Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, April 17, 2019

Tips Kalau dah tiada jodoh


"kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari"

Ramai yang ingat lagu tu, kan? Ia merujuk pada putus kasih samada sebelum kahwin atau bercerai talaq. Moga kita dijauhi Allah taala daripada ujian begitu.

Apapun bagi yang sedang melaluinya saya nak kongsi sedikit tips. Insya-Allah.

Perceraian antara suami isteri tidak sahaja melibatkan pasangan tersebut. Yang turut terkesan secara langsung ialah anak². Betapa beratnya dalam usia kecil begitu untuk memahami hakikat kehidupan.


Mahu tak mahu kedua²nya yakni bekas suami dan bekas isteri harus berlapang dada dengan takdir Ilahi. Redho.

Jangan sekali² cuba memenangi hati anak² dengan memburuk²kan bekas pasangan. Ingatlah, bekas pasangan kita adalah ibu kandung atau ayah kandung anak² kita.

Apabila kita buruk²kan ibu atau bapa mereka implikasinya dua perkara:

Pertama, akan timbul rasa kurang hormat dan akhirnya benci pada ibu atau bapa yang diumpat.

Kedua,  anak² juga akan hilang hormat dan akhirnya benci pada anda sendiri.

Bukankah kita yang mendidik anak² untuk tidak memburuk²kan orang lain? Jangan lakukan sesuatu yang ironi.

Sebaliknya sering²lah ingatkan anak² bahawa mereka mesti menghormati ibu atau bapa walaupun sudah tidak tinggal bersama.

Beritahu kebaikan ibu atau bapa mereka dan katakan bahawa perpisahan ini berlaku kerana anda yang salah. Jangan takut untuk akuinya. Muhasabah diri salah anda.


Malah dengan cara itu bukan sahaja anak² semakin menghormati anda malah mereka akan memberitahu bekas pasangan anda bahawa anda seorang yang baik.

Jika anda masih ada niat untuk kembali kepadanya,  insya-Allah cara ini akan memberikan kesan yang positif.

Allah taala takdirkan sesuatu bukan saja². Ada hikmak di sebaliknya. Barangkali sebelum ini hati anda agak negatif atau suruhan Allah tidak bagitu diamalkan sungguh².

Atau,  mungkin anda telah penuhi ibadat asas tetapi Allah taala mahu anda tingkatkan amalan sunat yang cuai anda lakukan sebelum ini sebab terleka dengan dunia.

Bertahajjud dan berdoalah. Bersihkan hati. Lawan ego diri dengan memandang bekas pasangan anda dengan rasa simpati. Dia sayangkan anda. Jika tidak tentulah dia tidak memilih anda sebagai suami atau isterinya sebelum ini hingga melahirkan anak² yang comel.

Anak² adalah anugerah dan amanah daripada Allah. Adakah anda telah lakukan kewajipan secukupnya?

Saya kata pada anda, bukan pada pasangan anda. Jadi jangan cuba² forward tulisan ini pada dia. Jangan buat silap lagi.

Wallahu'alam.



Rahsia Tempua Bersarang Rendah
Punca mahathir pintas anwar
Apa salahnya judge the book by its cover? 
Tahung Haji dan gelatin babi

Kredit gambar pertama: portal Myhealth

2 comments:

Anonymous said...

Menghasut anak anak agar membenci ayah atau ibunya, menghalang halangi pertemuan dan perhubungan antara anak anak dgn ayah atau ibunya, sengaja menjauhkan dan memisahkan antara anak anak dgn ayah atau ibunya, adalah termasuk memutus hubungan kekerabatan atau silaturrahim, yg termasuk dosa besar.
Semuanya dilakukan demi memenuhi kehendak emosi dan nafsu marah terhdp bekas psgn.
Ketahuilah, tidak sempurna iman (atau cacatlah iman) seseorg itu sehingga tunduk nafsunya terhdp ajaran yg Nabi saw bawa.
Lebih berbahaya lg, bila Nabi saw sendiri tidak mengaku sbg umatnya, na'uzubillah !

Quran menyebutkan urusan perceraian hndklah diuruskankan dgn "ma'ruf" dan diselesaikan dgn "ihsan", diuruskan dgn sebaik baiknya dan diselesaikan dgn lbh baik.

Unknown said...

Allahu akbar. Terima kasih.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)