Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, January 31, 2012

lucut profesor arahan Najib

Pentadbiran Najib berdendam dengan Aziz Bari - Fadiah

Jan 31 2012 / Keadilan Daily
(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Tindakan pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik gelaran profesor kepada Dr Abdul Aziz Bari jelas bersifat dendam kepada pakar perlembagaan itu, kata peguam, Fadiah Nadwa Fikri.

Ini kerana katanya, tindakan itu jelas bersifat politik dan bertentangan dengan kebebasan bersuara yang kononnya pentadbiran dilaungkan Datuk Seri Najib Razak.

"Tindakan ini membuktikan betapa pentadbiran kerajaan sukar menerima perbezaan pendapat dari kalangan golongan akademik di negara ini.

"Sebagai anak didik beliau, saya melihat Profesor Dr Aziz Bari hanya memberi pandangannya mengenai sesuatu isu berpaksikan ilmunya dan ini sebenarnya baik untuk percambahan ilmu dalam masyarakat," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Menurutnya, pandangan yang dikemukakan Aziz Bari itu berteraskan fakta sekaligus melangkaui kepentingan politik.

"Kalaupun pandangan Prof Aziz Bari berbeza dengan kepentingan kerajaan, ia sepatutnya diterima secara ilmu dan bukan emosi sehingga sanggup menarik balik gelaran beliau.

"Sebab, hanya kerajaan kuku besi sahaja yang menghalang kebebasan bersuara," tegasnya.

Fadiah ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang UIA sejak 2001 hingga 2006 dan kini merupakan peguam yang aktif dalam kumpulan Lawyers For Liberty.

Pada 30 Januari lalu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIA, Abdul Rahim Ahmad berkata, Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor dan sebarang aktiviti pakar perlembagaan itu selepas ini tiada kaitan dengan universiti itu.

Aziz kerap dijemput pelbagai pihak yang meminta pandangan beliau dalam pelbagai isu dari aspek perlembagaan namun pandangan beliau sukar didedahkan dalam media kawalan Umno.

Disalin tanpa sebarang pindaan daripada:
http://keadilandaily.com/mobile/?post=26048

Demang nak bagitau satu perkara:
"Kalau tak bodoh, bukan lah pembangkang namanya".

Jawatan profesor samalah macam jawatan ketua panitia atau ketua bidang di sesebuah sekolah.

Apabila berhenti atau bertukar ke sekolah lain maka jawatan pun ditinggalkan.

Sebenarnya Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIA, Abdul Rahim Ahmad mengeluarkan kenyatuan tersebut kerana pihak tertentu masih mengekalkan gelaran tersebut dan tuan punya tubuh pun tidak membantah.

posted from Bloggeroid

Sidang media Hasan Ali 30hb Jan

Nampaknya hasrat pemimpin kiri PAS untuk melupuskan Hasan Ali bukan sahaja amat sukar malah PAS sebenarnya sudah memprojekkan satu gelombang permusuhan baru yang bukan sedikit impaknya.

Untuk menyatakan bahawa gerakan Hasan Ali menyamai gerakan yang dicetuskan semasa Anwar dipecat daripada UMNO dan kerajaan mungkin agak keterlaluan namun perlu diketahui oleh generasi baru bahawa salah seorang mastermind dalam gerakan Anwarisme dahulu ialah seorang tokoh bernama Hasan Ali!

Ketika itu Hasan Ali sedang di puncak populariti. Salah satu medan beliau ialah Forum Perdana yang menarik jutaan penonton seluruh negara mengadap peti TV setiap kali mempengerusikan forum tersebut.

Selain itu, bekas Timbalan Ketua Pengarah BTN tersebut juga antara pelopor program motivasi berbayar di Malaysia yang amat berpengaruh.

Sebelum itu kebanyakan program motivasi adalah percuma.

Pemimpin PAS sebenarnya lupa bahawa kekuatan PAS tidak banyak bertambah sebaliknya cuma berlaku perbandingan apabila lawannya sedang 'sakit' ketika itu.

Berikut adalah video sidang media Hasan Ali semalam yang menyentuh sedikit peranan Anwar dalam liberalisasi, pluralis, dan sosialisme.

http://malaysianewsnet.com/index.php?option=com_jomtube&view=video&id=25

Lupakan Hasan Ali


apa khabar Tn Ibrahim? masih ingat Hasan Ali?

Malam tadi Khalid tak tidur sampai pagi!

http://darulehsantoday.blogspot.com/2012/01/khalid-samad-berak-kapur-bila-dapat.html?m=1

posted from Bloggeroid

Gelaran Profesor Aziz Bari gugur

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

Sumber:
Utusanonline

posted from Bloggeroid

Monday, January 30, 2012

Duta Palestin bidas Anwar


Berikut adalah kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush berikutan kenyataan Anwar yang menyangkut negaranya.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.

"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abughoush berkata, oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.

"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.

"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya.
— BERNAMA

posted from Bloggeroid

Jom simpan

Raja tangguh menangguh lagi

Meluat betul dengan orang politik yang licik ni. Asal nak kalah je, cabut lari.

http://brojinggo.blogspot.com/2012/01/peguam-anwar-tak-puas-hati-perlekehkan.html?m=1

posted from Bloggeroid

Azizan selepas Hasan Ali?


PAS terus berdolak dalik mengenai alasan pemecatan Hasan Ali. Yang paling ditakuti oleh kepimpinan PAS ialah alasan campur tangan DAP atau PKR dalam kes tersebut.

