Yang disangka matahari itu kadang2 hanya lampu jalan.
Akhirnya UMNO tewas setelah 60 tahun diberi Allah taala kuasa. Apa lagi yang perlu didendangkan?
Jangan ungkit umno kalah kerana fitnah atau pengundi tertipu dek tohmahan pembangkang. Rakyat hanya pelaksana kehendak Allah. Sudah tentu ada sesuatu yang Allah mahu kita lakukan setelah berkali² amaran diberikan.
Demokrasi dan pasaran bebas tidak boleh dipisahkan. Sinonim. Kerajaan adalah penyedia perkhidmatan manakala pengundi adalah pengguna. Dalam pasaran, pengguna berhak membuat pilihan. Jangan terlalu emosional apabila pelanggan komplen dan pergi ke kedai lain.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya
Siapakah anda? Jika anda bukan pemimpin mana² parti maka anda sama seperti Demang iaitu sekadar pelanggan. Kalaupun ada kesatuan ia adalah persatuan pengguna. Yakni persatuan bagi menyuarakan hak kita.
Di pihak kerajaan pula perlu mendengar dengan teliti setiap keluhan dan sentiasa sensitif dengan keperluan pengguna, termasuk citarasa pengguna yang semakin meningkat dan sukar difahami.
Itu yang kerajaan lalu abaikan. Mungkin kerana tak perasan.
Sebagai pengguna, kita boleh bercakap atau diam sambil perlahan² beralih ke kedai lain sebagaimana yang dilakukan kaum lain.
Jika anda mewakili persatuan pengguna (istilah lain bagi parti pembangkang) maka bercakaplah bagi pihak pengguna.
Oh ya. Jika anda kata pengguna adalah uneducated voter maka bertindaklah secara bijaksana mulai sekarang. Fahamkan pemilih akan hak² mereka. Perlahan² mereka akan sokong anda.
Jika itupun anda masih belum menang, ingatlah bahawa dunia bukanlah matlamat kita. Akhirat tujuan kita.
Pesanan pada Demang juga, jangan marah² pelanggan ye.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya
12 comments:
Tuan, takkan tuan nafikan terus lautan fitnah dari kes derma, imdb, cincin rosmah, caci maki, kutuk nasihat Ahmad Maslan..??
Takdir Allah bagi satu manusia perogol ialah dengan kita serah 'reda dengan ketentuan' Allah..?
Tuan ni berpegang pada manhaj mana? Ahlul Sunnah Waljamaah atau selain dari itu atau sudah tergoda dengan debu fitnah toghut.. tiba2 sahaja berubah fikrah?
Apakah rakyat Malaysia yant gaya hidup jauh dari zaman Nabi SAW dan Para Sahabat Ajmaein ini telah dijamin 'suci'.. tatkala 'suara rakyat' memilih itu dikira seperti 'suara langit'??
Tuan juga kelihatan sudah goyang.. terikut dengan laungan 'demokerasi' kuffar... yang tiada kenal.dosa pahala.. asal.matlamat dicapai..dan tuan mula adunkan perbuatan munafik sebahagian ahli politik dan penyokong mereka dengan sandaran 'reda dan terima shj Takdir..' ??
DAP kalah 60 tahun..apakah mereka ubah perjuangan mereka tidak lagi anti Melayu anti Islam? Atau mereka ubah strategi..tapi prinsip asal mereka terus membara..hungga akhirbya mereka menang..madeyt hanya boneka kuffar dap.. mengapa tuan tak ulas situasi umat sekarang ini?
Atau tuan lahir selepas Tun Madey pencen 2003?
Terima kasih atas respon. Saya melihat dari sudut apa yang perlu umno lakukan. Bagi saya umno memang telah lakukan yang terbaik tetapi hanya melalui sudut pandangan umno. Umno gagal melihat keperluan sebenar rakyat. Bahjan rakyat sendiri keliru apa yang mereka mahu ssbenarnya. Tuan telah sebut secara tak langsung betapa rakyat amat berbeza dengan zaman sahabat. Bermakna itu yang perlu umno lakukan. Malangnya saya lihat ramai kalangan umno terutama pemuda masih leka dengan kemewahan dan memperagakannya pada masyarakat membuatkan rakyat meluat. Wallahualam.
Saya sebagai seorang pendidik melihat umno terlalu membela rakyat (bela macam bela kucing).
Umno membuat banyak benda serba mudah untuk anak melayu. Sampaikan yang bodoh bodoh dapat masuk universiti. Kerana mudahnya mendapat gred peperiksaan yang baik dalam spm dan matrikulasi, dipermudahkan pula masuk universiti.
Yang bodoh bodoh ini dapat dikesan pada tahun akhir pengajian. Terlalu ramai dari kalangan anak melayu.
Hasilnya dapatlah pasukan melayu macam liga bolasepak negara. Yang membodek pula dapat jawatan lantikan umno, mereke ini dari kalangan MPP (majlis perwakilan pelajar). Kebanyakannyanya diserap menjadi tutor di universiti awam. Jadi ramailah pensyarah kaki membodek.
