Pertama sekali Demang mengucapkan tahniah pada Ahli Parlimen P036 yang baru yang mewakili PAS sebagai calon. Harap-harap beliau tidaklah nanti melompat ke UMNO atau PKR pula setelah rakyat mengundi beliau atas tiket PAS.
Demang juga ucapkan tahniah kepada para petugas PAS dan pengundi yang berani membuat perubahan setelah melihat UMNO-BN tidak begitu memuaskan hati. Demang tidak begitu tahu tentang masalah di Kuala Terengganu. Rakyat di sanalah yang lebih faham. Anwar Ibrahim dan konco-konconya pun bukannya faham. Adalah malang jika undi yang diberikan lantaran terpengaruh dengan dakyah orang luar itu.
Demang ingin mengingatkan bahawa setelah pengundi menunaikan tanggung jawab melantik wakil baru daripada parti lain, ada satu lagi tanggung jawab yang lebih berat. Iaitu memastikan pilihan mereka itu bukan sahaja memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat tempatan malah selaku ahli parlimen beliau hendaklah mampu menambah kebaikan kepada negara.
Bukannya apa. Demang khuatir hal yang berlaku di Perak akan berjangkit ke negeri lain. Selepas berjaya mensabotaj dan mengkhianati syarikat kereta nasional iaitu PROTON dengan membantu meningkatkan imej TOYOTA di mata rakyat, MB Perak yang merupakan pemimpin PAS itu telah melupuskan terus tanah orang Melayu yang dipinjamkan kepada orang lain suatu masa dulu.
Demang bukan mempertikaikan orang lain yang juga perlukan tempat tinggal. Namun wajarkah diberi hak milik tetap sedangkan para peneroka FELDA yang memberi sumbangan pada eksport komoditi utama negara cuma dibenarkan menumpang selaama 99 tahun sahaja di tanah FELDA? Pergilah sendiri ke Felda-Felda dan lihat sendiri dengan mata hati kesusahan mereka. Walaupun UMNO itu dikatakan TERUK tetapi sekurang-kurangnya banyak jasa yang dibuat.
Orang Perak, kalaupun sudah menyesal namun apa boleh buat lagi? Mereka marah kepada UMNO dan mereka bakar habis kelambu. Kini nyamuk bermaharajalela, apa nak dikata lagi?PAS walaupun dikatakan parti yang BAIK namun apabila diberi kuasa, apa yang dibuatnya?
Hari ini, sebuah lagi badan bertindak masyarakat yang dikenali sebagai Prowaris telah menggesa Nizar meletakkan jawatan selaku MB Perak. Alasan yang dikemukakan ialah beliau tidak berwibawa lantaran terpaksa akur pada kepentingan segolongan pihak hingga membelakangkan semangat perlembagaan negara dan pandangan Sultan Perak.
Benarkah Nizar tidak berwibawa?
Hal ini dijawab secara tidak langsung melalui kenyataan Pemuda PAS dalam akhbar hari ini. Ketua Pemuda PAS tersebut menyatakan bahawa keputusan memberikan tanah tersebut tidak dibuat oleh Nizar sendirian sebaliknya keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri (rujuk kenyataan Norazli Musa, Ketua Pemuda Pas Perak kepada Mingguan Malaysia Ahad 18 Januari 2009).
Sebagaimana diketahui umum, kerajaan Perak adalah hasil pakatan DAP, PKR, dan PAS. Sebenarnya Nizar tidak layak memegang jawatan MB Perak memandangkan PAS cuma memperolehi bilangan kerusi minimum berbanding DAP atau PKR. Malah jika dilihat pada kedudukan kerusi (baca KUASA) DAP lah yang lebih layak menjadi MB Perak. Secara mudahnya, Nizar menjadi MB atas lantikan pemimpin DAP kerana tiada pilihan lain. Sehebat-hebat Obama pun terpaksa akur dengan kehendak para pelobi Yahudi yang membantu beliau menang dalam pemilihan presiden.
Catatan sejarah menunjukkan Mesyuarat Raja-raja Melayu pada 24 Mei 1950 telah menentang Rancangan Briggs yang mengambil tanah orang melayu untuk dijadikan kampung baru. Sebagai tambahan, kampung baru adalah satu usaha British mengekang pengaruh komunis. Ia adalah idea mudah British tanpa mengira sensitiviti dan hak orang Melayu demi percaturan politik mereka.
Itulah sebabnya Raja Nazrin Shah begitu terkilan dengan tindakan Nizar itu. Baginda mendedahkan catatan sejarah yang selama ini disimpan demi menjaga sensitiviti perkauman. Beliau menceritakan sejarah pemberian tanah bagi membuka kampung baru di seluruh negara demi kepentingan ekonomi British, ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Kuala Lumpur pada 15 Januari 2009.
