Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, July 11, 2019

Isu Chefwan ikon felda 2019


Hiruk pikuk juga selepas Chefwan diumumkan sebagai ikon felda 2019.

Kecoh bukan kerana chefwan memang seorang yang kepoh tetapi polemik yamg timbul ekoran ucapan beliau setelah perisytiharan.

Saya rasa chefwan bercakap berdasarkan pengalaman peribadi di kampungnya iaitu felda sg koyan. Dari segi kajian, tak boleh begitu.


Felda ada di seluruh negara sehingga ke sabah. Membuat generalisasi mesti ada kajian dan dapatan. Sebagai pemegang PhD chefwan tentu lebih tau.

Chefwan ada sumber statistik berkenaan itukah?

Popular, glamor, dan terkenal belum cukup syarat untuk jadi ikon.

Ikon ialah sesuatu yang mewakili perkara yang hendak orang capai. Macam ikon pada paparan handphone kita. Klik sahaja ikon tersebut, kita akan dipaparkan seluruh aplikasi berkenaan.


Maknanya kalau orang lihat chefwan, orang akan nampak anak felda. Kalau orang nak tau pasal felda, orang boleh tengok chefwan.

Chefwan melepasi syarat asas iaitu seorang anak peneroka felda yang berjaya. Saya pun anak peneroka felda, iaitu jengka.

Cuma saya tidak glamor. Sebagai blogger,  pengeluar produk, dan aktivis masyarakat berkaitan kenegaraan, ramai juga yang kenal saya. Cuma belum dikatakan terkenal.

Popular dikira berjaya agaknya.  Nak jadi ikon mestilah ramai orang kenal. Siapa yang tak kenal chefwan?

Namun bukan semua orang suka dengan chefwan. Terutama apabila chefwan beberapa kali menyampuk isu politik.  Bahkan bekas PM iaitu dsn najib pun dihentamnya.

Selebriti tak boleh begitu. Najib cuma kalah satu PRU iaitu yang terbaru. Penyokong beliau masih berlambak. Yang menyesal kerana singkir najib pun ramai.


Semarah² orang melayu mereka tahu najib itu anak tun razak. Orang felda sangat tahu jasa tun razak. Kalau orang lain jadi perdana menteri, belum tentu ada usaha nak buka felda.

Memanglah semuanya takdir Allah taala tapi Allah taala yang pilih tun razak untuk buka felda. Sebagai penerima, Allah taala suruh kita berterima kasih di samping bersyukur.

Apa kata felda cari golongan agama seperti ustaz jadi ikon? Elok juga kalau pengurusan felda kesan dan taja anak peneroka yang boleh menyertai program realiti tv seperti imam muda.

Jangan setakat pilih dan hantar peserta sahaja. Latih mereka terlebih dahulu.

Insya-Allah.

Wahabi atau kaum muda?
Kenali cabaran zaman ini
Sigagal yang menang
Puasa atau Pause?

1 comment:

Anonymous said...

Carilah yang lebih bermoral, berintegriti untuk mengantikan simbol FCUK ikon Felda. Pencarian dan pengantian perlu segera dipercepatkan supaya imej Felda dapat dipulihkan semula. Gantilah dengan orang muda yang tampak lebih bijak, berketerampilan, mempunyai nilai moral yang tinggi serta energetic. Bukan yang dah tua, mulut longkang dan basi!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)