Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Showing posts with label kenegaraan. Show all posts
Showing posts with label kenegaraan. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Review: Pak Kaduk versi Malaysia




Rata-rata orang Melayu apabila melihat ayam sabung akan segera teringat pada kisah Pak Kaduk. Dalam masyarakat Melayu watak Kaduk sinonim dengan ungkapan 'menang sorak kampung tergadai.'

Versi asal Pak Kaduk menceritakan seorang lelaki yang dinamakan Pak Kaduk, merupakan seorang yang gemar menyabung ayam. Beliau mempunyai seekor ayam sabung yang handal bernama 'Biring'.

Diceritakan pada suatu masa Pak Kaduk telah membawa si Biring ke istana untuk mencabar raja bersabung ayam. Raja menyahut cabaran tersebut walaupun menyedari ayamnya pasti akan kalah. Sebagai raja yang berakal panjang, baginda mengatur strategi dan berjaya memujuk Pak Kaduk menukarkan ayamnya dengan ayam milik Pak Kaduk.

Apabila persabungan dilangsungkan, Si Biring telah menang sebagaimana yang dijangka. Pak Kaduk yang terlupa bahawa ayam mereka telah bertukar-milik, bersorak kegembiraan.

Namun raja menyedarkan Pak Kaduk bahawa Si Biring sudah menjadi milik baginda dan Pak Kaduk telah kalah.

Akibat kekalahan tersebut Pak Kaduk kehilangan taruhannya berupa sebuah kampung (jajahan?).

Ada pendapat yang mengatakan Pak Kaduk bukan rakyat biasa sebaliknya seorang pembesar atau 'orang kaya'. Itulah sebabnya taruhan mereka bukan sekadar wang ringgit sebaliknya sebuah kawasan atau jajahan.

Selain versi asal terdapat beberapa versi lain termasuklah yang diolah semula oleh beberapa penulis moden. Antaranya, mereka menggambarkan Pak Kaduk adalah rakyat yang teraniaya lantaran diperdaya raja. Hujah mereka ialah Pak Kaduk sebagai rakyat tentu tidak mampu membantah perintah raja untuk menukarkan ayam sabung masing-masing.

Bagi Demang anggapan tersebut juga tidak begitu adil. Pihak berkenaan menggunakan neraca pihak luar dalam menilai perhubunagan raja-rakyat. Jika kita jujur menelaah semula kesah tersebut, kita dapati Pak Kaduk tidak diperintahkan datang bersabung sebaliknya beliau datang ke majlis yang dianjurkan raja secara sukarela.

Dalam kesah tersebut juga dinyatakan bahawa Pak Kaduk yang mencabar raja untuk bertanding.

Dalam sistem pemerintahan beraja, kita meletakkan raja di atas sekali. Sebagaimana dinyatakan dalam Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun yang dberi mandat memimpin Palembang telah mengangkat Sang Sapurba menjadi ketua negara. Perlantikan dan penyerahan kuasa itu disertai istiadat beserta perjanjian yang dikenali sebagai waadat. Dinyatakan juga batas-batas yang perlu dipatuhi bersama bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara.

Demang fikir tak perlulah dihuraikan satu persatu batas hubungan raja-rakyat dalam artikal ini. Cuma Demang nak lontarkan soalan iaitu adakah wajar Pak Kaduk mencabar raja bersabung? Bagaimana jika raja kalah? Apa tujuan Pak Kaduk? Nak hadiah atau nak malukan raja? Kalau kita baca mana-mana kesah raja di seluruh dunia, kita akan berjumpa banyak peristiwa yang menunjukkan raja memberi anugerah kepada rakyat yang memberi sumbangan atau hadiah peribadi kepada raja. Pak Kaduk yang hidup pada zaman itu tidak tahukah amalan tersebut? Sudah hilangkah adab Pak Kaduk dengan raja? Kenapa nak malukan raja?

Jika Pak Kaduk menghadiahkan ayam sabung tersebut kepada raja, pastilah raja akan membalasnya dengan pelbagai hadiah, anugerah, dan juga penghormatan.

Bagi Demang, mesej dalam kesah Pak Kaduk ialah seseorang raja itu akalnya panjang dan pandai menggunakan kuasanya. Raja tersebut menggunakan kuasanya untuk menukarkan ayam sabung tersebut. Raja menggunakan kuasanya untuk melindungi maruah raja. Maruah raja adalah maruah negara dan negara adalah tempat kita bernaung.

Pak Kaduk bernasib baik kerana hanya ditukarkan ayam sabung. Kalau Demang jadi raja, Demang tangkap Pak Kaduk (ISA) atau halau Pak Kaduk dari negeri tersebut. Malah hukuman lazim bagi penderhaka di mana-mana negara ialah... bunuh.

Ada satu lagi peribahasa melayu yang menggunakan istilah 'kaduk' iaitu 'kaduk naik junjung'. Demang harap orang Melayu masih ingat maksudnya dan jangan biarkan itu berlaku.

Thursday, April 21, 2011

review: "Maafkan hamba, Jebat."

Sebaik selesai solat Isya' yang agak lewat, satu suara kedengaran memberi salam. Demang menjawab salam tersebut, melipat sejadah dan menuju ke jendela tanpa sempat berdoa. Kata guru Demang, utamakan tetamu sebab dengan Tuhan kita boleh 'bertemu bila-bila masa'.

Sebaik daun tingkap dibuka Demang melihat sesusuk tubuh lelaki tercegat di depan tangga teratak Demang. Cahaya bulan membantu Demang mengecam empunya tubuh tersebut.

"Ha, Dalik. Naiklah. Nanti hamba bukakan pintu." ujar Demang.

Sebentar kemudian Dalik sudahpun bersila mengadap Demang.

"Begini, Demang." Dalik mengengsot ke depan menghampiri Demang, hampir berlaga lutut. "Datuk Bendahara berkirim salam dan berharap Demang ke istana sekarang juga." Dalik menyampaikan pesanan.

Demang mengerutkan dahi. Kenapa ke istana? Bukankah Baginda Sultan sedang meminggir ke hulu lantaran amukan Jebat?

Ah, Jebat. Patutlah berdiam diri tatkala baginda menitahkan hukuman bunuh ke atas Tuah. Patutlah tunduk menekur lantai tatkala diserahkan taming sari dengan gelaran Laksamana. Rupanya menunggu kesempatan untuk merajalela. Habis dayang-dayang diperkosa, puluhan rakyat tak berdosa dibunuhnya.

Apa lagi yang dibuat Jebat? Sudah dibunuhnyakah baginda? Entahkan sudah dibakarnya istana? Berapa ramai lagikah rakyat yang diamuknya?

"Maafkan hamba Demang. Dato' Bendahara minta kita bersegera." Dalik memecahkan lamunan Demang.

"Seperkara lagi, Demang. Pesan Bendahara agar perkara ini dirahsiakan sangat-sangat. Hamba beredar dulu agar tidak ketahuan dek orang ramai. Nanti Demang ke sana seorang diri dan masuk melalui pintu rahsia." sambumg Dalik dengan berbisik.

"Baiklah. Hamba faham." balas Demang.

Tidak sukar untuk Demang memasuki istana melalui terowong rahsia. Belumpun tiba di balairong sudah terdengar bunyi orang berpencak. Demang mempercepatkan langkah sambil menghunus keris, sekadar bersedia.

Siapa gerangan yang berani mencabar Jebat? Kasturi? Lekir? Lekiu? Setahu Demang tak ada seorang pun mampu membendung amukan Jebat.

Tiba di balairong Demang terpegun. Apa benarkah penglihatan Demang?

Di tengah-tengah balairong kelihatan dua pendekar sedang bertarung. Jebat sedang menghadapi lawannya. Sekilas pandang sahaja susuk tubuh pencabarnya telah Demang kenal.

"Tuah?" Demang menelan liur. Kalimat itu sekadar tersangkut di kerongkong. Mata Demang terpaku pada pertarungan yang sedang berlangsung.

Sedetik Jebat menyerbu. Tubuhnya melayah ke udara sambil menggenggam kemas ulu keris dan menjunamkan mata runcing itu ke dada Tuah.

Namun Tuah tangkas mengelak ke kanan, menjatuhkan badannya dan dengan satu gerakan sepantas kilat beliau membentes keting Jebat.

Jebat terhumban ke depan namun sebelum dadanya sempat terhenyak pada lantai, tanpa diduga tapak tangannya menepuk lantai dan melentingkan tubuhnya, kemudian berdiri tegak di belakang Tuah.

Tuah terpaksa menjatuhkan tubuhnya sekali lagi serta berguling ke kanan mencari tapak selamat.

Namun Jebat tidak membiarkan Tuah berehat lama. Kali ini dia melompat tinggi untuk menyerang. Melihatkan itu, Tuah ikut melompat. Kedua-duanya beraksi di udara agak lama. Sepak, terajang dan tepis-menepis antara keduanya berlaku tanpa berpijak di lantai.

Dalam satu gerakan yang amat pantas, Tuah menendang lengan Jebat sehingga keris tamingsari yang digenggam Jebat melayang dan jatuh di depan Demang. Tidak cukup dengan itu satu tendangan padu hinggap di dada Jebat sehingga sahabatnya itu tertiarap hampir dengan tempat Demang berdiri.

