun Mahathir senyum sinis mendengar pengumuman tersebut.

Demang sebutkan soal bonus sebab Demang tahu ramai penjawat awam yang memberi undi kepada pembangkang dalam PRU12 lalu hanya kerana kecewa dengan Pak Lah yang tidak meluluskan bonus pada tahun tersebut.

Oh ya. Berkenaan kain cukin, ia adalah perumpamaan orang tua-tua bagi menggambarkan keadaan ekonomi. Kebetulan Demang baru bangun tidur di dalam hutan simpan negeri kerana menemani kira-kira 100 orang belia yang berkhemah di sini. Oleh kerana tiada selimut Demang menggunakan kain pelikat bagi menyaluti tubuh dalam kedinginan hutan hujan tropika. Kebetulan pula musim tengkujuh. Maka kain pelikat tersebut dikatakan 'seperti kain cupin'. Di tarik ke atas, di bawah terdedah, di tarik ke bawah, di atas pula terbuka.

Maka mengerekot lah Demang kedinginan dalam rimba Endau-Rompin dan hanya terjaga apabila azan subuh memecah keheningan taman rimba ini.

Foto sekadar hiasan:
the khemah aznirul flickr.com

Thursday, December 3, 2009

budak nakal Nik Aziz


Nik Aziz sifatkan tindakan lebih 1000 rakyat yang berkumpul di depan pejabat MB semalam sebagai perbuatan budak nakal.

Pak Habib (SH Alattas) dalam salah sebuah bukunya menggunakan istilah 'kaki kacau Malaysia' kepada individu yang suka menimbulkan kekacauan dalam politik.

Apapun istilahnya, ternyata tindakan-tindakan seperti memijak gambar, membakar, berdemonstrasi di jalanan, menulis tohmahan dalam blog, hatta berceramah menyebarkan isme kebencian kepada rakyat merupakan sesuatu yang negatif pada penerimaan mana-mana pemimpin. Dengan kata lain menyusahkan pemimpin berkenaan.

Maka Demang angkat topi pada DS Najib yang tidak sampai mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan dalam menghadapi karenah pembangkang.

foto hiasan:
vandalism1105 jpg
350 x 263 | 17k
ranchomurieta.com

Wednesday, December 2, 2009

Melayu bodoh?


Bagaimana minoriti boleh mengalahkan majoriti dalam negara demokrasi?

Mudah sahaja. Katakan terdapat 100 orang. Kumpulan A mengandungi 60 orang dan selebihnya berada dalam Kumpulan B.

Oleh kerana kumpulan A begitu besar maka akan timbul lah sikap besar kepala dalam kalangan ahlinya. Kelompok yang ramai juga bermakna karenah pun banyak. Tukang kritik pun ramai. Yang tak puas hati pun lebih ramai.

Kelompok yang ramai juga dihinggapi rasa ego dan sombong. Besar kepala lah tu.

Maka kelompok besar itupun pecah dua. Maka kita akan lihat ada Kumpulan A1 (30 orang) dan Kumpulan A2 (30 orang).

Apabila diadakan pilihanraya maka ketiga-tiga kumpulan pun mencalonkan wakilnya.

Kumpulan manakah yang akan menang?

Kalau Pak Teh kata orang Melayu bodoh, pasti ramai yang melenting. Namun apa lagi istilah yang lebih sesuai?

foto sekadar hiasan:
idiot, magicdeckvortex.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)