Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, June 27, 2009

Hikayat Sang Pendendam


Kisah Sang Pendendam ini sudah diceritakan oleh nenek moyang Demang sejak ratusan tahun dahulu lagi. Sudah kerap benar Demang mendengarnya. Sudah hafal benar oleh Demang akan jalan ceritanya. Namun kisah tersebut terus diulang-ulang ke telinga Demang biarpun sudah puas Demang meminta agar kisah itu dihentikan sahaja. Demang tidak mahu mendengarnya lagi. Demang sudah bosan.

Namun hari ini kisah itu berulang lagi. Maksud Demang, diulang lagi. Sebagaimana juga sebelum ini, ulangan kali ini juga ’terdapat sedikit tambahan’, kata si empunya ceritera.

Demang hanya tersenyum sinis. Tambahan? Tidak; Sebenarnya ia hanya satu ulang tayang. Seperti juga semalam. Seperti juga kelmarin. Seperti juga kelmarin dulu.

Selama-lamanya pun begitu.

Hari ini, Sang Pendendam mengajak lawannya berkelahi pula. Bertengkar. Berdebat, katanya. Jika tidak mahu, maka bolehlah dituduhnya sebagai pengecut pula.

Begitulah lazimnya Sang Pendendam.
(foto: red devil m4r00n3d flickr.com) TQ.

3 comments:

Anonymous said...

SALAM BRO
YG KELAKARNYA TU DIA BOLEH TANYE "KENAPA UMNO BOLEH TOLAK ISLAM?" KEHKEHKEH. RASE MCM NAK KETAWA TEBAHAK2 LAK. SEPATUTNYA DIA TANYE LA KT KARPAL KNP DIA TOLAK ISLAM?..BTUL LA ORG TUA NI DH NYANYUK

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Sejak dulu lagi Mak Cik dah kata, BERCAKAP memang senang, modal air liur saja. Pembangkang memang kerjanya lain tak ada BERCAKAP BERCAKap dan sekarang BERDEBAT. Sama saja kan??

Cubalah berhenti bercakap sekejap..Mahasabah diri..renung sejenak, berfikir. Kalau terlalu banyak bercakap tak sempat nak fikir apa yang patut dibuat.

Orang Islam sepatutnya tidak berdendam, tidak bermusuhan dan saling bermaafan. Ini yang patut disemaikan dijiwa kita orang Melayu semua dan bukan seperti apa yang berlaku sekarang.

WaAllahuAlam.

PARPUKARI said...

SALAM BRO, INILAH MASALAHNYA BILA SESEORANG TU MEMBELAKANGKAN ISLAM, DIA FIKIR DIA ULAMAK NAMUN DIA TAK MENUNJUKKAN SIKAP SEORANG ULAMAK LANGSUNG, DI DALAM HATINYA PENUH DENGAN DENDAM KESUMAT!

AKU SEDIH MELIHAT DIA!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)