Spontan, Demang menggulingkan tubuh ke depan, menyambar tamingsari yang tertancap di lantai dan merengkuh Jebat dari belakang. Demang mengunci jebat yang sedang tertiarap. Tanpa perlu membuang masa Demang mengangkat tamingsari dan menjunamkan mata keris itu ke arah dada Jebat.

Sebelum sempat mata keris itu menjamah tubuh Jebat tiba-tiba lengan Demang seolah dihayun oleh sebuah bandul yang amat berat. Keris tamingsari yang Demang sangka telah digenggam kemas terpelanting entah ke mana.

Demang memanggung kepala. Dua tubuh sasa tersenyum memandang Demang yang terpinga-pinga. Dato' Bendahara menghulurkan tangan kepada Demang dan menarik Demang berdiri. Tuah yang berdiri di sebelahnya membantu Jebat bangun sambil keduanya tertawa kecil.

"Sudahlah. Kita berhenti dulu. Demang pun dah tiba." Dato' Bendahara bersuara lembut.

Demang masih kebingungan. Apa ertinya semua ini?

"Sebagaimana yang Demang tahu, Tuah tidak hamba bunuh." Dato' Bendahara memulakan bicara. "Cuma Demang tidak tahu bahawa Jebatpun tidak ditikam oleh Tuah. Mana mungkin Tuah membunuh saudaranya sendiri. Memang Adi Putera telah meramalkan yang mereka berdua akan berlawan sesama sendiri. Justeru kami telah mengambil langkah awal agar perlawanan ini tidak sampai berakhir dengan kematian. Pun begitu, nyaris-nyaris tadi Jebat ditikam Demang. Syukurlah, perkara ini sudah hampir selesai." Bendahara menyambung.

"Astaghfirullahal’azim... Subhanallah…" ucap Demang penuh penyesalan. Ternyata Demang terburu nafsu sehingga hampir-hampir membunuh Jebat. "Jadi, Jebat tidak bersalah?" soal Demang.

"Hamba tidak mengatakan demikian. Sebagaimana Demang tadi, Jebat juga terdorong oleh nafsu. Tuah juga begitu. Malah hamba juga mungkin telah melakukan kesilapan. Masing-masing ada kesilapan. Namun itu bukan alasan untuk kita melakukan kesilapan yang lebih besar." Bendahara merenung wajah-wajah yang sedang mengadapnya itu silih berganti.

"Peristiwa ini menjadi pengalaman amat berguna dalam kita membina negara. Baginda Sultan adalah payung negara sedangkan kitalah bahan binaannya."

"Hamba mempertahankan Sultan bukan bererti hamba tidak mengendahkan nasib rakyat malah kerana memikirkan nasib rakyatlah hamba pertahankan sistem beraja.

Tuah, hamba asuh dan didik sejak kecil untuk setia mempertahankan negara. Tuah tidak kembali kerana perintah Sultan Mahmud sebaliknya kerana hamba yang bersungguh-sungguh meminta. Bukan Sultan Mahmud yang kami bela sebaliknya Kesultanan Melayu (khalifah Islam) itu yang kami pertahankan.

Jebat adalah pelindung pada sahabatnya tidak kira apapun situasi. Namun untuk menentang Sultan, Tuah perlu dilepasi kerana selagi Tuah masih hidup tidak ada sesiapa boleh menyentuh Sultan dan juga Bendahara.

Itulah sebabnya Jebat tidak membantah ketika Sultan menjatuhkan hukuman ke atas Tuah. Baginda tidak akan menerima bantahan Jebat. Jika Jebat berkeras maka Tuah pasti akan membunuh Jebat kerana itu adalah tugasnya." Bendahara menerangkan dengan agak tegas.

Kemudian beliau menyambung sambil tersenyum: "Malah jika hamba sendiri cuba menderhaka maka Tuah tidak akan ragu-ragu menamatkan riwayat hamba."

"Ah, selama ini hamba mencurigai Jebat dan menuduhnya tanpa mampu membela diri. Maafkan hamba, Jebat.” Demang tunduk menekur lantai. Terasa malu kerana pernah bersikap lancang menghina Jebat. Padahal Jebat sekadar melaksanakan tanggungjawabnya.

“Tuan hamba tidak sepenuhnya bersalah, Demang. Sewajarnya tuan hamba berpihak kepada Tuah cuma pandangan terhadap Jebat perlu diubah. Jebat tidak menderhaka atas kepentingan peribadi sebaliknya sekadar untuk menyedarkan sultan yang lalai dengan tanggungjawab baginda. Jika Jebat benar-benar ingin merampas kuasa, sudah lama beliau melakukannya kerana dengan tamingsari di tangan, siapakah yang layak menahannya?” Bendahara menjelaskan.

Seterusnya beliau menambah: "Demang, sampaikan kisah ini pada anak cucu kita. Katakan pada mereka bahawa Jebat sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat. Tuah sudah menunaikan tanggungjawabnya sbg seorang Laksamana dan pelindung Sultan. Hamba pula telah melakukan yang terbaik bagi menjaga semua kepentingan itu di samping memastikan negara ini selamat untuk didiami oleh rakyat.”

“Moyang kita iaitu Demang Lebar Daun telah mengasaskan sistem kesultanan ini. Sistem hanyalah sebuah kaedah. Tidak ada sistem yang betul atau salah sebaliknya manusialah yang tidak amanah kepada sistem. Jika Iskandar Zulkarnain mendapat penasihat seorang nabi (Khaidir), mustahilkah Sang Sapurba tidak diberikan seorang wali (Demang Lebar Daun)?”

“Bagaimanakah generasi tuan hamba Demang begitu yakin yang raja Melaka hanya memeluk Islam pada 1414 sedangkan ditemui batu bersurat di Terengganu bahawa Islam telah tiba di bumi bertuah ini jauh lebih awal dari itu? Bukankah itu satu bukti yang Islam sudah bertapak jauh lebih awal di Kepulauan Melayu?”

“Tidakkah itu suatu isyarat bahawa Demang Lebar Daun sudah menerima Islam lebih awal?”

“Hamba nasihatkan, dalam keadaan dunia tuan hamba yang begitu bercelaru ini, kembalilah kepada jati diri kalian. Apa salahnya Melayu kekal menjadi Melayu, Cina kekal sebagai Cina dan India kekal sebagai India. Begitu juga dengan kaum-kaum lain. Jadikan perbezaan dan kepelbagaian tersebut sebagai kelebihan dan keistimewaan yang jika disatukan akan menjadi harta yang tak ternilai. Hamba sudah melakukannya di Melaka pada zaman kami dahulu. Lihatlah kepelbagaian penduduk di Melaka ketika itu dan bagaimana hamba garap semuanya bagi membina negara. Tidakkah tuan hamba pelik bagaimana Melaka yang dimulakan pada 1400 berjaya menjadi empayar terbilang tidak sampai 20 tahun. Walaupun kami cuma mampu bertahan selama 110 tahun namun kami berjaya mencapai kegemilangan yang belum mampu dikecapi oleh generasi tuan hamba.”

“Semaklah sejarah dan pelajari sesuatu yang positif. Jangan terlalu mempersoalkan sebab kejatuhan dan keruntuhan Melaka. Fikirkan cara untuk melakukannya dan jangan sesekali mengambil hak orang lain.” Bendahara menamatkan bicara.

Bendahara menghampiri Demang dan menghulurkan tangannya. Terasa satu gerakan lembut pada bahu Demang: “Bang, bangun. Apasal tidur kat sini?”

Demang membuka mata. Rupa-rupanya isteri Demang mengejutkan Demang daripada lena. Hmm, Demang bermimpi rupanya.

Friday, January 29, 2010

jangan dibantah pepatah orang tua


Berat sama dipikul ringan sama dijinjing

"yang berat sama dipikul, yang ringan tak payahlah dijinjing. Bawa je sorang-sorang." kata ipar Demang.

"takpe. Yang ringanpun jinjinglah sama-sama." ibu mertua Demang bertahan.

"Pepatah orang tua-tua tak usah diubah." Demang mmenyampuk.

Demang bukan sengaja nak membela mertua tetapi memang pendapat itu benar. Maksud Demang, pepatah lama sebenarnya mempunyai maksud yang dalam. Maklumlah, pepatah-pepatah tersebut telah melalui jarak masa yang panjang. Pepatah-pepatah itu telah teruji dan dimatangkan dengan jutaan pengalaman.

Justeru kita yang baru berumur 20-80 tahun tidak cukup layak untuk mencabar keesahan sesuatu peribahasa.

Kita boleh mencipta peribahasa baru tetapi ia mungkin akan popular selepas kita mati sebab ia perlukan masa untuk diuji.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing tercatat dalam sejarah berjaya menyatukan puak-puak Arab daripada berbalah. Pasti ramai yang masih ingat peristiwa selepas banjir besar di kota Mekah sebelum Muhammad dilantik menjadi Rasulullah.

Perbalahan mula berlaku di kalangan ketua-ketua puak mengenai hak untuk meletakkan semula 'hajar aswad' ke tempatnya.

Akhirnya mereka sepakat untuk melantik Muhammad (SAW) bagi membuat keputusan.

