Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, June 26, 2018

Awas pencuri di siang hari


Apa yang tersirat di sebalik isu bahasa mandarin yang sedang kecoh sekarang?

Pernah dengar tentang rumah jiran yang dimasuki pencuri di siang hari? Orang kata, pencuri itu memang berani. Sebenarnya pencuri itu dah buat pemerhatian beberapa hari atau minggu sebelum itu.

Pencuri itu tahu jumlah penghuni dan pergerakan keluar masuk mereka. Sekian² jam berapa orang yang tinggal di rumah dan bila masanya tidak ada orang langsung.

Sang pencuri tahu kekuatan dan kelemahan tuan rumah dan juga rumah yang disasarkan.

Selain habuan yang bakal diperolehi, pencuri juga tahu jalan keluar setelah mengambilnya.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Proses pemerhatian ini mengambil masa dan pencuri akan lakukan operasinya apabila telah yakin yang tindakannya membuahkan hasil.

Yang lebih penting, dia selamat dan boleh pergi senyap².

Isu bahasa mandarin ibarat batu kecil yang dilontar pada pintu atau dinding rumah yang disasarkan.

Dari situ sang pencuri akan melihat adakah masa ini adalah masa yang tepat untuk bertindak. Jika ada penghuni rumah yang sensitif, dia akan keluar memeriksa. Maka pencuri tahu bahawa masih ada orang dalam rumah.

Bagi pencuri yang lebih profesional mungkin akan menyamar sebagai penghantar risalah ke rumah² atau memasuki rumah ketika berpeluang, contohnya menjadi tetamu pada majlis hari raya.

Demang lihat setakat ini ramai yang telah menyedari kelibat sang pencuri di sekitar rumah kita. Ada yang telah mula menyiasat. Demang harap ramai lagi yang akan berbuat demikian dan mengambil langkah menghalang pencuri.

Kepada sang pencuri dan kaumnya, hati²lah.  Jangan sampai jadi anjing dengan bayang² sendiri. Orang tamak selalunya rugi. Kadang² tuan rumah buat² tak nampak tapi sebenarnya hanya pasang jerat. Sampai ketikanya sang pencuri yang terperangkap.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Demang bukan sahaja beri amaran pada tuan rumah tetapi juga pada bakal pencuri dan semua yang terlibat dengannya termasuk kaum kerabat mereka. Nasihatkan sang pencuri supaya batalkan niatnya. Kalau kena tangkap, bukan sahaja dia yang rugi bahkan semua ahli keluarga dan kaum kerabat akan dapat bahana.

Sekali lagi Demang ingatkan, orang tamak selalu rugi. Orang melayu nampak sahaja diam. Selagi boleh bertolak ansur dan bekerjasama, orang melayu akan pilih begitu.

Ramai yang lihat portugis menjajah melaka selama 130 tahun namun yang tersirat sebenarnya bangsa portugis itu terkurung selama lebih satu abad dalam tembok afamosa tanpa boleh berbuat apa².

Buktinya, banyak. Salah satunya ialah misi keagamaan untuk menyebarkan kristian gagal sama sekali. Begitu juga misi kekuasaan dan kekayaan (3K).

Bahkan ketua misi portugis itu telah dihukum mati oleh rajanya sendiri.

Jangan baca sejarah pada kandungannya sahaja tapi fahami mesej yang tersirat di sebaliknya.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Saturday, June 23, 2018

Berhenti meratap, bercakap lah

Yang disangka matahari itu kadang2 hanya lampu jalan.

Akhirnya UMNO tewas setelah 60 tahun diberi Allah taala kuasa. Apa lagi yang perlu didendangkan?

Jangan ungkit umno kalah kerana fitnah atau pengundi tertipu dek tohmahan pembangkang.  Rakyat hanya pelaksana kehendak Allah. Sudah tentu ada sesuatu yang Allah mahu kita lakukan setelah berkali² amaran diberikan.

Demokrasi dan pasaran bebas tidak boleh dipisahkan. Sinonim. Kerajaan adalah penyedia perkhidmatan manakala pengundi adalah pengguna. Dalam pasaran, pengguna berhak membuat pilihan. Jangan terlalu emosional apabila pelanggan komplen dan pergi ke kedai lain.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Siapakah anda? Jika anda bukan pemimpin mana² parti maka anda sama seperti Demang iaitu sekadar pelanggan. Kalaupun ada kesatuan ia adalah persatuan pengguna. Yakni persatuan bagi menyuarakan hak kita.

Di pihak kerajaan pula perlu mendengar dengan teliti setiap keluhan dan sentiasa sensitif dengan keperluan pengguna, termasuk citarasa pengguna yang semakin meningkat dan sukar difahami.

Itu yang kerajaan lalu abaikan. Mungkin kerana tak perasan.

Sebagai pengguna, kita boleh bercakap atau diam sambil perlahan² beralih ke kedai lain sebagaimana yang dilakukan kaum lain.

Jika anda mewakili persatuan pengguna (istilah lain bagi parti pembangkang) maka bercakaplah bagi pihak pengguna.

