Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 30, 2019

Boleh pijak bahu kawan


Yang tua datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin
Yang pekak membakar meriam
Yang kurap menghalau ayam

Kalau baca karya lama seperti hikayat Malim Deman akan jumpa rangkap² puitis begitu.

Penglipurlara nak gambarkan orang yang hadir dalam satu² majlis keramaian. Dalam keramaian ada jamuan makan yang dipanggil kenduri.

Dalam kenduri,  masakan disediakan secara gotong royong. Bahan masakan pun dibawa sorang sikit.

Ada yang bawa beras, sayur dan buahan.  Ada yang bawa kambing, lembu, dan kerbau.

Ternakan disembelih,  dilapah,  dan dimasak di tempat kenduri bersama².

Adat kenduri boleh ditinggal. Ia hanya kaedah. Tapi nilai baik berkenduri kita terapkan dalam perkara lain. Yang negatif seperti mengumpat singkirkan terus.

Gotong royong ialah kerjasama. Memasak hanya alat. Nak guna kaedah apa untuk eratkan kerjasama,  terpulqnglah. 

Memang dalam setiap pekara ada buruk baiknya. Yang baik kita teruskan dan jadikan amalan baik. Dicatat malaikat pahala sebagai tiket ke syurga. Insya-Allah.

Manakala yang tak baik kita perbetulkan dan jangan ulangi lagi. Kalau perlu,  taubat nasuha.

Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Semua ini perlu digabungkan bagi menuju satu tujuan.

Dalam satu komuniti bahkan dalam satu keluarga memang Allah taala letakkan satu dua orang ahli yang perlu dibantu. Jangan terlepas pandang.


Memang masing² ada impian peribadi. Namun dalam mengejar cita² atau goal,  jangan bentes kaki orang. Jangan rampas hak orang.

Ketika mendengar azan kita ulang lafaz bilal.  Tapi apabila sampai ayat haiya alassolah,  kita jawab la haula wala... Sebab apa?  Untuk solat pun kita tiada upaya apa² melainkan dengan izin Allah.

Jagan pandang rendah pada orang lain. Semuanya ciptaan Allah dan menjalani hidup dengan takdir Allah. Bersyukurlah jika takdir kita lebih baik daripada orang lain.

Otak kita cerdas dan kita pandai bersukan. Kalau Allah nak takdirkan sebaliknya, mampukah kita membantah?


Kalau betul cara kita melayani kawan, akan ada yang sedia memberikan bahunya bukan saja tempat melelehkan airmata bahkan dipijak untuk kita naik ke atas.

Yang tua datang bertongkat
Yang buta datang berpimpin
Yang pekak membakar meriam
Yang kurap menghalau ayam

Allah jadikan manusia dalam berbagai keadaan. Apabila nampak orang buta, bersyukurlah kita tidak buta.

Andai kata kita pula buta, redho lah dengan keputusan Allah itu. Orang celik banyak buat dosa berkaitan mata.

Sambutan hari guru di sekolah adalah satu proses pendidikan. Dalam bergembira,  ada adab yang perlu dijaga.

Demikian ucapan saya pagi tadi dalam sambutan hari guru peringkat sekolah.


Guru rai diri sendiri
Dalam harinya kita yang tak betul
Dia tak la kata aqidah kita salah
Roti canai rm8 sekeping

Monday, April 29, 2019

Guru dan hari guru


Hari guru datang lagi. Ada guru kata, guru rai diri sendiri.

Bagi saya, guru adalah pendidik dan sekolah adalah tempat mendidik anak manusia.

Sambutan hari guru di sekolah juga satu proses mendidik murid². Nak ajar anak² cara meraikan sesuatu sebagai penghormatan dan penghargaan.

Memang la nampak macam guru rai diri sendiri. Maklumlah, buat program sendiri,  beli hadiah sendiri, dan pesan kat murid bagi hadiah pada guru.

Di media sosial, guru sindir diri sendiri. Ada sedikit persamaan dengan pukul anak sindir menantu. Kalau lebih² jadi seperti meludah ke langit atau menepuk air di dulang.


