Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, January 28, 2015

ASWJ jawab soalan wahabi

Wahhabi cuba mem'viral'kan pengurusan jenazah Almarhum Al Malik Faisal Penjaga Dua Kota Tanah Haram yang katanya ikut sunnah berbanding dengan pengamalan pengurusan jenazah di Malaysia.

Pertanyaan kami :

1. Sunnah yang kamu fahami adakah hanya ketika pengurusan jenazah sahaja dan bukan seluruh aspek kehidupan ?

2. Sunnah yang kamu fahami adakah tidak berkait dengan pemahaman para ulamak (pewaris para nabi) yang membenarkan doa, bacaan al Quran, menaburkan bunga, menyiram air di tanah kubur yang ada sandaran dari al Quran dan hadith ?

3. Sunnahkah yang kamu laungkan hanya ketika pengurusan jenazah sedangkan ketika ini di Kota Makkah telah dihidupkan budaya hedonisme, bangunan kepunyaan Yahudi terpacak kiri kanan ?

4. Sunnahkah yang kamu hidupkan sedangkan peninggalan Rasulullah dihapuskan secara terancang, manakala berhala, kuburan musyrikin dipulihara dengan baik di Arab Saudi ?

5. Jangan lupa, sejarah hitam kejahatan yang dilakukan oleh Bani Sa'ud terhadap ulamak dan umat Islam untuk merampas tanah haram.

6. Tidak ada berkabung ? Jangan berbohong. Bohong itu amat dilarang Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Negara-negara Arab ada yang berkabung sehingga 40 hari.

7. Sunnahkah bersekongkol dengan Amerika Syarikat, berganding bersama-sama dengan erat. Hillary Clinton pun mengakui membiayai dana untuk wahhabi.

Banyak lagi bid'ah yang semakin subur di Tanah Haram.

Asas-asas amalan yang dilakukan oleh Umat Islam di Malaysia sabit dari al Quran dan Hadith.

Allah berfirman dalam al Quran :

Surah al-Nahl, 43 yang bermaksud:

Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui.

Dari Hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam :

diriwayatkan Abdullah bin ‘Amr ibnul ‘Ash, katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ﺍْﻮﹷﺘﹿﻓﹶﺄﹷﻓ ﺮْﻴﹷﻐﹻﺑ ِ ﻢِْﻋ ٍ ﺍﻮﹷﻀﹷﻓ ﺍﻮﹷﺿﹶﺃَﻭ ءَﻤَُﻌْﺍ .ِ ﻰﳲﺘَﺣ ﺍﹶﺫِﺇ ﻢَ ْ ﻖْﺒُﻳ ِ ﺎﻤِﻟَﻋ ً ﺬﹷﺨﳲﺗﺍ َ ﺱﺎﳲﻨﻟﺍ ُ ﺎﺳْﻭُﺅُﺭ ً ﻻﺎﳲﻬُﺟ ً ﺍﻮُِﺄُﺴﹷﻓ ﻥِﺇ َّﷲَﻻَ ﺾﹻﺒﹿﻘَﻳ ُ ﻢِْﻌْﺍ َ ﺎﻋﺍَﺰِﺘﹿﻧﺍ ً ﻪُﻋِﺰﹷﺘﹿﻨَﻳ ُ ﻦِﻣ َ ﺩَﺒِﻌْﺍ ،ِ ﻦِﻜََﻭ ْ ِﺾْﺒﹷﻘﹻﺑ

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

ءﺎﻤﻠﻌﻟﺍ ﺔﺛﺭﻭ ءﺎﻴﺒﻧﻷﺍ - Ulamak adalah pewaris para nabi (hadith hasan)

Imam Ali bin Abi Thalib / Muhammad bin Ibnu Sirin :

ﻥِﺇ َّ ﺍﹶﺬﹷﻫ ﻢِْﻌْﺍ َ ﻦْﻳِﺩ ،ٌ ﺍْﻭُﺮﹹﻈﹿﻧﺎﹷﻓ ﻦﻤَﻋ ْ ﻥْﻭﹸﺬﹹﺧﹾﺄﹷﺗ َ ْﻢﹹﻜﹷﻨْﻳِﺩ

"Sesungguhnya ilmu itu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil agama kamu". (Lihat: Mukadimah Sahih Muslim 1/14. ﺔﻳﺎﻔﻜﻟﺍ . Hlm. 121. Al-Khatib al-Baghdadi).

Bacaan Surah Yaasin

sabit dalam hadith sahih :

Ibn Hibban dalam kitab sahihnya meriwayatkan hadith Jundab bin AbdiLLah, RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

"Surah al Baqarah adalah tulang belakang al Quran, ia diturunkan oleh lapan puluh malaikat dengan membawa satu persatu ayat. Sedangkan ayat kursi diturunkan dari bawah Arsy'. kemudian ia dikumpulkan dengan ayat-ayat surah al Baqarah. Surah Yasin pula adalah hati al Quran, tidak ada orang yang membacanya dengan mengharap redha ALlah dan pahala akhirat melainkan dia akan mendapat ampunan dari-Nya. Bacalah surah Yasin untuk saudara-saudara kamu yang telah meninggal dunia."

