Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, February 28, 2011

Merlimau: Calon tak direstu menipu lagi

Selepas mengaku sebagai guru kepada orang kampung serta memfitnah Roslan Ahmad menetap di KL, pemegang diploma tanpa pengiktirafan itu mendakwa ahli belia 4B pula.

Lihat kenyataan berikut:

Gerakan Belia 4B Jasin hari ini menafikan calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, pernah menjadi ahli pertubuhan itu.

Penasihatnya, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli seperti yang didakwanya dalam sebuah akhbar hari ini.

“Dakwaan beliau (Ruhaizad) pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B di Jasin adalah tidak benar. Kita telah teliti keahlian di peringkat cawangan memang namanya tidak ada.

“Saya tidak pasti bagaimana beliau boleh mendakwa pernah menjadi ahli pertubuhan ini. Mungkin beliau cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Merlimau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menaiki Sungai Rambai River Cruise di Dataran 1Malaysia DUN Sungai Rambai di sini hari ini.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Ruhaizad adalah ahli Gerakan Belia 4B di sini.

Ruhaizad membuat kenyataan tersebut selepas namanya diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon parti itu bertanding di DUN Merlimau malam tadi.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin berkata, beliau mendapat banyak panggilan telefon daripada ahli di daerah tersebut yang marah kerana calon Pas itu berdusta mendakwa dirinya adalah ahli pertubuhan itu.

“Macam mana beliau nak menjadi wakil rakyat di Merlimau kalau tidak bercakap benar. Kenapa mesti nak tipu dengan mendakwa sebagai ahli Belia 4B di daerah ini.

“Sebagai calon Pas lebih baik beliau bercakap benar dan jangan cuba untuk melakukan provokasi semata-mata untuk meraih simpati pengundi di Merlimau,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta calon Pas itu menggunakan saluran lain jika berhasrat untuk meraih undi simpati daripada penduduk di Merlimau.




Sumber:
PRK Merlimau

Transformasi peruncitan


PAS kata, TUKAR, ya, mari kita tukar.

Lihat di sini bagaimana pasaraya Mydin membuat perubahan secara agresif yang bakal merubah lanskap peruncitan di negara kita.

Siapa kata orang Islam tidak hebat?

Sunday, February 27, 2011

Live Merlimau: PAS fitnah calon BN

Foto Yuhaizad tanpa kopiah yang Demang janji untuk disiarkan. Kenapa perlu tanggalkan kopiah? 


‘Cikgu’ Yuhaizad?

Tersedak Demang apabila diberitahu oleh seorang pengundi di Chenderah, Merlimau bahawa calon PAS iaitu Yuhaizad adalah seorang guru. Dengan kata lain Yuhaizad dan isterinya  adalah pasangan guru.

“Mana akak dapat maklumat ni?” Tanya Demang.

Wanita itu memberitahu bahawa beberapa orang muslimah PAS melawat dari rumah ke rumah memberitahu para pengundi bahawa calon PAS tersebut adalah seorang guru.

Menurut suri rumah itu lagi perayu undi PAS itu memberitahu bahawa Roslan Ahmad menetap di Kuala Lumpur dan jarang-jarang pulang ke Merlimau.

Terdiam sejenak Demang kerana tidak menyangka sampai begitu sekali PAS mencari sokongan. Mereka sanggup menipu demi undi.

Lihat biodata lengkap calon BN ini:
Biodata Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )

Pendidikan
Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )
Swansea Inst.
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management) DBM
Tahun : 1994-1996

Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : Pengurus
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
Mula berkhidmat : 07 September 2009


Adakah logik beliau menetap di KL dan berulang alik ke Melaka setiap hari?

Untuk makluman anda, jarak Merlimau ke Melaka hanyalah 25 KM dan mengambil masa kurang daripada 20 minit jika melalui lebuh AMJ.

Jadi, jikapun beliau tetap tinggal di Melaka selepas menjadi YB, beliau tiada masalah langsung untuk berulang alik 18 kali sehari dari Melaka ke Merlimau!



Calon PAS Merlimau buang kopiah


Di celah-celah poster dan kain rentang BN di Merlimau, sekilas Demang terpandang sebidang ‘bunting’ dengan foto seorang lelaki sedang melambai. Sebaik mendekati (sambil memandu) barulah Demang perasan yang lelaki itu adalah Yuhaizad, si ‘calon tanpa restu bonda’.

(Poster akan diupload kemudian: tak sempat)

Yang membuatkan Demang tak perasan tadi ialah kerana tidak terlihat sebarang objek di kepalanya. Maklumlah, selalunya memakai kopiah.

Memanglah tak berddosa jika tidak memakai kopiah. Menangggalkan kopiah pun tidaklah haram. Namun kenapa nak ditanggalkan jika dah biasa memakainya? Islamifobia ke? Takut cina tak undi ke?

Sementara Demang menaip ini seorang teman memberitahu bahawa beliau terjumpa seorang lelaki yang pernah bekerrja di bawah Yuhaizad dalam syarikat Borneo Security suatu ketika dulu.

“Apa masalahnya?” Tanya Demang. “Takkanlah kerja dengan security pun salah?”

“Memanglah tak salah. Masalahnya, dia dah gelapkan duit gaji pekerja bawahannya.” Kata teman tersebut.

Demang bukan nak menuduh tetapi maklumat tersebut perlulah disiasat sebelum PRK selesai. Demang tidak mahu pengundi memilih orang yang salah.

Jika beliau tidak bersalah, baguslah.  Demang pun boleh tolong bersihkan namanya setelah siasatan dibuat nanti.




Merlimau disinggahi biduk

Tasik Merlimau kini  sedang dilalui biduk besar. Bahkan, jong barangkali kalaupun bukan bahtera.

Kehadiran biduk bukan sentiasa membawa kebaikan, sekurang-kurangnya kepada segelintir makhluk. Salah satu sepesis yang  terancam dengan kehadiran biduk ialah kiambang, sejenis tumbuhan air.

Di Merlimau (dan juga Kerdau), kedatangan biduk samada atas undangan atau sekadar terjahan sedikit sebanyak mengocak ketenangan penghuni setempat. Kalaupun diberi izin (tanpa permohonan), kedatangan yang mendadak bukan sahaja mengguris dan mencalar perpaduan bahkan mencarik dan meleraikan hubungan.

