Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, July 29, 2009

Pohon Rambutan Pohon Kesumba


Dilihat dari jauh, pohon kesumba yang sedang berbuah lebat, sama seperti pohon rambutan. Namun apabila hampir dengannya, jelas daunnya berbeza.

Namun melihat pada buahnya yang berwarna merah serta berbulu, kita akan tergiur dan menyangka ia adalah sejenis rambutan.

Sayangnya apabila dipetik dan dibuka kulitnya, ternyata tiada berisi. dan tidak boleh dimakan.

Bagi Demang, pembangkang umpama pohon kesumba. Jika adapun kebaikan sekadar untuk tumpang berteduh seketika sebelum meneruskan perjalanan. Selebihnya hanya sekadar hiasan. Jika ingin ditambah lagi, ia membantu kitaran oksigen.

Sebaliknya kerajaan ibarat pohon rambutan. Akarnya kejap mencengkam bumi. Sambil meneguhkan batangnya, akar itu menahan tanah daripada terhakis.

Dedaunnya merimbun, bukan sahaja indah dipandang malah menjadi tempat menumpang teduh. Dahannya menjadi tempat unggas bertenggek, mendapatkan rezeki.

Ranum buahnya memberi manafaat pada manusia, haiwan, unggas, dan serangga.

Sayang jika dibiarkan ulat dan bakteria memusnahkannya. Apatah lagi dirosakkan oleh tangan-tangan manusia durjana.






...............


foto Kesumba

bayuu.blogdrive.com

foto rambutan

Ellie W. flickr.com


TQ.

Monday, July 27, 2009

Najib dan Pengkhianat


Apabila Demang ditanya oleh seorang peserta semalam adakah masih ada ahli politik yang begitu bersungguh-sungguh untuk membina negara, termenung sejenak Demang. Bukan Demang tidak ada jawapan, namun Demang bimbang kenyataan tersebut dianggap semata-mata untuk 'mengampu' seseorang.

Akhirnya Demang berkata:
"Secara peribadi, dari sudut hati kecil saya, sama ada anda mahu bersetuju atau tidak, saya tidak peduli. Saya hanya nampak DS Najib sahaja yang begitu beriya-iya dan bertungkus lumus melakukan apa sahaja bagi memulihkan imej kerajaan yang memerintah.

Perkataan 'SAHAJA' tersebut mungkin keterlaluan. Demang minta maaf namun itulah yang Demang sedang rasakan.

Kenapa? DS Najib adalah anak PM Malaysia (Tun Razak). Dilahirkan dan dibesarkan di atas dulang emas. Barangkali jika tidak ditunjukkan, rumput pun beliau tidak kenal, apatah lagi sawah bendang dan ladang ternakan.

Namun beliau sanggup turun padang meredah denai, bergaul dengan rakyat biasa demi membina negara. Kalau ahli parlimen yang berasal dari kampung berbuat begitu, Demang langsung tak hairan. Tetapi apabila Najib yang melakukan, Demang begitu terharu dan kagum.

Dan, pagi ini hp Demang bertalu-talu menerima berita online daripada BH-Celcom:

BH 27/07: Perdana Menetri perincikan enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) negara dengan KRA pertama kurangkan kadar jenayah, terutama jenayah jalanan.

BH 27/07: KRA kedua perangi rasuah babitkan semua perolehan kerajaan perlu tender terbuka atau tender terhad dengan kuasa SPRM lebih luas: Najib

BH 27/07: KRA ketiga babitkan akses prasekolah capai 80 peratus mulai 2012, pengetua dan guru besar nikmati ganjaran berasaskan pencapaian sekolah: PM

BH 27/07:KRA ke-4, mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan rakyat akan dibayar pada 1 haribulan, banteras miskin tegar menjelang 31 Disember 2010.

BH 27/07:KRA ke-5 - perkasa prasarana luar bandar, RM4 bilion bina 1,500km jalan di Sabah/Sarawak, RM1 bilion jalan di Semenanjung.