(Ditakhrij oleh Ibn Hibban di dalam Kitab Sahihnya pada bab Fadhilat Surah al Baqarah. Demikian juga al Haithami meriwayatkannya di dalam kitab Mawarid al Dzam'an, (jilid V, h 397). Imam Ahmad juga meriwayatkannya di dalam al Musnad dari Ma'qal bin Yasar (jilid v h 26). Al Haithami mengulas hadith tersebut di dalam kitab Majma' al Zawaid, "Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di dalamnya ada salah seorang perawi yang tidak disebut namanya, bagaimanapun perawi perawi lainnya adalah sahih (jilid VI h 311)

Ulamak menyatakan sunat berdasarkan hadith sohih meletakkan p
elepah kurma basah di atas kubur - Rujuk Mughni Al Muhtaj, Fatawa Al Hadithiah, Riwayat Imam Asy Syafie, Nailul Authar 4/84, I'aanath at Tholibin

Talqin

Al Hafidz Ibnu Shalah

Sebagaimana dinukil Imam An Nawawi: “Telah kami riwayatkan mengenai hal itu (talqin mayat setelah dikubur) hadits Abu Umamah, yang tidak tegak sanadnya (dhoif). Akan tetapi ia dikuatkan dengan syawahid dan amalan penduduk Syam sejak dahulu.” (Al Adzkar, 279).

Imam An Nawawi:

“Dan hadits tentangnya (talqin setelah dikubur) dhaif, akan tetapi hadits-hadits fadhail ditoleransi oleh para ahli ilmu dari muhaditsin dan lainnya. Dan hadits ini dikuatkan dengan syawahid dari hadits-hadits yang shahih semisal,”berdoalah kalian kepada Allah untuk keteguhannya,’ dan washiyat Amru bin Ash, “Berdirilah kalian di atas kuburku selama waktu menyembelih kambing dan membagi-bagikan dagingnya, hingga aku merasa tenang dengan keberadaan kalian, dan aku mengetahui, apa yang bisa membuat utusan Allah (Munkar-Nakir) pergi.’ Yang diriwayatkan Muslim dalam shahihnya. Dan ahlu Syam sudah mengamalkan talqin ini sejak masa awal.” (Ar Raudha At Thalibin, 2/139)

Doa dan bacaan al Quran

Syaikh al-Imam al-`Allaamah Muhammad bin Ahmad bin Salim as-Safaarini al-Hanbali rahimahullah (w. 1188H) dalam karya beliau "al-Buhur az-Zaakhirah fi `Uluum al-Akhirah" menyatakan, antara lain sebagai berikut:-

Tanbih: Pembacaan al-Quran di kubur dipandang sebagai mustahab oleh para ulama Mazhab Syafi`i dan ulama lain. Imam an-Nawawi menyatakan dalam "Syarah al-Muhadzdzab" bahawa dimustahabkan bagi penziarah kubur untuk membaca apa-apa yang mudah daripada al-Quran dan mendoakan bagi mereka. Hal ini merupakan nas atau pandangan yang datang daripada Imam asy-Syafi`i sendiri. Di tempat lain, yakni dalam karangan lain, ditambah bahawa jika dikhatamkan sekalian al-Quran itu di atas kubur tersebut, maka ianya adalah afdhal. Dan adalah imam kita, Imam Ahmad RA, pada permulaannya mengingkari amalan sedemikian, namun kemudian beliau telah menarik balik pandangannya tersebut setelah sampai hadis yang menjadi sandaran amalan ini kepada beliau.

Bacaan Al Fatihah

Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi bekas Mufti Iraq dalam kitab al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq menyatakan bacaan al Fatihah kepada simati dibolehkan :

ia tidaklah menjadi tegahan sekiranya DIHADIAHKAN PAHALANYA kepada orang-orang mati dengan anggapan bahawa ia adalah pahala membaca al Quran. Lebih-lebih lagi surah al fatihah ini mempunyai satu keistimewaan yang khusus kerana :

Ia adalah 'Fatihah al Kitab' (Pembukaan al Quran), As Sab'u al Mathani dan ia dibaca pada setiap solat.

Kalaulah tidak kerana keistimewaannya itu dan orang-orang mati tidak memperolehi pahala daripadanya, sudah tentu ia tidak disyariatkan pembacaannya pada solat jenazah yang mana asas utama daripada solat tersebut ialah berdoa untuk orang mati bukan semata-mata membacanya. Maka pembacaan al Fatihah pada solat tersebut sudah semestinya menunjukkan kepada sesuatu yang memberi faedah untuk si mati daripadanya. Wallahua'lam.

Kenduri Arwah

Ia bukan larangan kerana di dalamnya menghidupkan sunnah bacaan al Quran, doa, zikir dan pahalanya dihadiahkan kepada simati, mensedekahkan makanan kepada tetamu. (lihat jawapan yang telah diberikan di atas)

BERHATI-HATILAH DENGAN AJARAN WAHHABI YANG CUBA MEMBAWA AJARAN ENGKAR KEPADA SUNNAH.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruh Raja Abdullah. Amiin .

* Copy paste daripada media sosial tanpa sebarang perubahan.

penawar kencing tikus?

Sambil bersarapan di kantin kelihatan beberapa orang staf wanita sibuk membelek sesuatu. Rupa-rupanya stokin.

Nampaknya ia bukan stokin biasa. Banyak khasiat kesihatan jika menggunakannya.

"Berapa harganya?" Tanya seseorang.

"23..." jawab yang ditanya.

"RM23?" Tanya lagi.

"RM230 lah."

"Kalau RM23, siapa nak beli?" Sampuk Demang ketawa kecil.

Itu situasi biasa. Yang luar biasa ialah produk baik harga murah.

Demang faham sangat perkara ini setelah terlibat lebih 30 tahun dalam pemasaran dan pengeluaran produk. Itu sebabnya pengeluar yang cerdik akan meletakkan harga yang tinggi, dengan alasan nilainya tinggi.

Demang tahu strategi itu tetapi tidak tergamak nak menirunya. Biarlah tidak kaya cepat asalkan tidak menekan pengguna yang sedang dalam kesusahan.