Itulah yang dimaksudkan Mohd Ali Rostam sebentar semalam ketika program bersama Tekun yang dihadiri lebih 2000 penduduk tempatan di dewan Hj Ahmad Ithnin. (TEKUN tu apa? Tak tahu? Kesiann…).

Selepas PRK berakhir, para pemimpin luar termasuk UMNO, PAS, PKR, dan DAP akan pulang ke tempat masing-masing. Mereka peduli apa dengan luka dan parut yang tertinggal?

Tetapi Ali Rostam kekal di sini. Beliau akan bertemu lagi dengan penduduk setempat. Jika tidak Ali Rostam ke Merlimau, orang Merlimau akan ke Melaka menemui beliau.

Seperti yang lepas-lepas, sebarang masalah akan dikemukakan kepada Ali Rostam untuk dibantuselesaikan. Ali Rostam seperti masa lalu akan berusaha menyelesaikan semua masalah yang diadu. Jika pengadu ialah orang yang menyokong beliau, sudah tentu akan dibantu. Jika tidak percaya, tanyalah orang Bukit Baru (kampung Demang).

Ali Rostam juga akan membantu rakyat yang tidak menyokong beliau dengan harapan orang itu akan berbalik menyokong beliau nanti. Jika tidak percaya, tanyalah orang Bukit Pulau, di sebelah kampung Demang.

Malah, selalu juga bantuan dan pertolongan Ali Rostam kepada orang Bukit Pulau lebih banyak berbanding Bukit Baru sehingga timbul protes dan dan tidak puas hati.
Apapun, biduk lalu kiambang bertaut, asalkan kiambang insaf asal kejadian mereka. Jika tidak, selepas biduk berlalu pergi, kiambang terus punah, hancur berkecai. Batang terputus-putus, daun terlerai, dan akar tercabut lintang pukang.

Bagi Demang, ketika biduk lalu, kita perlu lebih bersatu. Biarpun terkuak ke kanan dan ke kiri, pautan jangan lerai. Walau nampak renggang, jati diri jangan hilang.

Tidak segankah orang Merlimau untuk mengadu hal lagi dengan Ali Rostam sekiranya menyokong PAS yang sudah lari daripada perjuangan asal sebagai pengimbang kepada UMNO di peringkat nasional?

Orang Merlimau perlu faham, bahawa PAS hanya diperlukan untuk mengimbangi kuasa UMNO di peringkat nasional. Namun dalam keadaan sekarang, jika kita tersilap membuat pilihan, 21% orang cina di Merlimau dilihat bersatu bagi menafikan hak kaum majority.

Demang akan siarkan nanti bagaimana kaum minority booleh mengatasi kaum majority apabila kaum majority berpecah dua.

Justeru jangan merasa kasihan kepada PAS buat masa ini kerana kita WAJIB menghentikan agenda besar  DAP (PAP) menawan Malaysia.

Mengerti kalian?

Selepas Syed Ibra, Roslan Ahmad pula difitnah


 Walaupun harga petroleum meningkat di seluruh dunia namun kerajaan berjaya mengurangkan kesan tersebut dari menimpa kita semua dengan menyediakan pilihan .

Siapa yang banyak duit, gunalah RON97 manakala yang nak berjimat, pilihlah RON95.

Terkini, di Merlimau Najib telah melancarkan RON baru yang mesra alam dan mesra pengguna. Setakat ini dipercayai lebih 60% orang Merlimau menerimanya.

RON yang Demang maksudkan ialah Roslan Hj Ahmad, calon BN PRK DUN Merlimau yang nama mesranya dalam kalangan masyarakat setempat ialah RON.

Demang terlibat juga sikit-sikit dalam pemilihan calon Merlimau. Daripada puluhan nama yang berpotensi untuk diketengahkan akhirnya 11 nama dihantar untuk dinilai. Setelah membuat pertimbangan daripada segenap sudut berdasarkan laporan pihak risikan daripada pelbagai jabatan maka tinggal dua nama untuk pertimbangan akhir.

Antara sebab calon lain ditolak ialah, lahir di negeri lain seperti Puan Zaleha ketua wanitanya. Malah saudara Zaidi Ketua Pemuda Jasin diketepikan hanya kerana lahir di kkampung sebelah DUN merlimau!

Ada juga yang tidak terpilih kerana sudah lanjut usia atau kurang mesra.

Sebenarnya RON bukan pilihan pertama KM Melaka. Namun kajian terhadap pengundi Merlimau yang dilakukan pelbagai saluran mendapati Ron diterima semua kaum  di Merlimau. Beliau ‘boleh masuk’ dengan segenap lapisan masyarakat.

Itulah sebabnya Demang senyum sahaja apabila pembangkang mula menyebarkan isu bahawa Ron akan ditolak pengundi kerana sombong!

Ha ha ha… kot nak memfitnah pun biarlah yang logik sikit. Macamlah orang Merlimau ni bodoh.

Saturday, February 26, 2011

ustaz Syed Ibra mula difitnah

"Tak ape lah dia org kata ~ sebab kite tidak sebagaimana yg disangka olh mereka ~ alhamdulillah kita memiliki syahadah dr al azhar."

itulah sms yang Demang terima daripada ustaz Syed Ibra apabila Demang beritahu beliau tentang sebaran yang dibuat pihak tertentu yang mendakwa beliau sebenarnya gagal dalam pengajian di Mesir.

Malah beliau dikatakan hanya memasuki pusat pengajian yang tidak dikenali.

sebelum ini Demang tidak begitu percaya bahawa PAS yang dibarisi ulama sanggup bermain dengan fitnah tapi apabila ustaz Syed Ibra yang pernah sekelas dengan Demang pun difitnah, maka mahu tidak mahu Demang terpaksa akui bahawa PAS cuma sebuah parti politik.

Merlimau: Calon tak direstu

(foto bilik gerakan Makkal Sakthy di Merlimau Utara): Meskipun kaum India terpecah 3 di Merlimau namun masing-masing tampak bergerak aktif berkempen untuk calon BN. Kaum Cina? Demang lihat mereka masih berharap Anwar menjadi jambatan menghubungkan Malaysia-Singapura.

