1957 ialah tahun kita merdeka. Kita persilakan penjajah pulang ke kampung mereka dengan baik.
Maka bermulalah era pentadbiran sendiri. Yang Dipertuan Agong kekal menjadi ketua negara. Sama seperti zaman kesultanan melaka.
Melaka adalah nama lama bagi Malaysia.
Kita tak ubah sistem. Raja masih pemegang kuasa tertinggi pilihan langsung daripada Allah taala.
Sultan dilahirkan, bukan dipilih melalui peti undi. Allah melarang manusia meminta² untuk menjadi ketua. (lihat rujukan di bawah artikal ini).
Bagi membantu Agong, dibentuk jemaah menteri. Dalam kalangan jemaah menteri ini, Agong akan pilih seorang ketua yang pada hematnya mungkin disokong oleh majoriti wakil rakyat dalam Dewan Rakyat.
Wakil rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
'Pada hematnya' dan 'mungkin' adalah istilah yang digunakan dalam perlembagaan. Ertinya, kuasa mutlak ialah pada YDA.
Tanggungjawab perdana menteri dan jemaah menteri adalah membantu YDA mentadbir negara. Selain mereka, dua lagi organisasi di bawah YDA ialah Parlimen dan Kehakiman.
Menurut Tun Salleh Abas, ada campurtangan politik sehingga beliau ditamatkan jawatan
Ketiga-tiganya iaitu menteri, parlimen, dan kehakiman adalah setaraf dan berada di bawah YDA.
Inilah pengasingan kuasa. Tujuan supaya tidak ada salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi.
Namun selama 63 tahun kita beri peluang pada ahli politik mendominasi pentadbiran, mereka seolah lebih sudu daripada kuah. Macam kaduk naik junjung.
Banyak kali jemaah menteri dan ketua mereka melangkaui sempadan kuasa.
Nampaknya kuasa YDA perlu diperkasa. Caranya, semua rakyat mesti menyatakan taat setia pada YDA. Biar baginda rasa kukuh untuk membuat sebarang keputusan mengikut perlembagaan sebenar.
Insya-Allah.
Waalahu'alam
Rujukan berkaitan larangan meminta menjadi pemimpin
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008. Sebagai TYDP Blogger Pembela Negara, taat setia pada raja dan negara.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment