Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, June 28, 2019

Awak hantar saya tak nampak

Bersama sifu Nobisha antara blogger profesional awal di Malaysia

Ketika mata kita menatap sekeping gambar yang diterima daripada seseorang melalui handphone, memang itulah yang dihantar oleh beliau.

Nanti sekejap. Mari kita lihat di sebalik gambar itu. Ada proses yang berlaku.

Apabila si pengirim memasukkan gambar itu ke dalam handphone, peranti berkenaan segera menukarnya menjadi maklumat dalam bahasanya sendiri.

Maklumat dalam bahasa itulah yang dihantar melalui gelombang ke handphone kita.

Handphone menerima maklumat yang dihantar, memprosesnya, dan menterjemahkan kembali menjadi gambar asal.


Maka gambar berkenaanpun muncul pada peranti kita untuk ditatap oleh mata.

Itupun kalau mata kita tidak buta atau rabun teruk.

Sebaliknya jika handphone atau peranti anda tidak memahami maklumat yang diterima maka ia tidak mampu memprosesnya. Akibatnya anda tidak dapat melihat gambar tersebut.

Anda mungkin mendapat mesej 'error' atau langsung tak dapat apa² mesej. Bahkan anda mungkin tidak tahupun ada orang telah mengirim gambar kepada anda.


Dalam berkomunikasii luar talian pun, proses penerimaan sangat penting. Kegagalan komunikasi bukan hanya pada si pemberi maklumat tetapi pada kita yang menerima maklumat.

Jika kita gagal menerima dan memprosesnya dengan baik maka akan berlaku salah faham.

Dalam hal ini mungkin akan berlaku konflik yang kadang² menjadi serius. Padahal kesilapan hanya pada teknikal atau peranti sahaja.

Justeru dalam berhubungan ada beberapa faktor dalaman yang si penerima perlu ada.

Pertama, ilmu. Jika anda buta huruf maka mesej teks yang dihantar tidak boleh difahami. Bukan salah penghantar. Anda yang bodoh.


Kedua,  tidak cacat.  Jika buta atau rabun teruk, macamana cantik pun gambar yang dikirim tidak dapat dinikmati oleh anda.

Ketiga, iman. Jika anda sering menerima mesej yang anda tidak suka dari seorang individu maka jika datang lagi mesej daripadanya, anda tidak akan buka. Kalaupun mesej terbaru itu baik, ia tiada makna lagi sebab awal² lagi anda telah buang. Anda percaya bahawa yang baru datang itu juga mesej yang tak elok.

Kesimpulannya jika kita dapati sesuatu yang kita terima itu buruk atau tidak baik, ia mungkin bukan salah orang yang hantar itu tetapi tengoklah semula pada diri kita yang menerimanya.

Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

"Org org yg mendgr perkataan perkataan (yg sampai pdnya), mk mrk mengikuti yg terbaik drpdnya, mrk itulah org org yg diberi hidayah petunjuk oleh Allah (swt) dan mrk itulah org org yg berakal sempurna." QS 39:18

Walaupun kita yakini para ilmuan kita ASWJ-Maturidi-Ashari termasuk golongan ini, kita juga sentiasa berdoa agar kita semua termasuk golongan ini.
Buka minda dan dgrkan semua pndgn, fikir dgn jujur, ikhlas, buangkan ego, buangkan taksub, tawadu', rendahkan diri, dan sentiasa berdoa minta bimbingan Allah swt, agar dipimpin di atas jln yg benar.

Allahumma arina haqqa haqqan warzuknatiba'ah,
wa arina batila batilan warzuknajtinabah.
(Allahumma perlihatkanlah kpd kami yg benar itu benar dan jadikanlah kami org org yg mengikutinya, dan perlihatkanlah kpd kami yg batil itu batil dan jadikanlah kami org org yg menjauhinya).

Anonymous said...

Yg penting mesej dr Tuhan dan Rasul kita fahami dgn betul.

Unknown said...

Masaya-Allah. Terima kasih atas respon tuan. Saya amat hargai.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)