Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, August 16, 2008

SMS: antara Permatang Pauh dan Kuala Lumpur

Malam tadi Demang terima SMS dari sahabat di Permatang Pauh:

“ANTARA DALIL MENGAPA DSAI TAK BOLEH JADI PM

KEPUTUSAN PRU 12 BARU INI. KERUSI PARLIMEN:
79 UMNO, 31 PKR, 28 PAS, 23 DAP.

SEKIRANYA 30 ORG BN LOMPAT PARTI BLM TENTU SEMUA ORG ISLAM. JIKA MEREKA YG LOMPAT SEMUA ORG CINA & INDIA MEREKA AKAN PILIH MSK PARTI DAP @ PKR. JUMLAH KERUSI PKR & DAP LBH BYK DR PAS.
YAB PM = MELAYU ,TIMB PM = LIM KIT SIANG. TAPI KALAU SEMUA YG LOMPAT MSK DAP MAKA YAB PM = LIM KIT SIANG & SEMUA MENTERI YG HEBAT = CINA & INDIA. PAS AKAN DITINGGALKAN. MELAYU DITIPU???
SEBARKAN KPD SEMUA MELAYU.. “

Demang ‘forward’ kepada seorang sahabat di KL, dan ini jawapan yg beliau beri:

“Bngsa melayu perlu refmsi..x boleh tkut byg2..dok takut bgsa asg ambk ini dn itu,kita kena b'saing..ubh sedikit atau ubh terus..jgn dok takut ini dan itu t'hapus..byk sdh yg t'hapus..strategi umno dah x boleh pakai..aku dah tegskn dulu..kita diajar jd penakut..itulah mentaliti yg dijajah oleh bgsa sendiri ..jgn byk tgk salh bgsa lain,jelas umno x releven lg..dah nak umpan pas pulak..”

Demang cuba jadi moderator malam tadi. Jadi Demang ‘forward’ pula kepada sahabat di Permatang Pauh tadi. Di bawah ini adalah jawapan yang Demang terima. Namun Demang rasa rugi bil telefon untuk ‘forward’ kepada sahabat Demang yang di KL tu. Demang yakin beliau takkan boleh terima dan ‘perang’ akan berlanjutan lagi. Demang dah pernah beritahu dia yang persahabatan terlalu mahal untuk diputuskan dek kerana tak sependapat dalam politik.

“Kalau dah nak bersaing sgt dan nak berubah sepenuhnya..., eloklah kerajaan menarik balik kesemua subsidi (minyak, makanan, perumahan, pendidikan dsb.) Subsidi yg ditanggung kerajaan adalah diatas kesedaran bahawa org Melayu khususnya akan terbeban dan tidak dapat menanggung kesemuanya. Dari itu kita akan dpt lihat kehancuran bangsa Melayu serta sia-sialah perjuangan tokoh pejuang bangsa yg lampau. Berkata-kata memanglah mudah, tapi kenyataannya adalah semua umat Melayu sudah bersedia menghadapinya. Harga minyak dan makanan naik sikit pun ramai dah terasa bebanannya...! Bersaing biarlah dengan cara yg bijak, bukannya dgn cara membunuh bangsa & agama sendiri.”

Demang percaya para pengunjung blog waadat mempunyai pelbagai fahaman dan pandangan tersendiri. Jadi, apa komen anda?

14 comments:

Man In Black said...

Cikgu,

Bukan semua bukan Melayu sanggup menggadaikan perjuangan Barisan Nasional..

Muafakat membawa berkat; jgn kerana politikus kita yg bersahabat ikut serta berpecah belah..

Sekian,
Che Eduardo

Unfiltered-Madness said...

Betul kata CHE tu. SMS dari KL tu disebabkan emosi semata2. Tak tahu dia apa kesannya.

Dah sakit nanti baru terngadah...

Danielle_Corleone said...

Saya tiada komen lagi. kerana saya bukan Melayu dan tidak pernah merasa nikmat bumiputera. :-)

melayuangkat said...

Assalamualakum Cheguman,

KALAU Orang Melayu telah BERSIAP SEDIA tidak mahu apa pun subsidi, bantuan, pertolongan pun dari kerajaan dan benar benar rasa UMNO memang dah tak relevant lagi, silakanlah...tepuk dada tanya selera.

Tetapi adakah kita semua benar benar telah sedia????

Tai said...

Tapi saya cina dan saya nak bagi komen sebab saya tinggal di kampong melayu. Sejak kecik, jiran semua melayu.

Dapatlah jugak rasa nikmat tu sikit-sikit. nampaknya, generasi melayu sekarang, dah lupa dan lalai. Lupa pada perjuangan pejuang-pejuang melayu terdahulu seperti tok janggut, Maharajalela, Mat Kilau dan banyak lagi.

melayu sekarang, bila keluar dari perut ibu, semuanya tersedia. nak makan apa, nak buat apa, nak beli apa, semuanya dapat. jadi, sejarah pun dah tak mau pandang.