Akhirnya Muhammad (SAW) mengambil sehelai kain dan meletakkan 'hajar aswad' di tengah-tengahnya. Ketua-ketua kabilah memegang bahagian tepi kain dan mengusung 'hajar aswad' bersama-sama.

Semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang bijaksana tersebut.

Salam satu Malaysia.


foto hiasan (terima kasih)
memikul dosa sendiri KRJ Melaka flickr.com

Friday, January 22, 2010

Kemangkatan Sultan Johor


Sultan Johor, Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail, mangkat di Hospital Pakar Puteri JB jam 7.15 malam tadi.

Demang tahu ramai yang tidak begitu faham kenapa kita masih mengekalkan sistem kesultanan di Malaysia. Salah satu tujuan blog Waadat dibina ialah bagi mengajak rakyat Malaysia memahaminya. Demang tidak tahu setakat mana usaha ini berkesan.

Cuma Demang harap jangan sampai apabila kita sudah tidak bersultan lagi nanti barulah kita sedar perlunya kita mempunyai sultan. Selama ini ramai yang menyangka sultan-sultan hanya membazir duit rakyat sahaja.

Alfatihah.

foto:
http://azreenkhalid.blogspot.com/

Monday, January 4, 2010

kalimah 'Allah': KDN fail rayuan


Berita yang baru Demang terima, KDN petang ini memfailkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Bagi Demang isu ini merupakan rentetan keputusan PRU12.

PRU12 menyaksikan kaum Melayu masih menjadi majoriti dalam BN (melalui UMNO) manakala kaum Cina dan India berpaling ke pihak pembangkang yang ditunjangi DAP dan PKR (lihat keputusan PRU12). PAS sekadar memiliki 23 kerusi parlimen.

Justeru lanskap politik menyaksikan betapa orang Melayu mewakili kerajaan manakala orang bukan Melayu menguasai pembangkang.

Itu sebabnya apabila dikatakan kelemahan kerajaan, maka maksudnya ialah orang Melayu gagal menjadi pentadbir yang baik.

Malah ada orang Melayu yang secara sinis membandingkan Malaysia dengan Singapura. Itu belum dikira kerajaan negeri yang menjadikan Singapura sebagai mentor.

Walaupun orang Melayu hanya segelintir di dalam barisan pembangkang sedang majoriti masih di pihak BN namun hakikatnya kuasa Melayu sudah terpecah dua. Hal ini amat disedari oleh bukan Melayu dan akibatnya beberapa pihak mengambil kesempatan menangguk di air keruh. Golongan ini tidak ramai namun mereka licik mengambil peluang yang ada.

Demang katakan 'licik', bukannya 'cerdik'. Hal ini kerana tindakan mereka ibarat bermain dengan api. Mereka tidak sedar betapa sifat api itu 'kecil menjadi kawan manakala besar menjadi lawan.' Apakala api sudah semakin marak maka ia akan membakar apa sahaja termasuk diri sendiri.

Sementara itu Demang baca kenyataan Dr Shamharayu Abd Aziz daripada UIA yang disiarkan dalam blog Penghuni Gua. Beliau menjelaskan maksud Perlembagaan Perkara 3(1) Ayat itu menyebut dengan jelas bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan 'aman dan damai'.

Menurut beliau formula 'aman dan damai' harus dihayati semangatnya oleh mahkamah dalam membuat keputusan.

Demang tertarik dengan analogi yang diberikan iaitu ibarat mahkamah memberikan kebenaran kepada seorang suami untuk berpoligami sedangkan isterinya tidak merelakan sepenuhnya. Si suami berjaya melangsungkan perkahwinan tetapi adakah keharmonian keluarganya akan berkekalan?

Demang amat berharap rayuan yang dikemukakan KDN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi akan diberi pertimbangan sewajarnya berdasarkan prinsip 'aman dan damai' yang disebut dalam perlembagaan.

foto:
justice jpg
novo.ca

Thursday, November 26, 2009

Kenalkah anda wanita ini?

Beliau adalah Dr Halimah Ng yang suatu hari nanti kuburnya akan dipijak-pijak dan dikencing oleh anak cucu beliau sendiri kerana melakukan pengkhianatan terbesar dalam sejarah Melayu di nusantara!

Sudah berapa ramai pemimpin Melayu yang menjadi pembangkang? Namun mereka tidak pernah mengganggu jihad BTN. Mereka tahu, BTN bergerak merentasi fahaman politik. Malangnya wanita ini telah memecahkan tradisi ini.

Beberapa hari lepas Demang turut mengulas tentang isu pemulauan program BTN oleh kerajaan negeri Selangor. Sebelum itu pun Demang pernah membuat ulasan panjang lebar mengenai BTN dalam Waadat ini. Jadi kali ini Demang perturunkan ulasan seorang sahabat blogger iaitu ADC. Demang copy & paste sebijik-sebijik tanpa tokok atau ubah.

1. Berdasarkan sejarah dan fakta, Biro Tatanegara (BTN) ditubuhkan pada 1981, melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme, membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara. Era Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak peranan BTN ialah menerapkan semangat gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2. Pada tahun 1980-an, semasa program belia, fungsi Biro Tatanegara (BTN) ketika itu ialah mengawasi kegiatan gabungan belia dan pelajar bagi memastikan mereka bertindak selaras dengan kehendak aspirasi negara.

3. Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta meningkatkan semangat keislaman di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

4. Antara lagu yang sering dinyanyikan dalam kursus BTN ialah lagu Warisan. Peserta dibimbing untuk memahami perkara yang tersurat dan tersirat dalam lagu tersebut. Meskipun kelihatan semangat kemelayuan yang ketara dalam lagu tersebut, namun objektifnya ialah bagi mengeluarkan orang Melayu daripada kancah kemiskinan dan akhirnya mencapai matlamat utamanya iaitu perpaduan kaum. Hal ini adalah selari dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) iaitu membenteras kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Kerajaan amat sedar bahawa perbezaan taraf ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia adalah penyebab utama berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

5. Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.

6. Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992.

6. Antara Objektif murni BTN adalah mencipta semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia dengan memberikan keutamaan kepada golongan pelajar, cendekiawan dan pemimpin-pemimpin masyarakat dengan hasrat mewujudkan satu negara dan bangsa yang kuat dan bermaruah melalui rancangan latihan dan penyelidikan kemasyarakatan. Memberi sumbangan bermakna dalam usaha mencipta kegemilangan masyarakat Malaysia. Pembina semangat patriotisme negara yang terkemuka dan utama.

7. Penyertaan dalam Kursus BTN adalah wajib untuk semua pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negeri. Tujuan kursus tersebut adalah untuk menyemai semangat kenegaraan di kalangan pelajar tersebut agar terus bersikap patriotik ketika di luar negeri. Namun begitu, timbul banyak aduan daripada peserta kursus tersebut (terutamanya yang berketurunan bangsa minoriti) bahawa terdapat jurulatih BTN yang menyebarkan idealogi yang bersifat perkauman, hinggakan ke tahap menimbulkan kebencian terhadap kaum-kaum minoriti di Malaysia.

8. BTN pada dasarnya ditugaskan menyampaikan maklumat berasaskan fakta sejarah dan tidak menyentuh sentimen perkauman secara sempit.Tidak timbul langsung soal memperkecil dan memburukkan kaum bukan Melayu kerana perkara yang disampaikan berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan.

9. Berdasarkan fakta diatas adakah kita berasa kursus BTN adalah proses doktrinisasi kerajaan yang akan menimbulkan fenomena perkauman dan memecah-belahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama? Tanyalah diri sendiri !!

ADC


Demang sambung sikit...

Sementara itu, oleh kerana BTN sudah tidak diperlukan di Selangor maka satu badan baru akan mengambil alih tugas BTN tersebut yang dikenali sebagai 'SPIES'. Maklumlah, kalau satu kursus memakan belanja antara RM40 ribu hingga RM70 ribu, siapa yang tak terliur, ye tak?

Hassan Ali memang biasa dengan kursus macam tu. "Jangan sampai projek Spies tu dapat kat orang lain , Dr..."


Foto di atas ialah Dr Halimah Ng yang bersubahat dengan DAP mengkhianati orang Melayu.

Tuesday, August 18, 2009

Di sebalik Merdeka


31 Ogos 1957 adalah sempadan masa. Sebelum itu British yang berkuasa. Apabila ketetapan telah dibuat untuk merdeka, maka perlu ditentukan siapakah yang akan menghuni negara yang bakal merdeka itu.

Maka raja-raja menetapkan semua orang Melayu secara automatik menjadi rakyat negara baru ini. Manakala orang lain yang bukan Melayu boleh membuat pilihan samada untuk terus menetap sebagai warga bumi bertuah ini atau kembali ke wilayah masing-masing.
Justeru sebahagiannya berikrar untuk kekal manakala sebahagian lagi kembali ke tempat asal.

Persoalannya, siapa yang dimaksudkan dengan orang Melayu?

Setelah disepakati, maka didefinisikan bahawa yang dikatakan Melayu itu ialah orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan mengamalkan adat budaya Melayu.

Pernyataan tersebut direkodkan dalam perlembagaan bahawa sesiapa yang mempunyai ciri-ciri tersebut diisytiharkan sebagai orang Melayu.

