Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, May 30, 2013

Morhabshi kini di Brunei



Alhamdulillah. Akhirnya Minyak Morhabshi dapat terus dibawa masuk ke Brunei Darussalam atas daya usaha Hj Zaini yang memperolehi surat kelulusan pihak berkuasa Brunei.

Sebelum ini Minyak Morhabshi dibawa masuk secara persendirian iaitu melalui Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun yang lalu.

Untuk seterusnya, bagi melancarkan lagi pemasaran di Sabah, Sarawak, dan Brunei (yang mungkin melangkaui Filiphina dan Indonesia), kita akan melakukan pemasaran terancang dengan membuka cawangan khas berpusat di kuching Sarawak.

Selama ini ramai yang hanya tahu Morhabshi dalam bentuk perubatan. Sebenarnya, oleh kerana bahan ini begitu unik maka ia telah digunakan sebagai asas minyak wangi sejak tamadun purba Mesir, Rom, dan Yunani serta digunakan secara meluas dalam masyarakat Islam.

Justeru bagi membantu semua para agen Morhabshi menambah pendapatan, kita telah mengeluarkan enam jenis haruman (minyak wangi) berasaskan Morhabshi (Myrrh) manakala 13 lagi haruman sedang dalam proses adunan.

Morhabshi mensasarkan pengeluaran 60 jenis bauan lelaki dan wanita serta haruman untuk kenderaan, rumah, dan mandian.

Selain menggunakan resin morhabshi (myrrh), kesemua wangian ini turut mengalami proses 'ruqyah' sebagaimana Minyak Morhabshi iaitu dibacakan ayat suci Al-Quran dan doa tertentu menurut panduan sunnah waljamaah.

Semoga urusan kita dipermudah dan dimurahkan rezeki.

InsyaAllah.

Tuesday, May 21, 2013

Antara Robinhood, Panglima Nayan, Manik Baasha, dan Anwar Ibrahim


Petang Ahad semalam Demang menongkah adat apabila menonton sebuah filem Tamil dari A-Z.

Selain kerana kebetulan, Demang sebenarnya menyahut saranan sendiri iaitu jika mahu memahami corak pemikiran dan 'view' masyarakat semasa, semak perkara yang mereka suka.

Memantau media sosial seperti FB dan lain-lain adalah satu cara mengetahui corak pemikiran seseorang namun untuk memahami sesebuah masyarakat kita perlu menyemak sebanyak mungkin akaun-akaun individu untuk dicari kesimpulan. Ia bukanlah satu tugas yang mudah.

Sebelum ini Demang cadangkan satu kaedah yang dapat membantu kita memahami masyarakat ialah dengan turut membaca buku yang mereka baca iaitu buku-buku 'best seller'.

Selain itu, filem juga merupakan satu medium untuk kita memahami masyarakat massa.

Menggunakan filem sebagai sumber penyiasatan menerbitkan dua tadahan idea iaitu:

Pertama, filem adalah cerminan masyarakat semasa yang merangkumi kenyataan dan impian mereka. Penulis skrip dan pengarah bukan berimaginasi sendirian sebaliknya menyerap impian masyarakat dan memapar semula dalam bentuk kreatif.

Sesuatu filem hanya dapat diterima sekiranya terdapat persamaaan rasa antara penulis skrip (atau pengarah) dengan audiens.

Kedua, di samping memaparkan kehidupan masyarakat serta impian mereka, penulis skrip (atau pengarah) juga bertindak menggarap ideologi serta gagasan mereka bagi membentuk satu pemikiran baru pada khalayak.

Berbalik pada filem Tamil klasik lakonan Rajinikanth yang Demang tonton itu, biarpun ia bukan filem Malaysia namun apabila ia diterima di sini bermakna itulah cerminan masyarakat kita.

'Terdapat penerimaan yang baik' terhadap sesuatu filem bermaksud itulah gambaran perasaan dan impian sebenar penonton.

'Baasha' adalah watak seorang wira seakan Robin Hood. Dalam masyarakat Melayu kita ada Panglima Nayan namun Demang tak pasti berapa ramai yang pernah membacanya dan daripada jumlah tersebut berapa ramai yang masih hidup?