Kalau Demang kata buta sejarah, marah pulak. habis tu..?
“Niat baik belum tentu menghasilkan kebaikan. Yang penting, berbuat baik.”
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
15 comments:
Kenapa tanah Felda cuma dipajakkan selama 99 tahun sahaja? Sebenarnya kerajaan pernah cuba memberikan hak milik kekal (999 tahun) kepada peneroka di beberapa buah rancangan Felda. Malangnya, apabila harga tanah tersebut meningkat mereka telah bertindak menjualnya bagi mendapatkan keuntungan segera. Akhirnya kerajaan terpaksa membatalkan hasrat tersebut.
Malangnya Nizar langsung tak faham!!!
Berikut adalah fakta yang yg dititipkan oleh Torashah dalam ruangan komen blog Belantan.
"Di seluruh negeri Perak, terdapat 60,000 penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80peratus kaum Cina.Sementara RKT terdiri daripada 73,703 penduduk dengan pecahan 44.02 peratus Melayu, Cina (37.93 peratus) dan India (18.05 peratus)."
Mungkin cikgu Man lupa..
"Nizar tu boneka DAP"
Encik kena ingat, Nizar boneka DAP. Inilah akibatnya kalau parti komunis dah mula berkuasa seperti mana di Penang encik.
BAGUSLAH BAGI BANYAK-BANYAK TANAH PADA KAUM CINA TU!!!
SENANG LAH NANTI NAK BELA BABI!!!
NIZAR TU ADA PERANCANGAN MASA DEPAN...
PAKATAN DAH BAGI ISYARAT AGAR TANAH MELAYU INI DIJADIKAN PUSAT PENTERNAKAN BABI TERBESAR DUNIA!!!
Saya hairan sangat kenapa puak-puak pas tak dak otak ke nak pikior benda ni semua. Semuanya nak menang belaka tapi depa tak tau agenda puak-puak DAP ni.
Pasti ada sebab yang kuat mengapa perlembagaan Perak mahukan orang Melayu jadi MB. Yang pasti bukannya ikut telunjuk kafir-kafir harbi dalam exco tu. Kalau terpaksa juga ikut telunjuk apa guna jawatan MB diberikan kepada Melayu. Raja-raja Melayu sudah menetapkan hak ini untuk tujuan supaya kepentingan orang Melayu terjamin, tetapi Nizar telah menodai kepercayaan ini. Eloklah berundur saja wahai Nizar.
Ada bloggers bertanya pada saya, kenapa you cina, you boleh sokong Umno dan begitu anti DAP? jawapan saya senang. Saya memang betul-betul anti DAP sebab DAP mementingkan diri sendiri dan tak hormat tuan tanah. DAP races. meminggirkan orang melayu. Itu antaranya. Umno memperjuangkan nasib orang melayu dan ini adalah sejarah. Sejarah tak boleh ditipu. Dan di sini saya nak nasihatkan melayu, tolonglah, jangan terlampau bertolak ansur. Nah sekarang tengok, apa dah berlaku?
Sat je lagi. Melayu akan punah. Dan DAP akan menjadi Pemerintah.
Tak caya tengoklah nanti. Sekarang pun Undi kita telah berpecah dua. Tak pasal-pasal undi cina yang hanya 8,000 menjadi utama. Bodoh sungguh kita ini. Bodoh, bodoh bodoh.
salam demang,
Tidak kira siapa, UMNO atau PAS sekiranya menjadi pengkhianat Melayu harus diturunkan.
Hak kita dan Agama kita mesti diletakkan di hadapan perjuangan kita.
Denak tidak menjadi
Bermacam cerita mengenai pilihanraya kecil Kuala Terengganu; dari strategi pengumuman sampai ke pribadi calun diperkatakan di warung-warung dan sebagainya. Tarikh pengumuman calun BN lebih awal dikatakan memberi peluang kepada Pas membuat perkiraan lebih teliti dengan mengambil kira banyak perkara terutama dari segi kelemahan dan kelebihan calon yang bertanding. BN pula mempunyai alasan tersendiri mengapa calon mereka diumum lebih awal bagi memberi lebih masa untuk menjelaskannya yang terbuku jika ada. Bagi Pas pula ada yang menyatakan menunggu saat akhir enam hari sebelum penamaan calun mempunyai sebab strategik sebenarnya, bukan kerana tiada calon yang layak atau tiada kesepakatan antara pemimpin PKR sebagaimana didakwa sesetengah pihak.