Diisytiharkan juga bahawa sultan-sultan adalah ketua bagi negeri mereka manakala dalam kalangan tersebut akan digilir menjadi Ketua Negara bergelar Yang Dipertuan Agong.

Sistem pemerintahan yang digunakan ialah Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan.

Apabila disebut demokrasi maka semua orang tahu bahawa salah satu cirinya ialah semua orang akan dilayan dengan adil dan samarata. Setiap orang akan mendapat hak yang sama.

Ingat. Kunci pada ayat di atas ialah SETIAP ORANG.

Namun ketika di awal kemerdekaan, orang Melayu hanya mempunyai 0.2% dalam ekonomi negara. Alangkah daifnya. Berapakah setiap orang Melayu akan dapat jika dibahagikan harta 0.2% itu?

Maka DEB dilancarkan. Itupun setelah orang Melayu tidak lagi boleh bersabar. Maka dalam DEB, orang Melayu-Bumiputra diperuntukkan 30% kuota. Orang Melayu bersyukur walaupun mereka sepatutnya mendapat peruntukan yang lebih kerana mereka adalah rakyat asal dan merupakan penduduk majoriti.

Setelah 20 tahun DEB dilaksana, orang Melayu-Bumiputra yang kini mewakili 66.6% warga Malaysia berjaya memegang 18% ekuiti negara.

Walaupun tidak diberikan 66.6% sebagaimana sepatutnya; walaupun 30% yang diperuntukkan belum terlaksana; DEB tetap ditamatkan.

Kemudian diperkenalkan DPN; itupun diungkit siang-malam.Demang kisahkan semula sejarah di atas bukan hanya kerana bulan ini kita menyambut Hari Kebangsaan tetapi kerana tersentuh melihat seorang anggota polis yang dtempeleng oleh seorang pemimpin berketurunan India dalam berita perdana malam tadi.

Demang teringat betapa itulah bangsa yang pernah merayu untuk menjadi rakyat negara ini lebih setengah abad yang lalu.

Demag teringat itulah keturunan yang setiap kali pilihanraya diperuntukkan kerusi-kerusi parlimen dan DUN walaupun mereka tidak pernah layak memilikinya andai demokrasi sebenar diambil kira.

Demang juga teringat pada Ananda Krishna yang memegang aset berbillion dollar. Kemana beliau ketika isu Kampung Pala?
...............
foto: people in india werner boehm
flickr.com

Tuesday, August 11, 2009

Kembalilah PAS


222 jumlah semuanya. Daripada 222 itu UMNO ada 78. PAS pula ada 23. Memang jauh bezanya antara 78 dengan 23. Hampir tiga kali ganda. Sebenarnya UMNO masih boleh berlaku sombong dengan PAS.

Sementara itu dalam pakatan pembangkang, PKR (Melayu + Cina + India), mereka mempunyai 30 kerusi dan DAP memiliki 28 kerusi.

Nampaknya, dalam kelompok manapun PAS berada, parti yang berasal daripada sayap UMNO tersebut tetap berada di bawah sekali.

Pemimpin dan para penyokong PAS, janganlah lagi berilusi dan berfantasi. Sedarlah daripada mimpi. Cukup-cukuplah berfikir bahawa UMNO sudah ditolak oleh orang Melayu. Lihatlah fakta dan statistik pilihanraya yang terbaru dan terimalah hakikat yang PAS sekarang sekadar menumpang tuah orang.

Dengan kedudukan 78-23 tersebut, UMNO masih sukar untuk dikalahkan dan PAS masih jauh lagi daripada kemenangan. Hanya yang boleh berlaku ialah, kerusi UMNO akan merosot dan kerusi PAS akan bertambah sedikit. Paling tinggipun, akan dapat keputusan 51 kerusi dan 50 kerusi. Tidak tahulah parti mana yang dapat 51 dan parti mana yang akan dapat 50. Yang pasti, kedua-dua parti itu akan jadi parti yang lemah.

Sedangkan pemimpin-pemimpin bukan Melayu sedang menguatkan penguasaan mereka dalam pakatan pembangkang. Lihat kes Chua Jui Meng dan S Subramaniam yang menyertai PKR baru-baru ini.

Namun jika melihat pada prestasi DS Najib dan respon rakyat terhadap pendekatan beliau setakat ini, adakah angka tersebut mampu dicapai PAS?

Hanya golongan muda yang tidak mengenal sejarah perjuangan bangsa dan agamanya sahaja yang enggan menyokong UMNO. Dan, bilangan tersebut sudah semakin merosot terutamanya sejak kebelakangan ini.

Kembalilah PAS ke pangkuan UMNO. Kita susun semula agenda perjuangan Islam. Hentikan pergaduhan sesama sendiri. Tidak ada salahnya parti UMNO itu. Jika ada pun dosanya, itu bukan milik parti tetapi perbuatan beberapa pemimpinnya yang terleka dengan nikmat dunia. Jika kita pun berada di tempat mereka, belum tentu kita tidak melakukannya.

Yang sudah tu, sudah lah.

Kepada anak-anak muda yang tersimpan di sudut hatinya untuk memberi sumbangan kepada negara, dekati dan hayati sejarah perjuangan UMNO selama ini. Kunjungi mana-mana cawangan UMNO di kawasan anda. Sertai dan berikan sumbangan anda.

Ya, barangkali ada sesuatu perkara yang anda lihat dan tidak setujui. Atau, anda fikir ia boleh dilakukan dengan lebih baik lagi. Maka bersuara dan bertindaklah untuk memperbetulkannya. Jangan bercakap di belakang sahaja dan bersikap menentang.

Namun perlu diingat, jangan lupa adab budaya dan sopan santun kita. Orang tua dan orang lama perlu dihormati. Jika kita bijak melayani mereka dengan berhemah dan berhikmah, insya-Allah mereka akan memberi laluan kepada anda untuk menjadi pemimpin.

Namun jangan lah berharap untuk mengubah semuanya dalam sekelip mata. Berjuanglah dengan penuh iltizam dan istiqamah. Bukanlah perjuangan namanya kalau ia dapat dicapai dengan begitu mudah.

Anda tidak boleh lakukannya seorang diri. Ajaklah sahabat-sahabat untuk sama-sama melakukannya. Sahabat itu dicari dan dibina, ia tidak datang sendiri.
Suatu masa dan ketikanya nanti, anda lah yang akan menjadi pemimpin UMNO. Pegang dan laksanakan tanggungjawab tersebut dengan penuh amanah.

Demang percaya, kalian boleh lakukan.



Angka-angka adalah berdasarkan keputusan PRU12:
http://www.parlimen.gov.my/dR-statistik.htm
Foto: dato onn jaafar
no2umno.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

Chua Jui Meng terima baton



Dalam acara larian berganti-ganti (4x100m), pelari-pelari daripada satu kumpulan tidak berlari serentak. Pelari pertama akan berlari sejauh 100 meter dan menyerahkan kepada pelari kedua yang juga akan berlari sejauh 100 meter lagi. Begitulah seterusnya hingga ke garisan penamat.

Dalam isu Chua Jui Meng, beliau adalah salah seorang pelari dalam kumpulan yang mahu menguasai politik setelah mereka menguasai ekonomi negara sekian lama.

PRU12 membuktikan agenda tersebut. Peralihan besar-besaran pengundi kaum cina kepada pembangkang membawa dua implikasi besar. Pertama, MCA dan Gerakan kalah kepada DAP & PKR. Kedua, BN yang ditunjangi UMNO menjadi lemah.

Adakah fenomena ini terjadi dengan tidak sengaja?

Memang bijak mereka berpolitik. Mereka tahu orang melayu sekian lama bersepakat dalam UMNO. Oleh kerana UMNO menguasai BN, maka mereka lemahkan BN dengan cara membiarkan parti mereka kalah. Akibatnya, walaupun UMNO masih menang besar dalam PRU12, namun hakikatnya UMNO sedang menguasai gabungan parti politik yang sedang lemah.

Gabungan dalam PR menguntungkan mereka kerana PAS bukan parti yang kuat. Malah parti itu tidak pernah bertanding lebih daripada separuh kerusi parlimen.

PKR pula adalah parti campuran. Bukan dikuasai oleh pemimpin melayu. Cuma Anwar Ibrahim masih berada pada kedudukan tertinggi parti tersebut. Masalahnya, nasib beliau sendiri pun bergantung pada keputusan mahkamah.

Jika kita melihat sejarah negara selepas merdeka, impian untuk mengurangkan kuasa orang Melayu dalam politik negara sentiasa digerakkan. Cuma kebijaksanaan Tun DrM sepanjang menjadi PM berjaya mengekang gerakan ini.

Kini CJM menerima baton dan sedang berlari. Semua mata sedang tertumpu pada pelari pencen tersebut. Para pengulas sibuk membuat ulasan selari bagi menarik perhatian penonton kepada pelari yang sebelum ini berpura-pura menjadi kawan BN.

Maka orang ramai yang sudah mula memberi tumpuan pada usaha DS Najib, dialihkan perhatian pada acara baru itu.

Matlamat akhir mereka ialah menguasai ekonomi dan politik Malaysia.

Apa yang Demang boleh buat? Sedangkan amaran daripada Allah pun orang tak endah, inikan pula amaran daripada Demang.

Kita tunggu sahajalah nasib kita dan anak cucu kita nanti.



Foto: dispatch.co.za

Thanks.