Namun rakyat bukan bodoh. Semua orang tahu bahawa PAS cuma menumpang di Selangor. Khalid PKR yang jadi MB.

Tapi orang Melayu juga tahu bahawa 'tak berapa sen' pun yang Khalid ada dari segi kuasaya. Selebuihnya adalah ehsan DAP.

Kenapa Hasan Ali dipecat? Kerana rasuah? penyelewengan? Tak buat kerja? Malas? Pnteng? Lewat? (maksud Demang lewat datang ofis. Bukannya liwat!)

Kalau semua itu bukan, kenapa?

Sebab Hasan Ali menyertai Perhimpunan Sejuta Ummah yang dianggap boleh menjejaskan kerjasama dengan PKRdan DAP.

Selain itu sebab Hasan Ali sudah keluarkan kenyataan yang merugikan PKR dan DAP.

Jika itu alasannya, maka kenyataan dan pendirian MB Kedah juga boleh membawa pada pemecatan beliau pula nanti.

Tapi Demang rasa PAS takkan buat begitu lagi sebab kesan penyingkiran Hasan Ali pun PAS dah tak boleh tahan.



Sumber:
http://bumiyang.blogspot.com/2012/01/dr-aziz-bari-marah-guna-auku-azizan.html

penduduk selangor mogok lapar

Kalau dilihat pada kempen PKR dalam PRU yang lalu, cicak pun kagum.

Tu sebab kita boleh dengar cicak asyik berdecit: cit cit cit... Dia sedang kagum la tu.

 Tapi, ye la. Berjanji memang sedap. Yang mendengar pun seronok. Apatah lagi jika dalam keadaan tersepit.

Lagipun, berapa kerat calon PKR yang yakin dirinya boleh menang dalam PRU yang lepas?

Bak kata seorang teman, bukan sahaja calon UMNO yang terkejut kerana kalah. Calon PKR yang menang pun rasa tak percaya.

Sebenarnya rakyat sekadar memberi amaran kepada BN. Mereka pun tak menjangka undian mereka menyebabkan kerajaan BN benar-benar kalah.

Akibatnya, ternyata janji-janji hanya palsu sebagaimana berita berikut:

Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar Ahad sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka. 
Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut. 
Bernama melaporkan, anggota Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010. 
"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah. 
"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan. 
Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu. 
Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar. 
Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu. 
"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya.-29/1/2011

Sumber berita: 
http://agendadaily.com/Politik/penduduk-mogok-lapar-tuntut-janji-manis-pkr..html

Hasan Ali keseorangan?

apabila cacing berlagak sawa

Waktu Demang keluar simpang tadi nyaris terlanggar seorang remaja berbasikal.

Dah la gelap dek malam, berbasikal tanpa lampu pulak, dan lebih teruk lagi sibuk ber-SMS!

Sebenarnya aktiviti ber-SMS sambil mengendali kenderaan sudah menjadi perkara biasa yang sering kita lihat.

Demang selalu ternampak penunggang motorsikal, pemandu kereta malah pengendali lori treler sibuk ber-SMS sehingga kadangkala membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Oleh kerana Demang sendiri pun pernah melakukannya maka Demang cadangkan marilah kita sama-sama hentikan tabiat itu.

Satu lagi Demang nak ingatkan jika terpaksa juga, kena lah sedar diri. Maksud Demang ialah lihat situasi dan kedudukan diri sendiri.

Kalau anda sedang memandu lori besar dan di kiri kanan anda terdapat kereta, motorsikal dan basikal maka anda layak ber-SMS.

Tetapi jika anda menunggang motorsikal dan di kiri kanan anda terdapat lori besar dan kereta maka jangan lah cari pasal.

Jalanraya memang lah dikongsi bersama tetapi jika anda kecil, samada melanggar atau dilanggar anda juga yang parah.

Demang bercakap dari segi keselamatan diri sendiri dan bukan dari sudut undang-undang. Kalau kena saman tanggung lah sendiri!

Sebenarnya bukan sahaja di jalanraya, bahkan dalam berpolitik pun begitu juga.

Jika parti kita kecil maka jangan cuba-cuba berpakat atau bersekutu dengan parti kaum lain.

Lihat sahaja di Perak suatu ketika dulu. PAS ada 6 kerusi manakala DAP ada 19 kerusi. Walaupun Nizar jadi MB tapi terpaksa akur dengan kekendak DAP sebab faktor majoriti amat penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi seperti Malaysia.

Mujur Sultan Perak seorang yang pakar dalam undang-undang negara. Maklumlah, bekas Ketua Hakim Negara. Setakat Karpal tu cuma celah gigi dia.

Sekarang kemudaratan sedang berlaku pula di Selangor. Contohnya dalam kes pemecatan Hasan Ali dan usaha mengambil alih SYABAS dari tangan usahawan lslam.

Itu belum lagi dikira dengan pertambahan pusat judi, hiburan, dan lesen arak!

Sebenarnya Sultan Selangor juga seorang yang bijaksana. Beliau dikenali sebagai seorang yang amat rajin membaca. Namun raja berperlembagaan berbeza dengan raja mutlak zaman dahulu kala.

Bukanlah Demang sengaja nak memuji. Masa UMNO bergabung dengan MCA dan MIC, UMNO adalah parti terbesar. Malah hingga sekarangpun UMNO tetap parti terbesar dalam BN.

