Dilihat dari jauh, pohon kesumba yang sedang berbuah lebat, sama seperti pohon rambutan. Namun apabila hampir dengannya, jelas daunnya berbeza.
Namun melihat pada buahnya yang berwarna merah serta berbulu, kita akan tergiur dan menyangka ia adalah sejenis rambutan.
Sayangnya apabila dipetik dan dibuka kulitnya, ternyata tiada berisi. dan tidak boleh dimakan.
Bagi Demang, pembangkang umpama pohon kesumba. Jika adapun kebaikan sekadar untuk tumpang berteduh seketika sebelum meneruskan perjalanan. Selebihnya hanya sekadar hiasan. Jika ingin ditambah lagi, ia membantu kitaran oksigen.
Sebaliknya kerajaan ibarat pohon rambutan. Akarnya kejap mencengkam bumi. Sambil meneguhkan batangnya, akar itu menahan tanah daripada terhakis.
Dedaunnya merimbun, bukan sahaja indah dipandang malah menjadi tempat menumpang teduh. Dahannya menjadi tempat unggas bertenggek, mendapatkan rezeki.
Ranum buahnya memberi manafaat pada manusia, haiwan, unggas, dan serangga.
Sayang jika dibiarkan ulat dan bakteria memusnahkannya. Apatah lagi dirosakkan oleh tangan-tangan manusia durjana.

...............
foto Kesumba
bayuu.blogdrive.com
foto rambutan
Ellie W. flickr.com
TQ.
6 comments:
Assalamualaikum Cheguman,
Saya belum lihat lagi apa apa kebaikan yang disumbang oleh PR pada Malaysia terutama di Selangor ini.
Mengabih boreh saja bayar gaji dia orang semua ini..betul betul tak ada kebaikan dari mereka. Masjid dan surau dah jadi macam di Kelantan. Makin lama makin teruk.
Sekarang duit zakat kami pun Khalid Ibrahim nak kerjakan. Bila gangster mati dia sponsor funeral, pakai duit negeri. Kematian Teoh pun habiskan duit kerajaan negeri. Lepas itu dia menyalak tak ada duit.
Carilah duit! Pandai bercakap mesti pandai tarik pelabur ke Negeri Selangor, semua infrastraktur Khir Toyo dah siapkan, tinggal nak usaha sahaja.
Kurangkan berceramah dan berkumpul berdemonstrasi menghabiskan tabung kewangan Negeri dapat lah buat kerja. Cukai pintu, cukai tanah semua kami bayar, tak ada penurunan pun..habuk..
Makcik,
Selepas PRU12, seorang adik saya berkahwin. Mana janji PKR nak bagi RM2000?
Kemudian satu demi satu adik saya masuk kolej (kini empat orang sedang buat diploma dan ijazah termasuk dua orang kembar. Mana janji duit pendaftaran seorang RM1000?
Ibu bapa saya di kampung terpencil di Sabak Bernam lah yang terpaksa bertungkus lumus mengeluarkan belanja sendiri.
Janji tinggal janji!!!
Salam sdr. Demang.
Saya teringatkan satu buah yang agak besar lebih kurang saiz sentul, tetapi isinya kecik macam buah rambai! Saya lupa namanya.
alaika salam mountdweller,
Buah jentik... kot? isi warna merah dan berangkai atau bergugus? Pheh.. ada lagi ke spesis tu?
Adik ngko orang UMNO, sapa nak bagi RM2000. Lain kali nak RM2000 undilah PR. Bengong punya tahap gaban. Macam jugak kat Kelantan, kalau tak pangkah UMNO tak dapat jambatan. Kan sama dia punya prinsip.
Dengan mudahnya 'Anon' masuk perangkap Demang!
Ertinya, tak perlulah kita tukar kerajaan yang memerintah sebab BN dan PR (parti haram) tu sama sahaja.
BN dah terbukti berjaya memajukan negara. PR? Baru dapat perintah beberapa negeri dah tunggang langgang. Kelam kabut. Tak profesional.
Kalau ikutkan kenyataan 'anon', jika PR memerintah, hanya yang mengundi PR sahaja akan dapat faedah.
Untuk makluman 'Anon' yang takde nama, anak-anak Pak Sedara Demang yang sokong PR dalam PRU12 pun tak dapat duit yang dijanjikan itu.
PR MEMANG PEMBOHONG BESAR!
Post a Comment