Oleh kerana cara ini cara yang "berjaya", maka ia menjadi keadah turun temurun. Kini kaedah ini sudah tidak relevan. Namun pengamalnya masih hidup.
Apa yang saya hendak sampaikan ialah orang kita yang rosakkan orang kita. Kita yang mentakdirkan kemusnahan sendiri, akibat dari memBELA rakyat. Macam ibu bapa membela anak dengan gajet elektronik.
Nenek moyang kita mendidik anak, yang lelaki menjadi jantan, yang perempuan menjadi gadis.
Hari ini, yang lelaki jadi pondan, yang perempuan menjadi betina.
Gara gara gagal mentadbir negara, anak anak melayu terpaksa pula berhempas pulas berdepan dengan bangsa tamak penyembah syaitan.
Inilah tanah kita tanah nenek moyang. Saya tak peduli dengan bangsa lain. Kalau tuan tuan masih membela anak macam bela kucing, mungkin mereka bergelandangan di tanah ini suatu hari kelak. Bayang bayangnya sudah nampak.
Anak lelaki mesti jadi jantan, anak perempuan mesti jadi gadis.
Terima kasih.
Ada beberapa perkara yang saya setuku dengan tuan. Cuma perkataan bodoh itu tak elok la. Sebagai guru, saya rasa turut bersalah. Mungkin kita boleh kata anak² hari ni kurang kental atau terlalu dimanjakan.
100% saya setuju sangat saudara 9.09. Ini masalah sebenar UMNO.. terlalu membela Melayu sehingga Melayu yang bodoh pun tak layak berapa pada satu posisi ilmupun telah diangkat..niat UMNO sangat baik malangnya Sunnatullah meletakkan sesuatu pada tempatnya untuk mengelakkan berlakunya KEZALIMAN.
KEZALIMAN telah berlaku..iaitu zalim rakyat yang bodoh bodoh ini pada perintah Tuhan dan zalim pada pemerintah yang berjasa sangat besae sebelum ini.
Akhirnya mereka melantik dan memilih pemeintah yang betul2 bodoh, zalim dan jahat..(PH).
Berbalik pada hujan alasan tuan blog, saya agak teekejut dan kecewa, mengapa tuan masih tak nampak hakikat dan masalah sebenar pasca PRU14?
Kenapa tuan masih mendendangkan lagu musuh Najib dalam.umno sendiri?? Saya rasa zaman Najib lah kerajaan paling dengar masalah rakyat. Yang agak pekak ialah hati nurabi rakyat sendiri yang dikambus dengan lautan fitnah.
Tuan mahu Umno 'dengar suara budak kpop pada sudut bagaimana? Tuan kenal tak si kitol KJ? Latar belakangnya yang sama sahaja dengan pemikiran sekular Madey?
Saya setuju jika tuan nyatakan UMNO gagal dalam menerapkan pendidikan akhlak dan sivik teehadap rakyat yang menyebabkan jika diberikan seorang seketul jongkong emas pun rakyat tetap akan memaki Najib/ Kerajaan kerana bukan soal sara hidup lagi yang membelenggu rakyat, terutama golongan muda kpop, tetapi masalah jatidiri soal akhlak soal hati..yang bebal dan tak hargai kebaikan..
Umno wajib kembali pada pendidikan dan ruh Islam. Bila sebut pasal Islam, please jangan fobia atau ternampak PAS. PAS totally penipu Agama. Kerana PAS lah Islam jadi bahan ejekkan fitnah dan manipulasi termasuk dajyah jahat DAP disuntik ketika PAS menghalakan kafir mempermainkan ayat2 Suci Al Quran, masuk masjid untuk menyebarkan dakyah jahat..
Kita sudah terlalu jauh dari pangkal jalan...kita terlalu dahsyat berpecah, fikrah semakin celaru..penipu atas nama slogan Agama, Integriti dan 'rakyat' berleluasa hingga tiada dapat dibezakan lagi oleh rakyat siapa yang ikhlas benar siapa munafik penipu..
Yang pasti saya amat yakin UMNO sahaja buat masa ini jemaah terbaik untuk dipulihkan dan disatukan orang Melayu dengan syarat tapia buang parasit2 jahat pro Mahadey, kontraktor2 haprak yang cariakan guna nama UMNO dan kembalikan kepimpinan pada pemimpin yang SOLEH! Soleh bukan maksud org itu balik Mesir dapat mumtaz pengajian Syariah/ Usuluddin..tetapi Soleh ialah hamba Allah yang berilmu dan taat pada Allah dan Rasul..dia mungkin pakarekonomi..mungkin jurutera atau mungkin ahli perniagaan..
Saudara Anon 2:23pm.
Terima kasih atas respon. Saya setuju bahawa kerajaan BN telah melakukan yang terbaik dari segi memenuhi keperluan material rakyat. Sebenarnya keseluruhan artikal saya ini terkumpul pada perenggan terakhir iaitu 'matlamat akhirat'. UMNO melakukan kebajikan tanpa 'roh'. Saya melihat ada usaha najib dan zahid untuk keluar dari sekularisme mahathir namun gagal diserap pemimpin pertengahan umno terutama pemuda. Sikap ego. menunjuk² dan kemewahan yang agak melampau menyebabkan rakyat terutama wanita dan anak muda meluat. Pembangkang berjaya memanipulasi dua golongan ini bagi menjatuhkan kerajaan iaitu wanita dan anak muda melalui nafsu mereka.