Demang berniaga dan ingin keuntungan namun bukan mengambil kesempatan. Jika benar-benar tidak mampu, terus terang dan Demang akan beri percuma.

Demang tidak bercakap kosong. Minyak Morhabshi yang keluarga Demang keluarkan dijual pada harga yang amat rendah berbanding produk lain yang khasiatnya tidaklah terlebih baik daripada produk Demang.

Sekali lagi Demang bukan takbur atau perasan. Demang ada bukti daripada pengakuan pengguna sejak hampir sepuluh tahun. Lihat www.morhabshi.blogspot.com.

Jika produk lain dijual pada harga RM60, Minyak Morhabshi cuma berharga RM28 dengan kuantiti yang sama.

Bukan Demang yang saja-saja dakwa ia baik tetapi itulah pengakuan pelanggan yang sudi menghubungi kami semula mengucapkan terima kasih dan syukur pada Allah Taala. Ramaibyang akui ia berkesan merawat kencing tikus. Memang elok disimpan dalam keadaan negara baru lepas banjir.

Jika ia dikatakan mampu merawat InsyaAllah ia juga mampu menghindari. Kata orang sediakan payung sebelum hujan.

Mahu tahu lebih lanjut hubungi 0194402211.

Bukti Minyak Morhabshi berkhasiat? Wah, kalau produk muslim, sibuklah bertanya bukti tetapi jika produk stokin buatan luar negeri berharga ratusan ringgit, boleh pula yakin dan percaya!

Minyak Morhabshi diperbuat daripada pelbagai herba. Salah satu bahan penting ialah 'morhabshi' itu sendiri yang dikenali di peringkat antrabangsa sebagai 'myrrh'.
Cuba taip 'myrrh benefit' pada Google dan baca keistimewaannya.

Bagi yang elergik dengan produk kampungan jangan risau kerana produk ini telah didaftar dengan KKM dan packagingnya yang profesional ini disediakan pihak SIRIM dengan geran daripada MARA.

Minyak Morhabshi juga menggunakan logo Morha yang telah didaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Minggu lalu rencana khas berkenaan Minyak Morhabshi disiarkan secara eksklusif dalam akhbar Melaka Hari Ini.

Semalam kami dijemput bertemu dengan Datuk Shahnor yang bertanggungjawab dalam pembangunan produk bumiputra bagi menjadikan Minyak Morhabshi produk negeri Melaka.

Demang amat berharap dengan harga yang sememangnya amat berpatutan ini dapat diterima rakyat Malaysia. Jika tidak, mungkin Demang terpaksa naikkan harganya supaya setanding dengan produk lain yang amat diminati orang ramai.

Sesiapa yang berminat membeli atau menjadi stokis/agen boleh hubungi pembantu Demang 0194401944.

Tuesday, January 27, 2015

Monday, January 26, 2015

Jangan sebarkan

Innalillah...

Demang rasa kebanyakan kita sudah tahu berita kematian tersebut namun para pengikut golongan itu awal-awal lagi sudah memberi isyarat agar tidak memberi sedeqah Fatihah dan sebagainya.

(Demang letak kandungan mesej yang tersebar melalui media sosial sejak semalam di hujung entri ini untuk rujukan,  bukan untuk sebaran).

Maka meninggal lah ketua negara Arab Saudi, kelmarin. Kematian yang amat sederhana namun kesederhanaannya sempat merentasi beberapa lautan dan benua, merayap ke telefon pintar dan diketahui seluruh dunia.

Setelah berita tiba di negara kita maka dikaranglah satu propaganda bagi memenangi hati dan perasaan rakyat Malaysia yang majoriti berfahaman ahlussunnah waljamaah betapa sederhananya keluarga Assaud dalam mengurus jenazah pemimpin mereka.

Justeru ramailah yang terpesona dan terharu dengan kemuliaan keluarga Saud mencontohi cara Rasulullah SAW dalam pengurusan jenazah sehingga lupalah mereka cara hidup keluarga diRaja tersebut selama ini yang penuh kemewahan dan pembaziran.

Di sebalik serba serbi sederhana itu diselitkan penolakan beberaoa amalan golongan Ahlussunnah waljamaah ssperti bacaan Yaasin, sedeqah Al-Fatihah, tahlil dan sebagainya.

Maka ramailah yang terpengaruh dan lupalah pada ajaran ulama kita selama ini serta hikmahnya serta kagumlah dengan amalan yang baru diketahui itu.

Demang nak tanya satu soalan, kenapa semasa masih hidup ketua negara Arab Saudi tidak mengamalkan kesederhanaan sebagaimana Rasulullah SAW? Kenapa apabila mati baru nak tunjuk baik?

Demang bukan nak mempertikai salah-benar pegangan golongan tersebut atau mengatakan golongan ini betul golongan itu salah. Demang cuma nak beritahu bahawa kita sudah menerima bahawa pegangan ummat Islam di negara kita ialah Ahluhsunnah waljamaah.

Jika ingin berpegang pada ulama lain, pintu imegresen sentiasa terbuka. Berhijrahlah ke Arab Saudi atau negara berkenaan. Faham?

Kenapa kita hanya meraikan golongan Ahlussunnah waljamaah? Jawapannya, kerana kita tidak mahu menjadi seperti di Iraq, Syria, dan lain-lain yang ummat Islam berbunuhan sesama sendiri hanya kerana berbeda pandangan.

Padahal belum ada mana-mana manusia yang telah mati, kembali kepada kita dan memberitahu pengalamannya di dalam kubur.