BH 27/07:KRA ke-6 - tingkat pengangkutan awam dalam jangka sederhana, tambahan 35 set "4-car train" di laluan LRT Kelana Jaya hujung 2012.

Fikir-fikirkanlah…

Lantas Demang kembali menjadi marah dengan para pengkhianat yang lari meninggalkan bahtera yang mereka rasakan akan karam, bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Siapa lagi kalau bukan Chua Jui Meng dan SS Subramaniam!

Demang sedang menanti jika ada lagi pengkhianat yang akan membuang topeng masing-masing.

Dipersilakan...
....................
foto titanic02
psychics.co.uk
Thanks.

Wednesday, July 22, 2009

Niat




"Innamal a'ma_lu binniat"

Demikianlah hadis pertama yang saya pelajari ketika di kelas Peralihan SM (A) Al-Khairiah, Temerloh hampir 30 tahun dahulu.

Mungkin anda juga pernah mendengar atau membaca hadis tersebut yang bermaksud 'setiap perbuatan itu diambil kira akan niat seseorang yang melakukannya.

Sebenarnya hadis tersebut menceritakan tentang peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.

Rupa-rupanya bukan semua kaum muhajirin yang ikut berhijrah itu mempunyai niat yang sama, meskipun majoritinya berhijrah demi menegakkan Islam.

Perlu diingat, niat yang tidak serupa tidak semestinya tidak baik. Cuma, ’kurang afdhal’.

Maka Rasululullah SAW bersabda, masing-masing akan mendapat sebagaimana yang mereka niatkan. Jika hijrahnya kerana mengikut isteri/suami, dapatlah isteri/suami itu.

Saya membawa isu niat dalam peristiwa hijrah tersebut kerana setelah seminggu lamanweb baru morhabshi dilancarkan, saya masih meneka-neka, apakah yang dikehendaki oleh para pengunjung?

Adakah pengunjung akan tertarik dengan khasiat Minyak Morhabshi? Atau akan tertawan dengan ganjaran yang bakal diperolehi setelah membantu mempromosikan ramuan herba ini?

Atau kedua-duanya tidak menarik minat?

Apapun niat anda, sebenarnya ia bukanlah suatu kesalahan.

Beberapa hari lepas saya mendapat panggilan daripada Dr Laziz (Kuantan) yang begitu teruja dengan keistimewaan Morhabshi. Saya berbual dengan Encik Rahiman (Johor) melalui telefon yang menceritakan tentang Minyak Morhabshi membantu saudaranya yang terkena gangguan.

Saya juga menerima ucapan penghargaan daripada blogger Makcik Melayuangkat, iaitu seorang blogger wanita yang disegani, yang turut mencuba sendiri Minyak Morhabshi.

Malah seorang pengguna, Encik Nordin daripada Terengganu sempat menemui saya ketika beliau datang ke Melaka. Kemudian, rakannya iaitu Ustaz Shamsudin menelefon saya untuk datang ke Melaka berbincang mengenai produk istimewa ini.

Sebenarnya kesemua mereka di atas adalah pengguna Minyak Morhabshi sebelum sistem baru ini dilancarkan.

Saya juga mengimbau kembali bagaimana Encik Harizal berjaya menjual hampir 1000 botol sebulan di sekitar Pulau Pinang tahun lalu.

Lantas saya tertanya-tanya, kenapa dalam masa seminggu cuma terdapat 30 pendaftaran sahaja? Padahal sebelum inipun memang sebanyak itulah pesanan yang kami terima setiap minggu melalui lamanweb yang lama. Padahal ketika itu kami hanya membuat promosi dalam Yahoogroup Myherba sahaja. Itupun jarang-jarang sekali.

Barangkali anda ada jawapannya. Sila maklumkan pada kami melalui kotak maklumbalas yang kami sediakan di http://www.morhabshi.com/


foto madinah: trin.cam.ac.uk
foto mecca: flickr.com

Thanks

Monday, July 20, 2009

Chua Jui Meng terima baton



Dalam acara larian berganti-ganti (4x100m), pelari-pelari daripada satu kumpulan tidak berlari serentak. Pelari pertama akan berlari sejauh 100 meter dan menyerahkan kepada pelari kedua yang juga akan berlari sejauh 100 meter lagi. Begitulah seterusnya hingga ke garisan penamat.

Dalam isu Chua Jui Meng, beliau adalah salah seorang pelari dalam kumpulan yang mahu menguasai politik setelah mereka menguasai ekonomi negara sekian lama.

PRU12 membuktikan agenda tersebut. Peralihan besar-besaran pengundi kaum cina kepada pembangkang membawa dua implikasi besar. Pertama, MCA dan Gerakan kalah kepada DAP & PKR. Kedua, BN yang ditunjangi UMNO menjadi lemah.

Adakah fenomena ini terjadi dengan tidak sengaja?

Memang bijak mereka berpolitik. Mereka tahu orang melayu sekian lama bersepakat dalam UMNO. Oleh kerana UMNO menguasai BN, maka mereka lemahkan BN dengan cara membiarkan parti mereka kalah. Akibatnya, walaupun UMNO masih menang besar dalam PRU12, namun hakikatnya UMNO sedang menguasai gabungan parti politik yang sedang lemah.

Gabungan dalam PR menguntungkan mereka kerana PAS bukan parti yang kuat. Malah parti itu tidak pernah bertanding lebih daripada separuh kerusi parlimen.

PKR pula adalah parti campuran. Bukan dikuasai oleh pemimpin melayu. Cuma Anwar Ibrahim masih berada pada kedudukan tertinggi parti tersebut. Masalahnya, nasib beliau sendiri pun bergantung pada keputusan mahkamah.

Jika kita melihat sejarah negara selepas merdeka, impian untuk mengurangkan kuasa orang Melayu dalam politik negara sentiasa digerakkan. Cuma kebijaksanaan Tun DrM sepanjang menjadi PM berjaya mengekang gerakan ini.

Kini CJM menerima baton dan sedang berlari. Semua mata sedang tertumpu pada pelari pencen tersebut. Para pengulas sibuk membuat ulasan selari bagi menarik perhatian penonton kepada pelari yang sebelum ini berpura-pura menjadi kawan BN.

Maka orang ramai yang sudah mula memberi tumpuan pada usaha DS Najib, dialihkan perhatian pada acara baru itu.

Matlamat akhir mereka ialah menguasai ekonomi dan politik Malaysia.

Apa yang Demang boleh buat? Sedangkan amaran daripada Allah pun orang tak endah, inikan pula amaran daripada Demang.

Kita tunggu sahajalah nasib kita dan anak cucu kita nanti.



Foto: dispatch.co.za

Thanks.

Thursday, July 16, 2009

Mereka yang dinilai, di NILAI



Sebelum kita menilai:
Kata Harakah, UMNO gigit jari manakala Utusan Malaysia melaporkan PAS hilang lebih 1000 undi.

Bagi Demang, jika dilihat dari sudut 'menang-kalah' maka kata-kata Harakah itu betul. Kelebihan satu undi pun tetap satu kemenangan.

Namun semudah itukah rakyat membuat penilaian? Bolehkah rakyat menerimanya begitu sahaja tanpa menyoal? Kemanakah hilangnya lebih 1000 pengundi yang mengundi PAS dalam PRU12? Lebih khusus lagi, kenapakah lebih 1000 pengundi yang dulunya menyokong PAS beralih kepada UMNO?

Mari kita menilai.
Nampaknya kepimpinan Najib sudah semakin diterima rakyat. Perubahan-perubahan besar yang dilaksanakan oleh Najib menyakinkan rakyat bahawa kerajaan memang prihatin pada kehendak sebenar rakyat.

Minggu lalu, berlangsung perhimpunan jemaah tabligh di Nilai NS. Lebih 200 ribu yang hadir. Najib serta Muhyidin turut meluangkan masa menyertainya, biarpun sebentar.

Demang sendiri pun tidak dapat hadir walaupun sudah memasang niat sejak berbulan yang lalu.

Hari Jumaat, Sabtu,dan Ahad tersebut Demang ada 4 program yang berlangsung serentak dan akhirnya Demang terpaksa membuat keputusan hadir program di Kota Tinggi kerana 3 program lain itu Demang cuma sebagai peserta sahaja. Seminar Wacana di PWTC pun Demang cuma hadir pada hari pertama. Petangnya terpaksa bergegas ke Johor mengendalikan program di sana.

Betapa sibuknya Demang sebagai rakyat biasa. Bagaimana pula dengan Najib? Justeru kehadiran Najib di Nilai perlu dinilai dengan betul. Bagi Demang, kehadiran Najib di tengah-tengah 200 ribu mubaligh itu membawa satu mesej: "Teruskan tugas dan peranan anda dan saya juga ada tugas dan peranan saya sendiri. Kaedah kita berbeza tetapi kita berada dalam satu perjuangan dengan satu matlamat yang sama."

Semalam, sebelum Ustaz Fuad Al-Maliki menyampaikan ceramah Isra' Mikraj, Ustaz Mustafa selaku pengelola berkongsi pengalaman beliau di Nilai. Menurut beliau, terdapat 15 buah khemah disediakan dan setiap khemah boleh menampung seramai 10 ribu orang.

Biaya bagi khemah untuk 3 hari ialah RM1.8 JUTA!

Walaupun 1.8 juta tersebut kelihatan begitu besar, namun jika dibahagikan kepada 200 ribu peserta, setiap orang akan dapat RM9 sahaja. Jika kita balikkan, walaupun RM9 itu tidak besar namun jika kita kumpulkan daripada 200 ribu, orang, kita akan dapat RM1.8 juta. Cuba bayangkan, demikianlah hebatnya jika kita bersatu.

Ustaz Mustafa memaklumkan bahawa khemah-khemah tersebut didermakan oleh seorang JUTAWAN!

Kos untuk makanan pula sebanyak RM1.5 juta sehari. Walaupun jutawan tersebut berhasrat untuk membiayainya namun pihak pengelola merasa tidak sanggup lagi menerima budi yang begitu besar dan mereka membuat keputusan berkongsi bagi menyediakan makanan.

Demang mendengar berita tersebut dengan perasaan terharu dan 'malu'.

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada hasad (irihati) melainkan dalam dua perkara iaitu hasad terhadap orang yang berilmu dan menggunakan ilmunya untuk kesejahteraan manusia dan hasad terhadap orang yang berharta dan menggunakan hartanya ke jalan Allah."

Hasad yang baginda maksudkan ialah menyimpan hasrat untuk mencontohi orang tersebut, bukan untuk memusnahkannya.

Tiba-tiba Demang teringat idola Demang, Syed Mokhtar Al-Bukhari.



Inilah impian Demang...



...................


foto: afham.blogmas.com


TQ.

Thursday, July 9, 2009

Dam Ular

Agak lama tidak mengisi Waadat dengan artikal baru. Bukan pergi jauh pun. Masih di ruang cyber tiap hari. Namun sibuk dengan tugasan lain sehingga untuk menjengah blog sahabat-handai pun tiada kesempatan..

 

Hari ini tiba awal di sekolah. Sempat merayau melihat persekitarnya. Ketara, sejak akhir-akhir ini semakin banyak 'karya baru'  hasil sentuhan kreativiti para guru terhasil.

 

Sebenarnya sekolah kami sedang menanti ketibaan jemaah hakim untuk pertandingan kempen anti dadah peringkat kebangsaan.

 

Salah satu hasil kreatif guru ialah membina Gelanggang Dam Ular. Ia dibina menggunakan 100 keping mozak bersaiz besar. Selain daripada 'ular' dan 'tangga' sebagaimana yang terdapat pada dam biasa, gelanggang ini turut meletakkan tanda 'UPSR', 'PMR', 'SPM', 'STPM', dan 'Ijazah' di dalamnya.

 

Mana-mana pemain yang berjaya tiba ke peringkat 'Ijazah' (petak ke seratus) dikira sebagai pemenang.

