Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Sunday, October 30, 2011

bakar bendera

Tahniah kepada pasukan dan penyokong NS kerana menewaskan Terengganu dalam perlawanan malam tadi.

Cuma Demang kesal kejadian membakar bendera yang dikatakan dilakukan penyokong NS.

Nampaknya mentaliti penyokong fanatik politik sudah merebak ke sukan. Ataukah mentaliti penyokong fanatik bola sepak yang dibawa ke dalam politik?

Yang penting, kita kena sedar bahawa orang macam tu memang ada di sekeling kita.

Saturday, October 29, 2011

tarikh PRU13

Tarikh PRU 13 semakin hampir. Walaupun tarikh 11/11/11 yang diberi spekulasi sebagai tarikh PRU13 kerana dikatakan sinonim dengan aspirasi Najib, namun ramai berpendapat ia tidak mungkin menjadi kenyatan kerana terlalu hampir.

Namun kita perlu ingat bahawa tarikh 11/11/11 itu masih relevan sebagai tarikh pembubaran parlimen.

Apa akan berlaku selaepas PRU13? Masihkah BN meneruskan pentadbiran negara? Ataukah diganti oleh kerajaan baru yang dianggotai parti-parti yang selama ini menjadi pembangkang?

Mari kita lihat kedudukan kerusi parlimen sekarang hasil PRU12.

UMNO 79 kerusi
MCA 15
MIC 3
GERAKAN 2

DAP 28
PKR 24
PAS 23

Nampaknya dalam kerajaan sekarang UMNO masih menerajui kepimpinan negara dengan meninggalkan parti komponen lain jauh di belakang.

Sementara itu dalam gabungan pembangkang, PAS berada di anak tangga terakhir. PKR yang diterajui Anwar Ibrahim (secara berselindung) dan dianggotai pelbagai kaum cuma berada setakuk di atas PAS.

Dalam keadaan sekarang, masih mampukah PAS menarik sokongan pengundi Umno? Sempatkah PAS memujuk semua orang Melayu berpindah menyokong PAS supaya PAS boleh menggantikan UMNO memimpin negara?

Jika pun PAS dapat meningkat seganda, parti itu akan memiliki 46 kerusi parlimen. Secara automatik, kerusi UMNO akan berkurangan 23 kerusi iaitu tinggal 56 kerusi.

Jika demikian, siapa yang menang sebenarnya?

Demang menjangkakan PRU13 tidak akan lewat daripada bulan Februari 2012 kerana Najib yang juga Presiden UMNO tak akan biarkan momentum kegembiraan rakyat menyambut budget baru-baru ini menjadi sejuk.

Friday, October 28, 2011

Anwar Ibrahim pengasas UIA

Demang simpati dengan para pelajar UIA yang menjadi mangsa percaturan politik oleh ahli politik sekarang.

Ya-lah. Dah namanya ahli politik, bermain politik lah kerjanya. Samalah macam ahli silap mata; kalau tak bermain silap mata, tak boleh lah dipanggil ahli silap mata.

Nasihat Demang, siswa-siswi perlu bertegas dalam hal ini. Jangan biarkan campur tangan ahli politik di tempat mereka belajar. Biarkan pihak pentadbiran universiti selesaikan masalah mereka. Jangan jadi seperti sebuah universiti di Selangor iaitu ahli politik campur tangan sehingga beberapa orang pensyarah ditamatkan perkhidmatan tanpa diberi sebab dan tanpa peluang membela diri.

Oh ya. Dalam hal ini para pelajar perlu belajar bertindak adil. Jangan hanya membantah campur tangan ahli politik BN tetapi dalam masa yang sama mengalu-alukan campur tangan ahli politik seperti Samsul Iskandar dan Nurul Izzah.

Demang sedar, bukan ramai pun pelajar UIA yang terlibat. Majororiti pelajar UIA matang dan tahu tanggung jawab mereka sebagai pelajar.