Berkenaan binaan kubur, Demang akan ulas kemudian.

Wallahu'alam.

Di bawah ini adalah mesej yang tersebar bagi mempromosi fahaman kumpulan berkenaan:

Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud telah selamat dikebumikan dengan panduan Sunnah Rasulullah SAW yang cukup ringkas dan sederhana.

Maka seisi dunia menyaksikan bagaimana jenazah baginda disolatkan di Masjid Jami’ Imam Turki Bin Abdullah lalu disempurnakan di Perkuburan Al-Ud Riyadh dengan:

• Tidak ada tembakan meriam
• Tidak ada bacaan surah Yaasin
• Tidak ada payung untuk jenazah
• Tidak ada taburan bunga di kubur
• Tidak ada kenduri arwah dan majlis tahlil
• Tidak ada kemenyan atau setanggi dibakar
• Tidak ada iringan muzik ketenteraan dan kebesaran
• Tidak ada doa beramai-ramai dipimpin di atas kubur
• Tidak disyaratkan berpakaian berkabung yang khusus
• Tidak ada siraman air mawar atau air Yaasin di kubur
• Tidak ada ucapan Al-Fatihah disedekahkan merata-rata
• Tidak ada tafakkur dan pengibaran bendera separuh tiang
• Tidak ada bacaan talkin dan duduk beramai-ramai di kubur
• Tidak ada binaan tembok, kubah dan makam di atas kubur
• Tidak disyaratkan pemakaian ikat kepala atau ikatan lengan yang khusus
• Tidak ada sedekah atau upah diberikan kepada rakyat yang bersolat jenazah
• Tidak ada perarakan jenazah, panji-panji dan pingat kebesaran berkilometer jauhnya
• Tidak ada batu nisan marmar berukir indah yang mahal, melainkan batu nisan simen tidak bertanda
• Tidak ada amalan menunggu kubur dengan mengkhatamkan bacaan al-Qur’an di atas kubur
• Tidak ada pentas atau tempat khas disediakan untuk kerabat DiRaja menyaksikan upacara pengebumian
• Tidak ada cuti berkabung rasmi sehari atau berhari-hari, sekolah dan pejabat kerajaan dibuka seperti biasa
• Tidak ada menunda-nunda penguburan jenazah sehingga ramai pemimpin atau ketua negara luar tidak sempat sampai
• Tidak ada tandu usungan jenazah berpedati untuk diusung puluhan orang, melainkan pengusung biasa
• Tidak ada kain baldu hijau bersulam ayat al-Qur’an menutup jenazah, melainkan menutup jenazah adalah jubah luar atau “Mishlah” yang dipakai oleh si mati ketika hidupnya
• Tiada penghormatan dengan tradisi ketenteraan seperti pemberian hormat, tiupan bugle, lagu Last Post dan tembakan segerup senapang 3 kali berturut-turut dilaksanakan

Kesemua amalan di atas tidak keluarga baginda laksana, bukan kerana tidak kuat beragama. Tidak pula mereka tinggalkan kerana mereka miskin dari segi kewangan. Bahkan baginda dan kerabat baginda merupakan antara kelompok manusia terkaya di dunia.

Sebaliknya raja yang baru, Raja Salman Bin Abdul Aziz Al-Saud dan kaum kerabat baginda bersyukur dan merasa cukup senang hati untuk melaksanakan petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam pengurusan jenazah baginda.

“Ya Allah Rahmatilah Hamba-Mu Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud. Masukkanlah Dia Ke Dalam Syurga-Mu Yang Luas”

Sunday, January 25, 2015

Menteri cari pasal

merotan anak akan jadi kesalahan jenayah apabila bla bla bla....

Menurut menteri bla bla bla...

Ia perlu dilaksanakan memandangkan bla bla bla...

Berdasarkan kes di sweden bla bla bla.....

Nampaknya seorang menteri wanita tidak pasal-pasal cari pasal dengan rakyat dalam isu tiada pasal cari pasal.

Kenapa disentuh hal sensitif ketika rakyat masih keliru dengan GST dan kejatuhan harga petroleum?

Rakyat sekarang sedang keliru adakah mereka untung atau rugi akibat kedua-dua perkara tersebut.

Berbalik pada isu rotan, jika mahu dilaksanakan pertengahan 2015, kenapa cari pasal di awal tahun? Kalau sudah terpaksa dilaksanakan, buat sahajalah nanti tanpa perlu bising-bising.

Bagi Demang jika sudah Islam membenarkan penggunaan rotan maka kenapa dicabar? Menentang hukum Islam samalah dengan menentang perlembagaan Malaysia. (Namun menentang perlembagaan Malaysia tidak bermakna menentang Islam. Kena faham).

Jika anda bersetuju pendapat Demang ini, bersetujulah dengan fakta dan hujah dan jika tidak bersetuju pun, kemukakan dengan cara yang sama.

Demang ingin bertanya, selepas undang-undang ini diwartakan bagaimanakah perlaksanaannya? Katakanlah pada suatu hari anak anda yang berumur 10 tahun tidak mahu solat. Anda pun merotannya. Agak-agak, apakah yang akan berlaku?

Siapakah yang akan membuat laporan polis? Anak tersebut, anak-anak yang lain, isteri, jiran, rakan, ketua kampung, seseorang yang kebetulan lalu di situ, guru di sekolah setelah mendapat aduan, atau siapa?

Bagaimana anda mendidik anak sendiri sehingga mereka sanggup membuat laporan polis apabila anda 'menyentuh' tubuh mereka? Atau, memang anda telah membelasahnya setengah mati?

Anda jawablah sendiri.