Oh ya. Jika anda kata pengguna adalah uneducated voter maka bertindaklah secara bijaksana mulai sekarang. Fahamkan pemilih akan hak² mereka. Perlahan² mereka akan sokong anda.

Jika itupun anda masih belum menang, ingatlah bahawa dunia bukanlah matlamat kita. Akhirat tujuan kita.

Pesanan pada Demang juga, jangan marah² pelanggan ye.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Wednesday, June 20, 2018

Kisah benar cerita pagi tadi

Karektor derwish karya pelukis budin sekadar hiasan.

Pertama kali saya jumpa dia di masjid, saya tahu dia bukan orang biasa. Bukan normal macam kita.

Tapi saya tak rasa dia gila. Statusnya mungkin kurang siuman. Hampir setiap kali saya ke masjid dia ada, termasuk subuh.

Pagi tadi saya singgah minum di sebuah warung. Kebetulan beberapa orang yang turut pulang dari masjid ada di situ. Antaranya seorang profesor dan 'pemuda kurang siuman' itu.

Memang profesor itu selalu bawa dia keluar minum. Malam tadi pun kami sama² ke warung mamak berhampiran masjid sementara menunggu isya. Turut sama ialah seorang Dato Dr.

Selepas pemuda itu beredar saya ambik kesempatan bertanya latar belakangnya. Dah lama saya nak tanya sebenarnya.

Rupa²nya pemuda itu jadi begitu selepas dipukul dan cedera teruk di bahagian kepala. Ekoran kejadian itu dia jadi 'kurang siuman'.

Sekurang²nya begitulah tanggapan orang ramai. Tapi saya tak pernah lihat dia kacau sesiapa. Cuma sesekali dia meminta rokok.

Antara yang diceritakan profesor tersebut ialah:
1. Hari raya baru² ini pengerusi masjid yang juga seorang jutawan meminta pemuda itu ke rumah beliau. Jika dia datang maka akan diberi duit raya rm100. Tapi pemuda itu ambik keputusan ikut profeaor beraya di rumah beliau dan melepaskan peluang rm100 itu. Katanya, dia taknak duit rm100 tu sebab akan mengikatnya pada pemberi. Dia taknak terhutang budi.

2. Hampir setiap hari seorang pak aji beri dia rm1. Pada suatu hari pemuda itu memberitahu pada pak aji tersebut: saya ambil bukan kerana saya nakkan sangat rm1 ni tapi kerana ini adalah saham pak aji di akhirat.

3. Seorang lelaki ingin memberinya wang yang agak banyak. Kata pemuda itu, saya boleh terima dengan syarat duit tu saya akan bayarkan bil air 10 buah surau. Orang itu setuju dan pemuda itu melaksanakan bayaran bil air lebih kurang rm1200 itu.

4. Menjelang raya mana² jemaah yang berjaya khatam quran akan mendapat hadiah. Pemuda itu khatam dua kali sepanjang ramadhan tapi emggan menjadi penerima. Katanya pahala khatam quran itu dihadiahkan pada ibu bapanya yang telah meninggal dunia.

Saya termenung mendengar cerita profesor tersebut. Betapa saya masih tercari² harta dunia sedangkan pemuda yang dianggap kurang siuman tersebut menikmati kebahagian dengan cara sendiri.

Ada beberapa peristiwa lagi yang tak saya kongsikan di sini. Mungkin lain kali.

Oh ya. Setiap bulan pihak MAIM memberinya rm400 dan dia membalasnya dengan membersihkan 4 buah masjid sekitar.

Biasanya kesah begini hanya timbul selepas orang itu tiada tapi saya kongsikan sekarang moga² kita mendapat iktibar.

Moga beliau kekal begitu sehingga Allah taala menjemputnya ke alam kekal abadi.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Tuesday, June 19, 2018

Hati² dengan kata²




Wah, bodohnya. Itu pun tak boleh fikir ke?

Pernah nampak ayat begini kat media sosial? Atau pernah terdetik dalam hati apabila melihat tindakan seseorang? Atau kita sendiri pernah membodohkan orang dengan sengaja?

Sebenarnya setiap kita ada kebodohan tersendiri. Seorang pakar matematik mungkin bodoh dalam bidang masakan, pertukangan, bahasa, bahkan agama.

Malah seorang profesor boleh juga ditipu dalam skim cepat kaya.

Kalau begitu, bolehlah kita kata mereka bodoh. Yakni bodoh dalam perkara tertentu.

Nanti dulu. Apabila dilazimkan kata² begitu nescaya penuhlah dunia ini dengan kebodohan. Maklum sajalah, setiap orang terlalu banyak perkara yang tidak diketahui berbanding yang dia tahu.

Saya bodoh, anda bodoh, dan mereka bodoh.

Justeru tak usahlah kita lumrahkan memanggil orang lain bodoh. Nanti orang lain pula akan memanggil kita bodoh. Maklumlah, kita hanya seorang. Kalau kita panggil seseorang itu bodoh, suara kita amat terhad. Hanya untuk orang itu sahaja.