Meskipun demikian UMNO tidak pernah menganiaya atau menindas kaum lain. Lihat sahaja bagaimana kaum cina yang jauh meninggalkan orang melayu dalam bidang ekonomi. Begitu juga pencapaian pendidikan dan jawatan profesional seperti guaman, kedoktoran, dan kejuruteraan.

Malangnya sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir ahli politik yang cuba menghasut kaum mereka agar bersifat dengki pada orang Melayu.

Padahal peruntukan yang ada hanya sekadar cuba membantu orang melayu yang sekian lama hidup tertindas.

Itupun salah ke?
Hati-hati dengan naga. Kadang-kadang kepalanya ada dua.

Sunday, January 29, 2012

pendedahan Hasan Ali


Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera. Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.


Itu kata Dr Hasan Ali. 


Nampak? Tuhan nak tunjuk kebenaran. Jika lah bukan kerana kemelut dalam PAS, kita tidak kan tahu keburukan dan tembelang dalam parti yang mendakwa berasaskan Islam itu.


Demang tak tuduh pemimpin PAS jahat atau penyokongnya bodoh tetapi Demang cenderung untuk mengatakan bahawa: 


> niat yang baik sahaja tidak cukup.
> kita kena realistik dalam perjuangan
> jangan ego dan terlalu yakin sehihingga menolak pelawaan perpaduan sesama Islam
> utamakan saudara Islam walaupun mereka nampak jahat
> bersihkan PAS daripada fitnah
> jangan halalkan cara demi matlamat


Sumber berita:
Blog Azli Shukri

AWAS kata Hasan Ali


Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.
Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut."Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

Demang nak komen sikit aje. Beginilah, kalau Azmin kata dia ada bukti penyelewengan Hasan Ali dan Hasan Ali kata dia pun ada bukti penyelewengan Azmin dan PKR, kita faham-faham aje lah apa yang berlaku dalam parti yang mendakwa sebagai BAIKKK sangat tu.


Sumber:

Khalid PKR pakar aniaya orang

Nampaknya bukan Hasan Ali sahaja dianiaya PKR Selangor. Malah orang PAS yang selama ini sokong PKR pun teraniaya.

Lihat http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/01/penting-pengundi-melayu-di-selangor.html

Selain itu, PKR sedang berusaha keras merampas syarikat SYABAS daripada tangan usahawan Melayu.

Alahai Khalid, bukan banyak sangat syarikat Melayu yang ada. Bukan ramai sangat pun usahawan Melayu yang berjaya. Ada sorang dua yang boleh bayar zakat lebih sikit tu pun nak dibunuh?

Sudah-sudah lah tu jadi barua DAP.

Orang PAS, bila nak suruh Khalid tutup kilang Arak kat Selangor? 

Saturday, January 28, 2012

video terbaru Anwar




Makin melalut dan tambah merepek nampaknya Anwar. 
Sebut isu itu, ungkit isu ni, 
sindir sana, bodohkan sini...

Anwar kata jika dia jadi PM, 
bil letrik akan dibayar oleh negara. 

Najib pula bagi duit pada rakyat 
mengikut kelayakan dan pendapatan

Cuba fikir. Kalau bagi letrik percuma 
orang kaya pun dapat. 
Justeru lebih praktikal beri duit 
pada rakyat berpendapatan rendah

Nampaknya Najib lebih praktikal dan realistik.

Anwar terus dengan mimpi-mimpinya. 








Sumber:
blog Penembak Tepat
blog Malaysia Heaven

cepat SARA1Malaysia dan Uitm



Ayuh sebarkan bantuan Kerajaan ini. Jangan malu jangan segan melainkan jika anda memang suka hentam kerajaan.

Sementara itu uitm juga sedang membuka tawaran kepada yang tidak layak buat diploma untuk mengikuti program khas pradiploma.

Kena cepat sebab jika DAP memerintah nanti program tersebut mungkin dihapuskan.

Kalau PKR atau PAS? Samalah tu! Proksi depa jugak!

posted from Bloggeroid

gerakan jatuhkan Najib dengan video seks

Video seks terbaru Anwar mula disebarkan. Kali ini membabitkan perempuan di Thailand pula.

Demang sendiri belum menontonnya tapi Demang tak janji la untuk tidak menonton. Jika Demang akan menulis atau bercakap mengenainya mungkin Demang perlu menonton juga.

Sebagaimana isu video seks dan isu liwat sebelum ini, Demang tak akan berpihak selagi Demang belum benar-benar yakin.

Demang serik dengan peristiwa I999 apabila tanpa usul periksa terus sokong Anwar hanya atas alasan:
1. Takkan la Anwar nak buat.
2. Ramai orang kata...

Sementara itu Demang rasa pandangan MSO berikut perlu diambil perhatian.

http://msomelayu.blogspot.com/2012/01/membaca-isu.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid

Friday, January 27, 2012

Hantu Hasan buru Tuan Ibrahim




KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.

"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.

"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata Demang:
Lupakan? Atau buat-buat lupa?

Ingat, Hasan Ali masuk PAS bukan seorang diri. Tak kan lah Tuan Ibrahim lupa pengaruh Hasan Ali ketika itu?

Hasan Ali akan terus menjadi mimpi ngeri PAS. Bayangan Hasan Ali akan sentiasa menghantui Tuan Ibrahim.

PKR juga akan terima bahananya.

posted from Bloggeroid

NFC tak gagal, lembu tak gagal, pembangkang yang gagal

KUALA SELANGOR 26 Jan — Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.