Thursday, July 2, 2009

Manik Urai: Bahana Perang


Lazimnya dalam pertempuran, masing-masing bukan sahaja akan menghancurkan pihak lawan malah akan menyerang dan memusnahkan semua sumber yang dianggap boleh menguntungkan pihak lawan.

Salah satu tindakan yang dilarang keras oleh Islam ialah merosakkan tanaman dan membunuh ternakan. Biasanya tindakan begini dilakukan oleh pihak yang menyerang, bukan pihak yang diserang.

Dalam pilihanraya Manek Urai, pihak yang bertahan ialah PAS, atas dua alasan:

Pertama, kerusi Manek Urai adalah milik PAS melalui PRU12 sehinggalah wakil mereka meninggal dunia.

Kedua, PAS sedang menguasai kerajaan negeri Kelantan.

Maka UMNO bolehlah dianggap sebagai penyerang manakala PAS cuba mempertahankan penguasaan mereka.

Namun sudah tentulah kempen pilihanraya berbeza dari kempen peperangan sebenar. Dalam pilihanraya, sudah tentu tanaman dan ternakan tidak dimusnahkan melainkan untuk dijadikan makanan para petugas dan untuk menjamu para pengundi. Itu bukanlah seperti yang saya maksudkan.

Kemusnahan yang dimaksudkan ialah serangan-serangan terhadap jentera kerajaan seperti tentera, polis, suruhanjaya pilihanraya, malah terhadap institusi beraja.

Apabila komponen-komponen itu diserang walaupun tanpa bukti yang kukuh, maka ia
akan tercemar. Kepercayaan rakyat terhadapnya akan tercalar. Nanti apabila negara terdesak dan perlukan institusi tersebut, barulah kita rasa menyesal.

Kali ini di Manik Urai. Tidak lama lagi PRU ke13. Dalam mana-mana pilihanraya sekalipun, janganlah kita cuba merosakkan perkara-perkara asas negara kita.

Sama-samalah kita tunggu perkembangan seterusnya.
---------------
foto: stop war sign of the... Danny B!
flickr.com
TQ

Tuesday, June 30, 2009

Manik Urai

Pilihanraya kecil (PRK) datang lagi. Kali ini di pantai timur pula. Di negeri Cik Siti Wan Kembang.Manek Urai. Barangkali di sinilah tempat kalungan manik yang dipakai Cik Siti Wan Kembang terurai.

Apakah di sini nanti akan menyaksikan ikhwanul muslimin kian terlerai dan terburai?

Setakat ini medan pertempuran akan menyaksikan dua parti Islam bersabung, bukannya bergabung. Kedua-dua ayam sabung sudah dikenal pasti. Cuma rakyat masih keliru pihak mana yang memegang ayam raja dan pihak mana yang memegang ayam Pak Kaduk.

Sebagaimana biasa, masing-masing akan berpencak bagi mengalahkan pihak lawan. Biarpun keputusannya nanti akan dikira berdasarkan calon mana yang menang, namun sudah dijangkakan mereka akan melupakan prinsip tersebut dan hanya memberi tumpuan untuk menjadikan lawannya rebah dan kalah.

Maka strategi untuk mencapai kemenangan diketepikan sebaliknya tumpuan diberi pada strategi bagi mengalahkan pihak lawan. Dengan kata lain, untuk menang mereka akan menghalang orang lain daripada menang.

Salah satu strategi yang akan digunakan ialah memburukkan pihak lawan. Malah semua perkara akan dipersalahkan melainkan diri sendiri.

Mahu tidak mahu, Blogger Pembela Negara (BPN) ikut terpanggil dalam sayembara ini.

Sebagai pembela negara, BPN cuma membawa satu tujuan: mempertahankan negara kita dari musnah. Maksud saya, dimusnahkan.

Di situlah bermulanya perjuangan kami.
(Artikel ini juga boleh dibaca di blog khas BPN Manik Urai)

Monday, June 29, 2009

keadilan untuk rakyat

Mahu tidak mahu kali ini Demang terpaksa menulis agak panjang. Memangpun Demang selalu menulis panjang walaupun Demang tahu para pengunjung menghadapi kekangan masa. Demang mohon, baik bumiputra mahupun bukan bumiputra, bacalah sampai habis dan tolonglah faham realiti di negara kita. Bertolak ansurlah dan berlapang dada.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan biasiswa pelajaran akan diberikan berdasarkan merit sahaja. Justeru tidak ada lagi kuota untuk kaum bumiputra.

Cadangan tersebut nampak bagus, yakni tidak ada pilih kasih. Setiap yang berhak akan mendapat haknya.

Namun, benarkah ia adil dan merupakan hak kepada yang berhak?

Jika dilihat pada hak individu, memang betullah. Namun bagaimana dengan faktor-faktor lain yang berlegar di keliling kita? Bolehkah kita abaikan begitu sahaja?

Mari kita berfikir secara kritis.

Seorang pelajar bukan bumiputra mendapat biasiswa pelajaran sehingga tamat pembelajaran di universiti. Beliau akan masuk ke dunia pekerjaan dan berhadapan dengan tiga pilihan.

Pertama, beliau boleh bekerja dengan pihak kerajaan. Oleh kerana tidak ramai kaum bukan bumiputra berminat untuk menjadi penjawat awam maka peluang beliau agak cerah untuk diberikan tempat.

Kedua, beliau boleh bekerja dalam syarikat swasta. Kebanyakan syarikat swasta dan gedung perniagaan dimonopoli oleh pengusaha yang sebangsa dengannya. Maka peluang beliau dalam sektor ini juga terbuka luas. Jika ada dua orang calon pekerja iaitu bumiputra dan bukan bumiputra, yang manakah akan dipilih oleh syarikat swasta tersebut?

Ketiga, beliau boleh bekerja sendiri iaitu menjadi usahawan. Lihatlah sekeliling anda sekarang. Kaum manakah yang menguasai perniagaan dan perusahaan? Semua itu adalah ‘jaringan niaga’ yang akan menentukan jaya-gagalnya sesebuah perniagaan, terutama bagi pengusaha baru. Siswazah bukan bumiputra tersebut akan mendapat keistimewaan dari segi tapak, bekalan, kemudahan kredit, produk, harga pembekal, dan sebagainya.

Bagaimana pula jika siswazah tersebut dari kaum bumiputra?

Pertama, sebagaimana majoriti siswazah bumiputra lain, beliau akan turut beratur bagi mengisi kekosongan penjawat awam yang berhenti, bersara, atau meninggal dunia. Berapa tempat yang ada? Jika sebuah universiti mengeluarkan 2000 orang setahun, darablah dengan jumlah IPTA dan IPTS serta puluhan kolej yang kita ada. Belum lagi dikira universiti luar negara.

Kedua, beliau bolehlah mencuba memohon pekerjaan di syarikat swasta yang majoritinya kepunyaan bukan bumiputra. Namun, pengusaha syarikat tersebut sudah tentu mempunyai anak-anak, anak buah, sanak saudara, kaum kerabat, jiran tetangga, dan sebagainya yang jikapun tidak melebihi, sekurang-kurangnya sama kelayakan akademik dengan siswazah bumiputra tadi. Siapakah yang akan dipilih? Mahukah mereka bersikap 'kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan?

Ketiga, siswazah bumiputra tersebut boleh memulakan perniagaan sendiri. Namun beliau akan mendapati syarikatnya dikelilingi syarikat-syarikat yang dimiliki oleh kaum lain yang mempunyai jaringan perniagaan cukup kukuh. Beliau boleh memilih untuk berada di kawasan perniagaan sesama bumiputra yang terpencil dan tidak disinggahi orang ramai, atau menempatkan kedai di celah-celah rangkaian syarikat bukan Melayu yang begitu hebat lagi terkenal.

Beliau juga akan mendapati para pembekal barang-barang yang akan dijualnya diambil daripada gergasi perniagaan yang dimiliki oleh bukan bumiputra. Masalah bahasa dan bangsa sering mempengaruhi urusan perniagaan. Walaupun syarikat-syarikat besar tersebut berasaskan keuntungan dan tidak bersifat perkauman, namun mereka perlu menjaga hubungan baik yang telah lama terjalin antara mereka.

Sekarang, bagaimana pandangan anda? Adakah wajar biasiswa nasional diberi kepada semua pelajar mengikut merit dan bukan mengikut kuota kaum mengikut keperluan?

Demang percaya, ramai yang akan mempersoalkan pula tindakan kerajaan BN bertindak demikian.

Jawapannya mudah sahaja dan ada pada kita semua (orang Melayu). Apabila kita berpecah belah, kita adalah lemah. Apabila kita lemah, pihak lain yang selama ini begitu mengidam segala keistimewaan tersebut segera mengambil kesempatan.

Inilah padahnya apabila tidak mahu bersatu.

Kepada pembaca bukan bumiputra, Demang tahu memang ada pelajar bukan bumiputra yang hidup susah. Kalian masih ada banyak pilihan terutama meminta bantuan daripada persatuan, ahli korporat, dan orang kaya yang memang ramai dari kalangan kaum kalian. Jika tidak boleh, barulah minta pada kerajaan. Sudah tentu kerajaan akan membantu sebab kalian juga ada kuasa mengundi.