Sebaliknya kalau orang ramai memanggil kita 'sibodoh' berapa banyak 'bodoh' yang sampai ke telinga kita?

Sebahagian daripada ayat al-Quran berikut saya hafal sebab diframe dan dilekatkan di dinding di rumah arwah datuk saya.

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allâh terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
[at-Tahrîm/66:6]

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Monday, June 18, 2018

Rahsia hujan mengajar kita

Meriam depan rumah mak saya ni tiada kena mengena dengan cerita ni.

Saya anak peneroka felda. Penghasilan keluarga kami adalah dari pokok getah. Malah saya biasa ke ladang membantu ibu.

Sementara menunggu keputusan SPM saya jadikan menoreh getah sebagai pendapatan peribadi. Setelah menjadi guru saya ke ladang ketika cuti, membantu ibu.

Saya tak tau orang lain tapi saya selalu berfikir bagaimana hujan menjadi rahmat padahal apabila hujan, pokok getah basah dan penoreh terpaksa bercuti tanpa gaji.

Apabila meningkat usia saya semakin sedar bahawa saya tidak hidup sendirian di bumi ini. Selain manusia, ada haiwan dan tumbuhan turut diciptakan Allah taala.

Mungkin bagi saya dan penoreh getah lain hujan adalah penghalang untuk mencari rezeki. Kadang² kita lupa bahawa semua rezeki ditentukan Allah. Kita bekerja sebagai suatu amalan soleh sambil berbuat kebajikan untuk makhluk lain. Lillahi taala.

Bukankah hasil getah itu banyak kegunaannya? Itulah sumbangan atau amal soleh penoreh getah.

 "Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang mengerjakan amalan dengan baik". (alkahfi: 30)

Hujan sememangnya rahmat. Antara yang sentiasa perlukan air ialah tumbuh²an. Jika tanaman biasa boleh petani siram setiap hari, bagaimana pula dengan pokok² besar di hutan belantara? Siapa yang akan menyiramnya?

Padahal tumbuh²an melaksanakan satu lagi tugas yang amat penting iaitu menghasilkan oksigen untuk manusia dan haiwan bernafas.

Justeru hujan mengajar penoreh getah berlapang dada untuk melepaskan sedikit keuntungan peribadi bagi memberi laluan pada keperluan ummah yang jauh lebih besar.

Apabila kita sabar, bersyukur dan redho maka Allah akan lipatgandakan balasan baik pada kita.

Allah taala yang menentukan rezeki kita. Hujan hanya makhluk yang patuh pada perintah Allah taala.

Wallahu 'alam.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Friday, June 1, 2018

Cabaran utama pembangkang

Sahabat Demang tu penyong PAS. Ada masalah?

Cabaran paling besar pembangkang yang tak sanggup Demang buat ialah menjadikan fikiran selalu melihat tindakan kerajaan dari sudut negatif.

Itu sebabnya Demang tak suka adik² dan anak² buah Demang menyebelahi pembangkang. Selalu melihat dari sudut negatif dapat menghilangkan rasa syukur dan redho dengan takdir Allah taala.

Seterusnya menjadikan diri sentiasa merasa kecewa.

Orang yang positif akan selalu melihat hikmah di sebalik setiap kejadian. Setiap musibah dianggap sebagai ujian yang perlu dilepasi secara bijaksana.

Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

Jika diikuti blog Waadat ini sejak 2009 itulah prinsip Demang, yakni melihat yang tersirat di sebalik tersurat.

Namun ia menjadikan Demang dilihat sebagai orang kerajaan. Tak kesahlah sebab Demang mempunyai sekurang²nya dua alasan:

Pertama, kewajipan taat pada ulil amri (pemerintah) selagi tidak menentang syarak.

Kedua, taat pada Yang Dipertuan Agong yang berkesinambungan daripada sistem khalifah Islam.

Buat masa ini PAS masih di sebelah pembangkang. Maka Demang terpaksa mengabaikan parti itu buat sementara. Namun Demang tahu ramai yang menyertai PAS demi Islam.

PAS perlu muhasabbah diri. Nampaknya ia sedang berlaku dan kemungkinan PRU akan datang PAS lebih berpeluang membentuk kerajaan.

Dari segi dakwah, Demang lebih cenderung pada jemaah tabligh walaupun Demang belum bergerak aktif bersama mereka. Setakat ini Demang belum dapat membahagikan masa. Alasan kuno.

Demang paparkan perkara ini supaya pembaca memgetahui serba sedikit latar belakang tulisan dalam blog Waadat ini.

Wallahualam.

Bersambung

Tajuk² panas yang akan Demang sentuh:
Grand Design
Muslihat mahathir
PBPM vs UMNO
Tugas baru UMNO
Tujuan anwar dibebaskan

Artikal sebelum: TM, Anwar tak boleh bubar BTN

Klik gambar berikut bagi menyokong blog ini.
Serbaguna. 10 herba terbaik dunia di dalamnya

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)