"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing di sini, hari ini.

Noh berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Ambrin dalam satu kenyataan berkata “perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN (Jabatan Audit Negara) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.” — LAGI NOH-NFC 2 KUALA SELANGOR Ambrin dalam kenyataan itu juga menyebut pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau juga berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

Mengulas lanjut, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.

Beliau berkata pertikaian yang ditimbulkan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai sebenarnya jelas menunjukkan mereka keliru.

Ini kerana, katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.

Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut, katanya.

"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut,” katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.

“Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semulasupaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian,” katanya.

— BERNAMA

http://www.utusan.com.my/
Salinan daripada blog Panglima Perag Cyber

Sebar: pengumuman untuk malam ini


Jom dengar sendiri apa kata orang yang pernah menjadi penyokong kuat Anwar sebaik sahaja mendapat tahu Anwar disingkirkan pada 1999 dulu.

Dulu mereka juga tak percaya Anwar bersalah!

Sumber:
Blog GAP

Apabila pencuri bantah undang2 curi

Di bawah ini adalah catatan Demang sebagai respon pada sindiran Tun Mahathir terhadap pihak yang menentang Auku.

(sesekali tulis tangan la pulak)






Bagi Demang kita tidak perlu tanya pencuri bagaimana bentuk peraturan yang perlu mereka ikut. Bahkan kita lah yang menentukannya.

Mahasiswa hanya perlu patuh!

posted from Bloggeroid

Thursday, January 26, 2012

malaysiakini kantoi isu rosmah

Pereka Australia, Carl Kapp pada Rabu membuat penjelasan mengenai dakwaan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan A$100,000 (kira-kira RM325, 000) di Sydney semasa lawatannya ke sana baru-baru ini dengan 'kumpulan yang agak besar'.

Kapp menerusi kenyataannya menjelaskan, pembelian yang dibuat oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat bersama kumpulannya termasuk mereka yang terlibat dengan Festival Fesyen Islamik di mana beliau menjadi penaungnya.

"Saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan saya berhubung kunjungan klien saya ini, saya tidak pernah nyatakan jumlah sebenar yang dibelanjakan di kedai saya.

"Pihak Datin Seri rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang besar dan semasa kunjungannya, pihak beliau termasuk kenalannyan, pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islamik telah membuat pembelian berasingan dan pelbagai.

"Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung kepada festival fesyen itu," katanya menerusi kenyataan kepada Malaysiakini.

Rosmah sebelum ini telah menafikan dakwaan bahawa beliau seorang yang boros malah menyifatkan menjadi mangsa kepada kepada tuduhan liar pihak-pihak tertentu.

Dalam pada itu Kapp turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk kepentingan Rosmah.

"Perkara ini juga tidak tepat. Lawatan ke beberapa bahagian di Asia termasuk Malaysia dibuat bagi tujuan pemasaran serta untuk mencari material bagi produk terbaru kami. Ia termasuk dalam jadual kerja saya dan ia adalah urusan perniagaan yang biasa.

"Pada pandangan kami adalah tidak adil sebuah artikel memberi gambaran bahawa Carl Kapp sebagai sebuah syarikat yang tidak berhemah malah sedia mendedahkan maklumat peribadi mengenai klien kami," katanya.-Mstar

Demang nak tanya satu soalan:

Jika media arus perdana dikatakan tidak telus, media internet yang menyiarkan berita tanpa usul periksa dan berbentuk fitnah itu kita nak kata apa?

posted from Bloggeroid

bangunan Yayasan Selangor akan dijual

Yayasan Selangor akan dijual kepada sebuah syarikat luar negara. Khabarnya bakal dijadikan sebagai pejabat baru DAP. Kerajaan negeri PKR-DAP yang kini menerajui PKNS telah mengenal pasti 16 hartanah bernilai RM10 bilion untuk pelaburan Amanah Raya Reit (ARREIT) secara berperingkat. 

Bangunan Yayasan Selangor yang terletak di Bukit Bintang akan menjadi mangsa kerakusan pentadbiran DAP-PKR di Selangor.

Peringkat pertama 3 harta bernilai RM270 juta dilaburkan dalam ARREIT. Beberapa pendedahan telah dibuat tentang penyelewengan kuasa dan amanah yang dilakukan termasuklah dalam Laporan Audit Dalaman 2010 mengenasi Yayasan Selangor. 

Kit Siang dan Guan Eng sudah berkira-kira berapa untung yang sudah mereka jana di Pulau Pinang dan Selangor. Di Pulau Pinang, Guan Eng sumbat RM100 untuk tutup mulut. Di Selangor, Kit Siang arah Exco Exco DAP sogok RM100 di pasaraya untuk kelabukan mata rakyat. Padahal penyelewengan yang lebih besar disembunyikan.

Rakyat Selangor perlu "mengaudit" kembali harta-harta negeri Selangor. PKR-DAP menjual untuk dapat untung dalam masa yang singkat. Apakah keuntungan ini akan digunakan untuk tujuan pilihan raya? Tambahan Geran Selangorku sejumlah RM300 juta itu untuk apa motifnya?


Sumber:
blog Angin Perubahan (copy & paste)

pengakuan Saiful di Arafah

Seorang sahabat  bercerita ketika di Padang Arafah beliau bertembung dengan Saiful Bukhari. Walaupun agak terkejut kerana tidak menjangka boleh bertemu dengan pemuda yang amat terkenal itu sahabat saya sempat bertanya:

"Bagaimana tuan dengan kes itu?"