Dari segi gerak kerja, parti pengundi pembuat perbandingan kelancaran jentera pilihanraya. Bila tiba waktu malam sebuah satu parti ‘sunyi sepi’ manakala parti Pas bergerak aktif dan meriah. Para pengundi tidak nampak sangat apa yang dilakukan jentera parti UMNO, baik dari segi penyebaran risalah, lawatan rumah kerumah dan sebagainya. Dalam bandar Pas menggunakan orang Cina dan India menyebarkan risalah parti betul sebagaimana ulasan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika mengulas kemenangan Pas bertujuan merapatkan DAP dengan Pas. Setengah taman-taman perumahan risalah BN tidak sampai. Jentera Pas dari luar melawat dari rumah kerumah, dibilas lagi oleh calon Pas sendiri mengetuk pintu rumah-rumah dan akhirnya oleh Presiden Pas melawat ketaman-taman perumahan dan sebagainya.
Ada juga cerita dari BN sendiri menyatakan jentera dari luar tidak tahu kemana hendak dituju kerana jentera tempatan tidak memandu kearah rumah-rumah yang dilebel sebagai hitam dan kelabu. Kalau benar apa yang dikata, menunjukkan perancangan mereka tidak tersusun. Sampai bila akan tersusun entah, jangan sampai tunggu mereka disusun oleh parti lawan. Tidak dapat dinafikan semua bekerja keras untuk mencapai kemenangan. Sejauh mana strategi yang diatur oleh BN agak sukar dibuat telahan.
Semua sudah sedar bahawa keadaan sudah berubah. Isu nasional nampaknya tidak laku lagi untuk dibawa dalam pilihanraya sekarang, apatah lagi seperti pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Contohnya pengumuman berbagai projek pembangunan yang akan dilakukan untuk faedah rakyat. Rakyat sebenarnya tidak berminat sangat mendengar projek-projek besar yang tidak memberi manfaat langsung kepada mereka, bak kata cuma enak didengar dan harum baunya sahaja.
Para pengundi, walaupun penduduk Bandaraya Kuala Terengganu, realitinya pada pendapat saya tidak berminat mendengar dasar-dasar kerajaan, perancangan masa depan negara dan projek yang mereka rasakan tidak nampak dan tidak ada kena mengena dengan mereka. Kalau BN tidak mengumumkan apa-apa projek pun tidak mengapa dan mereka boleh terima kalau kena caranya. Orang kampung tidak berhajat wakil rakyat belanja teh setiap kali jumpa di warung. Mereka boleh bercakap dengan tok wakil dengan mesra dan senang hati bertegur sapa dengan Yang Berhormat sudah cukup walaupun tiada apa projek pembangunan yang dibawa. Itulah sifat orang luar bandar dan terbukti di banyak tempat sehingga berjaya mengekalkan beberapa penggal pilihanraya. Mereka senang hati melihat wakil mereka seorang yang sederhana dan selalu berjumpa di surau-surau dan tidak bermusim seperti bila ada pilihanraya. Disitu kejujuran terpancar dan hipokrasi terhindar. Orang luar bandar atau orang kampung sebenarnya tahu memilih watak dan pelakon.
Jentera parti yang datang dengan kereta besar untuk berkempen sudah memberi persepsi yang negatif sekalipun tuan punya kereta tidak merasa apa-apa kerana kebiasaan meraka membawa kereta mewah. Ada setengah jentera parti yang memegang jawatan dibahagian, cawangan atau tiada apa-apa jawatan pun tapi lagaknya macam menteri. Ini semua diperhatikan oleh rakyat.
BN khasnya UMNO yang membentuk sebuah kerajaan yang sudah 50 tahun berkuasa dan memerintah negara sudah membentuk satu imej tertentu, satu budaya dan satu identiti tersendiri yang mana pemimpin dan ‘pengikutnya’ yang terdiri daripada para kontraktor dan yang sama waktu dengannya mempunyai kemewahan dan gaya hidup seperti yang dilihat sekarang. Sifat ini sebenarnya sama sahaja siapa yang memerintah dan parti mana yang memegang kuasa; baik pembangkang, ulamak, bukan ulamak atau gangstar kerana nafsu manusia adalah sama, pantang ada peluang dan pantang lepa. Sebelum berkuasa semua orang boleh bercakap pasal anti rasuah, diskriminasi, kejujuran dan sebagainya. Tapi bila berkuasa datanglah kerakusan malah segala bentuk kemungkaran diterima sebagai rezeki dan sedekah.