Saya menulis berdasarkan pengalaman di sekolah rendah. Di sekolah menengah rasanya tak begitu. Pelajar dah besar². Sepatutnya dah boleh buat program sendiri untuk meraikan guru².

Saya pernah diberi tanggung jawab anjur hari guru semasa tingkatan 5.

Kata guru berkenaan: "Azman,  saya nak awak buat sambutan hari guru tahun ni."

Hanya sebaris arahan diberi. Duit cari sendiri,  aktiviti susun sendiri. Alhamdulillah sambutan hari guru tersebut berjaya dilaksanakan dengan aktiviti sukaneka dan jamuan.

Budgetnya kami minta derma dari guru². Saya ingat lagi ada seorang ustaz menyindir kami dengan menyebut hadis "tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah."


Masa itu saya geram dan pandang negatif pada ustaz tersebut. Lama selepas itu baru saya faham yang ustaz tersebut nak sampaikan mesej yang sangat penting: "jangan bergantung pada orang. Usaha sendiri dan meminta hanya pada Allah."

Esok saya diberi tanggungjawab menganjurkan sambutan hari guru peringkat sekolah.

Konsep kami ialah 'kenduri kampung islamik'.  Kami akan buat secara gotong royong dan mematuhi hukum Islam.

Bagi saya samada majlis itu berjaya dengan sempurna atau tidak, bukanlah perkara utama. Yang penting dapat erat kerjasama dan ukhwah islamiyah kalangan guru dan pekerja.

Untuk murid pula akan diterangkan tentang konsep meraikan guru, ibu bapa, pemimpin, dan sebagainya sepanjang masa.

Moga Allah taala permudahkan.


Dalam harinya kita yang tak betul
Dia tak la kata aqidah kita salah
Roti canai rm8 sekeping
Kucing jinak yang kejam

Sunday, April 28, 2019

Dalam hatinya, kita yang tak betul

...sambungan
"dulu lain..." kata lek berusia 83 tahun. Ya Lek. Mana sama dulu dengan sekarang. 

Ingat lagi artikal saya tentang kucing jinak dan kucing kejam? Di bawah artikal ini ada linknya.

Sebetulnya ia adalah kucing yang sama. Bagi kita kucing adalah haiwan jinak dan manja tapi pada burung kenari kucing adalah pemangsa ganas dan kejam.

Nilai baik pada kita belum tentu baik pada orang lain. Begitu juga sebaliknya. Kita kata arak itu buruk tapi bagi orang lain ia bagus.

Seorang pemimpin memang cenderong untuk memimpin. Dengan kata lain dia mahu orang lain mengikutinya. Dia akan resah jika kita tidak mendengar katanya. Dia akan marah jika kita membantahnya.

Bagaimana jika yang dia faham itu tidak selari dengan fahaman kita? Sudah tentu sukar untuk kita ikut.


Bagaimana pula jika yang kita mahu itu tidak sesuai dengan fahamannya?

Berbalik pada perenggan² awal tadi, nilai yang baik bergantung pada fahaman dan pegangan masing².

Justeru sebagai pemimpin sudah tentu dia jengkel jika kita masih beramal dengan nilai yang kita pelajari dari guru² kita.

Pada mereka, amalan dan fahaman kita itu salah.

Bayangkan jika anak kita lakukan sesuatu yang salah. Adakah kita akan berdiam diri? Kita akan tegur, marah,  dan kalau perlu paksa. Kita akan rotan jika tetap berdegil.

Kita akan guna kuasa yang ada pada kita dan ada masanya boleh terlajak guna kuasa.

Sambung lagi...


Dia tak la kata aqidah kita salah
Roti canai rm8 sekeping
Kucing jinak yang kejam
Sifu jual ebook mahal

Saturday, April 27, 2019

Dia tak kata aqidah kita salah


Kita pelik tengok monyet atau monyet pelik tengok kita? 

Rasanya tak pernah orang kata cara berdepan, aqidah kita salah. Namun yang nyata aqidahnya tidak sama dengan kita.

Apa maknanya tu? Kenapa dia tak ikut kita?

Ertinya dia anggap aqidah kita salah dan aqidahnya betul. Cuma dia tak kata pada kita aqidah kita salah. Mungkin dia takut kita tumbuk muka dia.