Ketika Demang melalui pekan Merlimau sebentar tadi, tapak yang sebelumnya penuh sesak telah lengang. Di beberapa bilik gerakan BN juga tidak ramai orang yang tinggal. Manakala di bilik-bilik gerakan PAS… err, sebenarnya bilik gerakan PAS memang sukar ditemui di Merlimau ini.

Ya, semua orang pulang ke rumah masing-masing setelah penat bersorak dan berjalan kaki mengiringi calon.

Namun ada seseorang yang seperti enggan pulang ke rumah.

Hendak balik ke rumah sendiri, terasa segan sebab rumah yang ditumpangi selama ini adalah rumah untuk kakitangan kerajaan. Dia sendiripun mendapat ehsan tinggal di rumah tersebut hanya kerana isterinya seorang guru.

Hendak pulang ke rumah ibu sendiri rasa serba salah pula sebab sudah membantah pesanan ibu yang melarangnya bertanding menentang kerajaan yang selama ini memberi pelbagai kemudahan. Apatah lagi ibunya sendiri orang kuat parti yang ditentangnya.

Hendak menumpang di rumah saudara mara pun, tak kena rasanya sebab hampir semua kaum keluarga memang penyokong kuat kerajaan yang memerintah sekarang.

Alahai, ke mana kaki hendak kau langkah wahai Yuhaizat? Datanglah ke surau Merlimau Pasir. Insya-Allah Demang ada di situ. Boleh kita berbual dari hati ke hati. Niat baik tanpa tindakan yang baik, akan memudaratkan. Alangkah malangnya jika tindakan tersebut merugikan ummat Islam.





Mahasiswa tak sedar diri

BIL. SISWAZAH MELAYU DI UM 1958-1970


                  B.A    B.Eco    B.Agr.   B.Sc.   B.Engin.  M.B.B.S
1959/60         7         -          -         -            -          -
1960/61        18        -          -          1           1         -
1961/62        33        -          -         --            -         -
1962/63        58        -          1         3            -         -
1963/64        64        -          2         3            -         -
1964/65        86        -          2         4            1        -
1965/66       121       -          2         4            -         -
1966/67       163       -          3         8            -         -
1967/68       239       -          3         7            -         -
1968/69       269      31        12       17           1         8
1969/70       311      81        15       22           1         4
                 1,369    112       40       69           4         12 


Bagaimana statistik 2011? Berapa ramai anak Melayu di situ?


Apa maksud statistik di atas? Apa maksud soalan Demang tadi? 


Tidak tahu? Belum faham? 


Memang mahasiswa UM masih ramai yang tidak begitu cerdik. Itu sebabnya mereka tidak reti mengenang budi. 


Mereka masih menyangka mereka berjaya masuk ke universiti semata-mata kerana otak mereka pintar.


Marah? Tak puas hati dengan kenyataan Demang?


Biasalah, orang yang menyokong pembangkang memang begitu. 


Demang tak kata semua yang di UM itu bodoh. Demang tujukan posting kali ini kepada pelajar-pelajar yang tidak menyokong kerajaan serta pensyarah yang menghasut mereka. Golongan itulah yang Demang maksudkan sebagai BODOH.


TETAPI... sebodoh-bodoh mereka, bodoh lagi orang yang membiarkan mereka di situ dan terus begitu!

Friday, February 25, 2011

Pilihanraya Sarawak

BN Sarawak sudah sedia sepenuhnya hadapi pilihan raya negeri dan senarai calon juga sudah diterima: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Sumber:
BH 25/2: SMS

Wednesday, February 23, 2011

Calon UMNO Merlimau diumum

Roslan Ahmad, 44, Pengurus Perbadanan Melaka Holdings (PMH), dipilih sebagai calon BN tanding pilihan raya kecil DUN Merlimau: Muhyiddin (BH 23/2).

Nampaknya sehingga kini pilihan Najib sentiasa selari dengan hasrat rakyat. Sebagaimana di Tenang, Kerdau dan kini di Merlimau, calon-calon yang diumumkan sememangnya calon yang dikehendaki penduduk tempatan.

Di Kerdau, Ustaz Syed Ibra adalah orang yang dialu-alukan penduduk tempatan sejak PRU-12. Namun beliau memberi laluan kepada calon lain memandangkan beliau masih muda.

Namun  rezeki tidak ke mana, insya-Allah.

Di Merlimau, nama Roslan Ahmad atau lebih mesra dipanggil Ron dalam kalangan penduduk setempat akhirnya benar-benar terpilih.

Nampaknya angan-angan PAS untuk menambah undi (dalam kekalahan) di kedua-dua DUN semakin tiada harapan.

Siapa ganti Najib?

Satu demi satu negara yang berlabel Islam terjebak ke dalam kancah rusuhan. Pelbagai faktor menjadi alasan samada akibat serangan luar mahupun persengketaan sesama sendiri.

Sebenarnya Demang tidak berminat mengikuti secara terperinci siri kemelut tersebut sebab di negara kita yang kelihatan aman inipun sebenarnya masih  terdedah pada kemungkinan berlakunya rusuhan.

Tambah-tambah lagi terdapat pemimpin yang ‘hidup’nya bergantung pada isu dan kekecohan.

Dengan kata lain, tiada kekecohan maka ‘mati’lah dia.

Dalam isu di Mesir dan Libya, bukan sedikit rakyat Malaysia yang menyokong kebangkitan rakyat negara itu.  Mereka menganggap Hosni dan Gadaffi wajar digulingkan kerana gagal menjaga kebajikan rakyat sebaliknya leka dengan pengukuhan dinasti dan mengumpul kekayaan peribadi.

Tidak hairanlah apabila si bodoh yang celupar meminta agar tindakan yang sama dilakukan di Malaysia!

Demang tidak mahu terlalu masuk campur hal negara orang namun Demang nak ingatkan bahawa Mesir dan Libya bahkan kebanyakan negara di dunia ini amat berbeza berbanding Malaysia.