"Saya serahkan pada Allah. Saya sudah buat perkara yang betul." Jawab Saiful.

Jika anda tidak mahu percaya juga, terpulang lah.

Oh ya. Demang baru dapat cerita tu 5 minit yang lalu terus daripada mulut sahabat Demang itu. Kebetulan terjumpa.

Rupa-rupanya Blog AIDC pun dah tulis perkara yang hampir sama dalam posting 7/10/2010.

Nampaknya Demang tertinggal keretapi dalam perkara itu.

Namun yang Demang tak tertinggal keretapi ialah ada pemimpin PKR yang menganggap walaupun Anwar mengamalkan seks luar tabie, itu adalah hal peribadinya dan tak ada kena mengena dengan kepimpinannya.

Anda bagaimana?

Kelab Taat Suami warisan Al-Arqam


JAIP (Perak) yang membuat serbuan di premis yang dijadikan pusat gerakan kempen mengelirukan dengan memanipulasi nama Rasululullah SAW turut menemui foto Allahyarham Ustaz Ashaari iaitu pengasas Al-Arqam.

Sumber:
Blog Badut Rakyat

Pengumuman: Ustaz Ismail Mina bersama Hasan Ali


sumber:
Blog GAP

Wednesday, January 25, 2012

ini rupanya orang yang bawa cerita perbelanjaan Rosmah


Jangan tengok orangnya.
Jangan juga tengok orang di sebelahnya.
Tapi fikir sejenak apakah tujuan orang seperti itu mahukan !

Jangan fikir dia nak popular sahaja. 
Jangan pula ingat dia nak duit sahaja.
Dia nak kedua-duanya.

Dia ada agenda peribadi.
Orang lain pun ada agenda sendiri.
Apabila mereka berjumpa, maka mereka pun bekerjasama.

Asalkan sebuah lagi kerajaan Islam dapat diruntuhkan, apa cara pun boleh!
Asalkan sebuah lagi kerajaan Islam dapat diruntuhkan, siapa pun boleh!



Ada info baru diperolehi. 

Lihat johorpolitico.com.... 

Kolumnis Sydney Morning Herald, Andrew Hornery yg mendakwa DS Rosmah belanja lebih RM300,000 masa cuti di Sydney, sebenarnya adalah wartawan yg tidak ada kredibel., 

dia ada kolum gossip dan tulisannya hanyalah berdasarkan gossip semata-mata... 

Horney juga kerap disenaraikan sbg 'Australia's Worst Journalist' (lihat Sydney Morning Herald - Australia's Worst Journalist. 

Dia jg dikenali dikalangan dunia gossip Sydney dan Australia sbg 'openly gay transsexual.


Sumber:
http://penembak-tepat.blogspot.com/2012/01/wartawan-andrew-hornery-juara-worst.html

Anwar mungkin saman bekas peguamnya

Demang geleng kepala membaca tulisan Zulkifli Nordin yang mengutuk sekutuk-kutuknya Anwar Ibrahim. Dah la tu. Siap dengan gambar Anwar  tepuk dahi dan Wan Azizah sakit kepala!

Demang rasa Zulkifli ni dah terlebih duit kot? Atau dia tak tau undang-undang? Tidak takutkah Zulkifli jika Anwar Ibrahim menyamannya nanti?

Rasa seriau pulak Demang.

Demang juga nak pesan pada Umi Hafilda dan Ezam. Hati-hati lah menuduh Anwar macam-macam. Bimbang nanti disaman dek Anwar.

Tapi Demang tahu, Anwar Ibrahim tu sabar orangnya.

Anwar cuma akan hilang sabar jika lihat... (ahak... ahak...)

manipulasi nama Rasulullah untuk publisiti murahan kelab

Demang bantah penggunaan nama Rasulullah SAW yang digandingkan dengan tajuk sensasi.

Lihat sini

Niat tidak menghalalkan cara. Jangan timbulkan kontaversi dengan publisiti murahan.

Kalau nak tajuk yang yang sensasi untuk tujuan publisiti, Demang boleh cadangkan:

"Teknik Bersetubuh Datuk dan Nenek Fauziah Ariffin (sempena nama Presiden kelab tersebut)

Demang kecewa Rosmah belanja RM300k


Demang agak kecewa bila dapat tahu Rosmah berbelanja Rm300K baru-baru ni. Lebih kecewa lagi apabila diberitahu Najib tinggal di sebuah hotel berharga RM20K satu malam.

Demang tidak pasti cerita itu betul atau bohong. Kalau benar, pihak yang menguruskan perbelanjaan tersebut harus dipersalahkan.

Sebelum itu Demang nak tanya adakah butik dan hotel itu dibina untuk Najib dan Rosmah sahaja? Atau adakah setakat ini hanya dua orang pelanggan yang singgah di butik dan hotel tersebut iaitu Najib dan Rosmah?

Oo.. ada orang lain lagi!

Siapa? Doktor? Lawyer? korporat? Menteri? Perdana Menteri? Daripada negara mana?

Adakah sesuai sebuah negara pengeluar minyak seperti Malaysia cuma mampu membiayai penginapan dan perbelanjaan PM nya Suami isteri pada kadar yang setaraf dengan rakyat biasa dari negara lain?

Ini Malaysia la Bro. Najib adalah PM Malaysia. Bukan Presiden Indonesia yang rakyatnya terpaksa berenang ke negara lain hanya untuk menjadi amah dan pemungut sampah.

