Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, July 9, 2019

Durian melayu durian cina


Durian oh durian
Musim durian datang lagi. Tahun ini lambakan durian muncul selepas raya. Tak macam tahun lepas, tengah² puasa.

Maka towkey² dusun dan ladang durian senyum sampai ke telinga.

Kebanyakannya cina.

Orang Melayu tukang beli dan tukang makan. Tapi bukanlah penyumbang terbesar sebab duit tak berapa ada. Dapat beli durian kampung sebiji dua pun jadi lah.

Orang Cina suka makan durian. Mereka makan durian mahal. Itu sebabnya ramai kalangan mereka buka ladang. Justeru wang berlegar antara mereka sahaja.

Kantung mereka tak bocor ke poket orang melayu.

Lagipun orang melayu cuma ada durian kampung. Maklumlah, pokok warisan daripada nenek moyang. Nak tanam pokok baru, lambat. Tanam hari ini bukan boleh dapat hasil bulan depan.

Kebanyakan orang melayu lebih suka melabur dalam skim cepat kaya. Pasif income.

Maksud pasif income ialah duduk saja tak payah kerja. Sambil itu boleh berangan, dapat untung daripada skim cepat kaya boleh beli durian musang king atau ioi.



Saya menulis pasal durian dengan hati yang tak gembira. Saya bukan suka² nak tulis keburukan bangsa sendiri.  Bahkan bangsa saya ini seagama dengan saya.

Insya-Allah kita akan bersama dalam syurga Allah.

Orang cina suka makan durian, orang melayu pun sama. Bezanya, orang cina ada plan untuk makan durian lagi di tahun² mendatang, sampai anak cucu.

Orang melayu? Meratap setiap kali musim durian sebab tak cukup duit nak beli durian musang king atau IOI yang harganya rm25-45 sekilo.

Di kampung saya dulu (felda jengka) ada seorang peneroka tebang pokok getah dan gantikan dengan durian.

Ramai yang lahirkan simpati pada dia di belakang sebab dirasakan bodoh. Nak cakap berdepan tak berani.

Berbalik pada pokok durian hatta tanaman lain, ramai yang beri alasan tiada tanah. Hairan juga macamana pendatang cina boleh ada tanah. Agaknya nenek moyang mereka bawa tanah daripada China.



Boikot oh boikot
Kata orang, merajuk pada yang sayang. Kalau merajuk pada orang yang tak hargai kita, tak ada maknanya.

Boikot macam merajuk jugak. Dalam kes merajuk, orang akan pujuk kalau kita istimewa padanya. Tapi kalau dia ada pilihan lain, tinggallah awak.

Apa modal yang ada pada orang melayu untuk boikot? Kita bukan pegang ekonomi. Kita bukan ada banyak duit hingga mampu rosakkan networking mereka.

Anak² kita pun masih makan gaji dwngan mereka,  bergantung rezeki pada orang cina.


Mungkin anda rasa marah apabila saya kata 'bergantung rezeki' dengan orang cina.

Baguslah jika tak bersetuju dengan ayat itu. Memang sepatutnya kita hanya bergantung pada Allah taala.

Makhluk tak ada kuasa. Bahkan rezeki orang cina pun ditentukan oleh Allah taala.

Namun setakat mana kita melaksanakan keyakinan tersebut?  Takkan lah hanya dengan kata².

Dalam amalan sehari² adakah ia dipraktikkan?

Adakah orang melayu benar² tidak bergantung pada cina? Bahkan sekarang kuasa politik pun mereka sudah campur tangan secara langsung.

Orang melayu hanya mampu melalak.

Boikot,  boikot,  boikot. Itu sahaja ke yang orang melayu mampu? Baguskah amalan boikot memboikot itu?



Allah taala suruh kita berusaha. Dalam suatu kesah Rasululullah saw menyuruh pengembala tambat kambingnya sebelum bertawakkal.

Ertinya kita disuruh buat apa yang patut terlebih dahulu. Kalau nak dihuraikan bab tawakkal ini panjang sangat.  Boleh rujuk dengan ulama.

Sebelum boikot,  adakah kita sudah cukup bersedia?  Setakat buat produk tapi tak ada rangkaian pemasaran yang lancar dan cekap pun tak kemana. Akhirnya orang ramai akan ke kedai yang mudah dikunjungi.

Semangat sahaja tak cukup.

Niat nak buat baik memang bagus. Semua orang ada niat nak buat baik. Namun setakat niat sahaja pun tak cukup. Kalau semua orang berniat sahaja, siapa yang nak beramal?

Satu lagi yang perlu kita kerjakan ialah dakwah. Berapa ramai orang cina yang dah kita dakwahkan? Padahal dah berpuluh tahun mereka berada di keliling kita.

Soal mereka masuk Islam atau tidak itu bukan kuasa kita. Yang penting apakah tindakan kita untuk berdakwah?

Wahabi atau kaum muda?
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)