Marilah kita bersatu padu dan jangan sekali-kali mengambil kesempatan.
__________________
(foto: peninsular malaysia Rudi Roels flickr.com)

Sunday, June 28, 2009

Umno serupa komunis


Kata Nik Aziz, beliau menggelar UMNO seperti komunis sama seperti kita guna peribahasa melayu 'seperti rusa masuk kampung' terhadap seseorang. Yakni, bukanlah kita kata orang itu rusa, berekor dan bertanduk. Cuma ada sifat tertentu yang serupa.

Maka selepas ini bolehlah anak-anak kita kata pada kawannya, "engkau ni pendek macam babi." Nik Aziz ajar.

Demang dapati Nik Aziz sudah pergi terlalu jauh dan Demang bimbang beliau sudah salah simpang. Namun siapa yang mampu memperbetulkan beliau? Setakat ini Nik Aziz dianggap penghulu segala ulama. Presiden PAS pun berada satu level di bawahnya. Lantas, beliau akan dianggap betul atas apa sahaja tindakannya, hatta menolak perpaduan demi survival politik.

Suatu masa dahulu Nik Aziz pernah mendakwa kita dibenarkan meminta pertolongan daripada syaitan. Maka gembiralah kaki-kaki ekor yang meminta nombor ekor dari busut-busut dan perdu pokok besar.

Dosa berjudi boleh diampun, dosa syirik?

Eloklah kita lapangkan dada, buangkan sebentar rasa taksub pada mana-mana pemimpin dan bacalah temubual khas dengan mufti Perak iaitu Harussani Zakaria dalam Mingguan Malaysia hari ini.

Semoga di saat-saat keruntuhan sebuah lagi kerajaan Islam ini, akan ada sedikit kesedaran pada kita semua.

Semoga kita sempat menambah sedikit lagi pahala, dan menghentikan satu-dua dosa.

(Awas: adakah Nik Aziz sindir Anwar yang mengizinkan Chinpeng dibawa masuk ke Malaysia?)
_______________

foto: three little pigs Indigo Goat by flickr.com/

Thanks from Waadat.

Saturday, June 27, 2009

Hikayat Sang Pendendam


Kisah Sang Pendendam ini sudah diceritakan oleh nenek moyang Demang sejak ratusan tahun dahulu lagi. Sudah kerap benar Demang mendengarnya. Sudah hafal benar oleh Demang akan jalan ceritanya. Namun kisah tersebut terus diulang-ulang ke telinga Demang biarpun sudah puas Demang meminta agar kisah itu dihentikan sahaja. Demang tidak mahu mendengarnya lagi. Demang sudah bosan.

Namun hari ini kisah itu berulang lagi. Maksud Demang, diulang lagi. Sebagaimana juga sebelum ini, ulangan kali ini juga ’terdapat sedikit tambahan’, kata si empunya ceritera.

Demang hanya tersenyum sinis. Tambahan? Tidak; Sebenarnya ia hanya satu ulang tayang. Seperti juga semalam. Seperti juga kelmarin. Seperti juga kelmarin dulu.

Selama-lamanya pun begitu.

Hari ini, Sang Pendendam mengajak lawannya berkelahi pula. Bertengkar. Berdebat, katanya. Jika tidak mahu, maka bolehlah dituduhnya sebagai pengecut pula.

Begitulah lazimnya Sang Pendendam.
(foto: red devil m4r00n3d flickr.com) TQ.

Sistem Peperiksaan Malaysia

Musim durian tiba lagi. Di mana-mana ada durian. Di pasar malam, di tepi jalan, di pasaraya, dan di kaki lima kedai. Baunya merebak ke mana-mana dan boleh dihidu hingga ke tandas awam.

Untuk menjual durian, pelbagai cara digunakan. Ada yang ditimbang beratnya. RM1, RM2, RM4, dan ada yang sampai RM6 sekilogram.

Ada juga yang dilonggokkan. Contohnya,RM10 selonggok atau RM15 bagi dua longgok.

Malah ada juga yang dinilai sebiji-sebiji. Ada yang RM2 sebiji, RM5 sebiji, dan Demang pernah jumpa durian yang dijual RM20 sebiji.

Demikianlah kerenah jual beli durian. Pelbagai kaedah digunakan. Yang besar tidak semestinya mahal dan yang kecil tidak semestinya murah. Banyak tidak semestinya menggambarkan durian itu murah. Maksud Demang, kalau kita membayar RM10 untuk seguni durian dan apabila tiba di rumah hanya sebiji yang boleh dimakan, adakah ia masih dianggap murah?

Ketika memandu, kita sering nampak tanda harga yang ditulis besar-besar, RM2: 1 kg. Apabila kita singgah, barulah diketahui bahawa yang itu ialah harga bagi durian 'reject'.

Bagaimana dengan manusia? Bagaimana kita menilai anak kita? Bagaimana pula kita menilai calon wakil rakyat kita? Para pengundi di Manek Urai perlu bijak menilai. Jangan main borong sahaja, hanya kerana calon itu mewakili parti yang menguasai kerajaan negeri.

Macam tanda harga durian yang kita nampak tertulis RM2 tetapi sebenarnya ia hanya merujuk pada durian 'reject'.

Baru-baru ini kementerian Pelajaran berura-ura untuk menghadkan bilangan subjek yang boleh diambil oleh calon SPM. Jangan bimbang. Ia masih di peringkat cadangan. Berikan pendapat dan cadangan anda.

Bukankah slogan PM, Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan?

Peperiksaan hanya satu alat pengukuran. Sama seperti kita membeli durian. Maka jangan terlalu taksub dengan sistem peperiksaan. Ada banyak lagi kaedah untuk menilai manusia.

Rakyat Malaysia sudah terlalu biasa dengan sistem peperiksaan yang ada sekarang. Bagi Demang, peperiksaan sekarang lebih tertumpu pada keputusan akhir.

Adakah tempoh dua atau tiga jam mampu menentukan masa hidup seorang manusia?

Lebih malang lagi ia hanya menilai dalam perkara akademik sahaja.

Dalam mengejar kecemerlangan peperiksaan, banyak perkara yang tercicir dan terlepas pandang. Pelajar yang tidak cenderung pada akademik akan tercicir manakala perkara-perkara seperti sahsiah, sosial, emosi, jasmani, dan rohani, terlepas pandang.

Demang katakan tadi 'pelajar yang tidak cenderung pada akademik' kerana ramai yang menganggap kelompok tersebut mempunyai minda yang lemah atau bodoh. Padahal mereka mempunyai kebolehan dan keistimewaan lain yang tidak kurang pentingnya.

Minggu lepas isteri Demang menghadiri satu kursus penting. Nampaknya kaedah baru penilaian sedang dimulakan bagi mengubah sistem penilaian yang ada sekarang.

Beberapa buah sekolah di seluruh negara telah dipilih sebagai perintis.

Tidak lama lagi anak-anak kita tiak hanya dinilai melalui peperiksaan seperti SPM yang ada sekarang. Sebaliknya akan dinilai melalui pemerhatian sepanjang tahun dan sepanjang persekolahan.

Semoga anak-anak kita nanti akan dinilai dengan lebih adil, bukannya samarata.

Monday, June 22, 2009

Dua Berita Penting


Ada dua berita penting semalam dan hari ini yang sepatutnya membuka mata ummat Islam di Malaysia.

Pertama, kenyataan pemimpin MCA semalam bahawa jika UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan dengan PAS maka MCA akan bergabung dengan DAP.

Kedua, parti-parti pembangkang sepakat menolak cadangan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS.

Sesiapapun akan sedar bahawa tanpa berita yang pertama itu, tidak akan ada berita kedua. Jika dilihat sekali imbas pun seseorang akan tahu bahawa berita pertama adalah ugutan manakala berita kedua adalah tindak balasnya. Yakni tindak balas pihak yang lemah!

Sebenarnya UMNO sudah lama memahaminya. Itulah sebabnya UMNO membentuk Barisan Nasional bersama parti-parti bukan Islam. Namun PAS sebelum ini tidak sedar lantas menuduh UMNO macam-macam, termasuklah kenyataan Haji Hadi yang terkenal dengan nama ’Amanat Haji Hadi’. Demang tidak pasti sama ada Hj Hadi masih ingat amanat tersebut.

UMNO membentuk BN ketika sedang kuat. Maka UMNO mempunyai cukup kekuatan untuk menentukan sesuatu dasar, asalkan tidak menjejaskan kepentingan kaum lain. Contohnya, walaupun Melayu/bumiputra mewakili 66.6% (statistik terkini) daripada penduduk Malaysia, namun UMNO sekadar memperjuangkan cuma 30% ekuiti dalam negara.

Apakah yang nak diharapkan dengan pakatan PAS dan parti-parti perkauman lain itu? PAS cuma mempunyai 23 kerusi parlimen. Jelas, PAS mempunyai kuasa TERCOROT dalam komplot pembangkang tersebut.

Tak perlulah Demang mengulas panjang. Hanya ada satu pilihan sahaja untuk orang Melayu hari ini. Oleh kerana UMNO dilihat sudah hilang bisa manakala PAS pula sedang PERASAN berkuasa, maka orang Melayu tidak perlu lagi hiraukan kedua-dua parti itu.