Masa dia tak ada kuasa tak apalah. Apabila dah ada kuasa, hati²lah.

Penganut hindu, budha, atau kristian amat mudah dikenal. Awal² mereka dah isytihar aqidah mereka. Lagipun sekali imbas kita dah tau kepercayaan mereka.


Yang kita bimbang ialah penganut fahaman dalam Islam yang berbeza dengan kita. Apalagi melibatkan aqidah yang berasal dari satu tapi melencong ke arah lain secara perlahan².

Antaranya syiah, khawarij, atau muktazilah. Yang pertama tu paling bahaya. Mereka ada di negara kita. Barangkali ada yang dah jadi pemimpin kita.

Soal aqidah tidak hanya menjadi soal individu. Ia berubah menjadi rasa perlu untuk memperbetul aqidah orang lain. Ia juga cenderong menjadi fanatik dan mula memusuhi orang yang tidak sefahaman.

Perbezaan pendapat membawa kepada pertengkaran, pembunuhan dan kemuncaknya peperangan. Nau'zubillah.

Aqidah bukan hal kecil sebab ia melibatkan hidup, mati, dan hidup kembali.

Bersambung...

Roti canai rm8 sekeping
Kucing yang kejam
Sifu jual ebook mahal
Rahsia isyarat sakit


Friday, April 26, 2019

Roti canai rm8 sekeping

Kesah aku dan roti canai

1980 saya bersekolah di temerloh pahang. Sekurang²nya sebulan sekali saya balik rumah di jengka. Transit di pekan jerantut.

Di jerantut saya akan peruntukkan duit untuk makan roti canai. Masa balik dari asrama budget tentu lah sedikit. Dah tinggal sisa.  Saya akan makan roti canai kosong dan kuahnya pun kosong.

Ketika pulang dari kampung saya akan singgah sekali lagi di kedai yang sama. Kali ini order saya berubah. Agak mewah. Roti canai kosong dan kuah kari daging cincang.

1986, selepas SPM saya kerja di Napo jitra kedah. Jadi kerani kuari tanah merah yang diuruskan bapa saudara saya.

Saya bukan nak cerita pasal lebuh raya PLUS yang sedang dibina PM masa itu tetapi pasal rutin pagi saya di pekan napo.


Setiap pagi saya makan roti canai 30 sen sekeping.

Di pahang ketika itu 40 sen sekeping. Kemudian naik kepada 50 sen, 60 sen, dan 80 sen. 70 sen tak ada rasanya.

PM ketika itu (Dr Mahathir) kata harga tepung naik jangan naikkan harga roti canai tapi kecikkan sikit saiznya. Silap² orang beli dua.

2019 saya makan di melaka seringgit sekeping.

Walaupun berlaku kenaikan 300% dalam tempoh 30 tahun namun penebar roti canai tidaklah jadi kaya. Kalau dulu 100 keping dapat rm50 maka sekarang dengan jumlah yang sama dapatlah kutip rm100. Itu belum ditolak modal.

Menebar roti canai bukan mudah. Saya cuma mahir makan roti canai.

Di bukit baru ada penebar yang buat roti canai frozen. Selain jual di warung sendiri, beliau dapat jual ke warung² lain dan individu yang nak makan di rumah bila² masa.

Saya pernah cadangkan pada beliau sertakan sama kuah segera. Pembeli boleh balik campur air panas sahaja.


Ada banyak cara untuk jadikan roti canai lebih daripada seringgit sekeping. Cara biasa ialah jadikan roti telur,  roti tampal, atau roti sardin.

Di limbongan melaka saya jumpa kedai yang lebih kreatif. Sekeping roti canai boleh dijual lebih daripada dua ringgit. Caranya, pekedai sediakan pilihan kuah seperti asam pedas ikan parang, daging tetel, kari kambing, ikan pari, kembung, atau siakap.

Satu pelanggan pekedai boleh caj antara rm2 hingga rm10. Kalau dulu 100 keping cuma kutip rm100, dengan idea ini jualan jadi rm1000.

Selain itu, apabila kuah sedap pelanggan tidak hanya order sekeping. 100 pelanggan sudah jadi 200 keping.