Di Libya, siapapun atau kelompok manapun yang menang dan menjadi ketua, mereka adalah daripada bangsa, kaum, dan agama yang sama. Begitu juga di Mesir. Bahkan di Cina, India, Jepun, Arab, Taiwan, Korea, Germany, Australia dan sebagainya. jika hari ini sebuah kerajaan yang memerintah negara-negara tersebut ditumbangkan, maka penggantinya datang daripada bangsa itu juga. Cuma partinya sahaja yang berbeza.

Sebaliknya di Malaysia, jika hari ini kerajaan UMNO tumbang maka belum tentu orang Islam yang menjadi penggantinya.

Jika Najib tidak jadi PM, maka PM Malaysia nanti belum tentu bernama Nik Aziz atau Haji Hadi, dan belum tentu juga bernama Anwar Ibrahim.

Menung-menungkan, fikir-fikirkan-lah.

Tuesday, February 22, 2011

Kerdau: pelamin angan PAS musnah



Pas sudah tentu tidak boleh menganggap kerusi Kerdau lebih mudah untuk dirampas berbanding Merlimau apabila ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon UMNO DUN Kerdau sebentar tadi.

Ibarat lebai malang, PAS yang semakin hilang semangat di Merlimau dan mengharapkan peluang di Kerdau lebih cerah berdasarkan majority kekalahan mereka di dalam PRU 12 bakal berdepan dengan tokoh agama lulusan Mesir itu.

Selain menjadi penasihat agama kepada MB Pahang, Syed Ibra adalah anak tempatan dan memegang jawatan naib Ketua Bahagian Kuala Krau.

Demang yakin, rakan sekelas Demang semasa di SMK (A) Al-Khairiah Temerloh itu adalah pilihan terbaik untuk orang Kerdau.

hukum pelajar tak kenang budi

Imbas kembali PRK Tenang, terbukti masih ramai pegawai kerajaan yang menyokong pembangkang. Demang lihat laporan blog Angin Perubahan (http://anginperubahan.blogspot.com/2011/02/pelajar-pro-pembangkang-kuasai-um-dan.html) bahawa di UM dan UKM pilihanraya di situ memperlihatkan sokongan yang lebih besar pada pihak pembangkang.

Biasanya Demang akan berlapik dan beralas dalam mengemukakan pandangan. Namun kali ini Demang mohon maaf kerana tidak mempunyai cukup masa untuk berbuat seperti itu

Dalam masa yang terbatas ini Demang Cuma nak katakan bahawa semua kakitangan dan pelajar yang menyokong pembangkang hendaklah diambil tindakan tegas kerana telah mengkhianati kerajaan yang menyara mereka.

Banyak mekanisme yang boleh digunakan bagi mengenalpasti manusia-manusia yang tidak mengenang budi dan masih tidak mahu mengerti pengorbanan pemimpin sebelum ini melalui UMNO.

Demang tegaskan, jika tak kerana pemimpin Melayu berjuang melalui UMNO sehingga mencapai kemerdekaan, bagaimana mungkin mereka mendapat nikmat sebagai kakitangan awam dan pelajar university?

Jika tidak bersetuju, sila keluar daripada institusi tersebut dan carilah pihak lain bagi meneruskan cita-cita mereka.

Jika tidak faham, dapatkan maklumaat sebenar tentang keadaan politik negara. Jangan main ikut sahaja!

Demang percaya, selagi para kakitangan dan pelajar tersebut tidak dihukum, mereka akan terus ketawakan kita.

Ada masa berlembut, ada masa kenalah berkeras sikit. Bukan susah sangat nak kenal pasti siapa penyokong dan siapa yang mengundi pembangkang.

Jangan tunggu DAP menang dalam PRU 13 baru nak terngadah!


Monday, February 21, 2011

Pengumuman Merlimau: di Makam Tun Teja


Tanya seseorang: "Adakah Hang Tuah pernah wujud?" 
Balas Demang: "Bagaimana dengan Tun Teja? Bagaimana makamnya boleh berada di Merlimau?"


Ceramah Perkasa:  Membongkar Rahsia Pengkhianat Melayu/Islam
Tarikh: 22.2.2011 (selasa)
Masa: 8.30pm
Lokasi: Pengkalan Samak, Merlimau (berdekatan makam Tun Teja)
Penceramah: Dato'Ibrahim Ali

Merlimau: UMNO akan bawa masuk 5000 pelajar


Walaupun blog Waadat dianggap pro kerajaan namun Demang Lebar Daun tetap berpegang pada kebenaran.

Lantas yang benar tetap benar dan yang salah tetap dikatakan salah.

Berita sahih yang Demang terima ialah UMNO akan membawa masuk 5000 pelajar ke Merlimau dan ini tidak termasuk berapa ramai lagi kakitangan kerajaan serta kaum keluarga mereka.

Najib sendiri dalam kunjungan ke Merlimau baru-baru ini mengakui secara terbuka perkara tersebut di hadapan ribuan penduduk Merlimau.

Justeru Demang memberi amaran kepada rakan-rakan blogger pembangkang, sebarkan perkara ini segera sebab jika ia  berlaku, pakatan pembangkang akan kalah teruk!

Ya, apabila UITM Merlimau siap nanti kira-kira 5000 pelajar Melayu akan belajar di sana. Ratusan kakitangan akan diambil bekerja seterusnya mewujudkan industry hiliran yang akan menghasilkan lebih ramai usahawan baru serta melonjakkan usahawan sedia ada.

Turut terlibat sama ialah para peniaga kecil termasuk warung dan restaurant.

Masya-Allah, jahatnya UMNO!

Sunday, February 20, 2011

Ali Rostam 'punctual'

Ketika berkunjung ke Merlimau tadi Demang singgah di sebuah warung. Biasalah, sambil menyelam minum air. Sambil melihat-lihat suasana 'raya' singgah minum air.

Kalau sebuah kampung di Sarawak pun boleh bercakap tentang Merlimau sekarang, takkan lah orang Merlimau nak bersembang pasal bola sepak atau buah durian, ye tak?

Maka bersahut-sahut lah bicara politik di setiap pelusuk Merlimau. Begitulah suasana dalam warung itu.

