Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, January 23, 2015

Di sebalik petroleum jatuh

Demang percaya ramai yang telah menerima pesanan panjang melalui media sosial kenyataan penuh PM berkenaan kejatuhan mendadak harga petroleum dan kesan pada ekonomi negara.

Demang juga percaya ramai yang turut menghantar salinan info tersebut kepada orang lain tanpa membacanya.

Oleh kerana kenyataan itu agak panjang maka masing-masing berharap orang lain membaca dan memberitahu semula kesimpulan isu tersebut kepadanya.

Senang betul hidup, kan?

Rasa Demang kenyataan tersebut bukanlah susah sangat untuk difahami. Ayatnya mudah dan tidak banyak istilah yang pelik-pelik.

Lihat artikal Demang sebelum ini ada memuat kenyataan penuh tersebut.

Beginilah; Demang tanya anda, ketika harga petroleum naik mencanak dulu apakah kesan langsungnya pada kita?

Ya, harga barang lain turut naik dan kehidupan kita makin susah. Tiba-tiba barang yang kita beli berkurangan walaupun jumlah wang dikeluarkan sama.

Rupa-rupanya walaupun Malaysia mempunyai petroleum dan menjualnya namun ia tidak mampu mengimbangi kenaikan harga barang lain. Walaupun kita tidak minum petrol namun kenaikan harga petroleum menyebabkan kos pengangkutan barang lain turut meningkat.

Peruncit pun memiliki kereta juga untuk keperluan keluarga. Resmi peniaga, selagi boleh seluruh kos akan dipindahkan pada pengguna dan tindakan mengorbankan kepentingan peribadi adalah langkah terakhir yang akan diambil.

Berbalik pada isu asal, jika ketika harga petroleum tinggi pengguna yang menelan semua kos maka apabila harga petrolem jatuh lebih separuh tidak bolehkah pengguna merasa faedahnya?

Takkanlah sepanjang masa rakyat yang jadi mangsa? Ketika petroleum naik memuncak, harga barang ikut naik, maka apabila harga petroleum jatuh, tidak bolehkah diturunkan semula harga?

Jangan harap peniaga turunkan sendiri dan jangan salahkan sikap rakyat yang tidak pedulikan harga asalkan berjenama. Pihak berkuasa lah yang perlu lakukan sesuatu.

Bagaimana? Itu jangan tanya Demang. Kerajaan berhabis jutaan ringgit setiap bulan menggaji pakar-pakar dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi. Kalau tak boleh cari jalan untuk selesaikan masalah ini, 'pegi jalan lah!'

Najib kena ingat, beberapa hari sebelum kenyataan beliau dikeluarkan Anwar Ibrahim telah lebih dulu viralkan kenyataan beliau tentang keadaan ekonomi yang digambarkan sangat gawat.

Apa tujuan Anwar? Sudah tentu mengajak rakyat untuk terfikir bahawa Malaysia memerlukan seseorang yang lebih hebat kerana pemimpin sedia ada kurang berkemampuan.

Apa yang Najib respon? Baca sekali lagi kenyataan penuh Najib dan anda akan dapati Najib berkata: "negara dalam keadaan selamat dan tidak ada apa-apa yang perlu digusarkan."

Demang setuju dan ingin menambah kata: "Najib kena buktikan."

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)