Selain itu apabila dah cerita kat isteri,  diapun nak rasa sama. Kena lah angkut pula satu keluarga.

Tiba² saya rasa macam nak buka warung roti canai pulak.


Kucing yang kejam
Sifu jual ebook mahal
Main dulu main sekarang
Rahsia isyarat sakit

Wednesday, April 24, 2019

Rahsia isyarat sakit

Amalan penawar sakit mata oleh ustaz raja khairudin di masjid bukit baru. (Foto sekadar hiasan) 

Ini kesah lain. Tiada kena mengena dengan gambar yang saya share di atas.

2-3 orang murid yang tak beri perhatian masa saya mengajar saya cubit. Ada yang tersengih dan ada yang mengaduh kecil.

Kemudian 2-3 orang yang fokus pada pengajaran pun kena cubit kat lengan. Terpinga² mereka. Ada yang terkejut.

"Ok. Apa rasa kena cubit?" saya tanya.

"Sakit cikgu." Beberapa orang menjawab.

"Padan muka." balas saya sambil ketawa.

"Sakit tu sebab kita ada kulit. Begitu juga apabila hampir dengan tempat kebakaran. Rasa panas sampai ke kulit dan info itu dihantar ke otak.


Otak mengenalpasti maklumat itu sebagai bahaya dan perlu dijauhi. Seterusnya ia memberi arahan pada kaki untuk lari.

Makanya jika kita sakit jangan hanya mengaduh sebaliknya fikirkan apa tindakan yang perlu diambil seterusnya.

Barangkali ada mesej penting daripada Allah taala yang perlu kita ambil perhatian.

Contohnya, jika sakit itu bahaya mungkin itu isyarat bahawa ajal kita hampir tiba. Maka Allah taala mahu kita bertaubat dan perbanyakkan ibadah sebagai bekalan.


Kucing yang kejam
Sifu jual ebook mahal
Main dulu main sekarang
Kalau dah tiada jodoh

Tuesday, April 23, 2019

Jinak pada kita ganas pada orang


Kata satu watak dalam filem Jurassic World:

"Ganas itu relatif. Manusia melihat kucing sebagai haiwan yang jinak dan manja tetapi bagi burung kenari ia adalah haiwan yang ganas dan kejam."

Mesej dialog di atas ialah penerimaan setiap orang terhadap sesuatu benda atau perkara adalah berbeza.

Kalau kita buka youtube dan menonton sesuatu yang amat baik jangan hairan jika nampak ramai juga yang klik ikon 'unlike'.


Bagaimana penerimaan berlaku? Ia bukan semata² kerana sipembuat atau sipenghantar maklumat. Ia ditentukan oleh sipenerima.

Baik atau tidak baik ditentukan oleh sipenerima. Sipelaku tidak perlu berubahpun.

Kalau nak dihujahkan perkara ini, sampai kiamatpun tak habis sebab inipun bergantung pada penerimaan masing².


Sifu jual ebook mahal
Main dulu main sekarang
Kalau dah tiada jodoh
Rahsia Tempua Bersarang Rendah

Monday, April 22, 2019

Sifu jual ebook mahal

Siri Bergaduh Dengan Sifu (1)
Apa kata guru, murid percaya saja. Kalau cikgu temberang maka murid nanti akan jadi tukang temberang juga. 

Baru² ni saya beli lagi e-book berkenaan marketing. Tak perlu saya sebut tajuk nanti orang tahu pula sifu atau team yang menjualnya.

Saya bayar rm120 setelah dapat diskaun rm20. Kemudian perlu tunggu selepas 48 jam sebelum pembayaran disahkan dan file di-email ke inbox saya.

Apabila dapat, saya diminta download aplikasi untuk membukanya.

Tak apalah. Bisnes memang banyak cabaran. Sifu nak uji saya agaknya.

Namun agak mengecewakan apabila kandungan ebook tak seperti yang diiklankan. Ebook berharga rm120 itu cuma ada kemahiran asas yang dah lama saya tau. Malah tips² yang diberikan boleh dapat percuma melalui google, fb, atau youtube.

