Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, June 28, 2019

Awak hantar saya tak nampak

Bersama sifu Nobisha antara blogger profesional awal di Malaysia

Ketika mata kita menatap sekeping gambar yang diterima daripada seseorang melalui handphone, memang itulah yang dihantar oleh beliau.

Nanti sekejap. Mari kita lihat di sebalik gambar itu. Ada proses yang berlaku.

Apabila si pengirim memasukkan gambar itu ke dalam handphone, peranti berkenaan segera menukarnya menjadi maklumat dalam bahasanya sendiri.

Maklumat dalam bahasa itulah yang dihantar melalui gelombang ke handphone kita.

Handphone menerima maklumat yang dihantar, memprosesnya, dan menterjemahkan kembali menjadi gambar asal.


Maka gambar berkenaanpun muncul pada peranti kita untuk ditatap oleh mata.

Itupun kalau mata kita tidak buta atau rabun teruk.

Sebaliknya jika handphone atau peranti anda tidak memahami maklumat yang diterima maka ia tidak mampu memprosesnya. Akibatnya anda tidak dapat melihat gambar tersebut.

Anda mungkin mendapat mesej 'error' atau langsung tak dapat apa² mesej. Bahkan anda mungkin tidak tahupun ada orang telah mengirim gambar kepada anda.


Dalam berkomunikasii luar talian pun, proses penerimaan sangat penting. Kegagalan komunikasi bukan hanya pada si pemberi maklumat tetapi pada kita yang menerima maklumat.

Jika kita gagal menerima dan memprosesnya dengan baik maka akan berlaku salah faham.

Dalam hal ini mungkin akan berlaku konflik yang kadang² menjadi serius. Padahal kesilapan hanya pada teknikal atau peranti sahaja.

Justeru dalam berhubungan ada beberapa faktor dalaman yang si penerima perlu ada.

Pertama, ilmu. Jika anda buta huruf maka mesej teks yang dihantar tidak boleh difahami. Bukan salah penghantar. Anda yang bodoh.


Kedua,  tidak cacat.  Jika buta atau rabun teruk, macamana cantik pun gambar yang dikirim tidak dapat dinikmati oleh anda.

Ketiga, iman. Jika anda sering menerima mesej yang anda tidak suka dari seorang individu maka jika datang lagi mesej daripadanya, anda tidak akan buka. Kalaupun mesej terbaru itu baik, ia tiada makna lagi sebab awal² lagi anda telah buang. Anda percaya bahawa yang baru datang itu juga mesej yang tak elok.

Kesimpulannya jika kita dapati sesuatu yang kita terima itu buruk atau tidak baik, ia mungkin bukan salah orang yang hantar itu tetapi tengoklah semula pada diri kita yang menerimanya.

Wallahualam.

Monday, June 17, 2019

Isu wahabi untuk bunuh karektor

(Wahabi, salafi, dan sunni)


Ketika saya mengambil ujian lisan SPM lebih 30 tahun lalu saya ditanya: "apa masalah remaja?"

Terkejut dengan soalan tak disangka itu saya jawab spontan: "pertentangan pendapat antara orang muda dengan orang tua."

Selepas itu saya menyesal dengan jawapan yang mengheret saya kepada persoalan yang tak mampu saya jawab.

Memang sampai sekarang saya masih memikirkannya.

Semasa di tingkatan 6 saya belajar tentang kaum muda dan kaum tua. Di rumah saya selalu mendengar ayah menyebut pasal amalan² yang berbeza dalam kalangan jemaah masjid di kampung.


Kata arwah ayah fahaman kaum muda makin menular dan selalu jadi perdebatan dengan jemaah yang tidak sependapat.

Sebagai anak kandung kepada ulama pondok dan dibesarkan pula oleh ulama pondok (ayah tirinya), ayah saya rasanya berada dalam kelompok kaum tua.

Saya lihat beliau juga berkawan baik dengan imam² kampung keluaran pondok.

Hari ini sebenarnya isu berkenaan masih begitu. Cuma istilah kaum muda dan kaum tua sudah kurang diguna.

Di media sosial termasuk blog dan youtube masih berlegar masalah tahlil di kubur,  doa qunut, bilangan rakaat tarawih dsbnya.

Bahkan isu yang dulu tidak saya dengar telah ditimbulkan antaranya solat tarawih berjemaah atau seorang diri. Begitu juga wirid selepas solat fardhu beramai², bilangan tasbih, hinggakan berkenaan zikir yang hanya menyebut nama Allah.