Melayu sekarang, kosong. Mudah dihasut. Mudah percaya pada benda yang entah betul, entah tidak.

Melayu sekarang, suka reformasi. Tapi, reformasi mereka adalah reformasi tin kosong. mereka sendiri tak tau apa yang mereka nak reformasi.

Reformasi mereka ialah menggadai hak yang mereka dah dapat kat orang lain. Contohnya, UITM. UITM itu kan hak bumiputera? Suku peratus pun, jangan benarkan bukan bumiputera masuk.

Kalau keadaan ini tidak dibendung dari sekarang, melayu sekali lagi akan melukut di tepi gantang disebabkan dek orang melayu itu sendiri.

Saya belajar sejarah. Sebab itu, saya berani berkata demikian. Masa sekolah dulu, memang minat sejarah, bm dan sastera melayu. Paling benci sekali, matematik.

Orang melayu, jangan mudah lupa.

Cheguman said...

Terima kasih atas semua pandangan.

Sebenarnya saya tidak begitu selesa utk menulis tentang ketuanan Melayu memandangkan ramai rakan2 saya juga terdiri drpd bukan Melayu. Malah dlm kursus2 yg sering saya terlibat, para peserta terdiri drpb pelbagai kaum dan agama. Namun saya berpegang pada anjuran salah seorang 'sifu' saya, "apabila kamu diamanahkan oleh rakyat dgn wang rakyat, maka katakanlah yang benar kerana itulah tanggung jawab kamu."

Ternyata kata2 tersebut ada benarnya kerana sepanjang saya menjalankan tugas, kaji selidik yg saya buat mendapati semua (100%) peserta bukan Melayu menerima bahawa DEB dan hak istimewa Melayu wajar dipertahankan demi keharmonian negara. Kajian tersebut dibuat setelah peserta menyemak fakta sejarah dan memahami perkara tersirat di sebalik semua itu.

Saya yakin, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan bukan pemimpin yg bodoh utk menerima Kontrak Sosial bersama Tunku Abdul Rahman. Mereka mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan kaum yg bersifat jangka pendek.

Semoga kebenaran akan terus tersingkap dan perpaduan kaum terus menjadi agenda utama perjuangan kita.

man_helang said...

aku tiada komen demang...biarlah apa yg aku rasakan hanya aku yg tahu...aku dah tak kuasa nak bertekak dgn org...nanti umo aku jd pendek dek sebab selalu naik darah...ha ha ha

Harimau-Menaip said...

Betul tu Chegu. Melayu sering 'lantang' bila berbicara hal bangsanya sendiri walhal tidakkan terbina Malaysia tanpa sokongan rakan-rakan dari kaum lain.

Terasa jengkel apabila menjerit "Jangan Cabar Orang Melayu" tetapi mengemis undi bukan Melayu di waktu Pilihanraya.

ps: blog cheguman masuk paper Sinar harian Melaka/NS. tahniah.

Cheguman said...

Eh, ye ke? Sinar Harian keluaran bila?

khalidamin said...

X perlu bertekak pasal Melayu x kemana. Sepatutnye menjadi tanggungjawab kerajaan yg memerintah membantu rakyatnya bukannya menyusahkkan rakyat. Kalau x tau memerintah dapatkanlah nasihat daripada yg tahu jangan tahu perabis duit rakyat dengan membuat benda yang sia2 saja. Rakyat memilih dengan harapan kerajjan yg dipilih dapat mambantu dan meringankan beban. Tengok apa dah jagi dengan PRU-12, itu menunjukkan rakyat memberontak dan klu di ikutkan peratusannya mejoriti di Semenanjung menolak UMNO. Fikirkanlah mengapa dan dimana silapnya parti pemerintah. hak rakyat tetap hak rakyat jangan dinafikan. Pandai2 la pemerintah nak handle sbb dah dipilih. Bukan menyusahkan rakyat.

UMNO PARTI PENJARA said...

Mesej reply tu tertinggal ;)

PM: Najib
TPM: Muyyiddin :)




Jangan lupa sertai forum bersama saya ;)

Layari
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Wandy said...

Tak perlu gaduh disebabkan sms. Kadang2 bila orang tu dah sokong & fanatik kat seseorang, kita cakap apa pun dia tak peduli. Mereka yg buta hati ini akan terus sokong walaupun pemimpin mereka tu salah. Mereka akan cakap 'ini satu konspirasi'. Semua benda dlm dunia ni konspirasi. Bukan nak sokong mana2 parti politik, cuma kita kena memerdekakan hati, minda & mata kita agar tidak terus dijajah.

Harimau-Menaip said...

Salam Cheguman.

Maaf kerana lambat reply. Sinar Harian 18 Ogos 08. Ruangan dari blog ke blog.

GAA said...

melayu yg mahu hak melayu dihapuskan adalah melayu yg x sedar diri..

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)