Bukan juga Presiden Filipina yang rakyatnya mundur dan merempat ke sabah!

Sedangkan Presiden Amerika yang negaranya bertapuk dengan hutang pun mampu menjaga status, inikan pula Malaysia yang terbukti berjaya melepasi krisis ekonomi tanpa bantuan IMF.

Rakyat Malaysia ada 27 juta orang. Cuba kira jika RM300000 bahagi 27000000 orang.

Berapa sen sorang?

Apasal keluarga Lim pergi makan besar di luar negara naik kelas mewah pembangkang tak bising?

Sepatutnya kita bagi Rosmah 1 juta untuk shopping dan 50K satu malam untuk penginapan sesuai dengan status dan tanggung jawab mereka.

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 24, 2012

Tukar Tiub dedah usaha orang asing jatuhkan pemimpin negara

Boleh percaya ka ini orang?

Rupa-rupanya dalam timbunan sampah sarap di http://tukartiub.blogspot.com masih ada yang boleh diguna semula:

Lihat catatan yang tertulis pada sehelai tisu pengesat najis yang Demang jumpa dalam sampah sarap hanyir di blog tersebut:

apa maknanya laporan akhbar luar negara ini?

ini bermakna kempen media barat
untuk meminggirkan najib
sebelum presiden marcos dijatuhakan di pilipina
banyak kesah imelda keluar dalam media antarabangsa

sebelum suharto dijatuhkan banyak berita
tentang ibu tien dalam media antrabangasa

ini adalah permulaan kempen antarabangsa

 Cuba perhatikan nota penganut sosialis tersebut berkenaan usaha pihak luar bagi menjatuhkan kepimpinan sesebuah negara. Adakah ia sesuatu yang baik untuk negara tersebut atau baik kepada pihak yang merancang?

Untuk makluman, kempen menjatuhkan Marcos berlaku ketika Demang masih di bangku sekolah. Walaupun Demang tidak begitu tahu latar belakang Imelda namun Demang amat tahu bahawa Imelda mempunyai bergedung-gedung coli, seluar dalam dan kasut yang sebahagian besarnya tidak pernah digunakan!

Entah ye entahkan tidak namun itulah yang disebarkan saban hari.

Akhirnya Marcos jatuh dan Filiphina yang hampir menjadi negara maju ketika itu bertukar menjadi negara ASEAN paling teruk hingga sekarang.

Indonesia pula masih belum pulih hingga sekarang. Malah ramai pemerhati berpendapat Indonesia jauh lebih baik semasa di bawah Suharto berbanding sekarang!

Demang percaya jika kempen memburukkan Rosmah ini dilakukan berterusan, Najib akan tewas juga.

TETAPI, baikkah pada kita dan negara kita?

Malaun dalam foto di atas tu tak apa. Dia memang bangsat sejak dahulu kala lagi.

Nota:
Bangsat dan merempat itu hampir sama maksudnya.

Lihat agenda seterusnya selepas kerajaan sedia ada dijatuhkan. Klik sini.

bekas ketua pemuda Pas sokong Hasan Ali


Bekas ketua Pemuda PAS yang pernah menjadi tulang belakang kemasukan kerusi PAS di selangor menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Hasan Ali.

Sebagaimana yang sudah diramalkan, Hasan Ali tak 'kan keseorangan. Ahli PAS yang menyokong parti itu tanpa kepentingan peribadi tokoh politik tertentu pasti akan memikirkan semula arah sokongan mereka.

Apatah lagi dengan tindakan PKR yang tidak memberi semula jawatan exco agama kepada PAS dilihat sebagai memperlekeh dan menghina PAS yang selama ini mendakwa sebagai parti yang lslamik.

posted from Bloggeroid

Lim guan Eng korban gadis Melayu



Kata Lim Guan Eng (yang dilihat kelmarin menaiki kapal terbang kelas mewah bersama kaum keluarganya bagi menyambut tahun baru cina di luar negara).

"Kalau cakap bahawa DAP adalah sebuah parti couvinis ini adalah kejayaan mainan politik BN Umno. Kalau saya seorang couvinis takkan saya masuk penjara kerana seorang gadis Melayu dan ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan."

(http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24703:bersemuka-dengan-lim-guan-eng&catid=98:tamu-dan-wawancara&Itemid=144)

Benarkah LGE pernah masuk penjara? Faktanya BENAR.

Benarkah LGE pernah masuk penjara kerana pertahan gadis Melayu? AUTAnya juga BENAR!

Adakah LGE ingat orang Melayu begitu bodoh dengan mengungkit fakta itu?

Bukankah LGE hanya memanipulasi isu tersebut untuk kepentingan politik semata-mata?

Bukan kah LGE sekadar mengeksploitasi gadis itu serta neneknya bagi menjatuhkan Rahim tamby Chik?

Orang Melayu yang masih menyangka keluarga Lim itu berhati mulia Demang nak kata: "Rentikanlah..!"

posted from Bloggeroid

Monday, January 23, 2012

Ulasan Hasan Ali perlantikan exco agama Selangor

Berhubung dengan perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat saya bagi mewakili PAS, saya ingin memberi sedikit ulasan seperti berikut :

Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.

Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan.

Adapun mengenai rombakan portfolio Exco, saya berpandangan ianya agak ganjil dan pelik. YB Dr Yunus hanya diberikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan. Manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang saya sandang sebelum ini telah di serahkan kepada YAB Menteri Besar. Bagi saya rombakan ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada imej dan kedudukan PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan PAS sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain. Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan.