Dalam banyak-banyak cerita tiba-tiba, terpacul satu ayat yang membuatkan Demang tersentak.
"... Datuk Ali memang 'punctual'.

Demang percaya ramai yang senyum sinis kalaupun tidak mencemik membaca kenyataan ini. Demang pun hampir-hampir begitu.

Namun Demang sempat berfikir sejenak dan mengimbas peribadi KM Melaka itu.

Semua orang tahu bahawa kelemahan utama Ali Rostam ialah selalu lewat tiba di majlis rasmi. Sehingga timbul satu pantun dua kerat, 'ikan keli ikan limbat, Datuk Ali selalu lambat.'

Namun ramai yang tidak tahu bahawa belisu lewat kerana melayan rakyat atau orang kampung yang ingin berjumpa tanpa temu janji.

Dan ramai yang tidak tahu bahawa dalam hal berkaitan rakyat marhaen, beliau akan datang tepat masanya.

Pensingaporean Malaysia (3): PAS dan PKR pembuka pintu

Anwar: Bangsa Melayu tidak lagi relevan digunakan sebagai Bangsa Peribumi

Ketika Demang sedang menulis tentang agenda DAP menjadikan Malaysia sebagai Singapore II, rupa-rupanya kecoh dengan kenyataan SU PKR dan MA PAS yang bergerak lebih terbuka dengan mengisytiharkan bahawa parti masing-masing menolak perjuangan Melayu di Malaysia.

Demang peringatkan bahawa dalam konteks Malaysia, perjuangan Melayu adalah perjuangan Islam. Rujuk Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 dan semak Perlembagan UMNO. Kemudian lihat pula kedudukan UMNO dalam BN. Anda juga perlu faham perkara tersirat di sebalik kedudukan tertinggi raja-raja Melayu dalam struktur pentadbiran negara.

Lihat kenyataan berikut:
“Konvensyen yang diadakan di Shah Alam semalam bukan sahaja kontroversi dengan kenyataan Nik Aziz yang menghina dan mencerca Bangsa Melayu, malah ianya dikejutkan lagi dengan ucapan Setiausaha Agung PKR, yang mengakui bahawa PKR kini tidak akan memperjuangkan kepentingan yang berkaitan dengan Bangsa Melayu. Seorang Crew yang terlibat dengan berani meminta penjelasan kepada Saifuddin mengenai kenyataan beliau di dalam ucapannya itu selepas selesai Majlis. Beliau dikatakan menjelaskan bahawa perkara ini disahkan sendiri oleh Anwar. Bagi Anwar, Bangsa Melayu tidak lagi relevan digunakan sebagai Bangsa Peribumi. Bila ditanya soal mempertahankan Perlembagaan, dengan selamba Anwar mendakwa dapatkan kuasa terlebih dahulu, kerana kuasa mampu mengubah Perlembagaan.” (http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/02/saifuddin-nasution-akui-pkr-gadai.html)

Jika semalam kita berkenalan dengan Mastermind dan keldai pensingaporean Malaysia, maka kali ini kita mengenalpasti dua orang pembuka pintu kemasukan todak-todak daripada Singapura bagi mengambil alih pentadbiran Putrajaya!

Perlu diingat, ketika Dinasti Lee memerintah Malaysia nanti (selepas PRU13), Anwar Ibrahim si Keldai Politik cuma mampu melihat dari dalam kurungannya di Sungai Buluh manakala si Nik Aziz si Pembuka Pintu Negara mungkin teresak-esak menangis kerana tidak menyangka diperbodohkaan dengan mudah oleh DAP di hujung usianya.

Nota Merlimau:
AWAS: PAS sedang memasang strategi ‘undi simpati’ daripada orang Merlimau.

Nota Kerdau:
Jika PAS meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man, maka lawan terbaiknya ialah Ustaz Syed Ibrahim yang sepatutnya sudah menjadi wakil rakyat di situ (2008) tetapi memberi laluan kepada allahyarham penyandang sebelum ini.

Saturday, February 19, 2011

Pensingaporean Malaysia (2): siapa keldai politik?

Istilah keldai dadah kini sudah  tidak asing lagi dalam media tempatan. Ia merujuk pada individu yang dieksploitasi rangkaian pengedaran dadah antarabangsa bagi memindahkan dadah dari satu negara ke negara yang lain.

Keladai dadah tidak dipaksa untuk melakukan tugas itu sebaliknya melakukan dengan rela hati kerana diumpan pelbagai tarikan.

Antaranya ialah melalui wang dan cinta. Itulah sebabnya ramai anak gadis dan wanita yang terlibat mmenjadi keldai dadah setelah dilamun cinta dengan warga asing.

Melalui factor wang, siapa yang tidak tertarik dengan ganjaran kemewahan melalui tugas yang Nampak mudah itu? Malah dapat pula melancong ke serata dunia dengan perbelanjaan ditanggung beres?

Apatah lagi bagi gadis yang datang daripada keluarga susah. Peluang hidup mewah begitu memang sukar untuk ditolak.

Melalui factor cinta, mangsa dikhayalkan dengan janji manis dan kemudiannya terjerat apabila kekasih yang dipuja meminta pertolongan menghantar ‘barang’ kepada seseorang di luar negara.

Lama kelamaan, pertolongan bertukar menjadi tugasan yang tidak boleh ditolak sehinggalah si gadis tertangkap.

Dan sang pemikat akan mencari gadis atau wanita penasaran  lain untuk dijadikan keldao dadah mereka.

Jika dulu Demang menyebut tentang peranan hulu kapak dalam menumbangkan sebatang pokok besar, maka peranan keldai politik bagi membawa misi dan visi politik global juga amat penting.

Penjajah bentuk baru akan mencari keldai-keldai yang kesempitan wang atau terancam dengan masalah pribadi ataupun sedang mencari sokongan untuk mencapai impian peribadi bagi membawa hasrat mereka menakluki sesebuah negara.

Dalam isu pensingaporean Malaysia yang Demang ketengahkan, keldai-keldai politik memang amat diperlukan.

