Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, June 12, 2009

Luncai 1



Menurut cerita orang tua-tua, Luncai adalah seorang pemuda hodoh (bukan bodoh). Mukanya menggerutu, kepalanya besar, tubuhnya pendek, dan berperut buncit.

Ibu bapa Luncai sudah meninggal dunia dan Luncai juga kurang bergaul dengan orang ramai. Gemulah ibu bapanya juga tidak meninggalkan harta untuknya.

Pada suatu hari Luncai terfikir untuk mengadukan nasibnya kepada raja. Maka dia pun berjalan ke istana.

Setelah mendapat keizinan, maka Luncai pun dibawa mengadap raja. Ketika ia tiba, raja baru selesai bercukur,

Sebaik terpandangkan raja, Luncai menangis teresak-esak sehingga menimbulkan kehairanan raja dan juga pembesar yang ada di situ.

"Kenapa engkau menangis wahai Luncai?" tanya raja.

"Bagaimana hamba tidak menangis sedangkan sebaik terpandang tuanku, hamba segera teringat pada bapa hamba yang telah meninggal dunia. 'Ulu' tuanku sama seperti 'ulu' bapa hamba." ucap Luncai.

Mendengar kata-kata Luncai itu raja merasa terhina dan menjadi murka. Merah padam muka baginda kerana disamakan kepalanya dengan kepala bapa Luncai.

Maka tanpa berfikir panjang raja segera memerintahkan pengawalnya membawa Luncai keluar untuk dibunuh kerana mengaibkan baginda.

Demang tangguhkan cerita Luncai pada bahagian ini bagi mengaitkannya dengan kedudukan raja hari ini.

Apabila parlimen Malaysia membuat keputusan bagi mengurangkan kuasa raja, maka ramai yang menganggap bahawa kerajaan sudah membuang kuasa raja. Padahal itu tidak benar sama sekali.

Pindaan perlembagaan hanya meliputi salah laku raja-raja dalam bentuk jenayah peribadi, bukannya berkaitan kedudukan baginda selaku seorang raja yang berdaulat.

Sekiranya kes Luncai terjadi pada zaman ini, nasib Luncai akan terbela. Raja yang 'membunuhnya' boleh dibawa ke muka pengadilan. Namun bukan lah di mahkamah biasa. Sebuah mahkamah khas akan ditubuhkan dan semua raja-raja Melayu akan terlibat sama. Di situ, raja dan Luncai akan dibicarakan dan masing-masing berhak mempertahankan diri.

Jika kita imbas kembali salah satu isu yang meniti dari mulut ke mulut rakyat ketika itu ialah perihal seorang raja yang memukul hingga mati seorang 'kedi' yang mentertawakan baginda kerana gagal memasukkan bola golf pada jarak yang munasabah.

Itulah salah satu sebab perlembagaan itu dipinda, yakni untuk kebaikan raja dan rakyat.

Pindaan yang dibuat pada Perlembagaan langsung tidak menyentuh kuasa Yang Dipertuan Agong dalam perkara-perkara seperti Perkara 153 iaitu bersabit hak istimewa orang Melayu.

Lantas Demang hairan dengan dua isu yang cuba dibawa oleh pihak pembangkang iaitu:

1) Dakwaan pembangkang bahawa UMNO telah mengurangkan kuasa raja.

2) Isu Manohara yang sengaja diperbesarkan yang boleh merosakkan kepercayaan rakyat terhadap raja.

Malah Demang lebih hairan lagi kerana kedua-dua isu yang diperjuangkan pembangkang tersebut saling bertentangan.

Apa sebenarnya yang pembangkang mahu?

(...bersambung)

(foto: luncaifc.googlepages.com) TQ.

2 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Pembangkang mahu menggelirukkan rakyat. Fakta tidak diberi pada rakyat.

Ini sama dengan fitnah tetapi caranya 'terhormat sedikit'

wakilrakyat said...

aku kira ini semua adalah perancangan licik orang-orang yang mahu meruntuhkan kerajaan Melayu Islam Malaysia. Aku guna istilah Kerajaan Melayu Islam Malaysia ialah untuk menyedarkan orang Melayu Islam supaya mereka tahu bahawa kerajaan dan kuasa mereka semakin tamat, sama seperti apa yang berlaku di andalusia tahun 1300 dahulu, turki tahun 1920 dahulu dan melaka tahun 1511. ini semua adalah perancagan untuk meruntuhkan Islam. kerana kafir ini bimbang dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa Islam akan bangun di Nusantara. Jadi marilah kawan-kawan umat Melayu Islam pertahankan kerajaan Melayu Islam Malaysia walau dengan apa jua pun dari runtuh sekali lagi.

www.wakilrakyatblog.blogspot.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)