Selepas ini ibu bapa takkan tak merotan anak lagi? Namun sebelum itu ibu bapa, guru, ustaz, dan lain-lain akan beritahu anak-anak tentang keharusan menggunakan rotan dalam Islam. Mereka akan fahamkan anak-anak tentang perkara ini.

Maka terbinalah satu generasi yang memahatkan dalam kepala mereka bahawa semua yang terlibat dalam meluluskan undang-undang tersebut adalah jahil.

Seronok?



Zaman batu, logam, plastik, maklumat

Pada zaman batu dahulu, hampir semua perkara melibatkan batu. Walaupun bukan rumah batu sekurang-kurangnya duduk dalam gua batu.

Masuk zaman logam, alatan ditukar kepada logam pula. Demikianlah manusia meningkat dan memanfaatkan teknologi.

Selepas itu dunia melalui zaman plastik dan manusia pun menukar lagi alatan mereka.

Sekarang zaman teknologi maklumat. Maka di tangan masing-masing sentiasa melekap peranti yang bekerja 24 jam sehari menyalurkan pelbagai maklumat.

Alat itu tidak tahu apa-apa. Asal sahaja betul protokolnya maka mengalirlah maklumat ke dalamnya.

Yang ada akal ialah manusia maka saringlah maklumat sebaiknya.

Bukan susah sangat nak menyaring maklumat. Contohnya jika terima berita pemimpin meninggal dunia, misal kata "Obama mati" maka taipkan frasa tersebut dalam enjin carian (Google dll), InsyaAllah akan dapat kepastian.

Maka terhindarlah kita daripada bersekongkol dengan penyebar fitnah.

Nota:
Foto sekadar hiasan.

Friday, January 23, 2015

Di sebalik petroleum jatuh

Demang percaya ramai yang telah menerima pesanan panjang melalui media sosial kenyataan penuh PM berkenaan kejatuhan mendadak harga petroleum dan kesan pada ekonomi negara.

Demang juga percaya ramai yang turut menghantar salinan info tersebut kepada orang lain tanpa membacanya.

Oleh kerana kenyataan itu agak panjang maka masing-masing berharap orang lain membaca dan memberitahu semula kesimpulan isu tersebut kepadanya.

Senang betul hidup, kan?

Rasa Demang kenyataan tersebut bukanlah susah sangat untuk difahami. Ayatnya mudah dan tidak banyak istilah yang pelik-pelik.

Lihat artikal Demang sebelum ini ada memuat kenyataan penuh tersebut.

Beginilah; Demang tanya anda, ketika harga petroleum naik mencanak dulu apakah kesan langsungnya pada kita?

Ya, harga barang lain turut naik dan kehidupan kita makin susah. Tiba-tiba barang yang kita beli berkurangan walaupun jumlah wang dikeluarkan sama.

Rupa-rupanya walaupun Malaysia mempunyai petroleum dan menjualnya namun ia tidak mampu mengimbangi kenaikan harga barang lain. Walaupun kita tidak minum petrol namun kenaikan harga petroleum menyebabkan kos pengangkutan barang lain turut meningkat.

Peruncit pun memiliki kereta juga untuk keperluan keluarga. Resmi peniaga, selagi boleh seluruh kos akan dipindahkan pada pengguna dan tindakan mengorbankan kepentingan peribadi adalah langkah terakhir yang akan diambil.

Berbalik pada isu asal, jika ketika harga petroleum tinggi pengguna yang menelan semua kos maka apabila harga petrolem jatuh lebih separuh tidak bolehkah pengguna merasa faedahnya?

Takkanlah sepanjang masa rakyat yang jadi mangsa? Ketika petroleum naik memuncak, harga barang ikut naik, maka apabila harga petroleum jatuh, tidak bolehkah diturunkan semula harga?

Jangan harap peniaga turunkan sendiri dan jangan salahkan sikap rakyat yang tidak pedulikan harga asalkan berjenama. Pihak berkuasa lah yang perlu lakukan sesuatu.

Bagaimana? Itu jangan tanya Demang. Kerajaan berhabis jutaan ringgit setiap bulan menggaji pakar-pakar dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi. Kalau tak boleh cari jalan untuk selesaikan masalah ini, 'pegi jalan lah!'

Najib kena ingat, beberapa hari sebelum kenyataan beliau dikeluarkan Anwar Ibrahim telah lebih dulu viralkan kenyataan beliau tentang keadaan ekonomi yang digambarkan sangat gawat.

Apa tujuan Anwar? Sudah tentu mengajak rakyat untuk terfikir bahawa Malaysia memerlukan seseorang yang lebih hebat kerana pemimpin sedia ada kurang berkemampuan.

Apa yang Najib respon? Baca sekali lagi kenyataan penuh Najib dan anda akan dapati Najib berkata: "negara dalam keadaan selamat dan tidak ada apa-apa yang perlu digusarkan."

Demang setuju dan ingin menambah kata: "Najib kena buktikan."

Wednesday, January 21, 2015

Harga petroleum jatuh malaysia akan mufliskah

Sila baca dengan hati terbuka sebagai seorang hamba Allah yang tertakluk pada qada dan qadar. Demang rasa ucapan ini sangat lengkap dan mudah difahami.

Perhatikan pada perkara Malaysia sebagai penjual minyak mentah (sekitar 7b) dan pengguna produk berasaskan petrol (kira-kira 8b).

2014 adalah tahun ujian, awal 2015 adalah waktu untuk kita muhassabah diri, dan selepas ini kita akan perbetulkan kesilapan suoaya kita dapat hadapi akhir zaman yang lebih mencabar.

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

(Mukadimah)

1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.