Sementara tu, cubalah ambil tahu sejarah penubuhan UIA. Demang katakan begitu sebab ramai juga yang percaya bahawa Anwar Ibrahim yang memainkan peranan dalam penubuhan UIA.

Tak betul tu.

Wednesday, October 26, 2011

no regrets after doing this venture!

Hello Friend...
money never sleeps finding this was the greatest thing thats ever happened now its my time to shine just wanted to share the news
http://invallid.707.cz/JamesYoung25.html
talk to you later.

suhaimi kantoi

Ketika Ketua Angkatan Muda PKR kesasauan dalam usahanya menahan sokongan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Najib, Ketua Penerangan PKR Selangor yang juga Adun Seri Muda memperlihatkan kebodohan diri dengan mengeluarkan kenyataan membabi buta.

Dah lah babi, buta pulak!

Hari ini Noh Omar mengeluarkan kenyataan penuh (lihat blog Badut Rakyat dan beberapa blog lagi) bagi menjelaskan perkara sebenar, sekaligus membuatkan mata Suhaimi terkelip-kelip macam cicak tertelan kapur.

Itulah rupa PKR sebenarnya. Sebelum ini mereka nampak kuat kerana rakyat ingin 'mengajar' BN. Apabila Najib mengambil langkah proaktif melayan kehendak rakyat dengan melaksanakan transformasi menyeluruh maka sokongan rakyat kembali kepada kerajaan.

Rakyat bukan mahu menukar kerajaan secara membuta tuli. Bahkan rakyat tidak buta dan tidak tuli sebagaimana sangkaan pembangkang. Rakyat menilai dan menghakimi.

Nampaknya Anwar semakin tertinggal.

Tuesday, October 25, 2011

samsul sindir anwar

Samsul pernah popular sekejap ketika Anwar Ibrahim tersingkir. Masa tu Samsul dianggap wira. Apabila Samsul berkata-kata, maka ujarannya dianggap bukti sahih atau saksi hidup.

Bukan sahaja Samsul, malah sesiapa sahaja yang berpeluang berhubungan langsung dengan Samsul juga dianggap keramat. Apa sahaja berita dianggap benar jika dinasabkan kepada Samsul.

Walaupun Demang tidaklah sekampung dengan Samsul namun oleh kerana dalam daerah yang sama, tempias glamor Samsul terasa juga.

Tapi, itu semua dulu. Dah jadi kenangan lalu kalaupun belum layak berstatus sejarah.

Itu sebabnya apabila Samsul berkata Najib adalah PM paling lemah, ramai yang menganggap Samsul merepek, kalaupun bukan merapu!

Kalau Anwar handal, kenapa menjadi bacul apabila dicabar Umi Hafilda Ali? Sebab Umi pompuan?

Kenapa bisu, kaku, dan kelu mendengar cabaran Ezam Mohd Nor, bekas ketua angkatan muda PKR?

Kenapa tak menguit apabila dicabar Zulikifli Nordin yang pernah jadi peguambelanya?

Kenapa?

Alih-alih nak berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia! Piiiirah!!!

Sunday, October 23, 2011

di sebalik penggantungan Aziz Bari

PETALING JAYA: Nampaknya isu berkaitan tindakan penggantungan tugas buat sementara waktu oleh pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), ke atas pensyarah undang-undang mereka, Prof Dr Abdul Aziz Bari telah mengundang reaksi yang merentasi pelbagai spektrum dan lapisan organisasi.

Dari persatuan kakitangan akademik universiti lain, rakan-rakan pensyarah seperti Dr Asri Zainul Abidin sehinggalah kepada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik tidak terlepas daripada turut mengambil bahagian melontarkan kritikan dan pandangan mereka ke atas tindakan penggantungan Dr Aziz Bari itu.

Malah Dr Asri mengatakan tindakan UIAM itu sebagai sesuatu yang tidak bertamadun dan memalukan dunia akademik.

Malah kalangan pelajar UIA sendiri telah mengadakan tunjuk perasaan di luar pekarangan masjid universiti sejuru selepas solat Jumaat dengan menyatakan tidak setuju dengan tindakan yang dikenakan ke atas cikgu mereka itu.

Dari kalangan pemimpin-pemimpin parti politik pula, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Md Akin dan ramai lagi turut mengecam tindakan yang diambil oleh UIAM ke atas Dr Aziz Bari.

Rektor UIA Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin tidak duduk diam. Beliau dengan segera pada tengah hari Jumaat memanggil satu sidang akhbar bagi membetulkan persepsi dunia luar ke atas apa yang berlaku.

Katanya, tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas Dr Aziz Bari sebenarnya bukanlah satu bentuk hukuman tetapi ia adalah sekadar tempoh untuk memberi tunjuk sebab berhubung kenyataan Aziz berkaitan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Dr Zaleha juga menjelaskan, penggantungan khidmat Abdul Aziz berkuat kuasa dari 19 sehingga 25 Oktober ini adalah merupakan penggantungan bergaji penuh.

"Penggantungan itu dibuat bagi melicin dan mempercepatkan siasatan tanpa sebarang gangguan bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau berhubung kenyataan yang dikeluarkan itu secepat mungkin," kata Dr Zaleha sambil menegaskan tindakan yang dibuat ketika ini (penggantungan dan penyiasatan) adalah urusan UIA dan tidak mahu campur tangan pihak luar.

Dr Zaleha juga menjelaskan, Peraturan Tatatertib UIA tidak menetapkan apa-apa tempoh untuk penggantungan “tetapi apabila beliau (Dr Aziz) sudah menjawab surat tunjuk sebab itu, barulah kita akan memastikan sama ada wujud atau tidak alasan-alasan untuk meneruskan tindakan tatatertib kepada beliau.” (sekiranya ada).

"Peraturan 15 dalam Peraturan Tatatertib Kakitangan UIA memperjelaskan bahawa kebebasan ahli akademik membuat sebarang kenyataan umum hendaklah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti," katanya.

Beliau menambah, siasatan dan surat tunjuk sebab Abdul Aziz selepas itu akan diperbincangkan dalam Tribunal Universiti.

Jadi kesimpulannya ialah, sementara pihak- pihak tertentu apatah lagi golongan akademik menegaskan bahawa ahli akademik atas sifat semulajadi kerjaya mereka harus dan wajar diberi ruang untuk menyatakan pendapat dan pandangan tetapi pada masa yang sama, pihak pengurusan UIAM berpendapat apa juga tindak-tanduk kakitangan mereka sama ada dari segi pendapat dan juga perbuatan sementara dibenarkan berbuat demikian pada masa yang sama adalah juga tertakluk kepada peraturan dan aspirasi universiti.

Pandangan ini juga sebenarnya tidak salah. Dalam mana-mana pertubuhan pun sama ada politik , bukan politik, kebajikan mahupun kesukarelawan, tetap ada peraturan dan undang-undang lebih-lebih lagi jika sesuatu perbuatan yang dilakukan itu dilihat bercanggah dengan kepentingan badan itu sendiri.

Dan inilah yang berlaku kepada Universiti Selangor (Unisel) pada tahun 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Ogos tahun ini apabila naib canselornya ditamatkan perkhidmatan (tanpa dinyatakan sebab) dan seorang lagi meletakkan jawatan, khabarnya akibat tekanan politik.

Walaupun pemecatan dan peletakan jawatan mereka tidak jelas dan samar-samar tetapi tindak tanduk mereka dilihat oleh pihak pentadbiran dan pemilik sebagai tidak selari dengan aspirasi universiti itu.

Dalam kes pertama yang berlaku pada Jun 2008, Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus telah ditamatkan perkhidmatannya selaku naib canselor oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd iaitu pemilik dan pentadbir Unisel tanpa menyatakan sebarang sebab.