Jika kelmarin Demang paparkan ‘mastermind’ dalam pensingaporean Malaysia, kama hari ini kita berkenalan dengan keldainya pula.
Bekas TPM yang terlibat dengan pelbagai skandal memang berpotensi menjadi keldai politik bagi menjayakan misi dan visi pensingaporean Malaysia.

mastermind



Friday, February 18, 2011

Merlimau: bersetuju dengan Mahfuz

Mahu tidak mahu Demang terpakasa mengakui kebenaran kenyataan Mahfuz, Naib Presiden PAS bahawa PRK Merlimau hanyalah ujian kepada PAS bagi menghadapi PRU-13.

Sesungguhnya semasa dalam latihan, memang tiada kemenangan. Pernahkah anda mendengar sesebuah pasukan diisytiharkan sebagai juara hanya melalui sesi latihan?


UMNO tak anggap PRK Merlimau sebagai medan main-main sebab kita sedang berhadapan dengan program perdana 'Pensingapurean Malaysia' yang sedang giat dijalankan.

Barangkali PRK Merlimau adalah sesi latihan bagi PAS agar bersedia menerima kekalahan teruk dalam PRU-13.

Sedangkan dibantu PKR dalam keadaan UMNO sedang lemah (PRU-12) PAS cuma mampu raih 23 kerusi, bagaimana pula dalam keadaan sekarang iaitu PKR ibarat lembu tua yang sedang menanti masa untuk disembelih?

Lembu tua bukan untuk dimakan. Cuma nak ambil belulang untuk dijadikan gendang.


Nota Merlimau: sasaran UMNO Merlimau bukan sahaja untuk menang bahkan untuk menarik seramai yang boleh penyokong bagi menghalang program pensingaporean Malaysia tajaan Lee Kuan Yew.




http://pilihan-anda.blogspot.com/2011/02/pungkoq-hang-awal-awal-lagi-dah-bagi.html

Thursday, February 17, 2011

Pensingapurean Malaysia (1)

mastermind

Kelmarin, Demang bersama penduduk kaum India di Merlimau. Program malam itu agak ringkas iaitu menayangkan video pemusnahan Kampung Pala Pulau Pinang oleh kerajaan DAP

Alhamdulillah. Allah Taala menayangkan kepada kita satu persatu  rupa sebenar DAP apabila mendapat kuasa.

Demang katakan Alhamdulillah kerana cuma Pulau Pinang yang dikuasa DAP. Cuba bayangkan jika DAP menguasai kerajaan pusat dalam PRU12.

Jangan lupa bahawa DAP masih berpeluang dalam pusingan terakhir dalam PRU13 nanti.

Berbalik pada tajuk di atas, Pensingapurean Malaysia juga bermaksud mensingaporekan Malaysia atau dalam bahasa mudahnya ialah menjadikan Malaysia  serupa Singapura.

Bagi Demang peristiwa pemusnahan Kampung Pala adalah salah satu tindakan mensingapurakan Malaysia.

Nampaknya ia sedang berjalan lancar. Insya-Allah Demang akan paparkan satu persatu, dari semasa ke semasa dalam Waadat.

Mampukah kita menahan usaha parti stalite PAP itu?

Nota Merlimau:
Sekarang Demang bersama pemuda Merlimau yang sedang diberikan pendedahan tentang agenda mensingapurakan Malaysia. Demang percaya mereka akan bermati-matian mempertahankan Merlimau daripada jatuh ke tangan pembangkang.



Blogger Waadat akui Jasa Anwar Ibrahim



 Ketika Anwar dilucut semua jawatan dalam kerajaan, Wan Azizah bergegas menemui Dr Siti Hasmah.

Antara butiran rayuan Kak Wan ialah tak 'kanlah Anwar tiada jasa langsung sehingga dihukum begitu?

Namun Tun Hasmah memberitahu bahawa beliau hanya isteri PM dan keputusan dibuat AMT, bukan PM seorang diri.

Demang akui, Anwar juga sebagaimana pemimpin kita yang lain memang banyak jasanya terhadap negara. Mana-mana pemimpin dunia pun begitu termasuk Hosni Mubarak.

Perlu di ingat bahawa Anwar dihukum setelah semua peluang untuk membela diri dan mengundur diri diberikan seluasnya.

Namun Anwar tidak mengambil peluang tersebut sebaliknya bertindak menyerang semula.

Kenapa? Sebenarnya sebelum skandal dan rahsianya terbongkar, Anwar sudah mendapat respon bahawa kedudukannya dan penerimaan rakyat terhadapnya lebih tinggi daripada Tun Mahathir. Itulah sebabnya Anwar tidak mahu mengalah, tidak kira dia benar atau salah.

Namun di pihak kita sebagai rakyat, soal keamanan negara adalah paling utama. Kita tidak mahu ‘gajah sama gajah berjuang kancil mati di tengah-tengah’.

Justeru langkah terbaik yang patut diambil ialah meminta kedua-dua ‘gajah’ itu berundur.

Tun Mahathir menyahut seruan tersebut dan meletakkan jawatan selaku PM dan semua jawatan lain dalam kerajaan. Bahkan jawatan presiden UMNO dan pengerusi BN.
  
Bagaimana dengan Anwar?

Seolah mengulangi perjanjian Muawiyah-Ali, Anwar melihat pengunduran Mahathir sebagai peluang untuknya menjadi Perdana Menteri.

Ternyata Anwar bukan pejuang tetapi petualang kerana rela melihat politik negara kucar kacir dan membuka peluang kepada kaum lain menekan kerajaan melalui permintaan yang bukan-bukan.

Jika DAP menguasai Malaysia selepas PRU13 maka Anwar wajar membunuh diri sebelum ia dibunuh oleh orang Melayu sendiri!!!

kos guaman naik 400 peratus




"Ok, satu soalan you tanya, RM80. Itu untuk soalan saja. Saya tak perlu jawab. Kalu mau saya jawab kalu, RM120. Tapi belum tentu betul. Kalu mau saya jawab yang betul, You bayar RM180. Itupun belum berap confirm la. Kalu mau gerenti kalu, lu, eh You byr RM240... bla... bla....RM... RM...bla... RM... RM... bla... bla... RM.."





“KUALA LUMPUR 16 Feb. - Yuran guaman dijangka meningkat sehingga 400 peratus berikutan banyak sistem baru diperkenalkan oleh mahkamah termasuk memendekkan tempoh perbicaraan sesuatu kes."


