Meriam depan rumah mak saya ni tiada kena mengena dengan cerita ni.
Saya anak peneroka felda. Penghasilan keluarga kami adalah dari pokok getah. Malah saya biasa ke ladang membantu ibu.
Sementara menunggu keputusan SPM saya jadikan menoreh getah sebagai pendapatan peribadi. Setelah menjadi guru saya ke ladang ketika cuti, membantu ibu.
Saya tak tau orang lain tapi saya selalu berfikir bagaimana hujan menjadi rahmat padahal apabila hujan, pokok getah basah dan penoreh terpaksa bercuti tanpa gaji.
Apabila meningkat usia saya semakin sedar bahawa saya tidak hidup sendirian di bumi ini. Selain manusia, ada haiwan dan tumbuhan turut diciptakan Allah taala.
Mungkin bagi saya dan penoreh getah lain hujan adalah penghalang untuk mencari rezeki. Kadang² kita lupa bahawa semua rezeki ditentukan Allah. Kita bekerja sebagai suatu amalan soleh sambil berbuat kebajikan untuk makhluk lain. Lillahi taala.
Bukankah hasil getah itu banyak kegunaannya? Itulah sumbangan atau amal soleh penoreh getah.
"Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalan dengan baik". (alkahfi: 30)
Hujan sememangnya rahmat. Antara yang sentiasa perlukan air ialah tumbuh²an. Jika tanaman biasa boleh petani siram setiap hari, bagaimana pula dengan pokok² besar di hutan belantara? Siapa yang akan menyiramnya?
Padahal tumbuh²an melaksanakan satu lagi tugas yang amat penting iaitu menghasilkan oksigen untuk manusia dan haiwan bernafas.
Justeru hujan mengajar penoreh getah berlapang dada untuk melepaskan sedikit keuntungan peribadi bagi memberi laluan pada keperluan ummah yang jauh lebih besar.
Apabila kita sabar, bersyukur dan redho maka Allah akan lipatgandakan balasan baik pada kita.
Allah taala yang menentukan rezeki kita. Hujan hanya makhluk yang patuh pada perintah Allah taala.
Wallahu 'alam.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya
No comments:
Post a Comment