Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, November 28, 2018

Standby


Salam. Nak share sikit pasal minyak yg ramai org panggil minyak ajaib terutama di sarawak. Ni yg orang kata produk rakyat. Serbaguna. Harga patut sangat. Tambah² zaman kena jaga budget ni. Ada banyak saiz. Paling rendah, rm10. Yang free pun ada. Sebab apa elok beli siap² standby? Biasanya sakit² ni byk jenis. Ada yg kena rawat serta merta macam sakit gigi, sakit perut, luka, kena sengat. Kena je, terus sapu. Ada yang maintain macam sakit kepala, lenguh², sakit dada, atau lelah. Ada lak sakit yg datang sekali sekala macam terseliuh, bengkak, bisul, gatal², dan sakit tengkuk. Ada yg jarang² kena tapi bahaya macam denggi, kencing tikus. Buasir pun elok. Untuk bayi, selesema, atau batuk beli lambat sikitpun takpe. Tapi mmg bagus. Ramai sembuh luka kencing manis. Oh ya, anak² kat asrama elok ada. Rm10 je, tapi khasiatnya banyak. Try google, minyak morha atau minyak morhabshi. Yang tau, tau la.

Sunday, November 18, 2018

Myrrh muncul kembali

universiti al azhar mesir


Mesir. Kenapa kita hantar pelajar ke universiti² di mesir?

Ya, kerana tradisi keilmuannya.

Universiti al-azhar di cairo mesir adalah antara pusat pengajian terulung di dunia.

Di tanah itu pernah berdiri kerajaan besar dinasti firaun.

Teknologinya hebat, namun musnah kerana angkuh dan sombong. Mereka bukan sahaja lupa pada tuhan bahkan keampuhan ilmu yang dikuasai menyebabkan firaun mendakwa sebagai tuhan.

Lama selepas itu, datang tamadun islam.

Mesir menerima islam kerana melihat islam jauh lebih baik daripada mesir yang pernah menduduki ketamadunan tertinggi namun akhirnya musnah.

Kita hantar pelajar ke sana kerana negara itu memiliki khazanah ilmu merentasi pelbagai bidang. Mereka memiliki pengalaman ketamadunan bangsa yang begitu cemerlang.

Selain mesir banyak lagi tamadun hebat pernah bertapak di tanah arab.

Salah satu kemanafaatan yang diperolehi dari sejarah mesir ialah perubatan. Dari catatan dan kajian ditemui sejenis resin dipanggil Myrrh yang berasal daripada perkataan arab 'mur' bermaksud pahit.

Myrrh bertebaran dari tanah arab menganjur ke afrika, termasuk mesir.

Semasa zaman mesir, myrrh dinilai sama harga dengan emas yang sama timbangannya.

Di zaman Rome, tenteranya dibekalkan myrrh ketika ke medan perang. Ia digunakan bagi merawat pelbagai penyakit termasuk luka, penyakit berjangkit, virus, dan lain².

Myrrh kemudiannya terpendam dengan kehadiran dadah dan kimia dalam perubatan modern yang dilihat lebih cepat memberi kesembuhan.

Namun akhirnya ternyata perubatan modern didapati meninggalkan kesan sampingan pada manusia.

Kini myrrh muncul semula menjadi pilihan. Semakin banyak kajian di seluruh dunia tentang myrrh.

Di malaysia, myrrh dirumus bersama herba tempatan bagi memberikan kesan yang lebih baik.

Alhamdulillah. Ribuan pesakit telah mendapat manafaat apabila myrrh diketengahkan semula pada masyarakat.

2 pilihan minyak morha

Wednesday, November 7, 2018

PAS ganti UMNO

Hampir setiap kawasan pertempatan ada PASTI. Orang UMNO pun ramai yang hantar anak² ke situ kerana kualitinya. Saya tak kata tadika lain tak bagus tapi anak bongsu saya di PASTI sudah hafal surah almulk dan 17 hadis. 