Saya masih ingat pesanan dan amanat Tuan Guru Presiden sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu, telah meminta saya dan kempimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya. Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah di pijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pakturut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain.

Hari ini saya dimaklumkan bahawaYAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau. Saya tidak nampak kewajaran tindakan YAB Menteri Besar tersebut. 

posted from Bloggeroid

Saturday, January 21, 2012

Mat Sabu tolak kepimpinan ulama


Suatu ketika dulu Mat Sabu pernah berkata:
"Kalau aku kena kurap kat pungkoq, aku akan percaya cakap Dr Mahathir sebab dia doktor bertauliah. Tapi dalam hal agama aku percaya cakap Tok Guru Nik Aziz sebab dia ulama."

(Tak lama selepas itu Mat Sabu kena tangkap berduaan dengan isteri orang di dalam bilik sebuah hotel. Kata Mat Sabu Normah datang ke biliknya untuk bagi ubat kayap).

sekarang lain pula cakap Mat Sabu:

“adalah lebih baik untuk Tan Sri Khalid mengambil exco agama. Bukan semestinya orang agama sahaja yang boleh ambil tugas itu, asalkan ia amanah, jujur dan ikhlas."

Demang catatkan kata-kata Mat Sabu dalam blog ini untuk rujukan kita nanti.

Dalam kempen PRU 13 nanti entah apa la pula gebang Mat Sabu.

Tunggu...

posted from Bloggeroid

Melayu DAP

Terbaru bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Mohd Hata Wahari menyertai DAP.

Kenapa DAP? Kenapa bukan UMNO dan bukan pula PAS?

Demang siarkan berita ini bukan untuk berkempen atau memanipulasi berita tetapi untuk kita berfikir!

posted from Bloggeroid

Tonypuaka

apa yang Anwar akan pinda?

selalunya apabila banyak sangat strategi maka akan bercelaru dan terbocor sana sini. Apatah lagi jika ia dibuat bagi menutup sesuatu.

http://semuthitam80.blogspot.com/2012/01/anugay-tolong-bocorkan-rahsia-dia.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

Friday, January 20, 2012

kenyataan Saiful selepas pemfailan rayuan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara didalam memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada petang tadi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang lepas.

Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana. 

Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat MahkamahRayuan terlaksana. 

Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar Kepada Allah saya berserah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN
20hb Januari 2012

posted from Bloggeroid

Kes Anwar ke mahkamah rayuan

Peguam Negara baru sahaja menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung kes Liwat yang membabitkAN DS Anwar Ibrahim pada jam 4.15 petang tadi

posted from Bloggeroid

Pas masih berharap

SHAH ALAM - Pas yakin portfolio hal ehwal Islam akan diserahkan kembali kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mewakili parti itu pada "masa yang sesuai", kata Timbalan Pesuruhjaya negeri, Iskandar A. Samad.

Dalam satu kenyataan lewat petang semalam, Iskandar berkata, beliau yakin Menteri Besar Tan Sri Khalid Samad telah membuat keputusan untuk mengambil alih potfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana mahu memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi untIuk menyesuaikan diri sebagai Exco.

La... Demang ingatkan Pas yang tak nak jawatan tu.

Kesian PAS! Apa kata orang..? melukut di tepi gantang?

Lebih kurang macam tu la gamaknya.

posted from Bloggeroid

Penjelasan mudah isu NFC

Thursday, January 19, 2012

Tolong ambil perhatian Sidang Media bapa Saiful

Makin lama makin suntuk masa untuk bertindak. Tempoh untuk membuat rayuan semakin hampir ke penghujung penamat.

Yang Demang maksudkan ialah kes Anwar-Saiful.

Demang dan para blogger akan bertindak cara kami sekiranya kami merasakan Saiful tidak diberi cukup ruang dan peluang mengemukakan tuntutan beliau.

Kami bukan mahu mendahului tugas mahkamah sebaliknya jika hak Saiful untuk merayu dinafikan maka rakyat melihat bahawa proses keadilan belum cukup dilaksanakan.

lngat! para blogger pernah bergabung dan bertindak. Bahkan hingga kini gerakan para blogger masih senada dan seirama.

Buktinya, lihat lah jaringan link yang terdapat pada blog-blog kami.

Berikut Demang siarkan kenyataan daripada sidang media bapa Saiful hari ini.

Tolong ambil PERHATIAN!!!

1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

AZLAN MOHD LAZIM
18 Januari 2012

posted from Bloggeroid

Khir Toyo bongkar rahsia di sebalik penafian hak Pas

Nampaknya pemecatan Hasan Ali tidak habis setakat beliau hilang jawatan sahaja.

Tidak juga setakat Hasan Ali menceritakan punca-punca pemecatannya.

Rupa-rupanya isu ini membuka pintu kelemahan Pas yang tersembunyi sejak Pas bernaung di sebalik PKR dan berteduh di bawah DAP.

Demang tabik pada Khir Toyo yang mengupas isu ini dengan amat baik.

http://www.drkhir.com/2012/01/islam-di-selangor-harapkan-pegar-pegar.html

posted from Bloggeroid

PKR dah tak percaya PAS


Kesimpulannya tiada orang Pas yang layak pegang jawatan tu.

posted from Bloggeroid

Anwar akan saman semua

Percayalah! Anwar akan saman sesiapa yang menuduhnya macam-macam terutama umi hafida.