'Baasha' lahir daripada mimpi kaum marhaen yang dianiaya secara terang-terangan. Jika kaum Robin Hood dan Panglima Nayan ditindas secara tidak langsung oleh golongan feudal dan kapitalis, 'kaum Baasha' bahkan didera, diseksa, ditindas secara fizikal oleh kuncu-kuncu Anthony tanpa mampu melawan.

Ketika inilah muncul super hero yang dengan kegagahan luar biasa berjaya menewaskan para penjahat.

Keberanian dan kehebatan Baasha melimpah keluar dan segera menyedarkan ramai lelaki lain untuk bangkit melawan Anthony. Dari situ Baasha membentuk 'kerajaan baru' setelah kerajaan sedia ada bukan sahaja gagal membendung kebiadaban Anthony malah sebahagian besar anggota kerajaan termasuk polis dan menteri sebenarnya takluk pada pengaruh dan kuasa Anthony.

Suatu kebetulan yang amat menarik dalam filem ini ialah kebangkitan Baasha adalah tindak balas pada kematian sahabatnya bernama Anwar dan seluruh perjuangan Baasha adalah bagi meneruskan kesinambungan perjuangan lelaki tersebut.

Penerimaan audiens terhadap filem ini juga sedikit sebanyak dipengaruhi pelakon utama iaitu Rajinikanth yang digelar 'superstar' oleh peminatnya. Beliau lahir dalam keluarga sederhana rendah serta pernah bekerja sebagai buruh kasar dan pemandu lori.

Latar belakang tersebut dengan mudah menambat hati peminat yang merasakan sang adiwira adalah sebahagian daripada diri mereka sendiri.

Masyarakat di India memang diketahui cenderung mencampur aduk antara filem dengan dunia sebenar. Itu sebabnya pelakon terkenal mampu menjadi pemimpin politik dan pernah berlaku pawagam dibakar hanya kerana heronya mati di penghujung cerita.

Waadat adalah blog sosio-politik dan adalah janggal jika pembicaraan di atas tiada kaitan dengan politik negara.

Justeru Demang berpendapat, sebagaimana penonton di India, penonton di Malaysia juga sedang merindui seorang super hero yang mampu membantu mereka keluar daripada pelbagai kemelut kehidupan yang amat mencabar.

Barangkali satu ironi apabila menyebut 'kesusahan' di sebuah negara yang agak mewah seperti Malaysia. Malah ramai yang akan tidak bersetuju dengan Demang dalam perkara ini. Bahkan Demang sendiri akan mencerca diri sendiri jika menyamakan rakyat Malaysia dengan rakyat India.

Namun apabila timbul protes berterusan dan ia mendapat sokongan maka sudah tentu ada sesuatu yang belum beres. Berbeza dengan kekejaman Anthony yang nampak terang-terangan, kelemahan kerajaan kita sering dianggap sebagai persepsi.

Benarkah ia hanya persepsi? Tidakkah persepsi itu sebuah realiti? Jika majoriti masyarakat sudah hidup dalam mimpi maka yang mana satu kehidupan sebenar? Ketika tidur atau ketika jaga?

Bagi Demang apabila kebanyakan rakyat sedang tidur dan sedang bermimpi maka kerajaan wajar menjaga kebajikan tidur dan mimpi rakyat.

Robin Hood (kalau Demang tak silap) dan Panglima Nayan (Demang pasti) akhirnya mati di hujung perjuangan manakala Baasha kembali kepada kehidupan normal, mengadap realiti kehidupan.

Sebaik menutup ketiga-tiga cerita penglipurlara rakyat di atas, kita tersedar bahawa kehidupan tidaklah sempurna sebagaimana yang diimpikan. Demikianlah Baasha yang menukar kembali namanya ke nama asal dan melihat betapa kerajaan yang ada tidak perlu ditukar sebaliknya diperbaiki.

Kembali pada realiti di negara kita, PRU 2008 adalah satu gerakan besar-besaran bagi memaksa satu perubahan besar dalam jentera pentadbiran negara.

PRU2013 pula adalah semakan pada ketelusan dan kesungguhan kerajaan dalam menangani kehendak sebenar rakyat.

Berdasarkan keputusan undi rakyat, UMNO dilihat telah berjaya melakukan perubahan besar sebaliknya kecacatan terlihat jelas pada MCA. Gerakan ikut terbias kerana berada dalam Barisan Nasional.

Sebagaimana tulisan Demang sebelum ini, fenomena tsunami cina tidak perlu dirisaukan sangat kerana ia hanya berlaku dalam lingkungan mereka sahaja yakni sekitar 67 kerusi parlimen.