“Surat itu (penamatan khidmat) tiada kepala surat (letter head) kerajaan negeri tetapi ia datang daripada menteri besar Selangor menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi notis sebulan. Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya,” kata Prof Dr Razali Agus.

Dalam kes yang kedua pula, Datuk Dr Rosti Saruwono terpaksa melepaskan jawatannya setelah dikatakan menerima tekanan politik daripada kerajaan negeri dan juga pihak dalam Unisel setelah beliau tidak bersetuju dengan surat yang beliau terima daripada pejabat menteri besar memintanya supaya menamatkan perkhidmatan tiga pegawai Unisel tanpa melalui proses tatatertib dan juga peraturan dalaman.

Yang menghairankan, dalam kedua-dua kes melibatkan bekas naib canselor Unisel itu dan juga tiga kakitangan Unisel yang diarahkan dipecat tanpa melalui proses tunjuk sebab atau perbicaraan dalaman, tidak ada pula tunjuk perasaan atau kenyataan protes atau kritikan daripada parti-parti politik sama ada DAP, PKR mahupun PAS.

Tidak ada suara-suara yang mengatakan telah berlaku atau wujud campur tangan politik atau kerajaan negeri dalam urusan akademik di Unisel itu.

Naib-naib canselor dan kakitangan Unisel seolah-olah seperti keseorangan di dalam menghadapi tindakan daripada pihak atasan. Apakah ini kerana yang mengambil tindakan atau yang memberi arahan supaya tindakan diambil adalah menteri besar dari sebuah kerajaan yang didokong oleh DAP, PKR dan PAS?

Tetapi dalam kes Dr Aziz Bari ini pula, apakah beliau mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan PAS kerana pensyarah itu sering kali memberi kenyataan atau pandangan yang cenderung menyebelahi mereka?

Tidak salah dan tidak apa jika hendak memihak kerana ia adalah hak demokrasi sesiapa sahaja tetapi jika hendak bermain di gelanggang yang adil sepertimana yang sering dilaung-laungkan oleh mereka yang menyokong Dr Aziz Bari maka eloklah juga sokongan yang sama turut diberikan kepada bekas-bekas naib canselor dan pensyarah Unisel yang ditamatkan perkhidmatan, diberi tekanan supaya melepaskan jawatan dan diarahkan supaya dipecat tanpa melalui proses sepertimana yang sedang dilalui oleh Aziz Bari sekarang.

Jika ini dapat dilakukan barulah adil namanya. Sekurang-kurangnya dalam kes Dr Aziz Bari, beliau diberi peluang untuk menjawab surat tunjuk sebab dan bukannya terus dipecat, ditamatkan perkhidmatan atau dilucutkan jawatan sepertimana yang terjadi di Unisel.

Di sebalik segala kecaman yang dilemparkan ke atas UIAM, mereka telah membuktikan bahawa mereka tidaklah sekejam Unisel yang dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Malah UIAM selaku majikan berhak memberikan surat tunjuk sebab (bukannya surat pemecatan atau tamat perkhidmatan) ke atas mana-mana kakitangannya jika mereka merasakan tindak tanduk kakitangan tersebut bercanggah dengan aspirasi universiti itu sendiri.

Mana-mana pekerja pun tidak kira apa taraf kedudukkannya tidak terlepas daripada tertakluk kepada peraturan dan prosedur operasi standard. Jika rasa tidak mahu terikat dengan apa-apa peraturan dan prosedur, adalah wajar dan lebih baik tidak bernaung di bawah mana-mana panji mahupun organisasi.

Sumber:
http://arifomar.blogspot.com/2011/10/uiam-atau-unisel-yang-lebih-zalim.html

Saturday, October 22, 2011

GEGARAN 22.10 SKALA RITCHER AKAN MELANDA SHAH ALAM 2 PETANG INI!!