Banyak persoalan timbul dalam batu jemala Demang waktu mendengar berita ini melalui radio pagi tadi.

Rupa-rupanya salah satu sebab perbicaraan menjadi panjang ialah kerana peguam juga, bukannya salah pihak mahkamah dan kerajaan sebagaimana yang digambarkan selama ini.

Demang tak mahu menuduh para peguam mata duitan tetapi siapa sahaja di dunia ini tahu bahawa peguam memang bergaya dan nampak mewah. 


Coda:
"ramai peguam yang bekerja tiga hingga empat tahun menjadi muflis apabila syarikat guaman yang mereka sertai sebagai rakan kongsi menipu mereka melibatkan jutaan ringgit" (Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan)

Komen Demang: kalau dah peguam pun menipu sesama peguam, bagaimana dengan kita?

Wednesday, February 16, 2011

Saiful diliwat atau cuma cubaan?

Wah, setelah terasak dengan pelbagai bukti dan saksi kini timbul keraguan baru dalam kes Anwar-Saiful iaitu adakah Saiful benar-benar diliwat atau belum?

Lihat AIDC membuat kupasan sambil memaparkan kaitan dengan kunjungan ke AS baru-baru ini.

Lihatsini

Lagi Blogger isytihar keluar daripada PKR

Blogger CMK (kiri) dan MSK (kanan)


Seorang demi seorang blogger meninggalkan PKR termasuk yang mempunyai nama besar seperti Mahafiraun, dan Kickdefella.

Terbaru, dua blogger popular pembangkang iaitu Blogger ‘Ikut Suka Aku’ dan 'Mat Saman Kati' (MSK) mengisytiharkan keluar daripada PKR.

klik sini

video KM DAP PP bohong gerai Melayu diroboh


DAP Pulau Pinang mendakwa gerai-gerai yang diroboh dimiliki warga asing. Terbukti bahawa ia milik 20 peniaga Melayu, 3 Cina, 1 india, dan 1 sahaja kepunyaan warga asing.

Lihat video di sini

Perjumpaan luar biasa PKR di Merlimau



Kalau 15-20 tahun dahulu semasa Demang di Jengka, tak sampai 20 peratus peneroka yang berkereta.

Uniknya kereta-kereta yang ada bukan sahaja uzur bahkan 99 peratus adalah kereta terpakai. Nombor pendaftarannya juga bermula dengan huruf yang berbagai-bagai. Ada plat Selangor, Johor, Perak, Kedah, dan lain-lain. Malah Sabah pun ada.

Apa pun nombor pendaftarannya, pemiliknya tetap orang Pahang. Maksud Demang, peneroka yang menetap di Pahang. Dalam konteks pilhanraya, mereka adalah pengundi di situ.

Itu kesah 15-20 tahun dulu. Sekarang tidak lagi. Ramai yang sudah mampu membeli kereta baru menggunakan nombor pendaftaran tempatan.

Bagaimana keadaan di Melaka 2011? Jika anda orang Melaka dan/atau menetap di Melaka anda akan sedar bahawa kebanyakan orang Melaka menggunakan kenderaan dengan nombor pendaftaran Melaka.

Demang bukan nak menyinggung perasan orang negeri lain tetapi Demang lihat orang Melaka memang lebih kukuh pendapatan mereka berbanding negeri lain.

Justeru Demang agak hairan, kenapa kebanyakan kereta yang berada di tapak ceramah Anwar Ibrahim di Merlimau tadi menggunakan pendaftaran luar seperti Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah?

Sebagaimana posting Demang sebelum ini, malam ini semua bilik gerakan komponan BN mengadakan perjumpaan dan program bersama penduduk setempat.

Nampaknya program ceramah Anwar tadi lebih pada perjumpaan ahli PKR dari seluruh negara yang sengaja dibuat di Merlimau!




Tuesday, February 15, 2011

live Merlimau: Anwar menangis

Siapa yang tidak terharu kaum sendiri dibohongi Anwar?

Ulasan video oleh wakil sebuah NGO menambah benci masyarakat India kepada Anwar dan DAP serta sekutu mereka


Sebentar lagi Anwar Ibrahim akan berucap di Ayer Merbau Merlimau.

Sekali lagi pembangkang melanggar peraturan pilihanraya dengan berkempen secara terbuka di luar waktu berkempen.

Namun dua jam sebelum itu bilik-bilik gerakan seluruh Merlimau telah dan sedang menayangkan video-video yang memaparkan tingkahlaku Anwar.

Antaranya ialah video Anwar berpura-pura sakit dengan leher berbalut. Namun sebaik tiba di biliknya, cctv merakamkan Anwar yang sebenarnya tidaklah seteruk yang dilihat ketika di hospital tadi.

Di bilik gerakan MIC pula ditayangkan video peristiwa Kampung Pala. Isu yang bukan sahaja amat sensitive kepada kaum India malah Demang sendiri hamper menitiskan airmata.

Walaupun tayangan-tayangan tersebut di buat secara tertutup bagi mematuhi peraturan SPR namun oleh kerana ia dibuat merata tempat, Demang percaya impaknya amat besar.
Demang percaya, kalaupun Anwar berdegar-degar berucap nanti, khalayak akan senyum sinis sahaja.

Sebenarnya Demang dah ingatkan banyak kali bahawa Anwar tak perlu datang ke Merlimau kalau sekadar nak tunjuk yang dia berani datang.

paksa anak minum racun

“Dua beradik perempuan maut dipercayai dipaksa minum racun oleh ibu kandung di rumah mereka di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, malam tadi.” (BH SMS)

Masya-Allah. Apa nak jadi dunia hari ini?

Buang bayi, bunuh diri, bunuh  bini, bunuh laki, dan bunuh anak kandung sendiri!

Nak katakan bodoh, semua dah cerdik-cerdik belaka. Nak kata jahiliyah, seruan Islam sudah disampaikan sepenuhnya oleh Rasulullah.

Nak kata tidak tahu, Allah Taala sudah mengilhamkan kepada manusia pelbagai teknologi agar semua maklumat tentang Islam diketahui semua manusia.

