Medan Ikan Bakar Terapung Umbai Melaka
Ini negara demokrasi. Justeru sesiapa sahaja boleh bergerak ke mana sahaja.
Kali ini Merlimau pula. Mahu tidak mahu pekan kecil ini akan diserbu para pemain politik dari seluruh negara, dari Perlis hingga ke Sabah.
Orang Merlimau sebagaimana adatnya orang Melaka sentiasa mengalu-alukan ketibaan para tetamu. Itulah kunci kegemilangan empayar Melaka 500 tahun dahulu sebagai kota kosmopolitan.
Orang Melaka memang ramah. Demang katakan begitu sebab Demang adalah anak dagang yang kini menetap di bumi bertuah ini.
Salah satu destinasi yang menarik di Melaka ialah Medan Ikan Bakar Terapung yang terletak di Umbai. Jika anda ingin ke Merlimau melalui Melaka, anda akan melaluinya.
Singgah le…
Sebentar tadi Demang melalui kawasan tersebut dalam perjalanan ke Merlimau. Sempat singgah minum di sebuah warung dan berbual dengan beberapa penduduk di situ.
Hasil tinjauan rambang beberapa hari ini, Demang nasihatkan penyokong PKR agar lebih baik tidak mendedahkan identiti anda jika ke Merlimau sebab kebanyakan yang Demang temui amat meluat dengan Anwar Ibrahim.
Demang rasa paling jauh Anwar boleh sampai ialah di medan ikan baakar Umbai ini sebab tempat itu di luar DUN Merlimau.
Begitupun, Anwar perlulah menyamar sikit. Takut orang kenal. Tentulah tidak manis jika bekas TPM dihalau atau dilayan dengan kasar.
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
2 comments:
Idea for blogger Salam ziarah chegu Man... Ok tak idea tersebut? SIla beri pandangan... terim kasih
salam bro. warung mana yg bro singgah minum tu dan orang kampung mana yang sempat bro berbual. Aku pun orang Merlimau gak tapi tak ada le sampai benci seseorang macam tu sekali.... Setakat kpg datuk nawar dan pekan merlimau tak usah lah nak temberang lah.....
Post a Comment