Saya tak mahu bergaduh dengan sifu² marketing. Saya tahu sedikit sebanyak yang ada dalam fikiran mereka. Saya dah buat bisnes online sejak 1999. Kebanyakan sifu adalah adik² dan anak² saya.

Saya nak cadangkan begini:


1. Letakkan penarafan bagi setiap ebook iaitu untuk permulaan,  pertengahan,  dan lanjutan.
2. Keluarkan 2 versi ebook iaitu modul untuk syarikat dan modul untuk agen/individu.

Melalui penarafan pengguna tahu buku tersebut sesuai untuk mereka atau tidak.

Untuk modul syarikat, caj mahal sikit tak apa asalkan berbaloi. Siapkan file presentation dsb.

Untuk peruncit seperti agen dropship dll jual rm10 atau rm20 cukuplah. Buku² kat kedaipun lebih kurang begitu harganya.

Kat cover ebook tulis besar² "DILARANG SEBAR:
"Pembacaan ebook ini tanpa kebenaran penulis adalah tidak halal dan akan didakwa di padang mahsyar."

Berilah kepercayaan pada pembeli sebagaimana mereka percayakan sifu marketing.


Main dulu main sekarang
Kalau dah tiada jodoh
Rahsia Tempua Bersarang Rendah
Punca mahathir pintas anwar

Thursday, April 18, 2019

Main dulu main sekarang



Dulu² kalau nak main gasing kena cari batang atau dahan pokok, buat sendiri.

Nak mintak tolong kawan buatkan bukan senang. Akhirnya walau buruk, tarah la sendiri.

Budak² sekarang bawa duit ke kedai dan beli. Balik main sorang².

Saya tak kata budak² dulu lebih bagus. Namun ada beberapa proses yang boleh diiihat dalam permainan zaman itu.


Proses buat gasing sendiri bukan sahaja melatih kekreatifan malah mendidik untuk menjadi pengeluar. Apabila beli gasing yang dah siap kanak² hanya menjadi pengguna pasif.

Bermain bersama kawan² kadang² bergaduh dan kadang² berkorban. Yang tak tau bawak diri, terpinggir. Dari situ kanak² belajar bersosial.

Sekarang cara bersosial amat berbeza tapi bukan bermakna tak bagus. Ibu bapa perlu faham dan didik anak² supaya tahu mana betul mana salah. Rakan² boleh berada di mana² namun mampu bersua bila² masa.


Halal, haram, bahaya, dsbnya kena ambik kira.

Berbalik pada permainan dan kreativiti, kawal anak² agar tidak hanya main games digital sahaja. Ia bukan sahaja membawa anak² sekadar menjadi pengguna pasif malah untuk sosial pun tidak begitu baik.

Saya cadangkan ajak anak² explore aktiviti² kreatif dalam Youtube. Bukan sahaja anak², kita pun akan teruja.


Kalau dah tiada jodoh
Rahsia Tempua Bersarang Rendah
Punca mahathir pintas anwar

Wednesday, April 17, 2019

Tips Kalau dah tiada jodoh


"kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari"

Ramai yang ingat lagu tu, kan? Ia merujuk pada putus kasih samada sebelum kahwin atau bercerai talaq. Moga kita dijauhi Allah taala daripada ujian begitu.

Apapun bagi yang sedang melaluinya saya nak kongsi sedikit tips. Insya-Allah.

Perceraian antara suami isteri tidak sahaja melibatkan pasangan tersebut. Yang turut terkesan secara langsung ialah anak². Betapa beratnya dalam usia kecil begitu untuk memahami hakikat kehidupan.


Mahu tak mahu kedua²nya yakni bekas suami dan bekas isteri harus berlapang dada dengan takdir Ilahi. Redho.

Jangan sekali² cuba memenangi hati anak² dengan memburuk²kan bekas pasangan. Ingatlah, bekas pasangan kita adalah ibu kandung atau ayah kandung anak² kita.

Apabila kita buruk²kan ibu atau bapa mereka implikasinya dua perkara:

Pertama, akan timbul rasa kurang hormat dan akhirnya benci pada ibu atau bapa yang diumpat.