Jangan semua perkara dianggap politik dan jangan semua yang orang buat disalah anggap, terutamanya jika orang itu seakidah dengan kita.

Bukan kita sahaja yang nak masuk syurga dan takutkan neraka.

Bahkan, acapkali juga kita dapati saudara kita yang kita tak suka itu berbuat lebih baik daripada kita.

Jom ke Shah Alam.


Sumber:
(sori, pinjam tajuk sekali)

Monday, October 17, 2011

Najib kota janji

Kerajaan kaji kawasan sesuai bina lebih banyak PR1MA

Akhbar melaporkan hari ini "Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk dibina rumah-rumah kos rendah di seluruh negara melalui Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam."

Demang tabib Najib yang begitu bersungguh-sungguh mengotakan janjinya selepas tsunami politik.

Itulah hikmahnya.

Sunday, October 16, 2011

peluang buka kedai 1 Malaysia

Kabinet dah pun putuskan kedai 1 Malaysia yang berkonsep harga rendah diperluas ke seluruh negara dan membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta.

Demang sokong 100%. Ini adalah masa untuk bekerja setelah PEMBETULAN terbesar dalam kerajaan melibatkan setiap peringkat dilakukan. Alangkah ruginya setelah berlaku tsunami politik, diikuti transformasi besar-besaran, kita masih ditakuk lama dan tak habis-habis berbalah.

Modal? Ya, bakal pengusaha kedai 1 Malaysia perlu sediakan modal sendiri. Kepada yang berfikiran negatif, ini akan dijadikan alasan untuk menyalahkan kerajaan sekali lagi.

Demang fikir, biarlah. Biarlah mereka terus begitu. Kita tidak boleh selamatkan semua orang. Kalau si luncai ingin terjun dengan labu-labunya, biarkan sahaja. Buat-buat tak nampak.

Yang berfikiran positif akan terus melangkah dengan gagah. Yang berfikiran negatif akan sibuk mencipta alasan dan tuduhan. Bagi mereka, semua objek di sekeliling perlu dipersalahkan kecuali diri sendiri.

Friday, October 14, 2011

Bob Lokman yang insaf

Demang ucap tahniah kepada Bob Lokman yang mengaku telah mendapat hidayah.

Nampaknya seorang demi seorang artis kita 'kembali ke pangkal jalan'. Bukan Demang nak kata mereka ni pernah tersesat jalan. Namun itulah agaknya yang dimaksudkan melalui pengakuan mereka sendiri.

Cuma Demang hairan, kenapa setelah 'insaf', Bob memilih parti politik untuk berdakwah? Malah parti yang dipilih adalah parti yang banyak kontraversi. Agaknya memang sesuai dengan jiwa Bob yang suka memberontak? Tak hairanlah si Bob yang kita tidak tahu latar belakang ilmu agamanya itu lebih banyak menghentam kerajaan berbanding menyampaikan dakwah.

Demang teringat Ito Blues Gang yang pernah berceramah di pentas PKR suatu ketika dulu. Seorang lagi artis yang insaf dan naik ke pentas PAS ialah Akhil Hayy. Kemudian terlibat dengan isu kontaraversi dengan artis wanita.

Demang lebih respect pada Razi, vokalis kumpulan rock Melissa yg kini bergelar ustaz. Beliau memilih untuk berdakwah melalui jemaah tabligh di samping menjadi penceramah bebas.

Pendekatan ustaz Razi yang merupakan anak seorang tok guru di Kedah itu lebih menarik. Itulah sebabnya beliau kerap dijemput ke sekolah-sekolah bagi memberi motivasi kepada para pelajar.

Demang nak tanya Bob. Betulkah Bob sekadar bercerita tentang 'hidayah' dalam ceramahnya? Jangan sampai video ceramah beliau yang menghentam kerajaan dikeluarkan nanti di Youtube. Malu wehhh.

Nak berdakwah, buatlah dengan ikhlas.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)