Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, April 9, 2019

Orang berilmu, ahli ibadat masuk neraka

Memamg ada kesah tentang ahli ibadah masuk neraka. Begitu jugak ada cerita orang berilmu masuk neraka.

Namun contoh² itu bukan untuk menafikan pentingnya ilmu dan ibadah. Bahkan bukan sekali² melarang banyak beribadat.

Jangan jadikan ia alasan....

Allah berfirman:
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz-Dzariyaat [51]: 56)


Ada satu hadis yang saya disuruh hafal oleh ustaz masa sekolah dulu: "menuntut ilmu itu wajib (faridatan) atas tiap² muslim dan muslimat."

Kata orang sudah terang lagi bersuluh. Ayat quran dan hadis di atas menjelaskan tujuan kita dicipta Allah dan kewajipan menuntut ilmu.

Sebenarnya dua sebutan tadi bagi memberi amaran pada orang berilmu dan orang yang rajin beribadat supaya ikhlas dan tidak berburuk sangka dengan orang lain.

Jangan sombong jika banyak ilmu sebab 'la haula wal quwata illa billahil azim'. Begitu juga kalau banyak beribadat.
Sebab itu ketika mendengar muazin melaungkan 'hayya alassolah' kita sahut 'tiada daya upaya melakukannya melainkan dengan kuasa Allah'.

Maksudnya,  kita beribadat pun atas belas ikhsan Allah yang meminjamkan kita kuasa. Berapa ramai yang mahu beribadat tetapi Allah taala beri halangan.

Ada yang sekadar dapat solat sambil duduk di kerusi.

Berbalik pada ilmu, perkara pertama yang Adam perolehi selepas dicipta ialah Allah ajarkan nama² benda dan diminta ajarkan pada para malaikat. Ilmu lah tu.

Nabi muhammad saw pula disuruh membaca pada wahyu pertama oleh malaikan jibril. Bukankah itu menunjukkan ilmu sangat penting?
Namun orang berilmu dan juga ahli ibadat diberi amaran bahawa jangan sombong dengan ilmu dan ibadah yang dilakukan.

Belajar tetap kena belajar,  beribadat tetap kena beribadat. Dua perkara tu tak boleh 'excuse'.

Cheguman morha

Tips elak ngumpat
Gantikan tempat dia
Awak jual apa? Jom buat marketing sama²
Ujian seronok ujian tak seronok

3 comments:

Anonymous said...

Seorg muslim yg bersyahadah, yg kekal dia dlm Islamnya dgn menjauhi perkara perkara kufur yg merosakkan iman dan syahadah, dan tidak meninggalkan solat solat fardhunya, mk berterusanlah dia dlm keadaan beribadah selagi dia dlm ketaatan dan tidak melakukan perkara perkara terlarang dlm agama kerana Islam dan syahadah itu sendiri adalah ibadah.

Seorg muslim yg sedang berpuasa, mk sesungguhnya dia dlm keadaan beribadah sehinggalah dia berbuka.

Seseorg yg berwudhuk itu, kekallah dia dlm keadaan beribadah selagi tidak terbatal wudhuknya.

Seseorg muslim yg sedang berpuasa dlm keadaan berwudhuk membaca Al Quran, atau berzikir, atau bersolat, atau apapun amal kebaikan lainnya, mk sesungguhnya dia beribadah dlm ibadah dlm ibadah dlm ibadah.

"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali utk beribadah kpdKu".

Unknown said...

Masyaallah. Terima kasih tuan.

Unknown said...

Masyaallah. Terima kasih tuan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)