'Posting' Demang kali ini memang lain dari yang lain. Maksud Demang belum pernah Demang tulis begini dalam waadat. Memangpun... Surat ini sepatutnya Demang hantar ke http://www.aim.gov.my/~cms/HubungiKami/Pertanyaan.htm# namun setelah penat menulis, sebagaimana laman web 'formal' yang lain, ia tak boleh dihantar. Biasala tu...
Jadi, mahu tidak mahu terpaksalah Demang mengutuskan surat ini melalui oarang tengah iaitu para pengunjung setia blog Waadat ini. Demang telah berusaha untuk tidak men'glemor'kan isu ini. Biarlah kita selesaikan tanpa memaparkan kelemahan orang lain. Namun Demang tiada pilihan yang sesuai. Maaflah, Demang agak sibuk untuk mencari pejabat AIM dan menyerahkan surat ini.
Salam,
Pertama sekali saya ucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha pihak AIM dalam membantu golongan termiskin meningkatkan taraf hidup mereka di negara yang kita cintai ini. Semoga usaha dan hasrat murni pihak tuan diberi ganjaran pahala oleh Tuhan.
Untuk tidak memanjangkan tulisan ini, saya ingin menarik perhatian pihak AIM dalam beberapa perkara, iaitu:
1) Kadar faedah yang dikenakan iaitu 10% adalah agak tinggi sedangkan pihak AIM sendiri mengakui kadar bayaran balik melebihi 90%. Hal ini bermakna hampir tiada risiko kerugian di pihak AIM. Alhamdulillah.
2) Kadar faedah yang tetap adalah bertentangan dengan hukum syara' dan sememangnya memberi kelebihan pada sebelah pihak sahaja yakni AIM. Para peserta menanggung risiko sendirian. Pihak AIM mengutip baki hutang mengikut jadual yang ditetapkan dan kegagalan berbuat demikian akan ditanggung oleh peserta lain dalam kumpulan mereka.
3) Modul bimbingan terhadap peserta tidak jelas dan mesyuarat mingguan lebih tertumpu pada aktiviti mengutip hutang secara berkelompok. Para peserta tidak dibimbing (coaching) dalam aktiviti ekonomi mereka.
Berdasarkan perkara di atas saya ingin mencadangkan:
1) Perkongsian lebih adil antara pemodal/pemberi pinjaman dengan pengusaha/peminjam.
2) Risiko perniagaan ditanggung bersama antara pemodal/pemberi pinjaman dengan pengusaha/peminjam.
3) Faedah tetap digantikan dengan perkongsian untung sebagaimana perkara 1 dan 2 di atas. ‘Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah’.
4) Melalui program perkongsian untung, pihak AIM akan bertindak selaku 'coach' atau 'mentor' kepada sekumpulan pengusaha kecil. Pihak AIM menyediakan modal dan kepakaran manakala rakyat termiskin yang menjadi peserta menggunakan tenaga dan kemahiran mereka bagi memperolehi keuntungan. Hasilnya, kedua-dua pihak akan sama-sama bantu-membantu bagi mencapai kejayaan dan menghindari kerugian.
Apa yang berlaku sekarang ialah pihak AIM berusaha mendapatkan peserta, meneliti permohonan dan meluluskan pinjaman. Kemudian pihak AIM menyediakan jadual pembayaran berserta faedah tetap 10%. Sekiranya individu tersebut gagal membuat bayaran maka ahli kumpulannya akan bekerjasama melunaskan hutang tersebut. Secara teori, cara begitu memang bagus bagi menggalakkan semua peserta bekerjasama. Namun dalam praktisnya peserta yang benar-benar tidak mampu membayar akan teraniaya. Dia akan dipulaukan dan para peserta lain akan marah kepadanya. Hal ini adalah lumrah kerana siapapun pasti akan marah apabila terpaksa membayar hutang orang.
Saya sedar, mungkin cadangan ini agak sukar dilaksanakan. Namun saya juga percaya apabila Allah mengharamkan riba’ pasti ada hikmahnya. Saya percaya pasti ada cara yang lebih menguntungkan kedua-dua pihak dalam program AIM ini. Sudah tentu pihak AIM yang didukungi tenaga profesional mempunyai idea yang lebih baik daripada idea mentah saya tadi.
Saya berharap pandangan saya ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Saya amat mengalu-alukan respon daripada pihak tuan dan bersedia untuk berbincang lebih terperinci.
Semoga usaha kita diberkati Tuhan.
Terima kasih.
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago