Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, February 29, 2020

Muslihat terkini Anwar Tun pintas dulu

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?


Apabila UMNO dan PAS memberi laluan pada TS Muhyiddin untuk jadi PM, anwar segera mengeluarkan kenyataan sokongan PH pada Tun Mahathir.

Muslihatnya, agar penyokong Tun dan TSMY berpecah.

Tektik ini sudah dibaca awal² lagi oleh Tun. Itu sebabnya beliau meletakkan syarat untuk beliau jadi PM ialah DAP mesti dilibatkan sama.

Tun dah pintas dulu.

Hang punya tektik tu dah boleh baca...


Tun tahu, syarat itu pasti ditolak oleh UMNO dan PAS. Ternyata bukan setakat tolak, siap maki hamun Tun.

Sekali lagi Anwar terkedu.

Pada masa ini TSMY diterima semua pihak


Kedudukan terkini TSMY masih mendahului Anwar dalam perjalanan menduduki kerusi PM ke-8.

Permainan masih belum sslesai. Jika YDA masih belum puas hati maka Isnin ini Dewan Rakyat akan buat keputusan.

Agong akan dengar pendirian Dewan Negara pula sebelum melantik sesiapa yang pada hemat baginda mungkin akan disokong oleh majoriti ahli dewan negara.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Friday, February 28, 2020

SAH Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke-8

Kemaskini 29 Feb 2020 (5.30 petang)


Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin dalam kedudukan terbaik untuk menjadi Perdana Menteri ke-8

Loading...



Kenyataan media gabungan UMNO dan PAS telah bersepakat dan bersetuju untuk mencalonkan Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke-8


Kenyataan media gabungan UMNO dan PAS telah bersepakat dan bersetuju untuk mencalonkan Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke-8



Kena lagi aku kali 18...



Kesian kawan aku....


Dia masuk politik pun saya yang bawak...


Sempoi Agong kita...  diam tapi buat kerja


Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Thursday, February 27, 2020

DAP silap besar lepas peluang

Umpan mesti nampak best



Ada orang kata apa salahnya terima DAP kalau boleh buat kerja? Malah kalau boleh bagi servis lebih baik, why not pilih mereka?

Demang jawab, kalau nak jerat burung kita guna cara untuk tarik dia atau guna kaedah halau dia?

Jangan makan umpan. Yang dah nak termakan, beredar cepat².

Yang dah tertelan, kita doakan mereka selamat.


Loading...


Husnul dzon


Hati²... Sedangkan pada Allah taala mereka derhaka

Ada orang kata kita kena sangka baik.

Betul jugak, tapi Demang teringat ayat...

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan Ridho kepada kamu hingga kamu mengikuti millah mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah : 120)


Loading...


Petua merebus katak
Demang teringat petua merebus katak yang pernah Demang dengar.

Jika mahu merebus katak, sediakan periuk, isi air, masukkan seekor katak hidup, kemudian buka api.

Biarkan katak itu berenang² di dalamnya dengan gembira. Dia hanya sedar bahawa dia sedang dibunuh apabila dia sudah mati.

Demang tak pasti, adakah LGE tak tau petua ini atau dia lupa kerana tamak dan teruja dapat kuasa?


Cerdik, licik... Tapi kufur pada Allah taala. Doakan mereka dapat hidayah namun perbuatan mereka sekarang kita kena sanggah. Amal maaruf nahi mungkar.

Orang Tamak Selalu Rugi
(macam anjing dengan bayang²)

Kalaulah LGE buat slow² sehingga orang melayu terus berenang² dengan gembira, maka sedar² mati kataklah kita semua.

Maaf, maksud Demang mati macam katak dalam cerita tadi.

Alhamdulillah Allah taala maha pengasih lagi maha penyayang sentiasa lindungi kita.

Wallahu'alam.


Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

Loading...

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------


Wednesday, February 26, 2020

Mahathir jadi bola


Jika negara ini sebuah padang bola maka mahathir adalah bolanya.

Sebagai bola, ia adalah objek tumpuan semua pemain dan kita sebagai penonton.

Baiklah. Nak jadi pemain pun boleh.

Di satu kumpulan atau kumpulan² adalah anwar dan dap manakala di pasukan lain ialah umno dan pas.

Demang tak sebut kumpulan² lain sebab mereka juga ada kepentingan sendiri. Mereka hanya menanti keputusan. Melalui keputusan itu mereka akan menentukan sikap.

Awas, sikap mereka akan merubah keputusan asal. Justeru, kena ambil kira kehendak mereka sebelum buat keputusan.

Kumpulan² lain itu terutama sabah dan sarawak bukan penjudi. Mereka rasional dengan kepentingan mereka.


Apabila semua setuju bahawa mahathir adalah bola maka YDA mengikut sahaja. Baginda ada perkiraan lain pula.

Buat masa ini, YDA jadi pengadil.

Nanti Demang cerita kenapa Agong suruh naik bas jumpa baginda.

Kalau semua menyokong mahathir maka baginda hilang pekerjaan. Baginda tempat aduan. Kalau semua sokong mahathir, siapa nak mengadu pada Agong?

Rakyat nak mengadu pada siapa? Boleh diharap kah pada ahli politik? Apatah lagi apabila mereka dah bersekongkol.

Dap mahukan mahathir kerana dengan mahathir mereka mendapat semula kuasa. Mahathir hanya bola yang tak boleh buat apa².



Anwar mahukan mahathir bukan kerana janji mahathir nak beri jawatan padanya. Sudah banyak kali mahathir mungkir janji. Anwar bukan bodoh sangat untuk percaya.

Namun sebagaimana dap, anwar tahu bahawa mahathir adalah bola yang perlu dikuasai bagi mendapatkan gol.

Demikian juga Umno dan pas nampak mahathir disukai penonton. Maka mereka perlukan mahathir.

Tapi jika dap diajak sama, umno dan pas tak boleh terima. Mahathir kena faham.

Bahkan itu yang nak dipastikan oleh mahathir semalam. Beliau nak tengok reaksi umno dan pas terhadap dap.


Nampaknya pendirian umno dan pas jelas. Tetap tolak dap.

Apabila bola ditendang, ia belum tentu sampai ke sasaran. Kadang² dirampas lawan.

Penonton pula, ada yang tengok bola sampai tinggal solat. Lupa halal haram. Sumpah seranah jadi mainan. Putus saudara, putus kawan.

Padahal, bola aje pun.

Bukankah dunia ini hanya bilik ujian? Malaikat tukang catat dosa pahala.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Tuesday, February 25, 2020

Apa maksud perdana menteri interim

Boleh?


Setuju...

Mudah cakap, perdana menteri interim ialah perdana menteri sementara.

Apabila YDA luluskan perletakan jawatan  mahathir semalam maka secara automatik kita bukan sahaja tiada perdana menteri bahkan jemaah menteri ikut terbubar.

Ada yang mengatakan tindakan ini selaras dengan perlembagaan. Namun ada yang mengatakan tidak disebut dalam perlembagaan.

Demang ambik pendapat dua orang penganalisi politik iaitu Profesor Datuk Salleh Buang dan Prof Dr Hamidin Hamid.

Namun ia adalah suatu keperluan semasa.

Ngata aku la tu...

Ada sedikit perbezaaan suasana dengan 'caretaker' ketika parlimen dibubarkan bagi memberi laluan pada pilihanraya umum (PRU).

Namun fungsinya hampir sama iaitu waktu senggang ini mesti diisi bagi menguruskan pentadbiran negara.

Dari segi jangka masa, kekosongan perdana menteri semasa PRU ada tarikh tamatnya tetapi dalam kes sekarang, tiada tarikh ditetapkan.

Sementara itu mari kita lihat apakah implikasi perletakan jawatan perdana menteri semalam.

1. Jemaah menteri terbubar secara automatik.

Itu paling penting.

Seterusnya...

2. Yang Dipertuan Agong akan melaksanakan kehendak perlembagaan seperti berikut:

Perkara 43. Jemaah Menteri.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.

Terlalu teknikal? Baiklah. Demang permudahkan.

Perkara 43 (1)
Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri... 

Lihat pula kurungan dua:
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri

Maknanya, untuk melantik Jemaah Menteri baginda hendaklah melantik seorang perdana menteri terlebih dulu.

Maka kita sekarang menanti YDA melantik seorang perdana menteri. Beliau mestilah dari kalangan 222 ahli Dewan Rakyat atau wakil rakyat.

YDA boleh lantik siapa sahaja yang PADA HEMAT baginda (gerak hati?) MUNGKIN akan disokong oleh majoriti ahli parlimen (MP).

Lihat istilah PADA HEMAT dan MUNGKIN yang digunakan dalam perlembagaan itu.

Contoh mudah ialah Tun Mahathir dilantiknsebagai perdana menteri ke7 padahal beliau bukanlah ketua parti paling ramai ahli dalam parlimen.

Yang penting, YDA yakin bahawa majoriti ahlim parlimen suka dia.


Allah taala beri YDA kuasa besar di situ.

Namun jika ahli parlimen tidak suka, mereka boleh membuat usul undi tidak percaya di parlimen.

Bagaimana jika YDA tetap dengan keputusan baginda?

Ingat, YDA juga ada kuasa isytihar darurat!

Nanti Demang sembang lagi.

Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------

Monday, February 24, 2020

Strategi Sulit Tun Hapuskan anwar dan DAP serta sekutunya

Tun ziarah Tokguru Paksu Mid Kula Nerang  sebelum bagi TKO pada Anwar

Akhirnya Anwar melutut. Bagi yang masih simpati pada Anwar, Demang akan letakkan link web rasmi freemason canada yang menunjukkan Anwar Ibrahim adalah sekretari pertubuhan dunia tersebut.

Sebelum itu, kita selusuri dulu langkah² yang telah dilakukan mahathir bagi menyekat kemaraan anwar dan dap.

Semuanya dengan izin Allah taala.

Mula² Mahathir bawa isu yang rakyat sedang marah. Isu harga barang dan GST.

Kemudian dibawa semula kesah misteri MH370 yang dunia pun tak boleh buat apa².

Nak tunjuk kelemahan najib.

Mahathir ungkit semula kes Altantuya yang dah selesai semasa Karpal sigh masih hidup. Kalau kes itu lekat pun, Najib tak ada kena mengena dengan Altantuya. Itu sebab najib berani bersumpah.

Mahathir tahu itu. Kes tersebut hanya melibatkan Razak Baginda, Altantuya, Sirul dan Azilah.

Demang dengar sendiri daripada timbalan pendakwaraya yang mengendalikan kes ini semasa beliau datang melaka.



Mahadhir sengaja mainkan isu² tersebut bagi menolak najib ke tepi seterusnya Mahathir sendiri akan menyelesaikan perjuangannya yang belum selesai

Untuk DAP, mahathir ada rencana lain. Dalam keadaan kegelisahan rakyat yang makin marah dengan parti² melayu, ada yang mula beralih pada DAP. Konon, dap lebih baik.

"Cakap pun tak guna, biaq depa rasa sendiri..."

Agaknya itu yang mahathir nak bagitau kita.


Ternyata: usahkan sepenggal, separuh penggal pun orang melayu tak boleh tahan apabila puak kuffar dap bermahajalela.

Adakah najib dan pemimpin lain tahu muslihat mahathir ini? Kalangan sahabat Demang ada yang kata mereka tahu sejak awal, ada yang tahu setengah jalan, dan ramai yang tak tahu langsung.

Strategi aras tinggi.


Demang banyak kali tulis perkara ini sekadar untuk mententeramkan sahabat² dan saudara mara yang terlajak memaki hamun sana sini.

Suara Demang melalui Waadat ini suara kecil. Justeru tidak dapat mempengaruhi orang ramai. Itu sebab Demang tulis di sini beberapa kali. Kalau suara Waadat ini berpengaruh besar, Demang takkan ganggu plan besar ini.

Lihat posting² Waadat berkenaan strategi mahathir menyekat anwar, dap, dan sekutunya:

Road To Kill Anwar & DAP
12 April 2018 Hantu Altantuya 
7 Mei 2018 Tun Selamatkan Najib 
5 Ogos 2018 Atuk 94 Main Judi
6 Ogos 2018 Tun Tawkey Judi (2)

Untuk saki baki yang masih simpati pada anwar ibrahim lihat web rasmi ini, jawatan Anwar Ibrahim dalam Freemason.

Klik http://www.csl148.ca/lodge/officers


Wallahu'alam.

Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------
      ----------------------------------------------------------



Saturday, February 22, 2020

Mahathir guna ISA lagi pada anwar


Mahathir kata, terpulang pada saya nak lepas jawatan atau tidak.

Ayat lain ialah: Ikut Suka Aku (ISA)

Katanya lagi, keputusan hanya  akan dibuat oleh beliau selepas APEC. Tarikhnya tidak ditentukan.

Tarikh belum ditentukan sedangkan APEC sendiri akan berakhir bulan november 2020.

Maknanya, beberapa bulan atau tahun selepas APEC itu pun boleh.

"Dia kalah lagi..."


Tun dah 95!

Jangan lupa, dalam perlembagaan ada satu lagi kuasa mutlak di atas perdana menteri. Itulah Yang Dipertuan Agong. Baginda berhak melantik siapa sahaja.

Dengan pengumunan malam tadi bermakna tun ada masa untuk menyusun strategi tambahan bagi menghalang anwar. Paling tidakpun, melakukan sesuatu sementara menanti bateri anwar melemah sendiri.

Benar kata Rais Yatim, mahathir ada banyak muslihat tak terduga oleh sesiapa. Maksudnya, ada perkara yang orang tak sampai hati nak buat tapi mahathir BOLEH sahaja.

Kata Anwar ibrahim yang tewas sekali lagi malam tadi: "saya kena bersabar lah."

Erti sabar ialah menyusun semula strategi memandangkan plan lalu yang tak menjadi.

Demang ulangi: Anwar kalah lagi! Bezanya, malam tadi kalah teruk.

Mesyuarat malam tadi membuktikan anwar semakin lemah. Perpecahan besar dalam PKR sendiri tambah melemahkan beliau.

"kena lagi aku..."


Anwar bukan muda lagi. Laungan reformasi sudah sayup² ditinggalkan. Bahkan dengan keputusan semalam seolah anwar sedang melutut di kaki mahathir.

Di mana penyokong setia anwar yang dahulu berteriak reformasi?

Azmin, ezam, chegubard, raja putra, budak maktab tak habis, dan jangan lupa PAS yang kuat membantu sejak awal reformasi... Mana mereka?

Mereka tidak hilang dan tidak lumpuh. Bahkan ada yang semakin kukuh. Namun mereka sedar masa depan yang cerah bukan bersama anwar. Jalan di hadapan masih lapang.

Tak berbaloi berjuang di jalanan sampai tua. Takkan cuma nak makan sisa dan hampas orang?

Nanti Demang tulis lagi. Insya-Allah.

Wallahu 'alam


Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Sebagai TYDP Blogger Pembela Negara, taat setia pada raja dan negara.

Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------


      ----------------------------------------------------------

Friday, February 21, 2020

Mesyuarat malam ini tentukan Anwar Ibrahim jadi PM


Malam ini mesyuarat penting majlis presiden PH bagi memutuskan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8.

Kita tunggu keputusannya.

Demang akan tulis lagi. Insya-Allah.

Wallahu 'alam


Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Sebagai TYDP Blogger Pembela Negara, taat setia pada raja dan negara.

Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------


      ----------------------------------------------------------

Orang politik punca huru hara

Ini dua orang gaduh kasi susah rakyat

"Kalau tiada raja, ramai nak jadi raja"

Entah di mana Demang dengar kata² itu. Memang betul.

Sedangkan ada rajapun ramai yang berlagak macam raja. Agih harta negara sesama sendiri. Turun jumpa rakyat hanya untuk dapat sokongan. Masa sesak.

Masa kaya, sombong, bongkak, dan berlagak tak tentu pasal.

Dah kalahpun masih bertekak sesama sendiri. Maklumlah, kalau menang semula, macam² yang dinampak.

Dah kalah tak mau mengalah, rakyat yang susah

Justeru kita kena martabatkan semula sistem beraja di negara ini. Sultan² kita dah cukup bagus. Ada yang pegang PHD. Mereka akrab dengan rakyat. Disayangi rakyat.

Yang Dipertuan Agong sekarang banyak kelebihan. Serba boleh. Mesra rakyat. Sejak remaja biasa main bola dengan budak kampung. Demang membesar di Pahang, tahu lah.

Anak raja nakal masa muda tu biasalah. Kita ni baik sangat ke masa muda?

Biarlah raja kaya. Kalau tak pun, raja memang kaya. Itu lebih baik berbanding bagi peluang orang biasa gilir² jadi 'raja'. Sebelum dapat, bergaduh sana sini. Dah dapat, sekat orang itu, bunuh orang ini.

Bukan kata sistem raja tiada masalah tapi kurang lah berbanding demokrasi yang benarkan semua orang berangan² jadi raja termasuk pendatang

Negara jadi huru hara. Masa sistem kesultanan melaka dulu, kita berperang dwngan musuh luar, tapi sekaramg sistem demokrasi kita berhuru hara sesama sendiri.

Rakyat diseret sama dalam sengketa mereka,  orang politik.

Terkini, harta ummat Islam dalam tabung haji hilang akibat pergaduhan mereka yang kononnya wakil rakyat.

Macamana nak tunjukkan sokongan pada sistem beraja? Tunjukkan dalam media² sosial. Join atau tubuhkan group² yang menyokong Yang Dipertuan Agong.

Demang akan tulis lagi. Insya-Allah.

Wallahu 'alam


Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Sebagai TYDP Blogger Pembela Negara, taat setia pada raja dan negara.

Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.

Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------


      ----------------------------------------------------------

Jangan salah sasaran jangan salah sokongan


Kalau tak ratusan pun, puluhan mesej keresahan rakyat masuk dalam HP kita tiap² hari.

Kadang² setiap jam, kalau tak setiap minit pun..!

Berlaku adil-lah. Mesej² begini bukan baru kali ini. Maksud Demang ia dah ada sejak zaman BN lagi.

Masa diorang bergaduh rakyat susah, masa diorang berpakat pun rakyat susah.


Orang politik ni cuma bertukar arah sokongan. Macam penembak upahan lah. Dapat arahan baru, maka berubah lah arah sasaran.

Satu lagi spesis, jika sasaran sudah diubahpun, dia masih tembak arah yang sama!

Sepatutnya kenal pasti musuh dan tembak ke arahnya bukan tembak sesiapa sahaja yang keluar dari pintu itu.

Faham baik-baik!!!


Demang tak kata kerajaan sekarang baik. Itu perkara lain. Matlamat tidak meghalalkan cara.

Demang bertegas, ketua negara ialah Yang Dipertuan Agong. Baginda juga ketua agama Islam. Di bawah baginda ada angkatan tentera, ada polis diraja, ada parlimen, ada mahkamah dan hakim, ada jemaah menteri.

Ketua jemaah menteri adalah perdana menteri.

Ni perangai orang politik


Namun sekarang orang nampak macamlah perdana menteri dan jemaah menteri itu palimg berkuasa.

Mungkin.

Puncanya kerana kita salah meletakkan kesetiaan. Kita terpengaruh dengan orang politik yang ada kepentingan. Kita terpedaya dengan pecacai politik yang jaga periuk nasi.

Mereka jaga boss masing-masing.

Rakyat kena sokong sepenuhnya Yang Dipertuan Agong. Baginda akan berjawab terus di hadapan Allah nanti.

Kita ikut sistem khalifah. Itu yang kita ada.

Buat kerja masing², kurangkan dosa. Nanti Demang sambung lagi.

Wallahu 'alam

Demang Lebar Daun aka Cheguman

M  I  N  Y  A  K    M  O  R  H  A  B  S  H  I

  
----------------------------------------------------------

M I N Y A K    M O R H A B S H I

----------------------------------------------------------


      ----------------------------------------------------------

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)