Istilah popular bagi isu ini ialah: bida'ah.

Dalam tulisan ini saya bukan nak sentuh soal benar atau salah aqidah kedua pihak. Saya bukan ahlinya atau ada autoriti untuk bincangkan.


Saya cuma salah seorang anggota masyarakat yang mau tak mau terdedah pada pertelingkahan tersebut. Mahu tidak mahu ia berkaitan langsung pada diri saya dan saya perlu meletakkan diri pada tempat yang sepatutnya.

Bagi saya perbezaan pendapat antara kaum muda dengan kaum tua tidak akan habis sebab sepanjang zaman tetap akan ada orang muda dan orang tua.

Orang muda akan jadi tua dan kanak² akan menjadi orang muda. Bila akan habisnya?

Di celah² pertelingkahan tersebut muncul pula istilah wahabi, salafi, dan sunnah wal jamaah. Ini juga bukan perkara baru. Cuma dengan kerancakan komunikasi zaman ini ia menjadi bumbu yang semakin marak.

Dari amalan ibadah khusus seperti solat, ia berjangkit kepada amalan umum. Seterusnya menyusup masuk ke politik dan dipolitikkan.


Contohnya gelaran wahabi dimanipulasi menjadi senjata untuk memusnahkan seseorang yang berbeza pendapat. Mengecop seseorang dengan title wahabi diharap akan mengurangkan sokongan pada individu tersebut.

Seharusnya perbezaan pendapat antara kaum muda dengan kaum tua diterima seperti kita meraikan perbezaan bermazhab. Tidak perlu mendakwa guru masing² lebih hebat hanya untuk menunjukkan kitalah yang betul.

Hubungan dengan Allah taala amat unik. Kita makhluk sedangkan Dia pencipta yang tidak pernah kita lihat. Kita mengetahui dan beriman pada Allah taala melalui rasululullah saw. Hanya iman.

Justeru tidak perlu berlagak kita sahaja yang betul. Belum tentu. Bahkan jika ilmu dan ibadat kita lebih baik dari orang lainpun kita belum tentu baik 'pada pandangan' Allah. Kata ulama, jika kita masuk syurgapun bukan kerana ilmu dan amal ibadat kita sebaliknya dengan rahmat Allah taala.

Bersederhanalah. Raikan perbezaan pendapat. Yang dulunya muda kini menjadi tua. Yang tua pula akan menemui sendiri Allah taala apabila telah sampai ajal.

Tuntutlah ilmu, kerana itu adalah kewajipan. Beribadatlah kerana itu juga kewajipan. Samada Allah terima atau tidak bukanlah urusan kita.

Kita bukan penilai. Kita hanyalah hamba.

Wallah'ualam.

Video haziq vs azmin
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?

Wednesday, June 12, 2019

Pengakuan haziq video dengan azmin


Maka tersebar lagi gambar dan video. Nampak macam isu lama berulang. Sebenarnya dah berulangkali. Macam tak serik².

Menariknya, kali inipun isu tersebar ketika sipelaku sedang berkuasa. Bukan sebagai pembangkang. Sama macam kes pertama dulu sekitar 1999. Cuma pelakunya orang lain.

Kebetulan agaknya, perdana menterinya sama.

Jika sejarah berulang, bagaimana pula dengan tindak balas kita? Ingat pesan orang² tua, jika tidak berada² masakan tempua bersarang rendah.


Bagi saya jika sejarah berulang maka kita kena ubah tindakan susulan. Kalau dulu kita proaktif yakni terus buat tuduhan, cubalah kali ini bertindak sebaliknya.

Ya. Tunggu dan lihat. Sabar.

Sabar tu satu tempoh bertenang bagi memberi laluan pada kebenaran memunculkan diri.

Di pihak umno, sipelaku dan sipengaku adalah dari pihak yang sama. Yakni mereka adalah musuh politik kalian.

Nasihat saya, sabarlah. Biarkan kebenaran muncul sendiri. Kita pernah kena teruk dengan bertindak mencurah minyak ke atas api. Justeru apa salahnya kali ini cuba bertindak lain.

Saya percaya apabila datang yang hak maka yang bathil akan gugur sendiri.

Bukan apa. Takut² ini hanya perangkap. Tapi jika ia benar, ibarat kayu sedang dibakar api. Ia akan musnah sendiri.

Wallah'ualam.

Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?
Guna kapal seberang

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)