Terima kasih atas pendapat² di atas yang amat bagus untuk dijadikan asas kebangkitan semula yang lebih murni.
Saya melihat ada usaha najib dan zahid untuk keluar dari sekularisme mahathir namun gagal diserap pemimpin pertengahan umno terutama pemuda. Sikap ego. menunjuk² dan kemewahan yang agak melampau menyebabkan rakyat terutama wanita dan anak muda meluat. Pembangkang berjaya memanipulasi dua golongan ini bagi menjatuhkan kerajaan iaitu wanita dan anak muda melalui nafsu mereka.
Alhamdulillah.. saya amat setuju dengan pandangan tuan. Marilah kta sama2 satukan fikrah untuk memulihan penyatuan umat melalui wadah UMNO...
parasit dan golongan sekular mahathrisme mesti dibuang sehabisnya dari jemaah yang berjasa ini.UMNO. PAS hanyalah munafik mempergunakan Agama.. sejaah menunjukkan mereka tak pernah menyumbangkan apa2 ketamdunan Islam pada negara melainkan politik semata2...lhatlah elagat mereka sekarang bila telah berkuasa pada 2 negeri.. merea bacul dan tidak lagi menentang musuh Islam....
Apapun saya tidak bersetuju pandangan tuan terhadap PAS. Terlalu negatif. Sudah sampai masanya umno dan pas bekerjasama dalam menghadapi musuh bsrsama. Bagi mengelakkan persaingan kerusi, umno dan pas perlu cari satu kaedah bagi mengelakkan undi lari ke pihak ketiga.
Tuan tak mengenali siapa PAS atau tuan merupakan orang PAS. jika tuan tak kenal PAS,sila join mereka dan kenal dulu. Pastikan tuan sudah ada asas Aqidah dan Syariat, join mereka. Jika tidak tuan akan akan anggap PAS tu 'suci'. PAS dianuti oleh mereka yang tidak ikut pun lunas Islam. PAS tidak fikirpun macam tuan fikir, merekaah punca Islam dihina dan dijadikan perkakas politik musuh. tidak keterlaluan saya katakan dari pengalaman saya berada dalam pas, mereka mempunyai elemen khawarij. Kenapa heendak sgt bersatu dengan musuh bertopeng? Apalah sgt fikir bilangan undi, jika prinsip tak betul.
Tapi jika tuan adalah sedia penyokong PAS, sata tak mahu komen lagi, saya kerana saya sudah kena isi perut PAS..
Kalau nak bersatu carilah rgg yg baik2.. bukan dengan golongan penipu atas nama Agama Allah. Berat nnti terpikul di akhirat
wallahualam
Binalah semula UMNO dengan betul berteraskan Islam, berwadahkann bangsa Melayu, bertanahkan negara..sehingga ia mampu menarik hati org lain termasuk ahli PAS..kembali ke fitrah asal..menjadi pejuang dalam umno..sehingga PAS yang minta bersatu tanda mereka sudah insaf dan kenal Islam sebenar..lngkh lebih baik bubarkan PAS, masuklah UMNO.. betullan kekurangan UMNO jadi jemaah tunggal umat Melayu & Islam...
Satu lagi fakta yg tuan mis iaitu orang melayu khasnya generasi muda rasa diri terlalu cerdik.Yang tinggaldidalam umno umno bersifat pasif.Sebab tulah umno gagal menawan pengundi generasi y.
Saya rasa sudah sekian lama UMNO menghulurkan tangan untuk berkerjasama dengan PAS.. sejak zaman Nik Aziz hidup lagi..
tapi tidakkah tau sedar apa jawapan PAS.. begitu Takabur dan Sombong melangit mengalahkan syaitan.
Hingga kini pun PAS tak mahu berkerjasama dengan UMNO. Mereka lebih MERINDUI percintaan lama dengan PKR dan DAP.. cuma malu2 kucing..
percayalahlah PAS hanyala perosak Islam.
Ketika soal Aqidah bertembung dengan kepentingan politik.. Isu berat Kalimah suci Allah. lihat bagaimana PAS menjadi munafik dan menyebelahi puak kuffar. Apakah golongan begini kita mahu merendah diri melutut meminta untuk jadi SAHABAT??
Islam tak suruh pun kita berukhwah dengan puak sesat dan puak munafik. Jika mereka datang mahu berkawan kita terima tetapi bersayarat.. syaratnya ubah dulu sikap dan perangai dan buang sifat2 jahiliyah moden dalam memperjuangankan nama Islam.
Sila masuk dan duduklah dalam perti PAS. Kulit dan pakaian sahaja kelihatan begitu 'ISLE'. isu dan perut sama sahaja dengan PH.
Post a Comment