3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.

4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.

6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.

7. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure and must ensure development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

8. Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.

9. Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

10. Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.

11. Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.

12. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.

13. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15. Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

17. Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.

18. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20. Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22. Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32. Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya.

33. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35. Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36. Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38. Namun begitu sebaliknya, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41. Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah.

44. Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

45. Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47. Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56. Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat.

57. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61. Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63. Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

64. Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65. Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro.

66. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67. Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

68. Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69. Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70. Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

(Penutup)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet 2015 sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

71. Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72. Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73. Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.

Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sunday, January 18, 2015

Muhammad dalam kitab Hindu

Sidharta Gautama Budha adalah insan yang baik. Beliau lahir tahun 563 sebelum masihi. Ertinya, 500 tahun sebelum nabi Isa dilahirkan. Pengikutnya juga terdiri kalangan orang baik-baik dan cintakan kebaikan.

Selepas Gautama Budha wafat dan pengikut generasi pertama meninggal dunia maka ajaran asal mula longgar akibat faktor masa dan kealpaan manusia, ditambah campurtangan segelintir yang memanipulasi ajaran sebenar demi kepentingan peribadi.

Kepentingan peribadi bermaksud 'bukan kerana Allah'.

Namun bagi pengikut Hindu dan Budha yang tulen dan alim mereka mengetahui dalam kitab asal ada tercatat seorang nabi akan lahir selepas itu dan kemudian di akhir zaman. Namanya disebut dalam kitab terdahulu bermaksud 'yang terpuji' serta dikhabarkan latar belakang keluarganya.

Demang bukan reka cerita sebaliknya berpandukan bacaan, diskusi, dan kuliah kertas Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS) yang wajib diambil semasa di USM dulu.

Lebih kurang 500 tahun kemudian Allah  Taala mengutus nabi Isa as kepada manusia.

Sebagaimana yang berlaku pada nabi dan rasul sebelumnya, berlaku jua pada nabi Isa as. Malah lebih teruk lagi apabila nabi Isa as 'dibunuh' oleh pengikutnya sendiri.

Ajaran nabi Isa as dipesongkan. Namun bagi yang benar-benar membaca kitab yang diturunkan kepada nabi Isa as akan tahu bahawa dalam kitab tersebut dikhabarkan akan lahir rasul terakhir bernama Ahmad @ muhammad (Ahmad bermakna yang terpuji).

Kira-kira 500 tahun selepas Isa as, lahirlah nabi Muhammad atau Ahmad. Memang itu lah namanya padahal ibunya mungkin tidak pernah membaca kitab-kitab Hindu, Budha, Taurat, Zabur, atau Injil. Subhanallah.

Secara lazimnya, kita akan ikut pemimpin mutakhir. Sama lah seperti dalam urusan kita yang lain. Jika dulu Mr A jadi ketua jabatan kita, kita wajib patuh pada arahan beliau. Apabila Mr A bersara atau mati dan Mr B pula dilantik maka tak perlulah kita patuh pada Mr A lagi.

Cuma, selepas nabi Muhammad @ Ahmad wafat, tidak ada lagi nabi yang diutus. Hal ini telah dipersetujui oleh semua agama. Kenapa tiada lagi nabi dan rasul? Sebab dunia pun dah hampir qiamat. Semua peringatan dan panduan telah diberikan. Bagi yang masih sesat itu bukan kerana tidak tahu tetapi sengaja tidak mahu ambil tahu.

Maka jika kita masih mahu mengenal tuhan dan mematuhi peraturan-Nya maka ikutlah nabi mutakhir walaupun baginda sudah tiada sebab hanya itu pilihan yg kita ada.

Demang bawa perkara ini setelah terserempak group FB yang majoriti ahli-ahlinya orang Islam. Malangnya group tersebut telah dicemari beberapa pelampau agama lain bertindak bukan sahaja menghina Islam, bahkan mempermainkan nama Allah padahal semua agama mengiktiraf Allah adalah sebenar-benar tuhan.

Bagi Demang, pengacau tersebut adalah wakil syaitan yang misi utama ialah menyesatkan manusia.

Wednesday, January 14, 2015

Sebalik isu khutbah



Kira-kira 20 tahun dulu ketika Demang baru pindah ke Melaka dan kali pertama solat Aidil Fitri di masjid negeri (Al-Azim), kereta Demang disaman kerana diletakkan di tepi jalan.
Banyak kereta lain turut di saman.

Ya, memang ia satu kesalahan namun di mana hendak diletakkan kenderaan dalam keadaan begitu? Hari Raya cuma dua kali setahun. Takkanlah pihak masjid boleh sediakan tempat letak kereta yang mencukupi untuk kes terpencil begitu?

Makanya perlu ada budi bicara pihak tertentu. Atau, pihak masjid perlu minta kebenaran daripada pihak berkuasa bagi pihak orang ramai yang ingin berjemaah?

Di negara ini, kalau orang Islam yang buat maka banyaklah kerenah pihak tertentu. Selalunya kita kena beralah. Terbaru ada pula individu yang mempertikai khutbah Jumaat atas tuduhan menghasut.

Kenapa khutbah dalam bahasa Melayu yang sepatutnya difahami semua rakyat Malaysia itu dipertikai? Bagaimana dengan perhimpunan dan ucapan dalam bahasa ibunda yang cuma kaum berkenaan sahaja yang faham? Kenapa tidak dicurigai?

Padahal pernah berlaku pada 1969 ketika orang ramai sedang nenonton filem di dalam pawagam, tiba-tiba tertera tulisan asing di layar menyebabkan sebahagian penonton yang memahami bahasa tersebut bergegas keluar. Malang penonton yang tidak faham telah dikurung dan ramai yang terbunuh setelah pintu dikunci!

Kenapa orang Islam yang selalu dianiaya tetapi orang Islam pula yang acap dicurigai?

Sepatutnya ahli parlimen perjuangkan perkara ini dalam sidang. Orang Islam adalah penduduk majoriti maka perlu dilindungi.

Jangan tunggu orang Islam mengamuk setelah tidak mampu bersabar dan jangan sekali-kali provok orang Islam sebab bukan semua orang Islam itu sabar.

Kalaupun boleh, kesabaran itu tentu ada hadnya.

Tuesday, January 13, 2015

Artis korea cabul gadis muslim depan khalayak

Ada dua isu besar minggu ini yang melanda negara.

Pertama, seorang peguam bernama Eric Paulsen yang mendakwa khutbah Jumaat yang disampaikan dalam perhimpunan mingguan ummat Islam sebagai pusat melatih keganasan.

Kedua, artis K-pop daripada Korea melakukan pencabulan terbuka dengan memeluk dan mencium anak gadis Islam di atas pentas dengan disaksi jutaan manusia samada secara langsung mahupun melalui rakaman video yang tersebar dalam masa yg singkat.

Jika hendak dipersalahkan maka Demang mencadangkan pihak pertama yang bersalah ialah kerajaan yang membenarkan konsert tersebut.

Ketika Demang remaja dulu, kerajaan pernah membatalkan konsert kumpulan rock Scorpions walaupun tiket telah dijual selepas kajian semula dibuat terhadap kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh berlaku.

Pihak kedua yang  bertanggung jawab juga kerajaan kerana apabila kerajaan memberi kebenaran sedangkan mereka sepatutnya telah sedar kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku maka mereka perlu bersedia sepanjang konsert berlangsung.

Bukan cuma seorang penonton yang naik ke pentas dan dinodai artis kafir itu. Sepatutnya selepas remaja pertama dicabul di khalayak ramai, pihak berkuasa serta merta bertindak memberhentikan program dan menangkap artis berkenaan atas tuduhan mencabul wanita.

Jika wanita tersebut masih bawah umur maka tindakan selaras mestilah diambil. Jika wanita itu atas umur pun perlakuan sumbang begitu tidak wajar didiamkan begitu sahaja.

Kedua-duanya perkara di atas dianggap suatu serangan terbuka ke atas ummat Islam dan boleh mengocak keharmonian negara.

Bagi Demang semua respon samada positif, negatif, mahupun agresif adalah sesuatu yang lumrah dan wajar. Ada yang marah-marah dan ada yang menyabarkan, dan perlu ada tindakan undang-undang.
Jika wanita terlibat adalah gadis bawah umur maka tidak ada alasan suka sama suka atau sukarela kerana di Malaysia, lelaki yang melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur tetap dianggap perogol walaupun atas dasar cinta.

Saturday, January 10, 2015

Maharajalawak jangan bodohkan rakyat Malaysia

Demang harap Jalaluddin Hassan serius dengan kata-kata beliau malam tadi dan pastikan ia direalisasikan secara adil.

Pada dasarnya Demang bersetuju dengan pandangan beliau.

Demang suka menonton rancangan tersebut dan tidaklah sampai fanatik. Cuma apabila Dato Jalal mengeluarkan kenyataan atau amaran agar peserta tidak merendahkan mentaliti RAKYAT Malaysia maka Demang anggap ia serius.

Demang rasa maksud maksud pelakon terkenal tersebut ialah jangan 'buat lawak bodoh'. Zaman ketuk kepala sendiri atau menyindir golongan sengau agar orang ketawa sudah lama lenyap.

Maharajalawak sudah masuk zon kritikal apabila para peserta yang tinggal adalah yang terbaik, sepatutnya.

Bukan rahsia lagi siri realiti sebelum ini mengekalkan peserta-peserta tertentu atas beberapa sebab selain bakat dan persembahan.

Ada peserta yang dikekalkan sebagai provokasi pada penonton agar lebih banyak mengundi.

Jangan pula para juri terpaksa menyebelahi peserta hanya kerana salah seorang ahli kumpulan adalah duta produk penaja utama!

Kasihan peserta yang bagus seperti Comey yang terpaksa dikeluarkan awal bagi memberi laluan pada anak emas penganjur.

Jika berlaku demikian maka Dato Jalaluddin Hassan harus menjilat ludahnya sendiri.

Luahan hati samad said tersebar

Ada beberapa kali Demang tulis di blog ini menyindir Pak Samad Said. Itu bukan marah, cuma sindir sayang.

Demang baca buku Salina sejak sekolah rendah dan terus menjadi peminat setia Sasterawan Negara itu. Hampir semua novel beliau dah Demang baca termasuk Hujan Pagi yang mendapat kritikan keras orang yang tidak faham.

Novel tersebut memang berkualiti tetapi ia mendahului zaman. Membacanya, kita tahu bahawa Pak Samad Said melakukan kajian terlebih dahulu sebab ia agak berat.

Cuma Demang kasihankan Pak Samad Said yang dieksploitasi ahli politik untuk kepentingan peribadi mereka sehingga mendedahkan negara pada bahaya besar.

Jika benar tamatnya pembelajaran Sains & matematik dalam bahasa Inggeris dulu kerana perjuangan beliau maka Demang tafsirkan ia sebagai perjuangan yang tidak selesai dan merugikan.

Sepatutnya ia disusuli dengan perang habis-habisan terhadap semua perbuatan durjana dan penderhakaan terhadap bahasa Melayu termasuk papan iklan, surat perjanjian bank, dan surat-surat rasmi bank yang masih menggunakan bahasa Inggeris, kadang-kadang tanpa terjemahan.