Yang perlu orang Melayu usahakan ialah pastikan setiap orang Melayu yang layak mendaftar sebagai pengundi melekukannya bagi memastikan 154 kawasan parlimen kekal milik mereka.

Anwar; samada Anwar dalam filem 'Baasha' mahupun Anwar di pentas politik Malaysia hanyalah alat atau pemangkin ke arah transformasi Malaysia.

Anwar bukan sahaja akan mati juga bahkan Anwar Ibrahim sebenarnya telah lama mati. Anwar Ibrahim yang ada sekarang hanyalah 'roh' yang digunakan oleh rakyat bagi menyampaikan hasrat sebenar mereka.

Sia-sia sahaja usaha membunuh kreadibiliti Anwar kerana bagi sebilangan rakyat, Anwar bukan seorang manusia tetapi sekadar alasan untuk menyuarakan kehendak mereka.

DS Najib dan seluruh jentera beliau perlu memahami benar-benar perkara ini. PRU ke 14 masih terlalu jauh bahkan ia belum pasti akan muncul. Gunakan tempoh yang ada bagi memperbetul keadaan.

Jangan beritahu rakyat bahawa Anwar tidak mampu memerintah kerana rakyat sudah lama tahu perkara tersebut. Anwar Ibrahim bukan muda lagi dan 90% rakan-rakannya sudah meninggalkannya untuk mengambil kedudukan baru yang lebih stabil bersama BN.

Kaum cina juga bukan bodoh untuk merampas negara ini secara tidak sah. Mereka tahu akibat yang akan menimpa jika mereka cuba mempermainkan orang Melayu.

Orang Melayu tidak banyak harta untuk disayangi berbanding orang cina. Justeru jika sampai satu tahap kesabaran, apabila yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang, orang cina lebih merasakan kerugiannya berbanding orang Melayu yang memang tiada apa-apa untuk dirugikan.

Bahkan selepas huru-hara, ada kemungkinan harta orang cina akan berpindah ke tangan orang melayu atau terus dirampas orang asing seperti kata pepatah; jong pecah yu kenyang.

Robin Hood, Panglima Nayan, dan Manik Baasha akan terus datang dan pergi. Mereka adalah adiwira atau superhero yang dirindui pada setiap zaman untuk rakyat menyalurkan keluh kesah.

Meski sekadar fantasi namun jika kerajaan yang memerintah gagal memahaminya, rakyat lebih rela berpindah ke neraka daripada berkongsi negara dengan orang yang sombong dan tamak.

Demang percaya, Najib Tun Razak mampu menjadi adiwira baru bagi rakyat negara ini kerana kemewahan seseorang pemimpin bukanlah alasan untuk dibenci rakyat.

Rakyat cuma mahukan hak mereka. Itu sahaja.

Friday, May 17, 2013

Fakta 154 vs 67 kerusi di parlimen


Kata orang; yang menang menulis sejarah, yang kalah menulis puisi.

Kata Demang; yang menang melakar sejarah, yang kalah boleh berpuisi tetapi janganlah berilusi.

Kempen PRU13 usailah sudah. Bahkan kabinet baru pun telah terbentuk. Proses memperkasa negara diteruskan lagi.

Rumah siap pahat berbunyi. Apa nak dihairankan. Dalam masyarakat melayu, pahat bukan untuk meruntuhkan rumah. Pahat adalah alat untuk mencantikkan rumah. Ia lebih lazim digunakan bagi membuat ukiran berbanding untuk membina. Demang rasa takkan runtuh rumah dek pahat dan tukul.

Negara kita yang tak seluas mana ini dibahagi pada 222 kawasan yang setiap satu diwakili seorang Ahli Parlimen.

Daripada jumlah tersebut, 154 kawasan mempunyai majoriti penduduk Islam manakala 67 bukan Islam. Menarik juga dicatat bahawa terdapat sebuah kawasan yang penduduknya terbahagi dua iaitu 50% Islam dan 50% bukan Islam.

Jika demikian, rakyat Malaysia sepatutnya tidak perlu risau apa-apa kerana kawasan sudah ditentukan sejak awal.

Di kawasan Islam, sepatutnya calon-calon yang diletakkan mestilah beragama Islam manakala di kawasan parlimen yang majoriti penduduk bukan beragama Islam, maka sudah pasti lah calon YB dari kalangan bukan Islam.