PKR? Jangan jadi bodoh sekali lagi. PKR bukan parti Melayu dan bukan juga didominasi oleh orang Melayu. Pemimpin berbangsa melayu cuma 2-3 kerat dalam PKR dan akan ’terpeleot’ habis apabila Anwar dipenjara kelak.

Orang Melayu wajib mengundi berdasarkan calon dan tidak lagi memilih parti. Jika berlaku pertembungan calon seperti di Manek Urai, barulah lihat parti. Pilihlah parti yang dominan, iaitu jika PAS menguasai kerajaan, maka pilihlah PAS. Jika ketika itu UMNO yang menguasai kerajaan, maka pilihlah UMNO. Jika dalam PRU, lihat parti mana yang meletakkan paling ramai calon bagi Parlimen. Hal ini penting kerana dalam prinsip demokrasi, parti yang bertanding sedikit tak mungkin dibenarkan menubuhkan kerajaan.

Cuma masalah yang akan menghalang strategi ini ialah pemikiran penyokong PKR dalam kalangan orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu dalam PKR sudah begitu terpesona dengan ahli politik bukan Islam sehingga berpendapat negara ini lebih sesuai diperintah oleh orang bukan Islam. Jika disanggah, mereka akan menggunakan Singapura sebagai contoh.

Anwar? Jangan jadi bodoh sekali lagi. Para pemimpin DAP memang yakin yang Anwar takkan lama menguasai PKR. Ada banyak faktor yang akan melenyapkan Anwar dari politik Malaysia,jikapun dia terselamat dalam kes Saiful nanti.


(foto: septianka.web.ugm.ac.id) TQ.

Saturday, June 20, 2009

Tunggu sampai santak



Semasa bujang dulu, Demang dan rakan-rakan sekampung selalu menyewa kereta untuk ke Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan bola sepak. Duit sewa kereta/van serta duit minyaknya kami kongsi bersama.

Biasanya kami akan pastikan minyak yang kami isi itu cukup-cukup sahaja sampai ke rumah pemilik sebenar kenderaan itu. Maklumlah, kereta sewa.

Pernah satu ketika, kami telah tersilap perkiraan. Kira-kira sepuluh KM sebelum tiba di kampung kami, van yang dinaiki tersenggut-senggut dan akhirnya berhenti.

Sah! Van sudah kehabisan minyak. Maka, dinihari yang sunyi dan permai itu kami isi dengan latihan menolak van beramai-ramai.

"Itu la. Aku dah kata minyak nak habis tadi, korang tak percaya." rungut salah seorang dari kami.

Demang teringat peristiwa tersebut kerana situasi politik Melayu sekarang hampir sama dengan kejadian itu. Walaupun tanda-tanda orang Melayu akan 'kehabisan minyak' sudah banyak dan ketara, namun masih ada pemimpin yang enggan percaya.

Agaknya mereka nak tunggu hingga 'van' kita ini berhenti mendadak baru nak bertindak.

...............
foto 1: swimntina flickr.com
foto 2: videoplacebo ... flickr.com
TQ.

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan punca Kemusnahan PAS?



Sedikit masa dahulu isu muzakarah UMNO-PAS berlagu di seluruh pelusuk negara dan menyelinap ke pelusuk sanubari orang Melayu. Namun ianya tidak semudah yang diimpikan. Kecurigaan terhadap musuh tradisi meranapkan impian rakyat untuk melihat dua parti Melayu kembali bersatu.

Tiba-tiba kempen tersebut berkumandang kembali. Kali ini saranan tersebut terbit dari mulut presiden PAS sendiri iaitu Haji Hadi dan disokong Timbalannya.

Kesungguhan pemimpin tertinggi PAS itu dapat dilihat apabila beliau tidak sekadar bercakap kepada pemberita malah mengumumkannya dalam muktamar PAS baru-baru ini.

Sebagaimana presiden UMNO sebelum ini (Tun Abdullah), presiden UMNO yang baru (DS Najib) juga menerima cadangan tersebut dengan senang hati. Begitu juga timbalannya.

Keterbukaan para pemimpin UMNO tanpa syarat mengundang rasa curiga ramai pemimpin PAS.

Apakah muslihat UMNO? Kenapa pemimpin UMNO nampak gembira dengan idea kerajaan perpaduan?

Anggapan bahawa semua pemimpin UMNO yang mengalu-alukan kerajaan perpaduan sebagai satu tindakan ikhlas tanpa ada sebarang keuntungan politik mungkin satu andaian bodoh. Namun tindakan menolak sama sekali cadangan tersebut dengan meletakkan seratus peratus alasan kecurigaan akan menjadikan seseorang pemimpin itu kelihatan angkuh dan lebih bodoh.

Justeru adalah lebih matang jika kita meneliti apakah kebaikan yang bakal kita perolehi dan apakah malapetaka yang boleh kita hindari jika idea kerajaan perpaduan tersebut kita laksanakan.

Bagi menjawab kekhuatiran dan kecurigaan sesetengah pihak terutama Erdogan Pas, marilah kita selusuri satu persatu perkara tersebut.

Pertama, kenapakah Najib menerima cadangan musuh tradisi UMNO itu?

Satu andaian yang mudah ialah Najib mungkin inginkan rakyat menyokongnya sebagai Perdana Menteri yang dilihat bersungguh-sungguh mengutamakan kepentingan rakyat.

Dengan itu kedudukannya sebagai PM akan semakin kukuh. Penyertaan para pemimpin PAS (dan lain-lain) ke dalam kabinet bukan sahaja memudahkan beliau menerajui negara malah menyelamatkan beliau dari sebarang persaingan. Manakan tidak, sebagai anggota kabinet, semua musuh-musuh dari parti lawan sudah menjadi orang bawahannya.

Kelompok yang akan terjejas dalam idea kerajaan perpaduan ini ialah pemimpin yang 'berlevel' sederhana dan rendah. Dengan kemasukan beramai-ramai ke dalam kerajaan, persaingan akan menjadi bertambah sengit. Maka peluang para pemimpin 'berstatus sederhana' ini semakin tipis dan akan terpelanting keluar bila-bila masa sahaja.

Namun idea perpaduan adalah idea yang amat ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat. Justeru para pemimpin sebegini akan cuba menghalang usaha ini diam-diam sedangkan dalam masa yang sama berpura-pura menyokongnya bagi mengambil hati rakyat.

Jika ketulusan yang menjadi persoalannya, maka Demang rasakan Haji Hadi dan Nasharuddin lah yang lebih ikhlas. Kesediaan beliau untuk bersama-sama Najib membangunkan negara dalam bentuk baru ini memang berisiko tinggi, yakni mampu mendedahkan PAS pada kemusnahan. Inilah yang ditakuti oleh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Silap-silap segala perjuangan PAS selama ini akan 'habis' begitu sahaja.

Namun itu terpulanglah pada pemahaman kita tentang maksud sebenar kejayaan.

Bagi Demang, itulah kejayaan sebenar perjuangan kerana dalam perjuangan bukanlah yang hidup sahaja dianggap pemenang malah yang terkorban itu akan lebih dikenang.

Malah, dalam Islam yang mati syahid itu lebih baik daripada yang pulang dari medan perang meski membawa panji kemenangan. Sebab, selagi masih hidup pastilah terdedah dengan pelbagai peluang bagi melakukan dosa. Bagi yang mati syahid, peluang untuk membuat dosa sudah terhenti. Maka hanya syurgalah yang menanti mereka.

Apakah kebaikan perpaduan?

Rasanya tak perlulah Demang jawab sebab Allah SWT sudah menyebutnya dalam Al-Quran. Contohnya dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10.

”Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.”

Justeru, tak perlulah kita buat andaian macam-macam. Cukuplah dengan kita beriman dengan ayat Al-Quran di atas.

semoga Allah SWT melimpahkan rahmat ke atas negara kita.

(foto: goafalaladyn.com)

52 tahun sudah terlalu lama


Fajar yang menyinsing pada subuh 1 September 1957 tidak mampu mengejutkan orang Melayu dari lena yang panjang. Mentari terik yang muncul dari celahan atap nipah rumah-rumah usang hanya mampu menyilaukan mata penduduk peribumi.

Sebagaimana silau yang tidak membantu mata manusia melihat dengan jelas, begitulah juga nasib orang Melayu. Dalam keadaan mata yang enggan terbuka, jalan di hadapan begitu kabur dan berbalam.

Lama sebelum kita merdeka lagi kaum cina sudah bertapak di Tanah Melayu. Sebahagian besar daripada mereka bergiat dalam aktiviti perlombongan yang memberikan mereka pendapatan yag tetap. Kedudukan ekonomi mereka memang mantap, malah boleh dianggap lumayan memandangkan permintaan yang begitu tinggi terhadap komoditi logam ketika itu. Lumayan, apatah lagi jika dibandingkan dengan kedaifan orang Melayu yang menghuni ceruk-ceruk desa ketika itu.

Sebagaimana kelompok-kelompok manusia lain, masyarakat pekerja lombong juga terbentuk dalam satu kerangka sosial yang beraras-lapis. Selain bermajikan 'kan syarikat British, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin dari kalangan kaum sendiri.

Sudah tentulah para pemimpin ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding pekerja biasa. Maka terbentuklah golongan aristokrat cina yang unik dan tersendiri.