 

Namun sudah tentu ia bukan mudah. Selain daripada bahaya 'ular' yang terdapat dalam perjalanan, pemain juga terdedah pada bahaya pelbagai jenis dadah yang ditandakan di merata tempat sebelum tiba ke puncak kejayaan.

 

Demang teringat kuliah Ustaz Fuad semalam tentang Isra' Mikraj. Diceritakan ketika Rasulullah SAW sedang dalam perjalanan, Baginda terlihat jin Afrit mengekori dari belakang. Maka diajarkan oleh Jibril kepada Baginda suatu  ayat bagi menghindari jin Afrit tersebut.

 

Menurut Ustaz Fuad, para ulama' menafsirkan kisah tersebut begini:

 

Allah Taala sengaja memperlihatkan pada Rasulullah perbuatan Afrit yang mengekori Baginda sebagai isyarat bahawa setiap perjuangan pasti ada ujian dan gangguan.

 

Menurut ulama', sebenarnya dalam keadaan sebenar jin Afrit pasti tidak berani mendekati apalagi mengekori Rasulullah SAW.

 

Maka kita sebagai ummat Islam perlu lebih sedar bahawa dalam perjalanan kita menuju akhirat, memang banyak cubaan, ujian, dan gangguan yang akan kita hadapi.

 

Bukankah itu tugas Iblis?

 

Namun Allah Taala memberitahu bahawa kita adalah ummat terbaik yang diciptakan untuk manusia. Kitalah yang menyuruh perkara maa'ruf dan mencegah kemungkaran.

 

Maka jikapun perlu bergabung dengan bukan Islam untuk keharmonian negara, biarlah kita berada dalam posisi yang menguasai, bukannya 'seperti melukut di tepi gantang'. Barulah kita boleh menjadi pemimpin sebenar.

 

Untuk itu kita perlu bersatu.

......

foto: indian spectacled cobra Scorius

flickr.com

TQ.

Thursday, July 2, 2009

Manik Urai: Bahana Perang


Lazimnya dalam pertempuran, masing-masing bukan sahaja akan menghancurkan pihak lawan malah akan menyerang dan memusnahkan semua sumber yang dianggap boleh menguntungkan pihak lawan.

Salah satu tindakan yang dilarang keras oleh Islam ialah merosakkan tanaman dan membunuh ternakan. Biasanya tindakan begini dilakukan oleh pihak yang menyerang, bukan pihak yang diserang.

Dalam pilihanraya Manek Urai, pihak yang bertahan ialah PAS, atas dua alasan:

Pertama, kerusi Manek Urai adalah milik PAS melalui PRU12 sehinggalah wakil mereka meninggal dunia.

Kedua, PAS sedang menguasai kerajaan negeri Kelantan.

Maka UMNO bolehlah dianggap sebagai penyerang manakala PAS cuba mempertahankan penguasaan mereka.

Namun sudah tentulah kempen pilihanraya berbeza dari kempen peperangan sebenar. Dalam pilihanraya, sudah tentu tanaman dan ternakan tidak dimusnahkan melainkan untuk dijadikan makanan para petugas dan untuk menjamu para pengundi. Itu bukanlah seperti yang saya maksudkan.

Kemusnahan yang dimaksudkan ialah serangan-serangan terhadap jentera kerajaan seperti tentera, polis, suruhanjaya pilihanraya, malah terhadap institusi beraja.

Apabila komponen-komponen itu diserang walaupun tanpa bukti yang kukuh, maka ia
akan tercemar. Kepercayaan rakyat terhadapnya akan tercalar. Nanti apabila negara terdesak dan perlukan institusi tersebut, barulah kita rasa menyesal.

Kali ini di Manik Urai. Tidak lama lagi PRU ke13. Dalam mana-mana pilihanraya sekalipun, janganlah kita cuba merosakkan perkara-perkara asas negara kita.

Sama-samalah kita tunggu perkembangan seterusnya.
---------------
foto: stop war sign of the... Danny B!
flickr.com
TQ

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)