Justeru, apa nak digaduhkan sangat?

Jika semua pengundi cina menyokong DAP, maka yang kalah hanyalah MCA atau Gerakan. Orang Melayu tak rugi apa-apa.

Begitu juga jika semua orang Melayu memberi undi pada PAS, maka yang kalah adalah UMNO. Kalah atau menang, tetap orang Islam.

Namun untuk mengatakan tiada perbezaan langsung samada UMNO atau PAS tentulah tidak wajar. Yang paling penting diambil kira ialah dengan parti mana mereka berkawan (kalaupun bukan bersekedudukan).

Demang fikir cukuplah dulu untuk kali ini. Barangkali ada yang mahu membaiki tulisan ini. Apa salahnya kita bertukar pendapat secara santai. Pilihanraya pun lambat lagi.

Oh ya. Demang guna istilah bertukar pendapat dan bukannya berdebat. Bertukar pendapat bermaksud mungkin di akhir perbincangan, pendapat anda pula yang Demang pakai atau sebaliknya.

Menariknya, samada Demang ambik pendapat anda atau anda ambik pendapat Demang, ia adalah percuma :)

Artikal ini juga boleh dibaca di page facebook.com/titahdiraja

Thursday, May 16, 2013

GOMBAK!!! GEMPUR!!!: APA BEZA KITA DAN ANWAR IBRAHIM???

GOMBAK!!! GEMPUR!!!: APA BEZA KITA DAN ANWAR IBRAHIM???

Guru Singapura tak boleh sambut hari guru hari ini


Allah taala telah mentakdirkan manusia baru tidak diturunkan daripada langit, terbit daripada buluh betong, atau ditimbulkan daripada buih lautan.

Allah taala menghantar manusia baru melalui satu proses yang amat indah; bermula dengan pertemuan sepasang insan berlawanan jenis, menerbitkan perasaan cinta kasih, disalurkan restu daripada ibu bapa, diisytihar dan disahkan penguasa agama seterusnya dirai keluarga, sanak saudara bahkan seluruh masyarakat melalui majlis yang ceria.

Setelah proses tersebut selesai pun Allah taala masih belum menyerahkan manusia baru kepada bumi ini sehingga ia melalui satu persefahaman dan persetujuan khusus pasangan tersebut secara berdua-duaan tanpa campurtangan orang lain dalam hubungan penuh nikmat, saling memberi dan menerima.

Setelah itu Allah taala bertanya secara langsung pada calon manusia baru tersebut adakah ia mengaku bahawa Allah taala adalah penciptanya dan bersedia lahir ke dunia; dan setelah diakui barulah proses kelahiran dipersiapkan.

Pembinaan insan yang bermula dengan manusia bayi merupakan tanggungjawab total ibu bapanya melainkan jika Allah memutuskan kedua atau salah seorang daripada mereka perlu kembali kepada-Nya lebih awal. Jika demikian, tanggungjawab membesarkan bayi tersebut perlu diteruskan menurut susunan yang telah ditentukan.

Insan yang sempurna hanya terbina apabila keseimbangan tercapai dari segi rohani, intelek, emosi, dan jasmani tanpa ada dulu-kemudian antara keempat unsur tersebut.

Justeru mengambil kira keterbatasan ibu bapa dalam memenuhi keperluan di atas maka tugas dan tanggungjawab tersebut dibantu sebuah pasukan khas yang dilantik secara profesional.

Ibubapa, kerajaan, swasta, komuniti, dan sektor pendidikan saling bekerjasama membina anak manusia.

Di pihak kerajaan, satu kementerian khusus telah dibentuk dan kajian menyeluruh telah dilakukan bagi memilih kaedah terbaik bagi mendidik anak manusia yang berwarganegara Malaysia agar seimbang dari segi rohani, intelek, emosi, dan jasmani.

Maka pada 16 Mei 1956 jawatankuasa khas yang dibentuk untuk tujuan tersebut telah membentang satu dapatan dan kemudian diluluskan dengan dikenali sebagai Penyata Razak.

Bersempena tarikh tersebut, para guru yang menjadi pelaksana di peringkat akar umbi diberi penghargaan melalui peristiharan suatu tarikh khas yang disebut Hari Guru.