Jom baca kutipan dari wikipedia berikut:

"Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari Kelantan sejak tahun 1988."

Kenapa Demang paparkan perkara ini?
Kata imam ghazali, mendidik anak pada usia 6 tahun seolah memahat di atas batu.
Berdasarkan selitan di atas timbul beberapa pertanyaan:
Sudah berapa ramai anak² yang telah dipahatkan pada pemikiran dan hati mereka tentang perjuangan pas dan kini ramai yang telah dewasa?
Maka tidak hairan kita lihat pas semakin kukuh.

Memang dalam PASTI tidak diajar tentang pas tapi apabila dewasa mereka tahu dari mana mereka dapat pendidikan awal.


Beberapa PRK mutakhir walaupun pas tewas namun sokongan terhadap PAS tercatat ketara.
Anak² PASTI sejak 1988 sedang memasuki dunia politik negara.

Maka bagi Demang jika nak diperkukuhkan penyatuan ummah, lebih baik melalui PAS. Tunjangnya kejap jauh ke dalam tanah dan disokong akar yang menjalar di permukaan bumi..

Umno? Jasa parti keramat itu terlalu banyak. Namun makin ramai yang menganggap ia sudah hampir ke garis penamat. Ia bukan sahaja diserang dari luar bahkan dari dalam.

Itu belum dikira yang dah tak berminat dan yang tidak mahu lagi terlibat.

Sebaliknya kekuatan akar umbi PAS semakin bertambah serta orang ramai yang semakin berminat dengan perjuangan Islam, diam² memberikan perhatian.

Makin ramai yang bersuara tentang penyatuan Islam. Pemimpin nak tunggu bila lagi?

Tuesday, November 6, 2018

Sumber pendapatan lim guan eng


Dalam kawasan yang sama, ada dua jenis rumah berbeza. Harganya? Penduduk rumah² di atas bekerjasama mencipta peluang demi peluang baru. Bangsa yang tinggal di perumahan di bawahnya tak habis² berkelahi sesama sendiri berebut peluang yang ada.

Antara dua darjat tapi tinggal di negara yang sama. Lori merah itu pun entah siapa punya. 

Dilaporkan Lim Guan Ng selaku menteri kewangan berada pada kedudukan gaji tertinggi dalam kabinet iaitu rm85k.

Demang tertanya² adakah beliau kini tiba² menjadi kaya atau memang sejak dulu beliau sudah ada pendapatan yang banyak?

Kalau dilihat pada pendapatan majoriti orang cina yang ada nama (baca berpengaruh) seperti Lim guan eng, maka rm85k itu bukan lah besar sangat.

Persoalan kedua dalam kepala Demang ialah bagaimana dengan sumber pendapatan lim guan eng sebelum jadi menteri. Adakah masih ada? Atau telah diserahkan pada orang lain? Siapa pemegang amanah itu?

Bagaimana pula dengan menteri lain seperti wan azizah, anwar ibrahim, saifudin nasution dan lain² yang dulu tiada pekerjaan? Dari mana sumber kewangan mereka selama ini?

Reformasi memakan masa 20 tahun. Bukan sedikit perbelanjaannya. Jika dibiayai, siapa orangnya? Kenapa mereka sanggup bagi biaya?

Jika berniaga, apa terjadi pada syarikat tersebut setelah mereka memegang jawatan penting dalam kerajaan?

Demang cuma terkenang perkara ini memandangkan zahid hamid akan didakwa kerana menyalahguna wang yayasan yang ditubuhkan sendiri.

Demang tahu, di hujung tuduhan tersebut ialah dari mana zahid hamidi mendapat wang hingga mampu membina yayasan sendiri dan dari situ boleh membiayai pusat² tahfiz, sekolah pondok, dan lain² program keagamaan.

Agak² pimimpin kerajaan baru sekarang macamana? Sekali lagi Demang nak tanya, dari mana sumber mereka dulu dan apa jadi pada sumber² tersebut sekarang?


linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)