Kedua,  anak² juga akan hilang hormat dan akhirnya benci pada anda sendiri.

Bukankah kita yang mendidik anak² untuk tidak memburuk²kan orang lain? Jangan lakukan sesuatu yang ironi.

Sebaliknya sering²lah ingatkan anak² bahawa mereka mesti menghormati ibu atau bapa walaupun sudah tidak tinggal bersama.

Beritahu kebaikan ibu atau bapa mereka dan katakan bahawa perpisahan ini berlaku kerana anda yang salah. Jangan takut untuk akuinya. Muhasabah diri salah anda.


Malah dengan cara itu bukan sahaja anak² semakin menghormati anda malah mereka akan memberitahu bekas pasangan anda bahawa anda seorang yang baik.

Jika anda masih ada niat untuk kembali kepadanya,  insya-Allah cara ini akan memberikan kesan yang positif.

Allah taala takdirkan sesuatu bukan saja². Ada hikmak di sebaliknya. Barangkali sebelum ini hati anda agak negatif atau suruhan Allah tidak bagitu diamalkan sungguh².

Atau,  mungkin anda telah penuhi ibadat asas tetapi Allah taala mahu anda tingkatkan amalan sunat yang cuai anda lakukan sebelum ini sebab terleka dengan dunia.

Bertahajjud dan berdoalah. Bersihkan hati. Lawan ego diri dengan memandang bekas pasangan anda dengan rasa simpati. Dia sayangkan anda. Jika tidak tentulah dia tidak memilih anda sebagai suami atau isterinya sebelum ini hingga melahirkan anak² yang comel.

Anak² adalah anugerah dan amanah daripada Allah. Adakah anda telah lakukan kewajipan secukupnya?

Saya kata pada anda, bukan pada pasangan anda. Jadi jangan cuba² forward tulisan ini pada dia. Jangan buat silap lagi.

Wallahu'alam.



Rahsia Tempua Bersarang Rendah
Punca mahathir pintas anwar
Apa salahnya judge the book by its cover? 
Tahung Haji dan gelatin babi

Kredit gambar pertama: portal Myhealth

Tuesday, April 16, 2019

Rahsia tempua bersarang rendah


Tempua sejenis burung, boleh terbang. Kalau buat kat pucuk kelapa pun tak ada masalah. Burung tak perlu memanjat samada buat tangga atau panjat macam kera.

Salah satu sebab tempua bersarang rendah ialah Allah taala nak bagi kita berfikir perkara tersirat di sebaliknya. Jadikan ia pedoman dalam menghadapi ujian.

Sebelum ini ada satu posting saya berkenaan jarum. Bagi yang belum baca, saya salin sikit. Selebihnya boleh gelintir blog waadat.

Jarum itu kecil. Hujung jarum lagi kecil. Namun dipangkalnya ada lubang. Di situ boleh dimasukkan benang. Berapa panjang benangpun boleh masuk.
Apabila mata jarum yang kecil itu ditusuk ke kain maka benang akan ikut sama. Walau jarum itu pendek tetapi ia bawa benang sepanjang yang si pencucuk itu mahukan.
Maka orang tua² dibuatnya teka-teki sindiran: "Ompilu nang kutkang". Baca lagi

Begitu juga dalam kehidupan. Kata orang tua² lagi, kalau tak berada² masakan tempua bersarang rendah.


Sarang tempua memang cantik. Ada yang beli dan sangkut kat rumah buat hiasan.

Maka biasanya tempua akan buat sarang tinggi². Kalau rendah, makhluk bernama manusia akan curi.

Namun ada masanya sarang tempua dianyam di dahan yang rendah. Tapi awas, kalau tak berada² masakan tempua bersarang rendah.

Biasanya di situ ada sarang penyengat atau ular! Saya pernah kena masa budak² dulu. Terlampau teruja tengok sarang² yang unik itu.

Kadang² gigitan penyengat lebih bisa dari tebuan. Yang pernah kena kedua²nya, tau la.


Apapun hati² lah apabila nampak sesuatu yang tak berapa normal. Tambah² lagi apabila ada musuh Allah cuba nak berbaik.

Suruh dia mengucap dua kalimah syahadah dulu.