Jadi keadaan inilah yang menyebabkan sukar bagi golongan tersebut mengubah gaya hidup mereka apabila diperlukan berdepan dengan rakyat bawahan khasnya para pengundi.Adalah dibimbangi kalau gaya hidup mereka tidak berubah takut kalau-kalau keadaan akan mengubah mereka. Sebab itu UMNO perlu berubah dan mengubah dari sekarang kalau mereka hendak selamat. Kalau tunggu keadaan mengubah mereka waktu itu tiada siapa lagi yang dapat bergantung harap. Sahabat-sahabat sudah menerima nasib yang sama. Keadaan menjadi seperti yang digambarkan dalam Quran ‘pada hari itu (kiamat) seseorang lari dari saudaranya, lari dari ibu bapanya, lari dari sahabat handai dan kaum sebangsa kerana setiap orang sibuk dengan urusan masing-masing’(Surah Abasa 34,35 dan 36).
Salam buat Demang,
Sebab tulah sejarah jgn dihapuskan di sekolah. Hari ini yang buta sejarah kerana sabjek ini ditinggalkan terutamanya sains stream yang akhirnya akan bergelar Ir.... atau Dr....Betul tak demang?
Bagaimanapun yang pasti mereka dah buat pilihan samalah PRK di Parlimen Permatang Pauh hari tu. Orang-orang Umno ka PKR ke atau Pas kalau jauh dari landasan Allah makin jauhlah keredhaannya.
ya betoi tu encik. Dan mereka yang buta sejarah inilah yang sedang diperalatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini untuk kepentingan mereka.
salam semua..
maaf kerana terlewat memberi komen di blog chegu yang sudah pun basi jika mahu diulas saat ini.
namun demi memberi pandangan saya rasa tidak salah kerana catatan di sini akan menunjukkan ke arah mana minda dan pemahaman kita.
saya rasa nizar sendiri tidak memahami apakah yang perlu dibuat sebagai MB.
mimik wajah yang sombong cukup menjengkelkan saya dan saya tahu ia antara sebab barangkali nizar ngam bekerja bersama DAP.
kita kena dedahkan balik dalam siri 'masihkah kau ingat' isu isu perjanjian pangkor mereka..
rakyat kena disedarkan tu.
ok..itu saja.wassalam.
[sesalin warkah untuk 'demang lebar daun', demi masa, maaf]
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam hormat kepada 'panglima cyber' tuan punya rumah, kepada kepada semuanya pembaca yang budiman, kami menumpang lalu,
Quote:
'Demang Lebar Daun'...
cara paling mudah utk jadi popular ialah komen kerja orang.
Itulah yg dipraktikkan pembangkang dgn jayanya dlm pilihanraya.
-posted on: Saturday, January 24, 2009
benar, kami bersaksi,
kami bersaksi dan menyaksikan.
telah mereka berkata-kata dengan jayanya,
tetapi mereka tidak hanya melemparkan pandangan kata-kata hanya dengan sia-sia dan untuk menjadi popular itu motifnya,
mereka-mereka itu berilmu (termasuk yang bukan muslim),
maka bertanya:
ilmu apa yang mereka miliki?
maka dijawab:
ilmu kita yang telah KITA lupai,
maka ditanya lagi:
ilmu apa itu?
maka dijawab:
tidakkah engkau memerhatikan atau mengetahui dan belajar bahawa sebenar-benar pencuri adalah pencuri yang berdusta durjana yang sedaya-upayanya (mencari kekukatan iani dengan ilmu) mahu menembusi langit untuk mencuri ilmu dan maklumat rahasia? tidakkah engkau diperdengarkan dengan halangan-halangan dentuman?
terhenti bertanya:(seraya berfirkir)
benar, kami (kita semua) bersaksi, ilmu yang telah turun dan yang telah ditinggalkan oleh yang terdahulu sudah ada dan tersebar luas dimuka bumi serta kepada apa yang ada pada penghamparannya,
maka terfikir:
ilmu siapa yang sedang diperkata-kata oleh mereka?
ilmu apa, dan ilmu siapa?
sedikit penjelasan bagi yang MASIH diawangan-awangan,:
siapa mereka (bagi yang bukan muslim) apabila mereka sudah mula berani membicarakan tentang 'khulafak ar-rashidin amirul mukminin Umar al-khattab'?
siapa mereka yang sudah mula mencari kebenaran melalui rujukan-rujukan kita yang (ada diantara kita) sudah melupakannya?
siapa mereka yang sudah pasti mengetahu tentang perbicaraan kisah-kisah tawanan perang badar? (ruj: ayat 28 surah Al-Anfal)
tidak kamu memerhatikan, bahawa mereka mempunyai ilmu siapa? (melaui pembacaan dan perbicaraan)
bangun!
salam hormat, salam singgah, salam ampun ampun andai kami sudah terlebih bicara,
mohon ampun 'demang lebar daun',
jikalaulah ada walau sekelumit rasa yang tidak disenangi, kami mohon berlalu,
salam hormat, salam penuh kasih
sayang,
taman taman peneraju yang sedang pupus di pulau pinang.
Post a Comment