Bagi Demang, apapun bangsa mahupun agama pelaku perbuatan keji tersebut, para umara’ dan ulama’ lah yang bertanggung jawab sebab itu adalah tanggungjawab mereka.

Sayangnya (kalaupun bukan ‘malangnya’), umara’ dan ulama’ di Malaysia(hatta di dunia) gagal bersekutu bagi mencari kaedah terbaik berpandukan Al-Quran dan hadis.

Lebih malang lagi di Malaysia ini masih ramai ulama’ yang cuma mahir membangkang berdasarkan ‘itu tak betul’, ini tak betul’, semua tak bettul!

Mala mini Demang nak ke kawasan pertempatan kaum India berjumpa dengan rakan-rakan kaum India di sana.

Tunggu posting Demang selepas jam 11.00 malam ini untuk perkembangan semasa PRK DUN Merlimau.


Perbicaraan Anwar: Saiful dakwa dipaksa seks oral


KUALA LUMPUR, 14 Feb – Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau mengambil palitan spesimen dari tekak dan lidah Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas lelaki itu memberitahunya yang dia telah dipaksa melakukan seks oral oleh “seorang tokoh berprofil tinggi”.
Ketika disoal balas oleh peguam S. N. Nair kenapa beliau mengambil spesimen dari dua tempat berkenaan, Dr Siew berkata apabila beliau merekodkan sejarah kejadian itu daripada pesakit, selain memberitahu beliau yang dia telah diliwat, pengadu juga mendakwa dia diminta melakukan aksi tersebut.
Kata Dr Siew, Mohd Saiful juga memberitahunya yang dia tidak boleh duduk selama dua hari akibat perlakuan seksual yang tidak direstuinya itu.
Ditanya tentang keadaan Mohd Saiful ketika pengadu pertama kali menemui beliau, Dr Siew berkata dia berkeadaan tenang, manakala dua lagi pakar lain melakukan pemeriksaan perubatan terhadapnya.
Menjawab soalan Nair sama ada beliau mencatatkan nota tentang latar belakang keluarga Mohd Saiful, ahli patologi itu berkata beliau tidak berbuat demikian secara khusus kerana mindanya bertumpu terhadap dakwaan yang dibuat pengadu.
“Dia juga tidak menunjukkan sabarang tanda sebagai seseorang yang mengalami masalah psikiatri, dia agak tenang, memberi kerjasama dan bersopan,” kata Dr Siew.
Dr Siew berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaran Ketua Pembangkang, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Menjawab soalan Nair kenapa keterangan yang diberinya bercanggah kerana laporan yang disediakannya pada 13 Julai 2008 menyebut bahawa tidak ada penemuan klinikal tentang berlakunya penusukan, tetapi menyatakan sebaliknya apabila berada di kandang saksi, Dr Siew berkata laporannya itu adalah lebih berdasarkan pada penemuan klinikal dalam keadaan ketiadaan laporan ahli kimia.
Bagaimanapun, Dr Siew bersetuju dengan Nair bahawa beliau telah memberitahu seseorang tentang penemuan awalnya itu.
“Saya hanya maklumkan perkara itu kepada polis dan tidak kepada sesiapapun dari HKL, dan saya memberitahu mereka bahawa ia hanyalah beberapa kecederaan pada bahagian anus mangsa,” kata Dr Siew.
Ahli patologi itu menolak pandangan Nair bahawa beliau bersikap berat sebelah dalam laporannya setelah mengambil sebahagian daripada laporan ahli kimia ketika menyediakan laporan itu.
“Anda bersikap memilih apabila hanya menyebut tentang fakta yang bersifat prejudis terhadap anak guam saya dan menyembunyikan sesuatu yang menyebelahinya,” kata Nair.
Nair memberitahu mahkamah bahawa laporan ahli kimia itu menyebut tentang kewujudan DNA dua lelaki dan ahli patologi itu bergantung sepenuhnya pada laporan berkenaan.
Nair: Anda bergantung pada laporan yang mempunyai kecacatan (laporan kimia) sebelum membuat kesimpulan bahawa tidak berlaku penusukan?
Dr Siew: Tidak bersetuju. Saya lebih bertumpu pada bukti kukuh mengenai serangan seksual seperti yang didakwa oleh pengadu.
Nair: Anda amat bersikap berat sebelah, pro polis dan tidak bebas?
Dr Siew: Tidak bersetuju sepenuhnya.
Nair: Anda telah diberi taklimat oleh pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira bahawa “tokoh berprofil tinggi” yang didakwa oleh Mohd Saiful itu ialah Anwar?
Dr Siew: Ya, pegawai itu memberi taklimat kepada kami bahawa beliau ialah Anwar, tapi kami tidak bersikap berat sebelah dalam melaksanakan tugas kami.
Nair: Selalunya, berapa lama masa yang diambil jabatan anda untuk menerima laporan daripada ahli kimia?
Dr Siew: Lebih sebulan dan dalam sesetengah kes, hingga tiga bulan.
Nair: Dalam kes ini ia hanya mengambil masa tujuh hingga lapan hari sahaja, bukankah ini super cepat?
Dr Siew: Ia memang cepat, tapi bukan super cepat.
Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Dr Siew berkata Mohd Saiful tidak pernah mengadu kepada beliau tentang sebarang objek plastik yang dimasukkan ke dalam anusnya.
Kata Dr Siew walaupun DSP Judy hadir ketika pemeriksaan perubatan dijalankan, pegawai itu tidak pernah mengarah atau campur tangan dalam tugas beliau.
Menjawab satu lagi soalan oleh Nordin, Dr Siew berkata spermatozoa boleh kekal hingga 46 jam pada bahagian anus dan selama 65 jam di dalam rektum.
Sementara itu, pakar penjagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan mengesahkan bahawa Mohd Saiful berada dalam keadaan tenang ketika beliau membuat pemeriksaan terhadapnya.
“Dia memberitahu saya yang dia mengambil masa untuk membuat pendedahan tentang serangan seksual yang berlaku terhadapnya dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakannya itu,” kata Dr Khairul apabila disoal balas oleh Nair.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah disambung pada Rabu – bernama


Kutipan:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)