Kali ini Demang siarkan sajak yang dikatakan ditulis oleh A. Samad Said disebarkan melalui media sosial.

Siapapun penulisnya, ia adalah realiti yang patut kita ambil serius.

HAI MELAYU.. (A. Samad Said)
Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!
Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!
Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....
Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,
Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!
Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!
Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......
Jom kawan, sahabat dan lawan..
Mari kita ubah keadaan..
InsyaAllah..

Saturday, January 3, 2015

Perumahan baru untuk mangsa banjir

Demang menetap di Jengka Pahang sejak 1974 hingga 1996. Ertinya Demang tidak sempat banjir besar 1971.

Biarpun sepanjang musim banjir 2014 ini Demang tidak berkesempatan untuk ke Jengka namun setiap detik kritikal tersebut menjerat hati Demang di sana.

Media sosial menjadi wadah komunikasi bagi mengikuti perkembangan semasa.

Demang insaf, betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Hari ini kebanyakan tempat diberitakan sudah mula surut. Kerja pembersihan sedang rancak dan ternyata lebih sukar berbanding tugas memindahkan barang semasa banjir.

Berapakah nilai kerosakan harta benda dan berapa banyakkah wang yang perlu disediakan bagi menggantikan perkakas yang musnah?

Ini adalah bencana dan ia bukan suatu pilihan. Jika rumah kita tidak berada di kawasan terbabit itu bukan bermaksud kita tidak terlibat. Justeru yang ditimpa musibah secara langsung tidak sepatutnya menanggung kesan secara sendirian.

Seluruh sumber dalam negara seharusnya ditumpukan pada kawasan terlibat.
Barangkali ini kesempatan yg baik utk kerajaan menyusun semula perumahan negara. Bina pertempatan baru untuk mangsa banjir. Gunakan tanah rezab untuk bina rumah kos sederhana. Jangan sesekali bina flat atau rumah kos rendah.

Jika rumah tersebut tidak mampu diberi percuma, permudahkan mangsa banjir membayar harga kos sahaja dan dibuat secara ansuran yang rendah.

Ini bukan masanya mengira untung.

Nasihat Demang, fikirkan hikmah besar di sebalik banjir 2014. Kerajaan tidak seharusnya melepaskan peluang ini jika masih mahu menguasai parlimen pada PRU akan datang.
Ia bukan sekadar menghulur beras dan sardin.

Sirah rasulullah

Sempena sambutan maulidurrasul hari ini Demang letakkan ringkasan latar belakang baginda yang Demang terima melalui media sosial.

Demang percaya anda sudah faham konsep media sosial. Ia ibarat anda sedang berjalan kaki untuk ke kedai runcit dan seorang jiran menegur daripada tingkap rumahnya:

"Tadi ada pengumuman kat surau, hj kasam meninggal".

Anda mengangguk sambil terus berjalan. Sampai di kedai, anda dapat khabar rupa-rupanya isteri kasam yang meninggal.

Nanti, jangan terus percaya berita itu sehinggalah anda sendiri menziarahi simati atau diberitahu oleh orang yang ada 'authority' seperti tok siak, imam dan sebagainya.

Demang mohon maaf jika catatan di bawah kurang tepat. Sila buat rujukan tambahan dan dapatkan pengesahan daripada guru anda.

Kita adalah ummat Muhammad saw. Ummat terbaik yang dijanjikan Allah taala.

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

Bangsa : 
• Arab Quraisy

Agama : 
• Islam

Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Friday, January 2, 2015

Budaya buli masih leluasa di sekolah

Budaya buli masih berlaku di kebanyakan asrama termasuk di sekolah berasrama penuh.

Meski sekadar menyuruh membuatkan mi segera atau membasuhkan pakaian senior, ia tetap buli. Jangan sampai jadi kes berat baru nak kelam kabut ambil tindakan.

Warden asrama jangan buat-buat tak nampak, pengetua sekolah jangan buat-buat tak tau.

PPD dan JPM jangan hanya tunggu berlaku kes baru nak bertindak.

Budaya buli sepatutnya sudah lenyap bersama munculnya budaya penyayang.

Apabila disebut budaya maka ia harus menyeluruh dan bukan paksaan. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dan pelajar mesti memahami konsep tersebut.

Setakat suruh cikgu-cikgu menunggu di depan pintu pagar pagi-pagi, bukan tak boleh. Bolehlah, cuma....

Oh ya, dengar kata ada guru besar yang arahkan guru-guru hadir LDP di sekolah 5 hb Jan 2015 walaupun menteri sudah mengeluarkan surat arahan.

Bank sombong dan DBP yang bengap

Hari ini Demang terima lagi sepucuk surat daripada bank yang pernah diselamatkan oleh rakyat Malaysia, 100% dalam bahasa Inggeris. Langsung tiada terjemahan.

Tak perlulah Demang membebel panjang-panjang sebab dah sentuh perkara ini banyak kali.

DBP kat mana? DBP kat mana? Jadi tunggul kayu atau dah sampai peringkat arang?

Ingat, bank yang disangkutkan nama 'bumiputra' itu bukan bank komersial biasa. Ia ditubuhkan dengan wang rakyat dan pernah diselamatkan beberapa kali menggunakan wang rakyat.

Jangan sombong sangat!

Mana Sasterawan Negara? Sudah lah. Pergi gosok gigi dulu. Mulut dah hapak sebab lama sangat tidur.

Demang pun dah bosan guna bahasa baku. Jom kita pasemborojakkan bahasa melayu yang tiada nilai ini.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)