Selamat hari guru kepada semua yang terlibat dalam dunia pendidikan samada kakitangan guru mahupun bukan guru.

Hari ini hari guru yang wajar disambut segenap masyarakat kerana ia adalah proses penting dalam membina manusia untuk dunia dan akhirat.

Sekali lagi, selamat hari guru.

Friday, May 10, 2013

Azmin Ali akan keluar


Rasanya bukan Demang seorang yang telah menerima perkhabaran melalui sms bahawa Azmin Ali akan meninggalkan PKR esok (Jumaat).

Bagi Demang hanya ada satu alasan untuk Azmin kembali ke pangkal jalan: TAKDIR.

Ertinya, dari semua sudut lain ia adalah sesuatu yang mustahil.

Demang amat berharap andaian Demang ini salah.

Kepada yang masih berharap Azmin akan meninggalkan Anwar, Demang cadangkan, hentikanlah.

Namun Demang tidaklah sekeras tok guru Nik Aziz yang mahu meludah muka sesiapa sahaja yang berjumpanya bagi mencadangkan perpaduan UMNO-PAS.

Kita tinggalkan isu Azmin dengan muslihat politiknya. Kita jangan pedulikan Nik Aziz yang sudah meletakkan anakandanya sebagai pewaris.

Biarkan sahaja mereka merepek sebagaimana Anwar yang mengumpulkan lebih 40k penyokongnya malam tadi tanpa dapat memberi sebarang kesan pada kemenangan Najib.

Jika anda pernah mendengar peribahasa seperti anjing menyalak bukit maka himpunan tersebut adalah contoh terbaik.

Bagi Demang, lebih baik kita tumpukan pada kelangsungan negara kita yang masih jauh perjalanannnya.

PRU13 bukan sahaja telah selesai malah keputusannya pun telah diketahui. Sepaling tidakpun rakyat sudah tahu bahawa Najib akan terus menjadi PM untuk 5 tahun lagi manakala Anwar sekali lagi menggigit jari.

Ironinya, majoriti rakyat juga tahu bahawa hampir di semua negeri UMNO hanya menang tipis!

Hmm, dahi anda berkerut? Rileks. Demang sedar dalam kenyataan di atas Demang bersikap sinis terhadap semua pemimpin Islam di semua parti termasuk menyindir Najib yang cuma mampu menang tipis.

Maaflah, bagi yang mengikuti tulisan Demang sejak 2008 sudah acap kali Demang ulang bahawa Demang adalah ahli UMNO yang tidak mendaftar semula dalam UMNO (B) serta ahli PAS yang dah 13 tahun tidak membayar yuran.

Bagi Demang pilihanraya 2013 adalah keputusan rakyat.

Demang kata 'keputusan rakyat' dan bukannya 'pakatan rakyat' kerana pakatan rakyat telah terbubar sebaik sahaja keputusan pru13 diisytiharkan.

Teruskan mengikuti Waadat. Demang tidak hebat tetapi Demang ada ramai sahabat yang hebat.

Monday, May 6, 2013

Cina silap besar



Ramai yang berkata orang Melayu ditipu kaum cina sekali lagi kali ini.

Bagi Demang, tidak! Bahkan kaum cina yang tertipu diri sendiri akibat ketamakan mereka untuk menguasai ekonomi dan kuasa politik sekaligus.

Keghairahan memberi undi pada pakatan pembangkang yang diharap akan membentuk kerajaan menyebabkan kaum cina bakal tiada wakil dalam kabinet baru nanti.

Orang tamak selalu rugi!

Bagi Demang orang Melayu berada pada kedudukan terbaik saat ini. Asasnya sudah ada. Tinggal lagi menyusun strategi yang mantap bagi memperkasa Islam di Malaysia.

Jika sebelum ini MCA dan Gerakan selalu menjadi alasan sehingga hak orang Melayu makin terhakis, kali ini UMNO tidak perlu lagi memberi muka pada mereka sebab mereka sendiri telah mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujui.

Hari ini kita sudah berada di.landasan yang betul. Kita cuma isikan kemenangan ini dengan agenda yang betul dan laksanakan dengan cermat.

Demang amat yakin, Najib mampu melakukannya. Beliau keturunan orang baik-baik. Faktor keturunan itu penting. Lihat bagaimana Allah melantik nabi daripada satu jurai keturunan yang sama.

Insya-Allah.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)