Agak lama tidak mengisi Waadat dengan artikal baru. Bukan pergi jauh pun. Masih di ruang cyber tiap hari. Namun sibuk dengan tugasan lain sehingga untuk menjengah blog sahabat-handai pun tiada kesempatan.. Hari ini tiba awal di sekolah. Sempat merayau melihat persekitarnya. Ketara, sejak akhir-akhir ini semakin banyak 'karya baru' hasil sentuhan kreativiti para guru terhasil. Sebenarnya sekolah kami sedang menanti ketibaan jemaah hakim untuk pertandingan kempen anti dadah peringkat kebangsaan. Salah satu hasil kreatif guru ialah membina Gelanggang Dam Ular. Ia dibina menggunakan 100 keping mozak bersaiz besar. Selain daripada 'ular' dan 'tangga' sebagaimana yang terdapat pada dam biasa, gelanggang ini turut meletakkan tanda 'UPSR', 'PMR', 'SPM', 'STPM', dan 'Ijazah' di dalamnya. Mana-mana pemain yang berjaya tiba ke peringkat 'Ijazah' (petak ke seratus) dikira sebagai pemenang. Namun sudah tentu ia bukan mudah. Selain daripada bahaya 'ular' yang terdapat dalam perjalanan, pemain juga terdedah pada bahaya pelbagai jenis dadah yang ditandakan di merata tempat sebelum tiba ke puncak kejayaan. Demang teringat kuliah Ustaz Fuad semalam tentang Isra' Mikraj. Diceritakan ketika Rasulullah SAW sedang dalam perjalanan, Baginda terlihat jin Afrit mengekori dari belakang. Maka diajarkan oleh Jibril kepada Baginda suatu ayat bagi menghindari jin Afrit tersebut. Menurut Ustaz Fuad, para ulama' menafsirkan kisah tersebut begini: Allah Taala sengaja memperlihatkan pada Rasulullah perbuatan Afrit yang mengekori Baginda sebagai isyarat bahawa setiap perjuangan pasti ada ujian dan gangguan. Menurut ulama', sebenarnya dalam keadaan sebenar jin Afrit pasti tidak berani mendekati apalagi mengekori Rasulullah SAW. Maka kita sebagai ummat Islam perlu lebih sedar bahawa dalam perjalanan kita menuju akhirat, memang banyak cubaan, ujian, dan gangguan yang akan kita hadapi. Bukankah itu tugas Iblis? Namun Allah Taala memberitahu bahawa kita adalah ummat terbaik yang diciptakan untuk manusia. Kitalah yang menyuruh perkara maa'ruf dan mencegah kemungkaran. Maka jikapun perlu bergabung dengan bukan Islam untuk keharmonian negara, biarlah kita berada dalam posisi yang menguasai, bukannya 'seperti melukut di tepi gantang'. Barulah kita boleh menjadi pemimpin sebenar. Untuk itu kita perlu bersatu. ...... foto: indian spectacled cobra Scorius flickr.com TQ. |
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
3 comments:
salam bro..
good analogy..
Assalamualaikum Cheguman,
Apa khabar? Mak Cik pun sibuk. Baru balik dari Jakarta dua hari lalu.
Bila baca tulisan ini pasal Ular teringat benar Mak Cik pasal ada seekor Ular di Shah Alam ini. Amat merbahaya. Patut tidak dilepaskan kerana memudaratkan.
Ular amat tidak boleh dipercayai. Walau jinak macam mana pun. Ular tetap Ular. Siapa yang berkawan dengan Ular, siaplah..tunggu sahajalah.
Aku dah hilang tabik kat MB Azizan. Adake dia pi mengadap Anwar dan Lim Kit Siang nak selesaikan masalah babi. Jatuh martabat beliau sebagai menteri besar Kedah. Sedihnya aku seorang yg digelar ulamak dan MB terpaksa berbuat demikian hatta kehendak pihak-pihak tertentu.
Post a Comment