Percayalah. Tolong le percaya.

Tolong!

Ha ha ha.

http://novandri.blogspot.com/2012/01/bukti-video-ada-tapi-kak-wan-anwar-tak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 18, 2012

video umi hafilda dan Azwan Ali berdamai

Komen ringkas Tun isu Anwar saiful

1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Sumber Che Det

posted from Bloggeroid

ulama Pas bidas Anwar


Nampaknya ulama PAS pun sudah naik syeh pada Pak Sheh Anwar dengan kenyataan sokong gay.

http://hhalem.blogspot.com/2012/01/dewan-ulamak-pas-membidas-keras-anwar.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid

Tuesday, January 17, 2012

Usaha terancang hapuskan tokoh korporat Melayu



Masih ingat manifesto di atas?

Alhamdulillah. Mujur rakyat (pengundi Melayu) bertindak matang dengan menolak pakatan pembangkang.

Sedarkah anda bahawa terdapat beberapa perkara dalam manifesto di atas merugikan orang Islam?

Lihat perkara 4 iaitu mengambil alih syarikat bekalan air.

Untuk makluman ketika itu terdapat ura-ura syarikat air Selangor (SYABAS) akan menguruskan bekalan air di peringkat nasional.

Hal ini sangat menggusarkan hati orang bukan Islam.

Sesungguhnya ini bukan setakat gangguan emosi bahkan sememangnya akan menggugat monopoli ekonomi kaum bukan Melayu di negara ini.

Kenapa?

Kejayaan SYABAS bermakna akan lahir seorang tokoh konglomerat baru selepas umat Islam kehilangan Tan Sri Yahya yang terkorban dalam insiden misteri yang rahsianya masih tersimpan rapi.

Tahukah anda bagaimana allahyarham TS Yahya memecah monopoli tawkey-tawkey besar dan memberi peluang kepada orang Islam menjadi usahawan?

Bohong lah kalau ada yang mendakwa tiada persaingan dalam dunia perniagaan.

Bodoh la sesiapa yang percaya bahawa musuh dalam perniagaan tidak wujud.

Sepaling tidak pun ia masih menjadi anutan dan pegangan tawkey-tawkey tersebut!

posted from Bloggeroid

Hasan Ali bidas Anwar

Lihat kenyataan kedua Hasan Ali selepas dipecat.

http://brojinggo.blogspot.com/2012/01/homoseksual-hasan-ali-bidas-anwar.html?m=1

posted from Bloggeroid

Gomo cerita tentang Saiful

Berikut adalah catatan blogger Papa Gomo sepanjang hubungannya dengan Saiful Buhari Azlan.

http://www.papagomo.com/2012/01/eksklusif-skandal-saiful-bukhari-papa.html?showComment=1326731141925&m=1#c5307663521065152417

posted from Bloggeroid

Sunday, January 15, 2012

Karpal cabul hak Saiful

Bernama melaporkan bahawa Karpal Singh yang membantu Anwar Ibrahim melepaskan diri berkata:

“Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua" (Bernama)

Apa hak Karpal menghalang Saiful membuat rayuan?

Tidakkah perbicaraan yang berlarutan hingga 3 tahun itu kerana muslihat Karpal yang menangguh-nangguh?

Memang celaka Karpal ni. turut celaka ialah para peguam, ahli politik dan blogger yang berdiam diri hanya kerana mereka tidak menyokong UMNO!

posted from Bloggeroid

Tidak kan kurayu

Bekas pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya walaupun diberi tempoh merayu sehingga bulan depan.

Baca seterusnya...

http://brojinggo.blogspot.com/2012/01/hasan-ali-tidak-akan-mengemukakan.html?m=1

posted from Bloggeroid

pembangkang makin merosot

Apabila Demang menulis 'Anwar Menyalak' dalam posting pagi tadi, tidak ada seorang pun orang PKR atau orang PAS yang membalas. 


Mungkin kerana perkara yang Demang tulis itu betul dan mereka juga sudah meluat dengan Anwar yang menjadi sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan diri.

Atau mungkin juga kerana tiada seorang pun mengunjung dari kalangan orang PAS atau PKR sebab spesis tersebut sudah makin pupus!

Apabila Demang mencabar orang PAS untuk menjawab persoalan yang Demang ajukan, tiada siapa pun yang menyahut. 

Mungkin kerana mereka juga bersetuju dengan pendapat Demang atau kerana tiada seorang pun pengunjung dari kalangan orang PAS mahupun PKR?

Apa pun penyebabnya, ia menuju pada satu kesimpulan bahawa pembangkang semakin terpinggir!

Anwar menyalak lagi



Orang Pas tolong jawab soalan berikut:
Kenapa Anwar perlu menyalak pada dunia luar dengan dakwaan bahawa MALAYSIA tidak demokrasi?

Soal benar atau tidak dakwaannya, itu masalah lain.

Anwar nak suruh Amerika dan sekutunya buat apa? Tekan Malaysia? Pulau? kutuk? Atau nak suruh US serang Malaysia seperti yang berlaku pada negara Islam lain yang enggan terima sistem demokrasi cara Amerika?

Pas setujukah demokrasi ala Amerika?

Maaf Demang tak sempat nak upload video Anwar menyalak depan wartawan asing di Mumbai selepas terlepas dari tuduhan meliwat akibat 'silap teknik'.

posted from Bloggeroid

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)