Keperluan terhadap pendidikan dan ilmu pengetahuan pula menyebabkan satu kumpulan baru turut dibawa masuk iaitu guru-guru yang diambil dari tanah besar cina. Golongan ini tercatat dalam sejarah sebagai pembawa dan penyebar fahaman komunis dalam kalangan kaum cina di Tanah Melayu.

Seterusnya, ekoran permintaan terhadap keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal maka muncul pula golongan peniaga yang kemudiannya mengaktifkan kegiatan ekonomi dalam kelompok mereka.

Bukan itu sahaja malah dengan kemudahan yang ada golongan ini menjadi orang tengah antara pengeluar dengan peniaga serta bertindak sebagai tempat orang Melayu berhutang.


Lama sebelum Tanah Melayu merdeka juga, kegiatan ekonomi dalam masyarakat cina sudah begitu aktif dan kemajuan tersebut berjangkit ke bidang-bidang lain termasuk perusahaan, teknologi pembuatan, pendidikan, pertanian, dan sebagainya.

Di celah-celah keghairahan ekonomi tersebut orang Melayu menumpang faedah sebagai pembeli dan pengguna pasif. Faedah lain yang diperolehi oleh orang Melayu ialah kemudahan untuk berhutang.

Kedudukan kaum cina semakin kukuh apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan. Pemergian British membawa dua implikasi besar iaitu kuasa pentadbiran diserahkan kepada orang Melayu manakala kuasa ekonomi diwariskan kepada kaum cina.

Kaum Cina terus bergerak pantas ke hadapan menyambar apa sahaja, merenggut semua peluang yang ada. Pengalaman dan modal yang diraih dan dikumpul sepanjang pemerintahan British digunakan bagi menampuk dana dan mengagihkannya sesama mereka.

Orang Melayu hanya mampu merenung sambil melengung.

Rupa-rupanya kuasa politik belum cukup untuk merubah lanskap ekonomi orang Melayu.

Adakah pemimpin melayu ketika itu tidak cukup peduli atau kurang keinginan untuk merubah nasib bangsa sendiri?

Pembukaan FELDA, FELCRA, RISDA, MARA, MARDI, dan sebagainya adalah bukti usaha yang telah dilakukan pemimpin Melayu bagi mengeluarkan orang Melayu dari belengu kedaifan. Namun rantai kemiskinan pada masa itu begitu kukuh membelit bangsa Melayu hingga sukar dirungkai.

Cabaran utama yang kita hadapi tidak setakat untuk merubah bentuk fizikal petempatan orang Melayu malah yang lebih mencabar ialah merubah minda dan menganjak paradigma mereka.

Institusi seperti FELDA, FELCRA, RISDA, MARA dan sebagainya itu boleh disiapkan dalam masa kurang daripada 10 tahun. Namun hasil daripada pembangunan fizikal tersebut hanya mampu dilihat jauh lebih lama dari itu.

Contohnya, generasi pertama peneroka FELDA sekadar menjadi perintis sedangkan yang diharapkan untuk bersaing dengan kaum lain ialah kalangan generasi kedua. Jika sebuah keluarga memasuki FELDA pada tahun 1970, maka selepas 1990 barulah generasi kedua mampu menginjak dewasa (berusia 21 tahun). Itupun setakat habis sekolah menengah.

Di waktu itu keluarga peneroka tersebut belum begitu bebas dari belengu kemiskinan.

Orang Melayu hanya ramai memasuki golongan menengah pada pertengahan 1990-an atau sekitar 1996. Namun belum sempat bersenang lenang, krisis ekonomi iaitu serangan matawang pula melanda pada 1998.

Tidak cukup dengan itu, politik negara tiba-tiba bergegar dengan kes salah laku seks Timbalan Perdana Menteri yang berakhir dengan penyingkiran beliau. Krisis tersebut terus berlarutan hingga kini dan belum menampakkan tanda-tanda akan reda.

Kini krisis ekonomi berulang lagi. Bahkan dijangka lebih hebat dari itu. Jika sebelum ini para pemimpin kaum cina mengesan setiap peluang ekonomi yang bakal tiba maka begitu juga kali ini; mereka pantas menghidu musibah yang bakal menghentam ekonomi negara.

Kecil atau besar, kek ekonomi perlu dibahagi sesama, namun tidak semestinya secara saksama. Apatah lagi samarata.

Selama ini masyarakat cina sudah terbiasa bermewah. Besar periuk besarlah keraknya. Justeru apabila kek ekonomi mengecil, maka ia tidak mampu memenuhi tembolok mereka yang terbiasa mewah.

Akhirnya masyarakat cina berfikir bahawa tempoh 52 tahun menunggu orang Melayu untuk mampu melangkah segagah mereka adalah terlalu lama. Sesuatu perlu dilakukan sebelum segala-galanya musnah. Dalam persaingan hukum belukar, hanya enau yang mampu melepaskan pucuknya yang akan menang. Manakala rumput yang merayap di tanah akan terus layu dan lemah.


Dalam perjuangan untuk hidup memang perlukan pengorbanan dan kini adalah masa untuk menentukan siapa yang patut dikorbankan.

Setidak-tidaknya kelompok yang 'lemah' itu patut ditinggalkan.

Corak agihan yang dirintis dan dipertahankan oleh pemimpin Melayu, kini mereka anggap sudah tidak relevan lagi. Ia hanya akan mengundang bencana kerana agihannya nanti berdasarkan keperluan sesuatu unit bukan berdasarkan kemampuan unit itu untuk memperolehinya.

Dengan kata lain, jika anda kuat dan mampu, maka anda akan mendapat apa yang anda mahu manakala jika anda lemah, bersedialah untuk melihat sahaja orang lain memilikinya.

Bagi kaum cina zaman bertolak ansur sudah berlalu. Dalam survival hari ini mereka perlu bertegas dan mengenepikan emosi. Memang masih ada pemimpin kaum cina yang bersimpati dengan orang Melayu namun apa boleh buat. Kehidupan adalah suatu realiti dan mesti berani menghadapinya.

Itulah realitinya?

Masih belum mahu sedarkah orang Melayu?

Bagaimana mahu sedar jika hanya yang berfikiran positif sahaja yang sudi membaca tulisan ini? Manakala yang berfikiran negatif dan suka membangkang malas membaca artikel panjang begini, apatah lagi yang berkaitan sejarah.

Sunday, June 14, 2009

Muslihat terbaru Anwar



Kenapa Chin Peng ingin dibawa pulang ke Malaysia di hujung-hujung usianya yang sudah menganjak 85 tahun? Adakah kerana Chin Peng rindukan kampung halaman dan negara tercinta ini? Kasihkah ia pada negara Malaysia? Murnikah perjuangan PKM? Atau sudah insafkah Chin Peng?

Bukankah Chin Peng memiliki kerakyatan Britain?

Siapakah yang membawakan hasrat Chin Peng itu? Apa hubungan mereka? Sudah lamakah mereka berhubungan?

Kenapa isu ini timbul semula? Apakah kemelut politik sekarang ada kaitan dengan isu ini? Apa pula liberalisme? Kenapa kesamarataan menggantikan keadilan? Kenapa 'negara Islam' menjadi 'negara berkebajikan'?

Itulah sebahagian persoalan yang bersarang dalam fikiran Demang.

Ada satu jawapan yang pasti. Chin Peng pasti akan mati. Bahkan dia diharapkan akan mati di Malaysia supaya mayatnya boleh dikuburkan di sini. Kuburnya nanti akan dipacakkan binaan memorial. Saban masa memorial itu akan dilawati. Ia akan menjadi sebahagian produk pelancongan.

Lama kelamaan orang akan lupa kekejaman komunis. Yang tinggal hanya fakta akademik tentang idealisme komunis. Idealisme yang telah terbukti gagal apabila dipraktikkan di Rusia, China dan lain-lain.

Realiti kekejaman komunis di Tanah Melayu akan lenyap. Generasi akan datang cuma tahu komunisme adalah salah satu ideologi sepertimana juga kapitalisme atau nasionalisme.

Tiba-tiba Anwar pula menyokong Chin Peng dibawa ke Malaysia. Kenapa? Apa pentingnya komunis pada Anwar? Kenapa Anwar menentang arus kemarahan masyarakat Melayu dalam isu komunis?

Kenapa sekarang? Tidakkah Anwar lebih perlu memberi tumpuan pada perbicaraan kes liwatnya yang semakin hampir?

Sebenarnya soalan Demang yang terakhir tadi adalah jawapannya. Anwar mahu mengeksploitasi isu Chin Peng bagi mengalih perhatian rakyat terhadap perbicaraannya. Sekiranya dia didapati bersalah nanti, dia akan memberitahu rakyat bahawa simpatinya pada komunislah yang menyebabkan mahkamah memutuskan dia bersalah dan ditahan.

Walaupun isu ini bakal merugikan PKR dan PR dari segi politik namun buat masa ini Anwar sedang berdepan dengan soal MARUAH. Anwar seboleh mungkin ingin menjaga hati anak-anaknya terutama Nurul Izah yang sedang membina kerjaya politiknya.

Tidak ada sesiapa yang ingin berbapakan seorang gay!

Berhati-hatilah memainkan isu komunis ini kerana ia boleh menguntungkan Anwar.

(foto: dapmalaysia.org)

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)