Wallahu'alam.

Rahsia mahathir pintas anwar
Apa salahnya judge the book by its cover? 
Tahung Haji dan gelatin babi

Monday, April 15, 2019

Cerita sebenar Mahathir pintas anwar

Setiap yang Allah takdirkan ada hikmahnya

Masih ramai yang mengeluh depan saya,  kenapa la Tun masuk semula dan jadi PM sehingga keadaan jadi kacau bilau dan melayu terdedah pada kerugian?

Kita flashback sikit.

Mahathir tau najib akan kalah dan BN akan tumbang. Anwar akan bebas dan naik ke atas.

Jika itu terjadi, mahathir dan seluruh dinastinya akan karam dan musnah. Bukan sedikit kerosakan yang beliau pernah buat pada anwar sekeluarga. Takkan anwar nak lupakan begitu saja.

Lawan tetap lawan.

Jika anwar mahu beralah demi negara beliau dah lakukan pada 1999. Apa salahnya berundur sebentar dan tenteramkan negara? Tapi anwar bukan jenis itu.

Lawan tetap lawan.


Langkah pertama mahathir ialah menjinakkan orang keliling anwar. Mula² Wan azizah.

Dua jaminan pada sang isteri setia iaitu pembebasan suami lebih awal dan lantikan sebagai orang nombor dua kerajaan. Seterusnya memberi peluang untuk anwar menjadi perdana menteri.

Maka najib dan pendokongnya mesti diketepikan terlebih dulu. Diajak berunding, umno tak nak. Harapkan khairy, kalah pula.

Anwar memang tak setuju cara begitu. Dia tahu muslihat bekas bosnya. Namun apa daya. Perjanjian telah dibuat. Isterinya terlalu naif dalam tipu muslihat perang.

Anwar cuba mengatasi mahathir dengan cara mengunjungi raja². Namun lawannya cepat memintas. Malah azmin dan beberapa orang kuat anwar dapat ditawan dengan jawatan dan peluang lebih hebat.

Azmin sedar nasibnya lebih terjamin bersama team mahathir. Kerusi MB selangor selalunya panas. Pengundi negeri maju pertama di malaysia itu tidak boleh diharap.  Mereka bijak mengundi dan tak membiarkan mana² individu memegang lama tampuk pemerintahan.

Yang setia pada anwar ialah samsul iskandar. Akibatnya walau menang parlimen dua kali dan berjawatan naib presiden parti samsul cuma dilantik jadi timbalan menteri. Padahal yang ditewaskan ialah ketua menteri melaka.

Episod ini belum berakhir. Kita sama² tengok.

Wallahu'alam.

Jarum kecil tapi benang panjang
Apa salahnya judge the book by its cover?
Tahung Haji dan gelatin babi

Sunday, April 14, 2019

Jarum kecil benang panjang


Jarum itu kecil. Hujung jarum lagi kecil. Namun dipangkalnya ada lubang. Di situ boleh dimasukkan benang. Berapa panjang benangpun boleh masuk.

Itu yang orang tua² buatkan teka-teki sindiran: "ompilu nang kutkang".

Apabila mata jarum yang kecil itu ditusuk ke kain maka benang akan ikut bersama. Walau jarum itu pendek tetapi ia membawa benang sepanjang yang si pencucuk itu mahukan.


Demikian yang kita nampak berlaku hari ini. Apabila kuasa di atas berubah, maka yang lain ikut berubah. Tapi jangan hanya tengok di atas. Di bawah lebih halus caranya.

Satu cara memasukkan jarum ke dalam masyarakat ialah melalui masjid. Apabila pengerusi dan ajk ditukar maka itu isyarat ada benang panjang yang mahu diperjalankan.

Kerisauan saya ialah pada akidah dan perpaduan ummah. Saya lihat itu yang sedang ditusuk dengan cermat. Cukup halus. Mungkin jarum wahabi atau mungkin juga yang lain.

Yang jelas, ia cuba mengajak ummah berfikir semula perkara yang telah lama disepakati ulama.

Wallahu'alam.

Apa salahnya judge the book by its cover?
Tahung Haji dan gelatin babi
Buat apa derma masjid?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)